Ada yang sakit biasa-biasa, ada pula yang bila senggugut memang akan sakit teruk sampai tak boleh bangun. Paling beruntung, ada juga perempuan yang tidak merasa sakit senggugut ketika datang bulan.
Pengeluaran hormon yang banyak akan menyebabkan pengecutan rahim secara berlebihan dan ia menyebabkan sakit, bukan saja pada bahagian bawah perut yang kuat, tetapi juga pada bahagian belakang pinggang.
.
Ada beberapa tip yang korang boleh amalkan bagi mengelakkan rasa senggugut yang teruk setiap kali datang haid. Antaranya adalah seperti berikut:
1. Melakukan senaman ringan
Kajian kesihatan menunjukkan perempuan yang melakukan senaman ringan mendapat manfaat kelegaan bagi sakit senggugut.
2. Amal pemakanan seimbang
Mengekalkan pemakanan yang seimbang dan sihat dengan mengambil makanan tambahan yang mempunyai nutrisi vitamin B dan magnesium.
3. Minum air hingga 2 liter
Ads
Minum air secukupnya, sekurang-kurangnya satu setengah hingga dua liter sehari. Teh suam tanpa gula juga boleh membantu melegakan senggugut.
4. Tuam guna beg kulit
Boleh tuam menggunakan beg plastik atau beg kulit yang berisi air suam di bahagian bawah bagi mendapatkan kelegaan.
.
5. Mandi air suam
Mandi air suam juga dikatakan dapat mengurangkan ketidakselesaan akibat senggugut.
Ads
6. Tekanan
Tekanan juga dikatakan boleh menyebabkan sengugut. Belajar untuk menguruskan tekanan dengan baik.
7. Diet
Kurangkan atau elakkan makanan manis, berlemak, makanan berproses dan mengandungi kafein kerana ia boleh merangsang sakit senggugut. Korang digalakkan makan kekacang, badam, tomato, lada benggala dan sayur berdaun hijau gelap.
Ads
8. Halia
Halia dikatakan boleh membantu melegakan masalah senggugut khususnya sebelum haid. Jadi, masukkan lebih halia dalam masakan korang atau minum teh halia yang dibuat sendiri.
9. Urutan
Urutan pada abdomen selama 5 minit sehari boleh membantu melegakan senggugut kerana ia menggalakkan aliran darah.
10. Ambil ubat
Jalan akhir, korang boleh ambil ubat atau penahan sakit yang ringan. Jika tidak berkesan, gunakan ubat penahan sakit yang lebih baik seperti ibuprofen atau naproxen beberapa hari sebelum kedatangan haid.
KLFW2021 bakal kembali berlangsung dari 1 sehingga 7 November 2021 secara maya dan fizikal.
Bak kata pepatah, selepas hujan pastinya ada pelangi. Begitulah juga diibaratkan nasib pengiat fesyen. Selepas majoriti sektor di Malaysia kini dibenarkan beroperasi, rentak ekonomi negara kita dilihat kian merancak semula termasuklah sektor fesyen tempatan.
Tahun 2020 menyaksikan peminat fesyen terlepas daripada menghadiri acara wajib Kuala Lumpur Fashion Week (KLFWRTW) disebabkan oleh situasi pandemik Covid-19 di Malaysia yang berada pada tahap kritikal. Dengan penurunan jumlah kes harian dan peralihan daripada musim pandemik kepada endemik, KLFWRTW secara rasminya bakal kembali dengan semangat baharu pada tahun 2021.
Ulas pengasas KLFWRTW iaitu Andrew Tan, mereka mengakui bahawa sektor fesyen telah melalui fasa yang cukup sukar sepanjang musim pandemik dan sebahagian besar jenama tempatan masih cuba untuk kekal ‘bernafas’.
“Walaupun jalan pemulihan tidak mudah, kita akan sentiasa menghadapinya bersama. Saya gembira melihat pereka fesyen ada bersama-sama KLFWRTW, sanggup bertahan dan membangunkan semula jenama mereka,” katanya ketika ditemui di sidang media rasmi pelancaran KLFWRTW 2021 bertempat di mercu tanda baharu The Exchange 106, Jalan Tun Razak baru-baru ini.
Dengan tema bagi edisi 2021 ‘Wear Local, Dress Global’, KLFWRTW bakal mendorong lebih ramai pereka fesyen Malaysia untuk terus berkembang ke persada fesyen antarabangsa dengan terlebih dahulu membina tapak fesyen yang kukuh dalam negara.
KLFWRTW 2021 ditaja oleh Lexus, Samsung dan Ambank.
KLFWRTW 2021 akan bermula dari 1 November sehingga 7 November 2021. Menariknya pada tahun kesembilan penganjurannya ini, ia akan menampilkan seramai 48 pereka yang akan memeriahkan pentas peragaan dengan koleksi ready-to-wear secara digital dan fizikal di lokasi yang tidak asing lagi, Pavilion Kuala Lumpur.
Sebanyak 26 pertunjukan fesyen akan dilangsungkan secara fizikal Pavilion KL yang boleh ditonton secara langsung oleh pengunjung di sana. Manakala, 12 lagi pertunjukan fesyen akan ditayangkan secara maya.
Tak sabarnya untuk melihat koleksi baharu para pereka fesyen tempatan yang pastinya berkobar-kobar untuk kembali menghangatkan industri seni fesyen negara setelah sekian lama terpaksa menyimpan niat tersebut.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Walaupun saiz badan adalah perkara peribadi mengenai seseorang itu dan kita tak ada hak untuk mengecam badan sesiapa pun, masih ramai yang seakan tak fahamkan konsep itu dan terus menganak tirikan orang yang bersaiz lebih besar atau yang terlalu kurus.
Haih, dah 2019 pun timbul masalah macam ni.
Terbaru, penyanyi Hollywood iaitu Bebe Rexha telah berkongsi pengalaman dikecam pereka fesyen kerana mereka tidak mahu bekerjasama untuk menyiapkan baju Anugerah Grammy untuk Bebe.
Alasannya kerana Bebe tidak mempunyai bentuk badan model yang berjalan di runway. WHAT?!
Bebe dicalonkan untuk Anugerah Grammy buat kali pertama dalam kategori Artis Baru Terbaik dan sepatutnya, dia sedang teruja untuk menantikan malam anugerah tersebut.
Sekali, isu body shaming pula timbul. Dalam sebuah video Instagram yang dimuat naik olehnya, Bebe berkata. “Akhirnya saya dicalonkan untuk Grammys dan ini adalah perkara terbaik pernah berlaku kepada saya. Selalunya, artis akan pergi dan berbincang dengan pereka fesyen untuk menyiapkan baju karpet merah, kan?
“Pasukan saya juga lakukan perkara yang sama dan ramai pereka fesyen yang menolak permintaan kami kerana badan saya dikatakan terlalu besar? Kalau saiz 6 atau 8 tu terlalu besar untuk kamu, saya tak tahu nak cakap apa dah.”
Tambahnya lagi, “Kamu ingat semua perempuan di dalam dunia ini bersaiz bawah dari 8? Kami semua tak cantik dan tak boleh memakai rekaan kamu?
“Saya tak kisah jika mereka tak sukakan stail fesyen saya atau muzik saya. Tapi tolong jangan beri alasan kamu tidak boleh siapkan baju untuk seseorang kerana dia tidak bersaiz model.”
***
Hhm, biasa dengar kan?
Bebe Rexha bukan artis pertama yang ditolak oleh pereka fesyen kerana saiz badannya. Sebelum ini, Ashley Graham pun pernah mengadu perkara yang sama.