Setiap tahun, kuih tepung pelita pasti menjadi pilihan kebanyakan masyarakat Malaysia sepanjang bulan Ramadan. Lebih-lebih lagi Tepung Pelita Paya Jaras yang selalu mendapat permintaan tinggi tatkala bulan puasa.
Namun, masih ramai yang keliru dan tersalah beli kuih ini kerana ia tidak jauh beza dengan kuih-kuih seperti limas dan tako. Ketiga-tiga kuih tradisional ini mempunyai rupa bentuk yang agak sama namun rasanya tetap berbeza.
Apa perbezaan bagi ketiga-ketiga kuih ini?
Ads
Kuih Tepung Pelita
Berasal dari Pantai Timur. Diatasnya adalah tepung beras, santan dan garam, manakala bahagian bawah pula tepung beras, gula serta pandan. Cara memasak kuih ini di dalam periuk, tuang ke atas bekas (daun pisang). Teksturnya juga lembut dan cair di mulut.
Berasal dari Selatan Semenanjung, diatasnya tepung jagung, santan dan garam. Dibawah kuih ini pula adalah tepung jagung, gula, pandan dan sengkuang. Cara memasak, tuangkan ke dalam bekas (daun pandan) dan teksturnya pula seperti agar-agar lembut.
Berasal dari Perak, bahan-bahan yang digunakan di atas kuih ini adalah tepung gandum, santan dan garam, manakala dibawahnya tepung gandum, gula dan pandan. Cara membuat, kukus di dalam bekas (daun pisang). Teksturnya lembut dan cair di mulut.
Ha, dah nampakkan perbezaannya? Jadi selepas ini sebelum membeli ada baiknya jika korang tanya terlebih dahulu kepada penjual bahan-bahan kuih yang digunakan. Barulah tak menyesal beli. Hiks!
Ads
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Belakangan ini, industri filem banyak menyajikan naskhah seram di pagawam dan pelbagai lagi pilihan di aplikasi penstriman seperti Netflix dan seangkatan dengannya.
Babak-babak yang memaparkan darah dan pembunuhan luar biasa merupakan antara elemen yang digunakan dalam pembikinan filem seram.
Selain itu, sinematografi, kesan bunyi dan lagu juga memainkan peranan penting untuk menimbulkan rasa seram, gementar dan ketakutan.
Walaupun ada yang berasa takut dan mengelak daripada menonton cerita-cerita seram, ada juga yang seronok menikmati rasa terkejut dan takut ketika menonton filem sebegitu.
Tidak salah jika menonton filem genre ini sekali sekala, tetapi jika terlalu obses, ada juga keburukannya.
Siapa di antara anda yang gemar menonton cerita seram? Ini antara kesan apabila menonton terlalu banyak filem seram, thriller dan gore kepada kesihatan anda.
Kesan kepada kualiti tidur
Meskipun adrenalin menyumbang kepada pengalaman keseluruhan filem, jika dirembeskan dalam kadar yang tinggi yang tinggi ia boleh menyebabkan kesukaran untuk tidur.
Pengarah Media Psychology Research Center, Dr. Pamela Rutledge berkata euphoria atau keseronokan yang dirasakan selepas menonton filem seram menyebabkan emosi dan tenaga badan menjadi lebih aktif, bukan menenangkan.
Justeru itu, meskipun mereka menikmati naik turun emosi dan saspens, ia akan menyebabkan kesukaran untuk tidur. Mendapatkan tidur malam yang nyenyak dan mencukupi adalah sangat penting untuk kesihatan mental dan fizikal.
Kesan kepada kesihatan mental
Kekurangan tidur pula akan menyebabkan kesihatan mental lebih teruk kerana ia akan menjejaskan cara otak memproses emosi pada hari berikutnya dan boleh meningkatkan emosi negatif.
Kajian juga membuktikan bahawa jika tidak tidur atau mengalami kesukaran untuk tidur selama tiga malam atau lebih berturut-turut boleh mengakibatkan kesukaran untuk membezakan realiti dan ilusi, khayal serta halusinasi.
Bagi individu yang lebih sensitif, mereka cenderung mencampur-adukkan imej atau babak dalam filem ke dalam mimpi. Ini bermakna seram pada skrin boleh mencetuskan mimpi ngeri, yang terbukti boleh mengganggu tempoh tidur nyenyak dan menyebabkan tidur terganggu atau tidak berkualiti.
Jika filem seram membuat anda terjaga pada waktu malam, mungkin berbaloi untuk mempertimbangkan semula pilihan tontonan anda.
Kesan fisiologi
Filem seram mengandungi helah psikologi yang mencipta ilusi ketegangan dan bahaya melalui pemanipulasian imej, bunyi dan cerita. Walaupun otak anda sedar bahawa ancaman itu bukan kenyataan, badan anda pada masa yang sama menterjemah keadaan itu seolah-olah ia benar berlaku.
Seorang pakar psikologi, Sally Winston menerangkan bahawa ketika menonton filem seram, jantung anda berdegup kencang, peningkatan adrenalin dan paras perhatian semakin menjadi semakin rendah, meskipun mempunyai kesedaran bahawa anda berada di rumah atau teater dan tidak diancam dalam dunia realiti.
Oleh itu, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian. Disebabkan filem seram dihasilkan untuk menimbulkan ketegangan, ketakutan, tekanan dan kejutan, ia juga boleh menyebabkan pembebasan hormon seperti norepinephrine, kortisol dan adrenalin daripada sistem saraf autonomi.
Anda mungkin dapat melihat tindak balas fisiologi daripada hormon ini melalui pembeliakan anak mata, peningkatan kadar denyutan jantung dan ketegangan otot.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mesti ramai antara kita yang suka tidur dengan rambut yang masih basah. Tabiat itu sebenarnya sama sekali tidak digalakkan kerana ia ia bukan sahaja boleh menyebabkan rambut rosak bahkan boleh mengakibatkan penyakit serius juga.
So ini masalah yang korang akan hadapi jika masih degil.
Sumber Gambar : Pexels
Kerosakan Rambut
Rambut paling lemah ketika basah. Sewaktu rambut basah atau selepas di cuci liang rambut korang akan terbuka dan menyebabkan mudah terputus dari akarnya. Jadi tidak hairan jika ia meningkatkan kerosakan dengan membiarkan rambut anda basah semasa tidur.
2. Jangkitan Kulat
Walaupun tidur dalam rambut basah tidak menyebabkan anda selesema, tetapi risiko anda terkena jangkitan kulat pada kulit kepala.
Kulat, seperti Malassezia, boleh menyebabkan keadaan seperti kelemumur atau dermatitis, jadi sebaiknya tidur dengan rambut kering.
3. Punca Kelemumur
Kelembapan rambut yang berpanjangan akan menyebabkan bakteria dan kulat membiak di kulit kepala dan juga bantal.
Keadaan ini menyebabkan pertumbuhan bakteria dan kehilangan minyak semula jadi menjadikan kulit kepala cenderung untuk kelemumur.
4. Keguguran Rambut
Tidur dengan rambut basah boleh menyebabkan rambut anda gugur dan, paling teruk lagi kurap pada kulit kepala. Kurap kulit kepala adalah sejenis jangkitan kulat, yang disebabkan oleh keadaan panas dan lembap.
Ia sangat berjangkit, jadi berhati-hatilah dan elak tidur rambut basah.
5. Jerawat Di Wajah Boleh Tumbuh
Rambut yang basah bersentuhan dengan bantal, jadi kemungkinan untuk pertumbuhan bakteria dan juga berlakunya break out. Sebaiknya keringkan rambut sebelum anda tidur.
6. Sakit Lumpuh Saraf Muka
Sebelum ini, terdapat kes di China seorang wanita berusia 32 tahun mengalami lumpuh sebahagian mukanya disebabkan rambut basah.
Memetik laporan China Times, beliau sering membasuh rambut pada waktu malam sebaik sahaja pulang dari tempat kerja dan tertidur sebelum rambutnya sempat kering.
Akibat tindakan tersebut yang kerap dilakukan, beliau mendapati yang wajah sebelahnya tidak dapat bergerak, dan didapati mulutnya juga turut bengkok ketika dia cuba memberus gigi. Hasil pemeriksaan mendapati bahawa dia menghidap lumpuh saraf muka berpunca daripada tabiat tidur dengan rambut yang basah.
Menjelaskan perkara itu doktor tersebut berkata lumpuh tersebut mungkin disebabkan perubahan suhu badannya dan rambut basah menyebabkan wajahnya mengalami kekejangan.
So, korang masih nak tidur dengan rambut basah lagi?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Salah satu benda yang sangat penting bila travel dan tak travel ialah baju atau pakaian. Especially korang yang suka sangat ambik gambar dan OOTD.
Tapi tak semua hotel atau guest house ada disediakan iron tau! Especially kalau travel ke Jepun. Kalau ada, itu dikira bonus…
Jangan risau, REMAJA telah menjumpai solusi bagi menyelesaikan masalah-masalah yang sentiasa membuatkan wanita terutamanya pening kepala.
Jom kita lihat beberapa tip mudah yang boleh dijadikan rujukan buat kamu semasa travel di luar kawasan.
1. Flat iron
Ha, wanita selalunya memang bawa flat iron ni kemana-mana kerana saiznya yang lebih kecil. Caranya, letakkan flat iron ini pada suhu yang sederhana dan kepit kan pada bahagian baju yang berkedut itu selama beberapa saat.
Pastikan iron tidak mempunyai rambut atau produk rambut yang melekat pada permukaan atasnya. Ini boleh merosakkan pakaian kamu. Cara ini juga tidak sesuai digunakan pada fabrik pakaian yang lembut dan nipis.
2. Air + Cuka
Campurkan cuka semula jadi dengan air paip dalam sukatan 1 : 3, tuangkan sukatan tersebut pada bekas penyembur air (spray bottle), dan goncangkan.
Selepas itu, semburkan pada bahagian kedutan pakaian.
3. Wap dari cerek panas
Jika kamu tidak mempunyai steamer pakaian, cerek air juga dilihat boleh menjadi alternatif untuk masalah ini.
Panaskan cerek di atas dapur, apabila ia mula mendidih, dan hala kan pakaian pada wap yang keluar pada cerek panas tersebut kira-kira 20 sentimeter daripada muncung cerek.
4. Hair dryer
Alat pengering rambut boleh bertindak menjadi seterika pakaian pada waktu-waktu kecemasan. Set kan pengering rambut pada suhu yang paling tinggi dan arahkan kepada kesan kedutan di pakaian tersebut.
5. Shower steam
Hidupkan air mandian panas di dalam bilik air dan gantungkan pakaian yang berkedut tadi paling hampir pada arah pancutan air panas tersebut. Pastikan air tidak terpercik pada pakaian.
Tutup semua tingkap dan pintu, tunggu sehingga beberapa minit.
6. Tuala basah
Letakkan pakaian pada permukaan yang rata, seperti di papan seterika atau meja. Tutup kesan kedutan tersebut dengan tuala basah, dan tekankan dengan kuat menggunakan tangan kamu.
Kemudian, biarkan pakaian tersebut sehingga kering.
7. Periuk panas
Didihkan air dalam periuk sehingga menggelegak, kemudian buangkan air panas tersebut. Ambil periuk tersebut dan tekupkan bahagian bawah periuk pada pakaian berkedut.
Lakukan seperti kamu menggunakan seterika kerana fungsinya adalah sama.
8. Kiub ais
Tetapkan mod pengeringan pada mesin basuh dan letakkan pakaian berkedut maksima sebanyak lima helai. Tambah beberapa kiub ais dan on kan mesin basuh.
Biarkan selama 10 minit dan pakaian tadi akan sempurna seperti diseterika. Hal ini terjadi kerana ais yang lebur ketika disejatkan akan mewujudkan wap yang menghilangkan kedutan.
So lepas ni tak perlu la risau baju berkedut nak OOTD kalau travel ke luar negara. Selamat mencuba!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!