Well, nampaknya ia agak benar apabila ibu negeri Malaysia iaitu Kuala Lumpur turut disenaraikan sebagai bandar yang lebih baik berbanding beberapa bandar raya terkenal dunia seperti Dubai, Los Angeles dan Singapura.
Kajian ini diambil kira berdasarkan beberapa faktor, termasuklah seperti suasana, makanan, minuman, kehidupan malam, seni dan budaya serta semangat kemasyarakatan.
Penarafan itu dibuat oleh majalah Time Out yang menyenaraikan 53 bandar terbaik di dunia bagi 2022. Dalam senarai itu, Kuala Lumpur menduduki tempat ke-33 bandar terbaik di dunia. Dubai, Los Angeles dan Singapura pula masing-masing berada di kedudukan ke-40, ke-42 dan ke-44.
Ads
Sementara itu, Edinburgh di Scotland berada pada kedudukan teratas dalam senarai bandar terbaik dunia 2022. Menurut laporan itu, Chicago di Amerika Syarikat (AS) menduduki tempat kedua manakala Medellin di Colombia di tangga ketiga dalam senarai berkenaan.
Edinburgh, Scotland, United Kingdom (Foto Via Pexels)
Lapor Time Out lagi, bandar Kuala Lumpur sememangnya terkenal dengan kepelbagaian jenis makanan. Malah, Kuala Lumpur juga menjadi salah satu daripada `syurga’ makanan di dunia.
Selain itu, keindahan pemandangan seni dan budaya di bandar berkenaan yang semakin berkembang sejak beberapa tahun lalu dan melonjak selepas pasca perintah berkurung, juga menjadi antara faktor disenaraikan pada kedudukan itu.
Ads
Ha, untungkan korang yang menetap di Kuala Lumpur ini. Ke korang ada simpan impian nak menetap di bandar-bandar lain yang tersenarai ini?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Demam Sukan Olimpik secara rasmi telah ‘menyerahkan baton’ kepada temasya Sukan Paralimpik yang baru saja meraikan upacara pembukaannya pada malam ini.
Biarpun kedua-dua temasya sukan ini disertai dua kelompak atlet berbeza dan juga menganjurkan acara sukan yang sedikit berlainan antara satu sama lain, satu perkara yang kekal sama sejak Sukan Olimpik lalu hingga Sukan Paralimpik sekarang adalah keinginan masyarakat Tokyo untuk membendung masalah alam sekitar di sana.
Sejak hari pertama penganjuran Sukan Olimpik lagi, sekumpulan penduduk tetap berdekatan perkampungan sukan di sana menawarkan diri mengutip sampah-sarap di sekeliling Stadium Olimpik Tokyo.
Ia bukan saja demi mengelakkan isu pencemaran, usaha ini juga adalah demi menawarkan layanan mesra dan bersih kepada delegasi yang hadir ke Jepun. Rupa-rupanya, budaya ini juga telah dipraktikkan semasa Tokyo menganjurkan Sukan Olimpik dahulu pada tahun 1964.
Sekitar jam 8 pagi saja, kumpulan yang terdiri daripada 30 orang sukarelawan itu boleh dilihat mengutip dan mengumpulkan sampah sepanjang jalan raya berdekatan stadium dekat Shibuya. Bukan setakat itu, mereka juga akan mengasingkan objek mengikut kategori seperti tin minuman, botol plastik, puntung rokok dan lain-lain sampah sarap.
Semua ini dilakukan sambil menjaga SOP yang ditetapkan. Cuba bayangkan, dalam masa sejam saja sewaktu hari terakhir Sukan Olimpik, kumpulan ini berjaya mengutip 5 ‘batch’ sampah berkapasiti 45 liter.
Nampaknya, penduduk Tokyo memang mementingkan imej yang dilihat oleh pengunjung yang akan menetap di sana untuk tempoh dua minggu paling maksimum. Imej bersih itu ingin mereka sematkan dalam ingatan pengunjung.
Tidak hairanlah apabila Jepun disebut sebagai sebuah negara yang menyediakan tong sampah paling sedikit di tempat awam dan masih mampu mengekalkan kebersihannya.Ini kerana penduduk di sana juga sudah terbiasa membawa beg plastik ketika berada di luar agar sampah yang mereka hasilkan boleh dibuang setelah sampai ke rumah atau tempat kerja.
Seharusnya, Malaysia juga mencontohi budaya masyarakat Jepun ini. Mulakannya daripada persekitaran di rumah dan kemudian ajarnya di sekolah. Kalau tidak, sampai bila-bilalah sungai kita akan menjadi ‘habitat’ kepada sampah sarap.
Universiti Teknologi MARA merupakan sebuah institusi pendidikan Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1956 dan ketika itu dikenali sebagai Dewan Latihan RIDA. Institusi ini kemudiannya ditukarkan nama kepada Kolej MARA pada tahun 1965 sebelum ditukar lagi menjadi Institut Teknologi MARA (ITM) pada 1967.
Pada tahun 1999 seiring dengan kecemerlangan dan pencapaian yang ditempa, Gedung pendidikan terbesar di Malaysia ini dinaiktaraf menjadi universiti dengan nama baharu, Universiti Teknologi MARA. Seiring dengan perkembangan dari semasa ke semasa, universiti ini dipacu oleh individu yang berpengalaman dan berpengaruh bagi menjamin kualiti pendidikan yang terbaik.
Terbaharu, DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin telah dimasyhurkan sebagai Pro-Canselor Universiti Teknologi MARA yang baharu pada Istiadat Konvokesyen UiTM ke-93 hari ini. Permashuran Tengku Permaisuri Norashikin sebagai Pro-Canselor UiTM yang baharu akan bermula 18 Oktober 2022 sehingga 17 Oktober 2024.
Pemasyhuran tersebut disempurnakan Canselor UiTM, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Al-Sultan Abdullah dalam titahnya menzahirkan rasa bertuah dan berbesar hati untuk menyempurnakan pemasyhuran Tengku Permaisuri Norashikin sebagai Pro-Canselor UiTM yang baharu. Baginda bertitah, “Semoga dengan pemasyhuran ini akan membuka lembaran baru bagi UiTM untuk terus dimartabatkan sebagai institusi pengajian awam yang unggul di negara.”
Sepanjang 66 tahun penubuhan institusi pendidikan ini sebagai wadah untuk anak bumiputera menyambung pendidikan dan menaiktaraf kehidupan mereka, ramai tokoh alumni UiTM dalam pelbagai bidang menempa kejayaan dan menyumbang bakti mereka kepada negara.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kemenangan Andina Julie yang terpilih menjadi Miss Grand Indonesia 2022 ternyata membawa tuah buat gadis berusia 21 ini. Dia yang berasal dari Palembang telah dianugerahkan biasiswa oleh Universiti Indo Global Mandiri untuk menyambung pelajaran sehingga ke peringkat sarjana.
Pemberian biasiswa ini merupakan satu inisiatif pihak universiti bagi menghargai usaha Andina yang berjaya membanggakan institusi terbabit. Dia yang ketika ini merupakan pelajar jurusan perakaunan dalam peringkat sarjana muda di universiti tersebut sangat gembira dengan hadiah yang diberikan oleh pihak pengurusan universiti kepadanya.
Saat menerima perjanjian biasiswa
“Bidang perakaunan merupakan bidang pelajaran yang saya minati dan menurut saya boleh memberi peluang kerja yang luas di dalam bidang apa pun,” ujar gadis cantik ini. Dia yang tidak menyangka sama sekali akan dianugerahkan biasiswa tersebut mengungkap rasa syukur kerana kini dia boleh melanjutkan pelajarannya ke peringkat lebih tinggi.
Menjengah ke laman Instagramnya, Andina berterima kasih kepada semua pihak yang mempercayai dirinya.
“Terima kasih untuk ketua Yayasan Indo Global Mandiri , Bapak Fadhiel Alie, S.Kom., B.I.T., M.T.I dan seluruh rektor, pensyarah dan pengurus Yayasan Indo Global Mandiri yang telah memberikan peluang besar ini untuk Andina. Semoga dengan amanah ini, saya boleh membawa nama baik UIGM, dapat menyelesaikan pengajian tepat waktu dan membanggakan orang tua,” kongsinya panjang.
Adina bersama Ivan Gunawan
Pemilik Yayasan Dunia Mega Bintang yang memegang lesen Miss Grand Indonesia, Ivan Gunawan turut bangga dengan pencapaian Andina. Ujarnya, “Saya berasa bangga kerana bagi saya Miss Grand Indonesia bukan sekadar pertandingan kecantikan yang hanya memandang fizikal sahaja, tetapi Miss Grand Indonesia juga harus memiliki nilai intelektual dan etika kerja yang tinggi.”
Untuk pengetahuan pembaca, Andina atau nama asalnya Andina Yulianti merupakan Miss Grand Indonesia ketiga di bawah directorship Ivan Gunawan. Tahun ini pertandingan Miss Grand International 2022 dijangka mengambil tempat di Indonesia sebagai tuan rumah.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kisah inspirasi kejayaan keputusan SPM 8A Ariana Deena yang membuktikan kekuatan doa, usaha keras, dan sokongan keluarga mampu mengubah cabaran menjadi kejayaan luar biasa.