Di mana-mana saja, berita mengenai situasi semasa di Kyiv, Ukraine diperkatakan oleh penduduk dunia.
Manakan tidak, pergolakan di antara negara tersebut dengan Rusia kini telahpun mencapai tahap meragut nyawa setelah lebih 30 orang insan tidak bersalah telahpun dilaporkan maut akibat serangan Rusia yang melaungkan peperangan sejak kelmarin menerusi Presidennya, Vladimir Putin.
Sasaran utama Putin tentunya adalah ibu negara Ukraine iaitu Kyiv. Manakala Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky telah meminta bantuan dan sokongan daripada sekutunya sewaktu Kyiv dibedal serangan udara dari Rusia.
Bagi kita yang tinggal 8,409 kilometer dari Kyiv, ramai pasti tertanya-tanya di manakah sebenarnya Kyiv; mengapa ia mempunyai dua ejaan berbeza dan mengapa cara sebutannya telah berubah?
Kyiv merupakan bandaraya dengan populasi paling ramai di Ukraine. Pada kepadatan 3,010,000 orang penduduk, Kyiv adalah bandaraya ketujuh paling padat di benua Eropah dan salah sebuah bandaraya tertua di benua itu.
Dalam abjad ‘Cyrillic’, ia dieja sebagai Ки́їв. Masyarakat antarabangsa seperti kita pula mengejanya mengikut huruf Latin sebagai Kiev atau Kyiv; yang difahamkan bermaksud ‘Istana Kyi’. Kyi di sini merujuk kepada nama pengasas bandaraya tersebut.
Ads
Biarpun sebutannya tidak jauh berbeza tetapi disebabkan konflik yang tercetus di antara Rusia dan Ukraine sejak dahulu kala telah memaksa penukaran ejaan rasminya dari Kiev ke Kyiv. Huh, mengapa agaknya?
Setelah Ukraine mencapai kemerdekaan pada tahun 1991, terdapat satu panduan kebangsaan diperkenalkan mengenai perubahan ejaan abjad ‘Cyrillic’ ke ejaan Latin untuk kegunaan akta dan dokumen rasmi oleh pegawai Ukraine. Ini termasuklah ejaan rasmi nama ibu negaranya, Kyiv. Sebelum tahun 1991, ejaan rasminya ialah Kiev.
Untuk pengetahuan korang, Kyiv diambil daripada ejaan asal bahasa Ukrainian, manakala Kiev pula berasal dari bahasa Rusia.
Selain ejaannya, Kyiv juga seringkali salah disebut oleh penutur Bahasa Inggeris. Kebanyakan orang menyebutnya sebagai KEY-EV (atau KEY-F), sedangkan cara sebutan yang betul adalah K’EVE (atau K’IF).
Sekarang, barulah kita tahu mengapa kebanyakan penggiat media menggunakan ejaan Kyiv dan bukannya Kiev.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Satu kajian secara tidak langsung mendedahkan bahawa New York dan Singapura menjadi dua bandar paling mahal untuk didiami di dunia selepas kadar inflasi global terus menunjukkan trend peningkatan.
Hal ini diambil kira berdasarkan beberapa faktor, termasuklah harga purata bahan makan di rumah seperti susu dan minyak masak, sewa, utiliti, pengangkutan awam dan kekuatan mata wang tempatan.
Gabungan dua bandar itu mengetepikan Tel Aviv yang kali ini jatuh ke ke tempat ketiga bagi bandar paling mahal untuk didiami berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Indeks Kos Hidup Seluruh Dunia.
Bandar Raya New York. Foto Via Pexels
Kajian itu secara tidak langsung mendedahkan New York buat pertama kalinya tersenarai sebagai bandar paling mahal di dunia, manakala Damsyik dan Tripoli kekal sebagai bandar termurah.
Dalam pada itu, Los Angeles dan San Francisco turut masuk dalam 10 bandar teratas paling mahal di dunia.
Moscow dan Saint Petersburg juga merekodkan peningkatan mendadak dalam kenaikan harga barangan iaitu 88 dan 70 peratus akibat perang yang berlaku di Ukraine.
Ha, korang ada simpan impian ke nak menetap di bandar-bandar yang tersenarai ini?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dianggarkan seramai 32.66 juta jumlah penduduk Malaysia pada suku kedua 2021, meningkat sebanyak 0.2 peratus berbanding suku kedua tahun 2020 (32.58 juta).
Menurut Harian Metro, Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, jumlah penduduk itu merangkumi 29.96 juta orang (91.8 peratus) warganegara dan 2.69 juta orang (8.2 peratus) bukan warganegara.
Jelasnya, komposisi penduduk bukan warganegara menurun daripada 8.9 peratus pada suku tahun kedua 2020 kepada 8.2 peratus pada suku tahun kedua tahun ini.
Penurunan ini adalah selari dengan penutupan pintu sempadan negara dan pergerakan pulang warga asing ke negara masing-masing berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa penularan pandemik COVID-19.
Data penduduk yang diperoleh itu berdasarkan kepada Banci Penduduk dan Perumahan 2010, pertambahan semula jadi kelahiran dan kematian serta migrasi bersih sebelum disemak semula selepas hasil dapatan Banci Malaysia 2020 dibuat.
Melalui hasil bancian tersebut, pada suku tahun kedua ini, penduduk lelaki (16.77 juta) melebihi penduduk perempuan (15.88 juta) manakala, nisbah jantina penduduk adalah 106 lelaki bagi setiap 100 perempuan.
Penduduk berumur 65 tahun dan lebih (umur tua) meningkat daripada 2.29 juta kepada 2.4 juta bagi tempoh sama. Trend ini selari dengan negara-negara maju yang menuju ke arah penuaan penduduk.
Tiga negeri yang mencatatkan komposisi penduduk tertinggi pada suku tahun kedua ini ialah Selangor (20.1 peratus) diikuti oleh Sabah (11.7 peratus) dan Johor (11.6 peratus). Manakala, Labuan dan Putrajaya mencatatkan komposisi penduduk terendah iaitu 0.3 dan 0.4 peratus.
Sebanyak 3,898 kematian pada tempoh itu disebabkan oleh covid-19, meningkat daripada 78 kematian pada suku kedua 2020. Data juga menunjukkan kematian tertinggi disebabkan covid-19 direkodkan oleh kumpulan umur 65 hingga 69 tahun, diikuti kelompok 70 hingga 74 tahun, dengan Selangor mencatatkan kematian tertinggi sebanyak 1,236 manakala rekod terendah dicatatkan Putrajaya dengan empat kematian sahaja disebabkan wabak itu.
Sebagai generasi muda, korang juga perlu mengambil tahu tentang populasi masyarakat di Malaysia jika tidak mahu menjadi individu yang tidak peka dengan keadaan sekeliling. Info-info seperti ini sedikit sebanyak dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan korang.
Satu berita baik telah diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad bahawa solat sunat Tarawih dibenarkan dilaksanakan di masjid dan surau di seluruh negara sepanjang bulan Ramadan ini.
Jelas Idris lagi, SOP nanti akan agak longgar bergantung kepada keadaan semasa dan mengikut nasihat daripada KKM. SOP yang akan dikeluarkan nanti akan dibincangkan bersama pihak berkuasa agama Islam negeri untuk tindakan selanjutnya mengikut negeri masing-masing.
“Insya Allah imarah masjid tahun ini akan berjalan. Kita doa kepada Allah SWT supaya COVID-19 (penularan) tidak serius. Kalau semakin teruk, kita akan ikut nasihat KKM dan bila sudah ada SOP baharu, kita akan jaga elok-elok,” jelasnya lagi.
Alhamdulillah, semoga Ramadan tahun ini lebih bermakna buat rakyat Islam di Malaysia dan marilah sama-sama kita berdoa agar pandemik COVID-19 ini berakhir segera.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...