Semalam kecoh di media sosial tentang sebuah video iklan raya yang dikatakan mempromosikan sindiket perjudian dalam talian bagi menyeru orang ramai mencari duit lebih menjelang Aidilfitri nanti.
Video berdurasi 2 minit 1 saat itu tular di media sosial dengan memaparkan aksi lakonan daripada empat individu yang mana liriknya menggalakkan serta mengajak orang awam berjudi bagi mendapatkan ‘duit raya’.
Walau bagaimanapun, menurut Malaysian Gazette, kesemua pelakon dalam iklan raya tersebut telah pun ditahan oleh pihak polis pada awal pagi tadi.
Belum pun reda dengan isu panas ini, sebuah lagi iklan raya judi berkisarkan sepasang suami isteri yang terpisah di kampung dan bandar mahu menyambut Aidilfitri. Jalan ceritanya menunukkan si suami berputus asa selepas usaha bekerja tidak berjaya dan terus ditimpa musibah kerana motor dicuri.
Ads
Kemudian, dia mencari jalan mudah mendapatkan duit agar boleh meraikan hari raya. Malah, terdapat babak yang jelas menunjukkan lelaki itu mencuba nasib bermain judi secara online dan mendapat keuntungan.
Dengan keuntungan itu, dia berjaya pulang ke kampung bertemu isteri dan membawa hadiah termasuklah baju raya daripada duit hasil bermain judi.
Di babak akhir video tersebut, si suami mengajar isterinya pula bermain judi dalam talian untuk mendapatkan duit secara mudah.
Ads
Isu ini mendapat reaksi negatif daripada netizen yang rata-ratanya tidak berpuas hati apabila agama Islam dipermainkan.
Sekarang ini majoriti rakyat terkena “demam” pilihanraya. Tinggal 7 hari lagi sebelum rakyat keluar mengundi memilih calon yang disukai mereka. Sama ada Barisan Nasional, Pakatan Harapan atau PAS, undi adalah rahsia.
Rata-rata kawasan perumahan, bandar, ceruk kampung dipasang dengan poster parti masing-masing. Terasa meriah sangatkan. Pemandangan begini hanya wujud ketika musim pilihanraya sahaja. Bahkan kalau orang nak bercakap soal politik, inilah masanya kerana selepas itu, kehangatannya sudah tidak terasa.
Paling berdebar menanti sekarang ialah calon-calon yang bertanding sama ada baik di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen, debarnya mengalahkan orang nak jabat tangan tok kadi masa nikah!
Di sebalik tak sabar menanti hari mengundi, tentu korang perasankan yang sudah banyak khemah-khemah di dirikan di tepi-tepi jalan. Paling banyak adalah di tepi sekolah! Betul tak?
Kalau tak dekat dengan sekolah pun, lokasi khemahnya agak strategik iaitu yang boleh dilihat oleh orang ramai.
Inilah pondok panas Pakatan HarapanPondok panas Barisan NasionalPondok panas PAS, khemas begini hanya wujud ketika pilihanraya sahaja
Kalau korang nak tahu khemah ini dipanggil “Pondok Panas”?. Kenapa agaknya ya dipanggil Pondok Panas? Apa fungsinya? Kenapa khemah ini wujud ketika pilihanraya sahaja?
Menurut Encik Nordin yang terlibat dalam pemasangan pondok panas dan poster di Parlimen Lembah Pantai yang menampilkan calon Fahmi Fadzil mewakili Pakatan Harapan, Fauzi Abu Bakar mewakili PAS dan Dato Raja Nong Chik Raja Zainol Abidin Fadzil mewakili Barisan Nasional katanya pondok panas adalah tempat berkumpulnya ahli-ahli parti pilihan masing-masing.
“Biasanya boleh dikatakan setiap malam, ahli-ahli parti duduk di sini. Sama ada makan-makan, minum, berbual dan sebagainya, pondok panas ini merupakan “gelanggang” awal untuk penyokong parti mengetahui berita terkini mengenai calon mereka, calon lawan dan sebagainya.
“Masa yang sama juga biasanya kita akan adakan ceramah berkelompok dan juga ceramah awam. Kalau ceramah kelompok, ia kecil-kecilan tetapi kalau awam, kedatangan orang lebih ramai,” katanya memaklumkan, antara fungsi lain pondok panas ialah membantu pengundi yang masih terkeliru untuk mengundi di sekolah mana yang mana semakan boleh di buat di sini dengan hanya bawa kad pengenalan masing-masing di setiap pondok panas ini,” katanya ketika dihubungi.
Fahmi Fadzil calon Pakatan Harapan bagi Parlimen Lembah Pantai bagi menggantikan tempat Nurul Izzah Anwar yang bertanding di Permatang Pauh, Pulau Pinang
Pondok panas biasanya dipasang di lokasi strategik bagi mudah dilawati oleh para pengundi
Perang poster begini akan hanya dilihat ketika musim pilihanraya sahaja
Tambahnya lagi, bagi orang muda yang ingin penjelasan lebih lanjut tentang pilihan parti masing-masing, boleh menuju ke pondok panas ini kerana ia terbuka kepada semua.
Terakhir dan paling utama, kenapa pondok panas ini disebut sebegitu adalah kerana di pondok inilah penyokong-penyokong parti masing-masing akan cuba merayu kepada orang ramai untuk memilih calon mereka di hari mengundi kelak. Sebab itulah ia dinamakan pondok panas kerana peraih-peraih undi ini akan sedaya upaya “memujuk” pengundi dengan pelbagai gelagat tersendiri.
“Biasanya pada hari mengundi peraih undi dilarang berada dekat dengan kawasan mengundi. Jadi di pondok panas inilah mereka akan cuba meraih undi sebanyak mungkin agar calon pilihan mereka memenangi pilihanraya tersebut. Adakala wujud provokasi-provokasi dari parti lawan kerana masing-masing ada pandangan tersendiri mengenai politik. Sebab itulah khemah ini disebut sebagai pondok panas,” katanya lagi.
Apa yang pasti, pondok panas ini hanya wujud ketika pilihanraya sahaja tau!.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kehilangan pesawat Sriwijaya Air SJ182 menjadi gempar bukan sahaja di Indonesia, malah kita sebagai negara jiran juga turut bersimpati dengan insiden yang menimpa negara tersebut. Operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan difahamkan kotak hitam pesawat itu telah berjaya dikesan.
Operasi pencarian kini memberi fokus untuk mendapatkan kotak hitam pesawat selepas koordinat pesawat yang terhempas di perairan Pulau Seribu itu telah dikenal pasti.
Walau bagaimanapun, mungkin ada individu yang masih tertanya-tanya apa sebenarnya kotam hitam ini kerana setiap kali berlakunya insiden pesawat terhempas, pasti kotak hitam yang selalu disebut.
Untuk pengetahuan korang, kotak hitam atau black box adalah peranti rakaman elektronik yang digunakan dalam bidang pengangkutan, umumnya merujuk kepada perakam dalam pesawat udara. Walaupun dinamakan kotak hitam, tapi sebenarnya ia berwarna jingga untuk memudahkan pencarian sekiranya pesawat itu mengalami kemalangan.
Kotak hitam terdiri daripada dua elemen iaitu:
1. Perakam Data Penerbangan
• Perakam Data Penerbangan (FDR) mengandungi maklumat tentang arah, kelajuan dan ketinggian pesawat
2. Perakam suara kokpit
• Perakam Suara Kokpit (CVR) menjejaki perbualan kokpit serta bunyi dan pengumuman lain di dalam kabin juruterbang.
Sumber: Astro Awani
Fungsi kotak hitam
• Merakam komunikasi di antara juruterbang dan pegawai lalu lintas udara atau air traffic controller (ATC)
• Mengetahui tekanan udara dan keadaan cuaca selama penerbangan
Data terakam
• 25 jam maklumat penerbangan
• 2 jam audio dari kokpit
• 2 jam mesej digital
Kotak hitam biasanya berada dibahagian ekor pesawat supaya ia lebih selamat sekiranya berlaku kemalangan. Isitlah kotak hitam ini muncul selepas terciptanya perakam penerbangan komersial pertama yang dinamakan Red Egg kerana warna dan bentuknya. Seorang wartawan berkata, “Ini adalah kotak hitam yang menakjubkan”.
Jadi, ini adalah fungsi sebenar dan kenapa kotak hitam menjadi perkara utama setiap kali berlakunya kemalangan pesawat. Diharap info ini dapat memberikan sedikit ilmu tambahan untuk korang semua.
Beauty with brain! Terbaru Neelofa sekali lagi berjaya menggondol Anugerah Influencer 2019 (IAM 2019) dalam kategori Usahawan di Monaco. Dalam kategori ini bukan calang-calang ya pesaing Neelofa. Caya la!
Neelofa ada berkongsi sekeping gambar di laman instagramnya awal pagi tadi dengan caption:
“RECOGNITION. Thank you again for the nomination and this award, @influencerawardsmonaco.
“This goes to all of you who have been supporting and inspiring this girl since day one. Definitely one of the most significant highlights of 2019. #InfluencerAwardsMonaco #IAM2019,” tulis Neelofa di akaun Instagramnya.
Anugerah berprestij ini merupakan kali kedua dianjurkan, Influencer Awards 2019 Monaco direalisasikan oleh Pauline Ducruet yang juga anakanda sulung Puteri Monaco, Stephanie bersama beberapa individu lain seperti Lolita Abraham, Maxime Giaccardi dan Thomas Peters.
Antara selebriti dan personalti yang sempat mengucapkan tahniah buat Neelofa
Untuk info, anugerah ini dicipta secara eksklusif buat individu-individu berpengaruh di laman sosial seluruh dunia itu buat pertama kalinya dianjurkan tahun lalu. Acara ini adalah idea asal oleh anak sulung Puteri Monaco (Puteri Stephanie), Pauline Ducruet yang juga merupakan juri Anugerah ini. Antara juri-juri lain termasuk Pengarah Editorial Majalah PAPER – Mickey Boardman, Pop Culture Expert – Jeetendr Sedev dan Eksekutif Cif British Fashion Council – Caroline Rush.
Tahniah Remaja ucapkan buat Dewi Remaja 2009/2010 kesayangan kami ini. Moga Neelofa terus maju dan mengharumkan nama Malaysia ke peringakat antarabangsa.
Sumber : Instagram Neelofa
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan persaingan semakin sengit apabila peserta Taylor’s University berdepan cabaran masa, tekanan kamera dan kreativiti dalam menghasilkan hidangan terbaik menuju Grand Finale.