Saban tahun apabila Malaysia menghantar wakil ke pertandingan ratu cantik Miss Grand International (MGI), momen paling dinantikan para pengikut dunia ratu cantik adalah momen wakil Malaysia beraksi di pentas bagi segmen kostum nasional.
Bertempat di Bangkok Thailand semalam, penantian kostum Malaysia bagi edisi 2024 tidak mengecewakan apabila wakil negara, Melisha Lin muncul di dalam persalinan kostum bertemakan ‘Celestial Creature of Gawai Kenyalang’ ataupun mahkluk istimewa cakerawala di upacara Gawai Kenyalang.
Miss Grand Malaysia 2024, Melisha Lin.
Kostum nasional sentuhan pereka fesyen kelahiran Sarawak, Aldrin Grame itu tampil dalam skala agam dan tampak cukup menyakinkan di atas pentas peragaan tersebut.
Dalam lautan kostum nasional lain yang melambangkan kebudayaan dan konsep simbolik negara masing-masing, kostum nasional Malaysia nyata tidak kurang gahnya di mata pemerhati.
‘Celestial Creature of Gawai Kenyalang’ menceritakan tentang figura ikonik Sengalang Burung (nenek moyang masyarakat Iban) dari Sarawak yang dihormati oleh masyarakat Iban sebagai tokoh semesta yang menguasai alam roh.
Burung Kenyalang (juga dikenali sebagai burung Enggang) merupakan raja segala burung di Sarawak dan dikenali sebagai God of War. Ia melambangkan semangat istimewa yang cuba diserap oleh kaum lelaki masyarakat Iban setiap kali mereka keluar mengembara dan berburu.
Justeru, kostum nasional yang dibawakan Melisha ini merupakan satu bentuk intrepretasi terhadap lambang keberanian Sengalang Burung dan penghormatan terhadap adat resam masyarakat Iban, salah satu komuniti yang membentuk kekayaan budaya di Malaysia.
Ads
Melisha dan Aldrin memasang misi untuk memberikan inspirasi dan berkongsi kisah istimewa ini di pentas dunia dan ternyata, ia membuahkan hasil!
Selain prop berupa tengkorak manusia (hasil buruan) dan parang di tangan Melisha, beliau turut membawa bersama prop berskala agam yang menampilkan tujuh ekor burung Kenyalang, corak Pua Kumbu yang sinonim dengan masyarakat Sarawak dan kepak hijau keemasan bagi mencerminkan keyakinan sang burung; persis keyakinan Melisha dalam persembahannya semalam.
Sebagai info, pemilihan angka tujuh bagi jumlah burung Kenyalang itu sememangnya bertepatan dengan jumlah burung pada patung ukiran yang dibina oleh kaum Iban.
Menurut kepercayaan, ketujuh-tujuh roh burung Kenyalang itu akan melepaskan diri daripada patung untuk terbang melakukan serangan di kubu musuh.
Ads
Memetik kenyataan perekanya, Aldrin berharap agar kostum nasional ini berjaya membuatkan rakyat Malaysia berbangga dengan representasi budaya negara kita di pentas antarabangsa.
Beliau turut berterima kasih kepada semua pihak yang menghulurkan sokongan, bantuan dan ucapan istimewa buat Melisha sendiri yang baginya merupakan seorang insan yang memudahkan kerjasama yang terjalin.
Terdahulu, Aldrin pernah menggalas tanggungjawab menyiapkan kostum nasional Miss Grand Malaysia 2021, Lishalliny Kanaran bertemakan Ulek Mayang di pertandingan Miss Grand International 2021. Istimewanya, ia telah dinobat sebagai juara kategori Busana Kebangsaan Terbaik bagi edisi tersebut.
Adakah kostum nasionalnya kali ini bakal mengulang semula sejarah berkenaan buat Malaysia?
Miss Grand International 2024 bakal menobatkan juara baharunya pada 25 Oktober ini dalam kalangan 69 negara yang bertanding.
Penganjur membuka platform undian bagi memahkotakan salah seorang pesertanya dengan anugerah Country’s Power of the Year; sekaligus membolehkan peserta itu diserap masuk ke dalam kedudukan 20 terbaik.
Penganjur turut meneruskan tradisi memperkenalkan kategori undian Miss Popular yang membolehkan penerima anugerah tersebut melangkah ke dalam kedudukan 10 terbaik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ingat nak muka cantik bersih, mula lakukan sekarang!
Ramai remaja mengeluh bila kulit muka dipenuhi jerawat. Bintik-bintik merah ini menjadi igaun ngeri bagi remaja lelaki dan perempuan kerana kebiasaannya, apabila muka mula ditumbuhi terlampau banyak jerawat, akan membuat kan keyakinan diri menjadi semakin kurang.
Sebenarnya untuk mendapatkan kulit muka yang bersih tanpa ada sebarang noda dan cela, ada beberapa rahsia yang korang patut tahu dan amalkan. Rahsia ini dikongsi oleh ahli kumpulan Kpop popular iaitu BTS V dan J-Hope sendiri tau!
1. Kurangkan Tekanan
Jelas J-Hope, bila tertekan kulit turut mendapat tempiasnya. Hormon yang disebabkan stress boleh menyebabkan timbulnya masalah jerawat. Pengeluaran minyak pada kulit sekali gus menyebabkan liang-liang roma tersumbat hingga kulit mudah diserang bakteria.
Jadi sebaiknya, kawal tahap stress dengan melakukan perkara yang menggembirakan diri. Contoh seperti travel ke tempat baru, window shopping, membaca, mendengar muzik kegemaran, atau amalan membaca Al-Quran sedikit sebanyak boleh meredakan korang.
2. Minum Banyak Air
64% daripada kulit anda adalah air, jadi jika anda tidak mendapatkan air yang cukup maka ia jelas kelihatan pada muka – mulalah terjadi kulit kering, kusam, paling teruk timbulnya jerawat.
Korang tahu tak jika minum air yang banyak (elok 8 gelas sehari) dapat membantu melambatkan penuaan. Ia adalah produk anti-penuaan yang paling mudah dan murah untuk anda perolehi. Apabila tubuh anda dapat menjalankan fungsi menyahtoksik lebih baik, sel akan memperbaiki kulit anda lebih cepat dan hasilnya ia akan menjadi kulit anda lebih bersinar. Malah air panas juga boleh melawan jerawat dengan menghalang pori dari tersumbat.
3.Tidur Yang Cukup
Bergelar penghibur dengan kekangan jadual menyebabkan 7 orang anak muda ini tidak mendapatkan tidur yang cukup. Penerbangan dari Seoul ke United States of America sahaja dah berapa lama, jadi bayangkan sahaja masa mereka banyak dihabiskan di atas kapal terbang sahaja. Nak dapatkan beauty sleep dengan betul, memang payahlah.
Waktu yang disarankan untuk tidur adalah sekitar 8 jam sehari. Apabila kita tidur, hormon stress (kortisol) kita akan turun dan hormon tidur (melatonin) akan naik. Badan kita, kulit kita ketika itu dalam mod pembaikan. Dengan kata lain, waktu malam memberi kulit kita peluang untuk pulih dari sebarang kerosakan di siang hari.
So dah tahu tip ni sila la amalkan. Ingat kejelitaan adalah hak milik setiap insan. Hiks…!
Ya, mengamalkan posisi yoga dengan mengangkat kaki ke atas sebenarnya banyak manfaat untuk kesihatan kesihatan. Bukan sahaja untuk badan tetapi minda dan jiwa juga
Kita cuma perlu lakukannya sekurang-kurangnya lima minit untuk dapat 6 kelebihan ini.
Foto Via Pexels
1. Melancarkan sistem peredaran darah
Dengan mengangkat kaki, peraliran darah dalam organ akan meningkat sekali gus melancarkan sistem pencernaan.
2. Kaki terasa lebih ringan
Kaki yang terasa berat dan bengkak adalah disebabkan aliran darah di bahagian kaki kurang baik. Anda boleh lakukan terapi 20 minit ini untuk darah akan kembali lancar dan kaki terasa lebih ringan.
3. Kurangkan stres
Kunci untuk menghilangkan stress adalah dengan memiliki fikiran yang tenang dan aliran darah yang lancar. Peredaran yang lancar membuatkan oksigen tersalur dengan baik ke seluruh tubuh badan termasuk jantung dan otak. Secara tidak langsung tubuh akan lebih tenang dan tidak mudah stres.
4. Meningkat kualiti tidur
Terapi ini sangat sesuai untuk orang yang mempunyai insomia, Jika peredaran darah berjalan lancar, maka tidur pun akan jauh lebih nyenyak.
5. Kurang sakit bahagian belakang
Ketika melakukan gerakan ini, tekanan dari bahagian belakang dilepaskan membuatkan kita rasa lebih relaks.
6. Kurangkan kaki yang bengkak dan kejang
Bagi mereka yang sentiasa berdiri atau duduk seharian lakukan gerakan ini untuk elakkan masalah bengkak atau kejang.
TIP
Ketika melakukan pergerakan ini, elakkan posisi hingga 90 darjah, kerana ia boleh mengangggu perjalanan darah di bahagian pinggul.
Sebaliknya jarakkan sedikit bahagian pinggul dari dinding, letakkan juga bantal untuk memberi keselesaan.
Dalam tempoh lima minit ini dalam keadaan tenang tarik dan hembuskan nafas melalui hidung.
Selamat mencuba!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Wajah mulus, bersih dan berseri dambaan setiap insan bergelar wanita. Oleh itu, pelbagai cara dilakukan demi memastikan kulit sentiasa cantik dan lembap.
Maka sebab itulah amat penting untuk kita konsisten dengan rutin penjagaan harian yang telah ditetapkan. Selepas mencuci muka dan meletakkan toner, perlu pula menyapu pelembap muka agar wajah akan menjadi lebih hidrasi. Begitulah pelakon Luna Maya berkongsi cara dia menjaga kecantikannya di usia 40 tahun.
Memetik laporan Liputan6, dia mula menjaga kulitnya sejak usia 20-an dan antara benda wajib yang sentiasa dipakainya adalah pelembab wajah.
Menurut pelakon filem Bernafas Dalam Lumpur, dia juga sama seperti wanita lain yang mahukan kulit wajah cerah.
“Menjaga kebersihan kulit sangat penting sebab ramai wanita kerap menggunakan alat solekan dan terkena sinaran matahari.
“Saya mula merawat dan menjaga kulit ketika usia 20-an. Selain mencuci wajah selepas solekan, saya juga sentiasa menggunakan pelembab wajah.
“Sama seperti ramai wanita, saya juga ingin kulit cerah. Bukan putih tapi cerah. Cerah itu tidak semestinya putih,” katanya.
Jangan salah faham pula, maksud Luna Maya bukan pakai sebab nak kulit putih ya tetapi lebih kepada nak cerah dan sihat. Jadi korang pun perlu menjaga kulit dari remaja ini. Barulah kulit sihat dan bersih tanpa cela!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Ikmal Amry
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!