Kehadiran musim panas terik ataupun El Nino yang melanda Malaysia sejak bulan April lalu bukan sahaja membuatkan kita tidak selesa apabila saban hari terpaksa berpeluhan.
Malah, fenomena cuaca yang khabarnya hanya akan merosot pada akhir bulan Jun ini juga memberikan kesan negatif kepada kulit wajah.
Well, REMAJA punya cara yang ingin dikongsikan bagi mengatasi masalah ini dan mendapatkan kulit selicin dan sesihat selebriti Korea! Ia tidak lain tidak bukan adalah rangkaian produk penjagaan kulit wajah daripada jenama popular dari Korea Selatan, INNISFREE.
Seperti yang ramai serba tahu, rata-rata pengguna produk INNISFREE mengakui keberkesanan produk yang mereka gunakan kerana ia bersesuaian untuk jenis kulit masyarakat Asia di negara kita yang berdepan dengan implikasi perbezaan cuaca panas lembap di luar dan sejuk di bahagian dalam bangunan.
REMAJA ingin mengajak korang untuk sama-sama memperbaiki keadaan kulit wajah kita bersama INNISFREE menerusi kempen promosi 7 hari ‘INNISFREE Day. Bermula hari ini sehingga 31 Mei 2023 nanti, korang boleh mendapatkan produk-produk INNISFREE pada harga yang tidak masuk akal berserta beberapa produk terpilih secara percuma untuk ahli INNISFREE.
Bagi penggemar setia produk-produk INNISFREE, tentunya korang sudah tahu betapa bernilainya peluang untuk merebut tawaran INNISFREE DAY sebagai ahli INNISFREE dan ia tentunya tidak boleh dibiarkan berlalu begitu sahaja. Jom lihat di antara manfaat-manfaat yang diperolehi oleh ahli INNISFREE kali ini:
AHLI VIP
Diskaun 20% di seluruh stor INNISFREE.
Percuma Volcanic Bore BHA Cleansing Foam 150g apabila korang membeli produk-produk INNISFREE dengan jumlah nilai RM300 dan ke atas.
AHLI PREMIUM & WELCOME
Diskaun 15% di seluruh stor INNISFREE
Jom! Lihat sahajalah senarai promosi sempena INNISFREE Day pada tahun ini:
Ads
01
Brightening Pore Duo Set – RM158 (Jimat 41%)
1 x Brightening Pore Serum 30ml
PERCUMA 1 x Brightening Pore Skin 150ml
Masing-masing mengandungi kandungan vitamin B3, C dan B5 untuk kesan kulit cerah dalam masa 4 minggu.
02
Anti-Ageing & Brightening Set – RM156 (Jimat 45%)
1 x Black Tea Youth Enhancing Ampoule 30ml
PERCUMA 1 x Brightening Pore Priming Cream 50ml
Ads
Set ini mempunyai kelebihan anti-oksidan, memperbaharuhi tekstur kulit, mengurangkan kedutan dan melembapkan kulit wajah.
03
Anti-Ageing Duo Set – RM156 (Jimat 43%)
1 x Black Tea Youth Enhancing Treatment Essence 145ml
PERCUMA 1 x Jeju Orchid Enriched Cream 50ml
Treatment Essence ini mengandungi 95 peratus ekstrak Black Tea dan 8 jenis ‘peptides’ yang mempromosikan sel kulit agar kulit wajah kelihatan lebih cerah dan lembut.
Manakala, tona kulit bertambah sekata dan isu kulit kering serta pori kulit boleh diselesaikan dengan penggunaan krim tersebut.
Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk merebut promosi INNISFREE DAY ini bermula 25 Mei 2023 sehingga 31 Mei 2023.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelbagai jenis produk wajah dan juga promosi INNISFREE DAY, korang boleh melawat laman rasmi INNISFREE atau mengikuti akaun media sosial INNISFREE berikut.
Promosi INNISFREE DAY ini juga ada ditawarkan di stor fizikal INNISFREE di seluruh Malaysia. Semak senarai stor fizikal INNISFREE di sini : https://www.innisfree.my/all-stores
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Meskipun 2 hari telah berlalu sejak insiden anak kapal Dayang Topaz meninggal dunia, rata-rata netizen Malaysia masih berduka dengan berita tersebut.
Dalam insiden di Kuala Baram, Miri Sarawak itu, dua orang kru warganegara Malaysia disahkan telah meninggal dunia setelah kapal penyelenggara, Dayang Topaz karam akibat cuaca buruk di sana.
Salah satu sauhnya terputus sehingga menyebabkan ia hilang kawalan dan melangar sebuah pelantar minyak yang berada berhampiran.
Dalam pada itu, 173 orang daripada 185 kru kapal Dayang Topaz telah selamat dibawa ke jeti Pelabuhan Miri.
Kerjaya sebagai seorang anak kapal dalam industri minyak & gas – atau dalam bahasa glamornya, petugas offshore – sememangnya mempunyai risiko yang tinggi.
Walaupun kerjaya ini menawarkan gaji lumayan sehingga boleh mencecah RM7,000 ke atas, kesusahan dan cabaran yang perlu mereka hadapi pada setiap hari tidak selalu diketahui oleh orang awam. Itu belum lagi kepayahan perlu berjauhan dengan ahli keluarga dan orang tersayang.
Susulan insiden Dayang Topaz, seorang pemilik akaun Twitter @faizalsani12 telah berkongsi contoh situasi berisiko yang perlu dihadapi petugas offshore. Setinggi gaji mereka, kadangkala tinggi lagi ombak di lautan.
Memang padan lah diorang ni dibayar gaji tinggi kalau macam ni risiko kerja yang diorang kena hadap pic.twitter.com/CRinc6TsQF
Rata-rata netizen berkongsi pendapat mereka mengenai pekerjaan ini.
Teringin sangat nak ‘naik offshore’
Kejadian ombak besar satu perkara normal
Petugas selalu akan hargai kehidupan
Kalau bad weather memang semua cuak sebab ombak boleh buat platform 8 kaki bergoyang angin pn boleh buat orang terbang,tapi kalau weather cantik kau nampak laa cantik nya ciptaan Allah ✨ pic.twitter.com/FyT8g8Jozs
Penyanyi meningkat naik yang juga selaku pengarah Konsert Filomuzika: Kaleidoscope 2024, Danial Chuer sempat berkongsi persediaannya menjelang hari konsert yang berlangsung di Dewan Konsert Seri Budiman, UiTM Shah Alam, pada hujung minggu ini.
Menurut Danial, selain penjagaan kesihatan, pemilihan dan susunan lagu juga menjadi tumpuan utama dalam persediaan agar konsert tersebut berjalan lancar.
“Bagi persediaan sekarang, saya cuma betul-betul menjaga kesihatan saya, memilih dan mengatur lagu. Untuk konsert ini yang mana saya bukan sahaja sebagai penyanyi tetapi juga sebagai pengarah, ‘hectic’ itu adalah lain.
“Persediaan itu banyak, bermula dengan kertas kerja, pemilihan lagu, pemilihan pemuzik dan sebagainya. Secara asasnya, ia datang daripada saya dan juga penasihat-penasihat saya. Bagi konsert ini juga, kita akan tampilkan lapan penggubah original yang iaitu penggubah oleh para pelajar kita sendiri.
“Dan lagi tujuh lagu lagi adalah daripada lagu mainstream yang sedia ada yang akan diberi nafas baharu dari segi susunan muzik. Pada malam itu, kita nak tunjukkan juga sisi lain muzik itu sendiri,” katanya kepada Remaja.
Dalam pada itu, sepanjang bergelar pelajar, penyanyi lagu hit Erti Sempurna itu turut mendedahkan konsert pada kali ini adalah berbeza daripada persembahan yang pernah dilakukannya sebelum ini kerana bukan sahaja dihadiri para pelajar UiTM, namun dibuka juga buat pencinta muzik di luar sana.
“Sejujurnya saya sangat bangga apabila saya sebagai salah seorang penyanyi yang bakal melakukan persembahan nanti. Konsert kali ini berbeza dengan persembahan yang pernah saya lakukan sebelum ini kerana dapat bekerjasama dengan rakan-rakan menerusi satu pentas.
“Di peringkat UiTM, ini bukan pertama kali saya mengendali program seperti ini, kiranya adalah beberapa kali juga. Cumanya, konsert kali ini sasaran audiens kita berbeza. Jika sebelum ini kita hanya tumpukan buat para pelajar UiTM dan IPTA yang lain tetapi pada kali ini kita buka juga kepada umum.
“Semestinya untuk Filomuzika: Kaleidoscope 2024 ini, saya nak tarik lebih ramai lagi untuk hadir ke konsert ini selain tujuan kami mengadakan konsert ini adalah untuk mengetengahkan bakat-bakat para pelajar dalam pembikinan dan sususan lagu ini,” tuturnya panjang.
Akhir bicara, bekas peserta Big Stage itu menitipkan harapan agar konsert berkenaan dapat membuka lebih ramai lagi mata-mata di luar sana mengenai jurusan mereka yang bukan hanya sekadar mencipta dan menggubah lagu.
Sekadar informasi, College of Creative Arts (CCA) and the Society of Music Composition Students (MCS) mempersembahkan Konsert Filomuzika: Kaleidoscope 2024 pada 5 dan 6 Januari ini yang bakal berlangsung di Dewan Konsert Seri Budiman, UiTM Shah Alam.
Lapan ‘Original Compositions’ yang ditulis oleh pelajar-pelajar Music Composition dan tujuh Mainstream Songs bersama susunan muzik baharu akan dipersembahkan di Konsert #Kaleidoscope2024.
Selain Danial, penyanyi yang turut melakukan persembahan ialah Aisha Retno, Afiq Adnan, Ash Fasryll dan ramai lagi dan Majalah Remaja sebagai rakan media rasmi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Shein telah dinamakan sebagai jenama fesyen paling popular di seluruh dunia sepanjang 2022.
jenama kelahiran Nanjing, China yang diperkenalkan sejak tahun 2008 ini berjaya mengenepikan nama-nama besar dunia fesyen seperti Zara, Nike dan adidas menerusi carian Google di 113 buah negara.
Antara faktor utama yang membantu Shein mencapai kejayaan tersebut tentulah terletak pada tanda harga barangan yang dijualnya.
Shein pantas mencedok idea serta trend terkini yang diperkenalkan oleh rumah fesyen serta selebriti antarabangsa lalu menawarkan gaya sama kepada pembeli tegarnya pada harga yang jauh lebih murah.
Pada zaman di mana masyarakat dunia sedang berjaga-jaga dengan krisis ekonomi dunia yang dijangka melanda pada tahun hadapan, tidak hairanlah ramai memilih untuk membeli-belah di platform dalam talian yang lebih menjimatkan seperti Shein.
Bagaimanapun, kejayaan Shein ini tetap dikaburi kontroversi penghasilan produk dalam jumlah yang tidak masuk akal di kilangnya yang terletak di China.
Shein memperkukuhkan kedudukan sebagai peneraju ‘fast fashion’ apabila ia dilaporkan menghasilkan 700 ke 1000 helai pakaian pada setiap hari dan jumlah tersebut belum mengambil kira pesanan lain yang diterimanya.
Ia sekaligus menimbulkan persoalan mengenai penetapan masa bekerja di kilang Shein.
Selepas Shein didakwa ‘mendera’ pekerjanya dengan membiarkan mereka bekerja tanpa henti menerusi dokumentari yang dihasilkan oleh sepasukan produksi Britain baru-baru ini, jenama dalam talian itu melancarkan siasatan dan mendapati dua tapak kilang di China miliknya benar-benar memerah kakitangan melebihi tempoh bekerja yang ditetapkan.
Susulan laporan tersebut, Shein mengakui kesalahan membenarkan kakitangannya bekerja selama 75 jam seminggu dan hanya diberikan cuti dua ke tiga hari dalam masa sebulan.
*
Biarpun nama baik Shein tercalar akibat kontroversi ini, hakikatnya jumlah jualan tidak boleh berbohong. Masyarakat dunia tetap mencari pakaian baharu di platform Shein.
Sebagai contoh, Shein telah berjaya mengutip keuntungan sebanyak USD10 bilion pada tahun 2020 sahaja berbanding gedung dalam talian popular di United Kingdom, Asos yang sekadar mencatatkan USD2.4 bilion dalam tempoh sama.
REMAJA meramalkan jumlah keuntungan Shein ini tidak akan berkurangan memasuki tahun 2023. Tepuk dada, tanya selera (dan baki akaun bank masing-masing).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!