Wabak virus Covid-19 boleh menjangkiti sesiapa sahaja tidak mengenal kaum, bangsa, pangkat dan sebagainya.
Sumber Gmbar : www.essentiallysports.com
Terbaru, pelumba F1, Lewis Hamilton telah dilaporkan positif COVID-19 dan akan terlepas acara perlumbaaan Sakhir Grand Prix di Bahrain pada hujung minggu ini.
Mercedes-AMG Petronas F1 Team memaklumkan bahawa Hamilton telah diuji negatif sebanyak tiga kali pada minggu lalu, yang terakhir adalah pada hari Ahad petang di Litar Antarabangsa Bahrain.
Ads
“Namun, dia menunjukkan gejala ringan dan diberitahu bahawa salah seorang kenalannya yang juga turut tiba bersama-sama di Bahrain positif COVID-19.
“Dia membuat ujian selepas itu dan disahkan positif,” kata kenyataan daripada pasukan tersebut.
Ads
Mercedes pada ketika ini belum mengumumkan sebarang rancangan penggantian pemandunya. Get well soon bintang kesayangan ramai ni.
Jika keadaan sudah terdesak, tentunya semua perkara pun kita akan lakukan tanpa berfikir panjang.
Itulah yang terjadi di Sungai Petani kelmarin apabila lima orang remaja perempuan berusia anttara 15 hingga 17 tahun telah ‘terkantoi’ semasa cuba memecah masuk ke sebuah stesen minyak.
Menurut laporan media di Utusan, niat asal mereka melakukan perbuatan terkutuk itu adalah akibat terdesak untuk menjelaskan bayaran sewa kereta jenis Perodua Viva.
Percubaan yang berlaku di Rantau Panjang, Tikam Batu dekat Sungai Petani, kedah itu terbongkar setelah mereka ditahan oleh pemilik stesen minyak itu sendiri pada jam 2.30 pagi. Kata pemiliknya, Azzurin Hassan, pelaku dikesan cuba membuka pintu stesen menggunakan gergaji kayu dan sebatang besi menerusi paparan kamera litar tertutup (CCTV).
Mengakui terkejut dengan perbuatan sekumpulan remaja perempuan itu, dia dan beberapa jiran bertindak mengepung mereka sebelum menahan 2 orang di luar kedai. Seorang lagi berjaya meloloskan diri dan berlari dengan dua lagi remaja yang sedang menunggu di dalam kereta.
Remaja yang ditahan telah dibawa ke Balai Polis Tikam Batu dan tiga lagi menyerahkan diri setelah dihubungi. Kumpulan tersebut difahamkan tidak lagi bersekolah dan tidak menetap bersama keluarga masing-masing kerana ingin hidup bebas.
Kesemuanya telah dibebaskan setelah diberi nasihat. Tiada sebarang tindakan dikenakan ke atas mereka memandangkan pemilik stesen minyak tidak mengalami apa-apa kerugian.
Selepas hampir dua minggu, akhirnya laporan bedah siasat mengenai kematian seorang pelajar Malaysia yang hanya dikenali dengan nama keluarganya, Chai di Taipei, Taiwan diketahui pada hari ini.
Sin Chew Daily melaporkan Cha, 24 merupakan seorang mahasiswi di Universiti Ming Chuan dan pada waktu lapang bekerja sebagai seorang model sambilan serta aktif melakukan sesi live di media sosial.
Pelajar yang berasal dari Serdang, Selangor itu ditemui mati di pangsapuri miliknya di daerah Shilin pada 13 Oktober lalu.
Kata pihak polis Taipei, teman lelaki mangsa bernama Chen yang baru dikenalinya selama seminggu telah membuat pengakuan mencekik mangsa selepas mereka bergaduh disebabkan isu wang.
Menurut laporan bedah siasat yang dikeluarkan pada hari ini, ia mendapati Chai meninggal dunia akibat sesak nafas dan patah pada bahagian leher. Kesan cekik juga konsisten dengan siasatan yang dilakukan. Hasil bedah siasat turut menemui dadah dalam badan mangsa ketika saat kematiannya.
Pada hari kejadian, teman lelaki mangsa perlu dikejarkan ke hospital kerana didapati terlebih mengambil dos ubat. Sebaik dibenarkan keluar dari hospital, Chen telah ditahan polis untuk membantu siasatan
Chen memberitahu kematian Chai tidak disengajakan. Disebabkan wang, dia hanya mahu menakutkan mangsa ketika pergaduhan berlaku.
Macam-macam ya! Diharap tiadalah lagi kes sedemikian yang berlaku kepada pelajar Malaysia di luar negara. Fokus sahaja pada misi mendapatkan segulung ijazah sebelum memikirkan hal lain di sana.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelajar ini berjaya seimbangkan dunia dan akhirat.
Bukan sahaja berjaya di Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1445H/2024M, tetapi turut cemerlang dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang diumumkan baru-baru ini
Mewakili negeri Johor, Muhammad Asyraf Amir berjaya meraih markah sebanyak 97.33 peratus bagi Kategori Hafazan Tahap 1 hingga 20 Juzuk (Lelaki) sekaligus melayakkannya sebagai johan kategori itu di MTHQK2024.
Kemenangan itu diserikan lagi dengan kecemerlangannya di bidang akademik apabila Asyraf berjaya meraih keputusan 12A dalam SPM.
Lebih menarik, Asyraf yang meraih 7A+ dan 5A itu terkenang bagaimana dia terpaksa mengejar masa apabila peperiksaan SPM bagi mata pelajaran Prinsip Perakaunan yang diambilnya dijadualkan hanya sehari selepas tarikh pertandingan hafazan di peringkat negeri tahun lalu, demikian ujarnya kepada Berita Alhijrah.
Memetik laporan Berita Tengah Hari RTM, Asyraf berkongsi bagaimana dia membahagikan masa untuk mengulangkaji pelajaran dan menghafaz Al-Quran.
Muhammad Asyraf Amir
“Sesuaikan ikut keutamaan. Kalau sedang peperiksaan, kita utamakan peperiksaan. Sekiranya ada masa untuk Al-Quran itu baru kita selitkan. Jangan kosonglah, selitkan sikit,” katanya ketika ditemui pemberita selepas tamat MTHQK20204 pada Selasa.
Pelajar Raih 12A SPM Dan Johan Hafazan
Dalam satu klip video temu bual berasingan yang dimuat naik di Instagram rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pula, Asyraf mengakui dia juga kadangkala tidak sempat melakukan murojaah (kaedah mengulang ayat Al-Quran untuk menghafal) disebabkan sibuk dengan kelas tuisyen dan sebagainya.
Bagaimanapun, Asyraf bersyukur dia masih diberikan kemampuan untuk mengimbangkan kedua-dua pelajaran dan hafazan atas bimbingan guru-gurunya.
Dalam pada itu, Asyraf menekankan kepentingan untuk mempelajari Al-Quran seawal usia
“Sebab bila kita makin besar makin banyak tanggungan, bila kita tak jaga Al-Quran itu betul-betul daripada masa kita kecil-kecil, maka bila dah besar itu dia akan jadi susah,” ujar Asyraf menerusi video itu.
Bagi kategori sama, naib johan disandang oleh wakil dari Perak, Muhammad Hakim Rusli dengan markah sebanyak 97.13 peratus manakala tempat ketiga disandang oleh wakil dari Melaka, Muhammad Abdullah Tuah dengan markah sebanyak 96.11 peratus, demikian menurut keputusan penuh yang dilaporkan Alhijrah Online.
Untuk rekod, MTHQK Tahun 1445H/2024M berlangsung selama enam hari di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Hj Ahmad Shah, Kuantan, Pahang bermula pada 23 hingga 28 Mei 2024.
Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah wakil rasmi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.
Semoga kisah ini menjadi inspirasi kepada anak muda di luar sana.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!