Fenomena patung koleksi Labubu terus mencetuskan kegilaan bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia. Patung berbulu dengan mata besar dan senyuman unik ini menjadi rebutan ramai, sehingga selebriti antarabangsa seperti Lisa BLACKPINK, Rihanna, Dua Lipa dan Kim Kardashian turut memiliki koleksi peribadi mereka.
Di sebalik populariti Labubu ini, terselit kisah kejayaan luar biasa seorang anak muda China, Wang Ning, yang kini bergelar individu ke-10 terkaya di China, selain merupakan yang paling muda dalam senarai tersebut.
Wang Ning, selaku pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pop Mart International Group, berjaya mengumpul kekayaan bersih sebanyak AS$22.7 bilion, bersamaan lebih RM107 bilion, berdasarkan laporan terkini Forbes.
Labubu: Dari Ilustrasi ke Fenomena Budaya Pop
Watak Labubu diperkenalkan oleh Kasing Lung, seorang artis berdarah campuran Hong Kong-Belgium, melalui siri ilustrasi berjudul The Monsters yang diterbitkan pada tahun 2015.
Nama Labubu melonjak selepas Pop Mart memperoleh hak eksklusif untuk memasarkan watak tersebut pada tahun 2019. Mereka memperkenalkan konsep blind box, iaitu pembeli tidak mengetahui figura mana yang diperoleh sehingga kotak dibuka.
Ads
Konsep ini mencetuskan keterujaan dalam kalangan pengumpul dan peminat budaya pop, khususnya generasi muda, yang sanggup berbelanja besar demi melengkapkan koleksi masing-masing atau mendapatkan edisi terhad.
Simbol Gaya Hidup Gen Z
Apa yang membezakan Labubu adalah reka bentuknya yang dikategorikan sebagai ugly-cute — gabungan unsur pelik, unik dan comel. Ciri ini ternyata menepati citarasa Gen Z serta penggemar barangan koleksi yang menghargai keunikan dan eksklusiviti.
Labubu kini menjadi lebih daripada sekadar patung mainan, malah dianggap sebagai simbol budaya pop global. Patung edisi khas bersaiz sebenar Labubu pernah dilelong sehingga 1.08 juta Yuan (lebih RM700,000) di Beijing.
Tidak cukup dengan itu, Pop Mart turut bekerjasama dengan jenama mewah seperti Coach dan Louis Vuitton, membuktikan pengaruh Labubu semakin kukuh dalam industri fesyen dan gaya hidup antarabangsa.
Ads
Usahawan Kecil ke Billionaire Termuda China
Wang Ning memulakan Pop Mart pada tahun 2010 sebagai sebuah kedai gaya hidup kecil di Beijing. Namun, kejayaan sebenar mula diraih apabila beliau memberi fokus sepenuhnya terhadap industri mainan koleksi dan art toys.
Kini, nilai saham Pop Mart meningkat lebih tiga kali ganda sepanjang tahun 2024, menjadikan syarikat itu antara peneraju utama dalam pasaran mainan koleksi global. Pop Mart juga memiliki rangkaian kedai di bandar-bandar utama dunia termasuk New York, Tokyo dan London, selain taman tema khas yang beroperasi di Beijing.
Dunia Koleksi Semakin Berpengaruh
Fenomena Labubu membuktikan dunia koleksi bukan sekadar hobi, sebaliknya telah berkembang menjadi satu bentuk pelaburan, simbol status dan budaya gaya hidup generasi moden.
Ads
Kejayaan Wang Ning turut membuktikan bahawa minat terhadap sesuatu yang dianggap unik atau berbeza, apabila digilap dengan kreativiti dan strategi perniagaan, mampu mencipta empayar berskala global.
Nota Remaja: Minat anda, walaupun nampak kecil atau pelik pada pandangan orang lain, tidak mustahil boleh menjadi titik permulaan kejayaan besar jika diusahakan dengan betul.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kajian terbaru yang dilakukan oleh kelompok pakar di FINN, sebuah syarikat langganan kereta di United Kingdom baru-baru ini telah menamakan Malaysia sebagai di antara negara yang ‘mengundang’ kemalangan jalan raya.
Kajian tersebut dilakukan dengan menganalisa jumlah kes maut yang dsebabkan oleh kemalangan jalan raya di setiap negara lalu menyenaraikan negara dengan ‘jalan raya maut’ berdasarkan peratusan kes kematian bagi setiap 100,000 pengguna jalan raya.
FINN meletakkan Malaysia di tangga ketiga pada 22.48 peratus di belakang Saudi Arabia yang berada di tangga pertama dengan 35.94 peratus dan Thailand, kedua dengan 32.21 peratus.
Thailand umpamanya menjadi negara yang mencatatkan 32 kematian bagi setiap 100,000 pengguna jalan rayanya dan kebanyakan daripada kes tersebut melibatkan penunggang motosikal. FINN memetik beberapa punca utama yang menyebabkan jumlah tersebut berada pada tahap tersebut. Antaranya termasuklah perbuatan membonceng motosikal beramai-ramai dan tidak memakai topi keledar.
Walaupun Malaysia di tangga ketiga, FINN masih merasakan wujud perbezaan ketara di antara negara kita dengan Saudi Arabia dan Thailand, lalu meletakkan Malaysia sebagai negara yang perlu berhati-hati agar kes kematian jalan raya tidak melonjak pada tahun-tahun berikutnya.
Jom lihat 7 lagi negara dalam senarai negara dengan ‘jalan raya maut’ ini:
Dalam pada itu, FINN meletakkan Iceland sebagai negara paling selamat kerana paling kurang mencatatkan kemalangan maut jalan raya dengan mencatatkan 2.05 peratus. Ia diikuti oleh lima lagi buah negara di benua Eropah iaitu Norway (2.12%), Switzerlang (2.25%), Ireland (3.13%), Sweden (3.14%) dan United Kingdom (3.21%).
Jepun menjadi satu-satunya negara dari benua Asia dengan jumlah peratusan kes maut di jalan raya dengan 3.21 peratus pada tangga keenam.
Bagi REMAJA, bukan hanya infrastruktur jalan raya dan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia yang memainkan peranan dalam membendung lebih banyak kes maut. Sebaliknya, cara pemikiran pengguna jalan raya kita sendiri yang seharusnya lebih cakna dan tidak mengikut emosi mampu mengurangkan jumlah kes maut dari semasa ke semasa.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malaysia baru-baru ini mencipta sejarah tersendiri apabila pasukan FAM eRimau muncul sebagai juara saingan FIFAe World Cup 2024 kategori mobile yang berlangsung pada 12 Disember, semalam.
Abdul Muhaimin atau lebih dikenali sebagai Minbappe yang merupakan wakil Malaysia berjaya menewaskan wakil pasukan dari Maghribi di pentas perlawanan akhir.
Difahamkan, Muhaimin berjaya memenangi perlawanan pertama 3-0 dan perlawanan kedua 2-0 seterusnya menempa sejarah memenangi kejohanan itu.
Dalam pada itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengucapkan tahniah kepada Muhaimin atas kejayaan tersebut.
“Tahniah dan Terima Kasih diucapkan kepada Muhaimin. Anda memang kebanggaan rakyat Malaysia”
“Terima kasih dan tahniah juga diucapkan kepada barisan jurulatih yang terlibat, Shaharil Shaifuddin dan Muhammad Hazim Aisar,” kata FAM dalam sebuah kenyataan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Usahawan dan pempengaruh terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini meluahkan rasa syukur apabila berjaya menerima penghargaan Anugerah Ikon Usahawan ketika Majlis Hari Belia Wilayah Persekutuan 2025 yang berlangsung pada Ahad lalu.
Menerusi sebuah perkongsian gambar di Instagram miliknya, beliau menyifatkan kejayaan yang diraihnya itu adalah berkat doa dan sokongan daripada dua insan tersayang iaitu isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid dan ibunya, Bonda Rozita Ibrahim.
“Terima kasih doa mak saya Bonda Rozita dan isteri saya yang sentiasa bersama saya”
Kredit foto: Instagram @aliffsyukriterlajaklarisKredit foto: Instagram @aliffsyukriterlajaklarisKredit foto: Instagram @aliffsyukriterlajaklaris
“Alhamdulillah, rezeki yang tidak disangka. Malam ini, saya rasa amat bertuah dapat menerima Anugerah Ikon Usahawan di Majlis Hari Belia Wilayah Persekutuan 2025 yang disampaikan oleh YAB Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,” tulisnya.
Aliff Syukri turut memberitahu bahawa melalui penghargaan yang diterima olehnya pada kali ini. Beliau terinspirasi dan bersemangat untuk berusaha lebih baik pada masa akan datang.
“Terima kasih saya ucapkan di atas penghargaan ini. Ini semakin membuatkan saya ingin lebih berusaha untuk lebih berjaya pada masa hadapan,” jelasnya lagi.
Kredit foto: Instagram @aliffsyukriterlajaklarisKredit foto: Instagram @aliffsyukriterlajaklaris
Dalam pada itu, di ruangan komen, ramai rakan-rakan selebriti, pempengaruh serta pengikut beliau di media sosial turut menzahirkan ucapan tahniah dan menyifatkan bahawa Aliff Syukri sememangnya layak menerima anugerah berkenaan kerana tidak pernah mengenal erti putus asa dalam dunia keusahawanan.
Pada masa yang sama, orang ramai juga mendoakan agar Datuk Aliff Syukri sentiasa memberikan inspirasi dan rujukan kepada orang muda serta ahli perniagaan lain untuk sentiasa berusaha keras dalam apa jua yang dilakukan.
Sekadar info, sebelum ini Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman diiktiraf sebagai salah seorang penyumbang zakat tertinggi pada setiap tahun oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!