Sukan adalah satu acara yang menyatukan sesebuah negara. Setiap negara pasti menghantar atlet terbaik mereka untuk membawa pulang pingat emas yang boleh dibanggakan. Setiap juara dunia yang mereka miliki akan dipertaruhkan.

Namun begitu, memegang gelaran juara bukanlah tiket mudah untuk merebut kemenangan sekaligus mendapat pingat emas. Harapan yang digalas bukanlah mudah untuk dibawa, ia memberikan tekanan hebat kepada mental atlet.

Dalam sukan Olimpik 2020 yang berlangsung di Tokyo, terdapat beberapa juara Olimpik bahkan pemain nombor satu dunia yang kecundang di tangan pemain bukan pilihan. Jom kita saksikan senarai atlet tersebut.

Juara Yang Kecundang Di Olimpik Tokyo 2020. Kalah Dan Menang Adat Pertandingan
Sumber gambar: Instagram Kento Momota
  1. Kento Momota

Pemain badminton nombor satu dunia dan dua kali juara dunia dari Jepun ini tewas kepada pemain badminton Korea Selatan, Heo Kwang Hee. Ini sekaligus menyaksikan harapan emas untuk negaranya lebur. Kekalahannya sedikit mengejutkan, namun di dalam arena suka tiada apa yang mustahil.

IKLAN
Juara Yang Kecundang Di Olimpik Tokyo 2020. Kalah Dan Menang Adat Pertandingan
Sumber gambar: Instagram Naomi Osaka
  1. Naomi Osaka

Penyala obor Olimpik Tokyo 2020 ini pernah bergelar peain nombor 1 dunia dan kini dia berada dalam ranking kedua. Selain itu dia juga merupakan dua kali juara terbuka US dan merupakan juara terbuka Australia 2021. Kekalahannya kepada pemain tenis Republik Czech telah meleburkan impian negaranya untuk melihat pemain hanadaln dunia itu menyumbang emas kepada Jepun. Olimpik 2020 merupakan kejohanan terbaru yang dia sertai setelah menarik diri dari beberapa kejohanan atas faktor kesihatan mental.

Juara Yang Kecundang Di Olimpik Tokyo 2020. Kalah Dan Menang Adat Pertandingan
Sumber gambar: Instagram Joseph Schooling
  1. Joseph Schooling

Joseph adalah atlet yang memberi jasa kepada negaranya, Singapura. Pada usia 21 tahun dia meyumbang pingat emas Olimpik pertama negaranya menerusi acara renang 100-meter kuak kupu-kupu. Namun langit tidak selalu cerah, dia nampaknya terseingkir awal di Olimpik Tokyo 2020 sekaligus menyaksikan impian emas Singapura yang digalasnya terkubur.

IKLAN
Juara Yang Kecundang Di Olimpik Tokyo 2020. Kalah Dan Menang Adat Pertandingan
Sumber gambar: Instagram Deepika Kumari
  1. Deepika Kumari

Deepika ketika ini merupakan pemain nombor satu dunia dalam sukan memamah. Atlet yang mewakili negara India ini nampaknya tidak berjaya keperingkat seterusnya selepas kandas di pusingan suku akhir kepada pemanah Korea Selatan, An San.

Juara Yang Kecundang Di Olimpik Tokyo 2020. Kalah Dan Menang Adat Pertandingan
Sumber gambar: Instagram Simone Biles
  1. Simone Biles

Pemenang empat pingat emas Olimpik dan juga gimnas yang dinobatkan sebagai salah seorang ahli sukan terhebat dunia ini nampaknya tidak akan menyumbang pingat emas kepada negaranya dalam acara yang dimenanginya pada Olimpik Rio 2016 apabila dia menarik diri dari bertanding sejurus sebelum acara berlangsung. Simone menjelaskan yang dia kurang sihat dan tekanan yang dihadapai memberi kesan terhadap mentalnya.

IKLAN
Juara Yang Kecundang Di Olimpik Tokyo 2020. Kalah Dan Menang Adat Pertandingan
Sumber gambar: The New York Times

Kalah dan menang sudah menjadi adat dalam pertandingan. Menjadi juara dunia atau pemegang pingat emas bukan menjadi tiket untuk menang mudah pada mana-mana acara. Kekalahan yang dihadapi tidak menjadi penanda yang mereka sudah hilang ‘taring’ sebaliknya nasib tidak menyebelahi. Siapa tahu, di Olimpik Paris 2024 mereka akan kembali menggegar podium.

Semangat kesukanan harus diraikan dengan positif! Semoga atlet yang masih lagi berjuang berjaya mengharumkan nama negara masing-masing.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI