Seperti yang kita tahu, India merupakan sebuah negara miskin dan juga memiliki jumlah penduduk antara yang teramai di dunia.
Justeru apabila berdepan dengan pandemik COVID-19 yang semakin buruk dari sehari ke sehari, India mengunakan pelbagai pendekatan unik dan kreatif dalam mencegah serta memberi kesedaran kepada penduduknya terhadap pandemik COVID-19.
Jika sebelum ini India mengubah suai 20,000 buah gerabak untuk dijadikan tempat kuarantin. Kali ini penduduk di sebuah kampung di Kerala, India, disarankan untuk menggunakan payung sebagai kaedah penjarakan sosial bagi mencegah jangkitan koronavirus selain penutup hidung dan mulut serta cecair pembasmi kuman.
Ads
Idea kreatif itu tercetus apabila badan kerajaan tempatan kampung Thanneermukkom di Kerala dan merupakan inisiatif Menteri Kewangan negeri T.M. Thomas Isaac memberikan idea cara penjarakan jarak sosial ini. Katanya, apabila payung dibuka, ia akan memaksa orang lain untuk menjarakkan diri sekurang-sekurangnya satu meter daripada payung tersebut.
To enforce physical distancing, Thaneermukkom GP in Alappuzha, mandates that everyone hold umbrella when they go out of houses. Two opened umbrellas, not touching each other, will ensure minimum distance of one meter from one another. Umbrellas distributed at subsidized rate. pic.twitter.com/6qir4KXPSL
“Dua payung yang dibuka, tidak saling bersentuhan, akan memastikan jarak minimum satu meter antara satu sama lain,” tulisnya di Twitter.
Badan kerajaan itu turut memberi subsidi bagi penjualan payung di kedai-kedai koperasi serta menawarkan pelan pembayaran secara beransur bagi mereka yang tidak mampu.
Ads
Menurut laporan media tempatan, badan kerajaan itu akan mengedarkan sekurang-kurangnya 10,000 payung kepada penduduknya sebagai sebahagian daripada projek ‘Break the Chain Umbrella’ dengan penawaran subsidi tersebut.
Manakala bagi mereka yang tidak dapat membeli payung walaupun dengan harga subsidi, mereka boleh mendapatkannya melalui tajaan.
Teknik mengekang penularan COVID-19 di Kerala mendapat pujian dan perhatian daripada media antarabangsa.
Kerajaan Kerala bertekad mengambil langkah-langkah proaktif sejak kes koronavirus pertama dikesan di negeri itu pada 30 Januari apabila seorang pelajar bidang perubatan pulang dari Wuhan, China.
Berbanding negeri lain, Kerala yang dipimpin Parti Komunis India memiliki pembangunan sosioekonomi yang kukuh termasuk infrastruktur kesihatan yang mampu menampung jumlah pesakit yang tinggi.
Secara keseluruhan, India merekodkan 26,917 kes positif dan 826 angka kematian akibat COVID-19 setakat Ahad.
Sumber: Astro Awani, Khaleejtimes
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Abah, nanti kakak dah besar, kakak dah jadi doktor, kakak nak jaga abah.”
Itu luahan penuh kasih daripada seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, Wan Omera, yang menyentuh hati ramai netizen.
Kata-kata itu ditujukan kepada bapanya yang kini menghidap kecederaan otak akibat kemalangan jalan raya, menerusi sebuah video yang dikongsikan di TikTok @Anneeaen.
Walaupun baru berusia enam tahun, kematangan yang ditunjukkan Wan Omera nyata mengundang sebak. Bapanya, Wan Ahmad Aminuddin, dilaporkan lumpuh selepas terlibat dalam satu insiden motosikal pada tahun 2024.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Ann Nuur Ain, kelihatan beliau menolak kerusi roda suaminya sambil meluangkan masa beriadah bersama anak-anak. Video berkenaan meraih perhatian luar biasa apabila mencatat lebih dua juta tontonan serta lebih 200 ribu tanda suka di TikTok.
Dalam rakaman itu, Wan Omera dilihat membelai rambut bapanya yang sedang duduk di kerusi roda sebelum meluahkan impian besarnya untuk menjadi seorang doktor, semata-mata demi menjaga insan yang paling disayanginya.
Keikhlasan dan kasih sayang seorang anak kecil itu nyata menyentuh perasaan ramai, sekali gus mengingatkan bahawa cinta keluarga tidak pernah mengenal usia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang lelaki yang ditahan dalam insiden tembakan di sebuah masjid di Oslo, Norway dipercayai menjadikan serangan di Christchurch, New Zealand sebagai insipirasi.
Suspek berusia 21 tahun, Philip Manshaus kini ditahan di bawah tuduhan membunuh dan keganasan.
Difahamkan, Philip tiba di masjid Al-Noor di Baerum bersama sebuah kamera GoPro di helmet sebelum memasuki pekarangan masjid.
Cubaannya bagaimanapun gagal apabila salah seorang ahli masjid, Imran Mushtaq dikatakan bergelut dengannya namun beberapa das tembakan sempat dilepaskan menyebabkan Imran tercedera di bahagian lengan namun serangan tersebut berjaya dihentikan.
Semasa kejadian, difahamkan lebih 12 orang berada di dalam masjid itu 10 minit sebelum serangan tersebut berlaku namun ketika kejadian hanya 3 orang tua sahaja yang tinggal di dalam masjid.
Mayat Adik Tiri Ditemui
Pihak polis kemudiannya ke rumah suspek dan menemui mayat seorang wanita dipercayai adik tirinya yang berusia 17 tahun dikenali sebagai Johanne Zhanjia Ihle-Hansen.
Superintendan, Rune Skjold berkata kepada wartawan bahawa suspek dilihat memuja ‘tokoh’ seperti Vidkun Quisling, pemimpin Norway di bawah pendudukan Nazi semasa perang dunia kedua.
Sumber: CNN
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berang selepas ditegur kerana bermain telefon sehingga lewat malam, seorang remaja berusia 16 tahun bertindak melarikan diri dari rumah sebagai tanda memberontak.
Remaja yang dikenali sebagai Anis Zulaikha Abdul Azim itu dilaporkan hilang sejak 6 April lalu dan hanya pulang ke rumahnya di Ara Damansara, Petaling Jaya dalam keadaan selamat pada Selasa, malam raya.
Anis Zulaikha. Foto: Berita Harian
Memetik kenyataan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail ketika dihubungi Berita Harian pada hari Khamis, remaja tersebut juga sudahpun tampil membuat laporan polis selepas pulang ke rumahnya.
Hasil siasatan mendapati dia berada di rumah seorang rakannya sepanjang tempoh kehilangan itu.
“Mangsa bertindak melarikan diri disebabkan berasa terkongkong dan berang selepas ditegur kerana asyik bermain telefon,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan kehilangan mangsa yang kali terakhir dilihat berada di rumahnya pada 6 April lalu sekitar jam 2.30 petang. Sebaik sahaja ia mendapat perhatian orang awam, mangsa kemudiannya pulang ke rumah sebelum sambutan Aidilfitri.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Program MamaKerja Selangor menerima tambahan peruntukan RM5 juta menjadikan jumlah keseluruhan RM10 juta bagi membantu 10,000 ibu bekerja menampung kos penjagaan anak.