Tidak salah sekiranya kami katakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 telah mempamerkan beberapa kejutan sepanjang ia berlangsung dua minggu ini.
Dari kejutan juara dunia tumpas di pusingan awal, pencapaian atlet muda dalam acara masing-masing dan juga dari segi pengenalan sukan baru di peringkat Olimpik. Banyak betul kejutan yang kita telah saksikan.
Salah satu perkara baharu yang nampaknya ingin diperkenalkan oleh sekelompok atlet dunia pada Tokyo 2020 adalah mengenai tata pemakaian mereka dalam acara tertentu.
Sekiranya pada minggu lalu, skuad gimnas Jerman yang menggantikan pakaian jenis leotard kepada unitard semasa mengambil bahagian dalam pusingan awal acara gimnastik wanita berkumpulan telah memperolehi perhatian menakjubkan daripada penggiat media seluruh dunia.
Perubahan pada pakaian yang lebih bersederhana dan sopan itu mendapat sokongan ramai atas faktor tuntutan agama dan cerminan imej wanita yang tidak lagi dijadikan objek pandangan seksual. Alasan utama skuad Jerman itu untuk menunjukkan bahawa penting bagi mana-mana atlet wanita merasa selesa semasa bertanding juga dipuji ramai.
Memasuki minggu kedua Sukan Olimpik, Pusat Gimnastik Ariake di Tokyo sekali lagi melihat perubahan pemakaian para gimnas dan kali ini ia membabitkan skuad gimnas berirama Ukraine.
Mereka telah bertanding dalam acara kelayakan individu all-around dengan mempertaruhkan gimnas bernama Khrystyna Pogranichna dan Victoria Onoprienko dan masing-masing melayakkan diri ke peringkat akhir yang berlangsung pada hari ini dpada kedudukan kesembilan dan kesepuluh.
Menariknya, biarpun mereka tidak menolak pemakaian leotard dalam beberapa acara apparatus yang disertai; ada ketika di mana dua orang gimnas ini memilih pemakaian unitard.
Ini terjadi semasa Victoria beraksi untuk acara riben dalam unitard tanpa lengan serba merah tanpa sebarang bahagian fabrik mirip warna kulit seperti yang selalu disarungkan oleh gimnas berirama. Khrystyna juga kelihatan cukup anggun dalam persalinan berseluar panjang hitam dengan perincian silver pada bahagian dada, bahu dan lengan; juga semasa acara riben.
Pada acara bola pula, Victoria kembali memilih uniform sopan serba hitam.
Jelas, Ukraine juga tidak mengekang gimnas mereka untuk berseluar panjang semasa bertanding di pentas segah Sukan Olimpik. Ia sekaligus memberikan harapan kepada lebih ramai gimnas perempuan seluruh dunia untuk menceburi bidang sukan ini dengan selesa.
*
Di Malaysia sendiri, penulis tahu ramai sebenarnya kanak-kanak perempuan teringin menyertai skuad gimnastik dan gimnastik berirama. Namun disebabkan ketetapan pemakaian para gimnas, ramai ibu bapa yang sukar membenarkan anak mereka menceburinya.
Dengan perkembangan terbaru ini, diharap dunia sukan terutamanya untuk gimnastik dan gimnastik berirama lebih terbuka dalam soal pemakaian atlet berpotensi mereka.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kematian itu pasti bagi setiap orang. Tanpa kira usia dan cara kematian, ajal maut adalah urusan Allah taala.
Apabila terdengar berita kematian, perkara pertama yang terlintas selain memberitahu kepada ahli keluarga terdekat, kita biasanya akan menghubungi pengurus jenazah kawasan bagi urusan gali kubur selain mandi dan kafankan.
Bagi yang pernah merasai kehilangan pasti tahu bagaimana perasaan ini. Islam juga menggalakkan pengebumian segera agar tidak menyeksa jenazah. Namun, pasti yang mengalami kesusahan disebabkan pandemik covid-19.
Kos pengurusan jenazah bukan murah lagi hari ini. Sesetengahnya mengikut lokasi dan mungkin ada lebih mahal dari dinyatakan.
Tapi semua masalah ini diringankan apabila pelakon ‘drama NUR’ ini tampil menghulurkan bantuan tapi bukan dari segi barangan keperluan asas tau!
Baru-baru ini menerusi Instagram, Noorkhiriah telah kongsikan yang dia bersedia untuk beri bantuan pengurusan jenazah secara percuma kepada orang yang memerlukan.
Pengurusan jenazah percuma dari mandi, kafan, solat sampai ke tanah perkuburan.”
Untuk pengetahuan korang, bantuan ini dibuat di bawah Pertubuhan Amal Nur By Khiriah dan difahamkan ia merupakan inisiatif dari hasil sumbangan orang ramai yang turut menghulurkan sumbangan bagi menjayakan aktiviti ini.
Alhamdulillah…
Sumber Instagram : Noorkhiriah
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah lama kita tidak dapat melawat pusara tersayang ekoran pandemik dan SOP Perintah Kawalan Pergerakan, mungkin kelonggaran baru-baru ini membuatkan orang ramai mula mengunjungi kawasan perkuburan.
Namun, setiap kali kita ke pusara atau kubur pasti akan dapat melihat pusara disiram air ketika seseorang menziarahi kubur selain membacakan Yassin di kubur ahli keluarganya. Hal menabur bunga dan menyiram air ini seolah-olah dilihat sebagai hal WAJIB sedangkan hakikatnya adakah benar hal ini wajib dilakukan?
Dengarkan penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus ketika memberikan ceramah agama berkaitan hal menyiram kubur dan meletakkan bunga ini. Adakah ianya wajib atau apa hukumnya? Jangan sampai kita terikut-ikut melakukan suatu perkara tanpa tahu hukumnya.
Perbuatan menaburkan bunga sebagai menggantikan pelepah dan ranting basah adalah harus- Uztas Azhar Idrus
Apa tujuan siram air di atas kubur?
Ini jawapan daripada Ustaz Azhar Idrus menerusi laman ‘Youtube’nya berkata ulamak ada menyebut hukum jirus atau siram air atas kubur adalah harus tetapi dengan syarat tujuannya salah satu daripada tiga sebab iaitu:
Kubur masih baru (jenazah baru ditanam) supaya tanahnya kemas
Menghidupkan pokok-pokok dan bunga yang hidup di atas kubur tersebut
Supaya tanah tidak berdebu
Sebaliknya jika ada individu yang percaya bahawa siram pada tanah kubur untuk menyejukkan jenazah atau dikatakan jenazah boleh minum air itu adalah khurafat.
Dalam penjelasan UAI ini, jika seseorang itu melakukan perkara ini tanpa tahu hukumnya ianya dilarang kerana melakukan kerja seperti ‘membabi buta’. Nasihatnya, buatlah sesuatu perkara itu dengan mengetahui hukum hakam yang jelas.
Jika bertujuan mengikut budaya orang bukan Islam meletak bunga maka ia adalah dilarang.
Apa yang kita hadiahkan kepada si mati seperti doa, sedekah dan lain-lain lagi adalah ‘min babil asbab’ semata-mata mengharapkan rahmat Allah swt.
Justeru, perbuatan menaburkan bunga sebagai menggantikan pelepah dan ranting basah adalah harus. Bagaimanapun, jika bunga itu dibeli dengan harga mahal semata-mata untuk melakukan perbuatan itu, dibimbangi ia akan jatuh kepada haram disebabkan membazir.”
Istimewa sungguh menonton berita malam ini apabila Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin mencemar duli sudi membaca Berita Perdana RTM khusus sempena sambutan ulang tahun ke-75 stesen televisyen nasional tersebut.
Kini setelah lebih empat tahun, kerinduan rakyat jelata untuk menyaksikan Tengku Permaisuri secara langsung menyampaikan berita terubat. Baginda tampil kira-kira 15 minit dalam slot berita tersebut menyampaikan berita berkaitan isu semasa negara.
Detikpenampilan terakhir Tengku Permaisuri Norashikin menyampaikan berita pada 31 Ogos 2016
Tampil anggun dalam persalinan blazer rona merah jambu baginda kelihatan begitu menawan. Apa yang menarik perhatian, walaupun sudah lama tidak berkhidmat sejak berkahwin dengan DYMM Sultan Selangor, gaya dan lenggok pembacaan baginda masih sama seperti dahulu.
Penampilan awal Tengku Permaisuri Norashikin sebagai pembaca berita
Mengimbau kembali detik baginda di bilik berita, 31 Ogos 2016 merupakan hari terakhir baginda membuat kemunculan sebagai pembaca berita setelah lebih 20 tahun bergelar seorang personaliti televisyen.
Menerima Anugerah Seri Angkasa
Mengulas sedikit mengenai kerjaya, Tengku Permaisuri sebelum ini dilihat sebagai sebagai wajah utama dan personaliti ikonik dalam menyampaikan berita di RTM. Baginda pernah diangkat sebagai pembaca berita terbaik Anugerah Seri Angkasa sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2001 dan 2005.
Sumber gambar: Tangkap Layar YouTube Berita RTM
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!