
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang Lagi Pelakon Muda Tamatkan Zaman Bujang, Kali Ini Giliran Adipati Dolken

Disember 2020 nampaknya menjadi bulan istimewa bagi kebanyakan pasangan selebriti mengikat tali perkahwinan bersama pasangan pilihan masing-masing.
Jika pada 19 Disember lalu, pelakon dan finalis Hero Remaja 2017, Ikmal Amry telahpun diijab kabulkan bersama Najla Samshul seterusnya melangsungkan majlis resepsi pada sebelah malamnya pula.
Minggu ini, tiba giliran seorang lagi pelakon lelaki muda untuk menamatkan zaman bujangnya.
Siapakah gerangannya?
Tentulah pelakon terkenal Indonesia, Adipati Dolken yang selamat menikahi pasangannya, Canti Tachril.

Pada usia 29 tahun, Adipati melangkah ke fasa seterusnya itu di Pulau Belitung lebih awal pada hari Jumaat lalu. Keesokan harinya, mereka melangsungkan acara makan malam bersama.
Pemilihan Belitung sebagai lokasi adalah disebabkan keinginan pasangan itu untuk menikah berdekatan dengan kawasan pantai. Lokasi seperti Bali dan Lombok pula dilihat sudah terlalu biasa digunakan oleh pasangan lain sebelum ini.
Malang sekali, ayah, ibu dan kakak Adipati tidak dapat sama-sama berada di majlis tersebut. Kakaknya sedang menetap di Washington DC, Amerika Syarikat. Ibunya pula berada di Jerman pada masa ini manakala ayahnya berada di luar kawasan dan keadaan kesihatannya tidak mengizinkan.
Katanya dalam sebuah temuramah bersama 20 Detik, ibunya benar-benar ingin hadir dan telahpun membeli tiket pulang. Malah, baju buat ibunya itu juga telah disediakan.
Bagaimanapun, situasi lockdown yang masih dilaksanakan di Jerman dan beliau terpaksa ‘refund’ tiket yang telah dibeli. Apapun, keluarga Adipati tetap menyokong keputusannya itu dan sempat menyaksikan upacara perkahwinan mereka menerusi group call.
“Ketidakhadiran mereka tidak terlalu menjadi masalah yang besar kerana mereka pasti mendoakan saya dengan kondisi yang sangat baik juga.”
Adipati cuba untuk tidak memberikan sebarang komen setelah video dan foto pernikahan dan resepsi mereka tersebar meluas di media sosial pengguna dari Indonesia.
Apa yang hangat diperkatakan oleh orang ramai adalah permintaan keluarga Canti yang berharap agar Adipati ‘memperbaiki’ pegangannya kepada agama Islam. Ini kerana mertua Adipati itu menerapkan pegangan agama yang kuat kepada anak-anak mereka sejak kecil.
Jelas Adipati, “Yang pasti memang bapanya secara khusus meminta saya untuk mampu mengimamkan Canti dengan baik. Jujur agama saya kurang baik apabila saya hidup bersendirian selama ini. Saya telah belajar untuk menjadi imam yang lebih baik. Syarat keluarganya itu telah saya terima dan itu adalah yang terbaik untuk kami berdua.”
Buat masa ini, mereka menunda dahulu perancangan berbulan madu kerana situasi pandemik di sana yang tidak stabil. Oleh itu, mereka sedang menghabiskan masa romantik di Belitung saja.

Untuk pengetahuan, Canti merupakan anak perempuan kepada ‘bos besar’ di syarikat pemaju PT Plaza Indonesia Realty, Mohamad Tachril Sapi’ie.
Manakala Canti sendiri merupakan seorang model, pelakon dan penyanyi di Indonesia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
7 Jenis Lelaki Yang Paling Disukai Oleh Gadis Pemalu

Pendiam, suka untuk senyum sendirian dan tidak banyak bercakap.
Inilah ciri-ciri yang biasa ada pada seorang gadis pemalu atau juga dipanggil sebagai intovert. Mungkin ramai lelaki di luar sana yang berasa sukar untuk mendekati gadis pemalu, apatah lagi jika gadis tersebut ayu pula tu!

Tetapi, bagi lelaki yang memiliki ciri-ciri di bawah, jangan risau kerana korang besar kemungkinan mempunyai karakteristik yang disukai oleh seorang gadis pemalu.
Hai lah gadis pemalu.. adakah ciri-ciri di bawah menepati kriteria lelaki yang korang nanti-nantikan?
.
.
Lelaki Kelakar
Percayalah bahawa orang yang kelakar sentiasa menjadi perhatian dalam kelompok rakan-rakan. Biasanya merekalah yang akan menjadi fokus utama disebabkan kepetahan dan idea lawak yang tidak pernah gagal menghiburkan.
Gadis pemalu akan sukakan seseorang yang boleh membuatkan mereka ketawa. Bagi mereka lelaki seperti ini akan membuang rasa malu yang ada pada diri mereka and just enjoy the moment.

.
.
Aktif Sentiasa
Sesetengah orang suka memerhati dan observe orang lain. Begitu juga dengan gadis pemalu. Bagi mereka, tingkah laku orang di sekitarnya boleh menjadi satu terapi yang berguna buat mereka. Inginkan perhatian mereka?
Janganlah jadi ibarat tunggul kayu. Pergi aktifkan diri dan ajak mereka untuk sertai kamu.
.
.
Pantang Menyerah Kalah
Untuk menawan hati gadis pemalu, lelaki perlulah kerja keras memenangi hatinya. Si dia akan menilai sama ada adakah jejaka itu jujur atau hanya main-main saja bila gadis itu tidak terus terbuka hati untuk menerimanya kerana sifat malu masih menebal.

.
.
Boleh Menerima Dunia Mereka
Gadis introvert ini simple saja hidupnya. Mereka mahukan sesuatu yang stabil, tenang dan damai. Kadangkala dia lebih suka hanyut dalam dunianya dan sibuk dengan diri sendiri. Dia juga lebih gemarkan tempat yang sunyi dan tidak terlalu crowded. Lelaki perlulah menerima dunia mereka seadanya.
.
.
Pandai Menjaga Privasi
Perkataan ‘malu’ dan ‘privasi’ saling berkait rapat. Gadis pemalu cukup mementingkan privasi. Dia tidak suka lelaki yang over expose seperti sesetengah kaki selfie yang memuat naik kesemua perkara di media sosial walaupun perkara yang sensitif. That is a big no for them!

.
.
Seorang Yang Yakin
Walaupun malu tetapi dia sukakan lelaki yang berani mencuba melakukan perkara baru. Gadis pemalu akan tertarik keyakinan yang ditonjolkan lelaki. Lebih yakin, lebih macho! Tapi ingat, jangan over confident pula. Itu juga adalah satu sifat turn off untuk si gadis.
*
*
Agak-agak gadis pemalu sukakan Hero Remaja tak?
Jangan lepaskan peluang untuk menghantarkan penyertaan secara online bagi pencarian Hero Remaja 2021 bermula 7 Disember sehingga 20 Disember 2020. KLIK DI SINI.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mizz Nina Sekali Lagi Layangkan Dedikasi Teristimewa Buat Suami Tercinta

Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina tampil mengenang semula majlis perkahwinannya bersama suami tercinta, Essam Muhammad, yang berlangsung pada September lalu.
Menerusi satu hantaran di entri Instagram miliknya, Mizz Nina berkata penyatuan mereka bagaikan saling melengkapi satu sama lain, terutama masing-masing saling bertujuan kerana yang Maha Esa.
ARTIKEL BERKAITAN: “Suamiku Syurgaku” -Mizz Nina Kongsi Momen Terindah Ketika ‘Honeymoon’, Peminat Turut Tumpang Gembira

“Apabila melihat keluarga dan teman-teman datang bersama dan berkumpul kerana Allah, tiada apa kecuali keindahan dan kebaikan. Ia juga sudah tertulis bahawa penyatuan kami ini adalah untuk tujuan yang indah.
“Untuk saling melengkapi agama, beribadah kerana Allah, untuk saling mencintai, berkasih sayang. Bahkan untuk sama-sama berpimpin tangan sehingga kita melangkah ke pintu syurga, untuk bertemu dengan Allah dan Nabi Muhammad.
“Saya juga mendoakan agar kita dapat meninggalkan satu legasi yang meneruskan usaha menyebarkan dakwah Islam, mengangkat dan memberi makna kepada ummah dan kemanusiaan dalam apa jua usaha yang mampu dilakukan,” katanya.

Menerusi hantaran yang sama, penyanyi lagu popular Takeover itu juga berkesempatan mengingatkan kepada para peminatnya agar sentiasa menghargai setiap momen bersama orang yang tersayang.
“Adalah sangat penting untuk kita saling mengingatkan diri untuk sentiasa bersyukur atas setiap kurniaan waktu yang diberikan.
“Kalau boleh, luangkan lebih banyak masa dengan orang-orang tersayang sebab kita mungkin tidak tahu bila kali terakhir dapat bertemu atau berbual lagi,” ujarnya lagi.

Mizz Nina juga sempat menzahirkan penghargaan buat semua tetamu yang hadir ke majlis resepsinya sebelum ini termasuk yang sanggup datang dari luar negara.
Sekadar info, Mizz Nina sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, pada Julai 2011. Bagaimanapun kedua-duanya memilih jalan perpisahan pada Ogos 2022.
Mizz Nina kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan penyanyi rap asal Amerika Syarikat (AS), Essam pada Jun tahun lalu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Tiktok Fanspage Mizz Nina
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

