Kecoh sebentar dunia hiburan K-Pop dan Malaysia pada hari ini apabila sebuah lagu yang pernah dirakamkan oleh penyanyi, Jay Park kembali diperkatakan kerana kandungan liriknya yang didapati tidak sensitif.
Lagu berjudul Twisted Dreams itu telah dinyanyikan oleh Jay Park bersama-sama beberapa penyanyi lain seperti Jay Electronica dan juga rapper terkenal negara, Joe Flizzow.
Sebelum ini, Jay dan Joe pernah berkolaborasi menerusi lagu Ciao dan ia mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat mereka di kedua-dua buah negara. Jadi, apakah yang menyebabkan ramai pendengar bengang dengan lagu Twisted Dreams ini?
Ia didapati menggandungi kalimah Allah dan didakwa tidak sensitif terhadap penerimaan pendengar beragama Islam seperti yang dapat disaksikan menerusi komen-komen warganet yang kecewa dengan penglibatan Joe dalam lagu ini.
Dalam lirik yang dinyanyikan oleh Jay Electronica, ia berbunyi,
“Astaghfirullah, all we want is salam-salam. But all these f****s givin’ out is haram-haram.”
Ads
Biarpun Jay Electronica merupakan seorang rapper beragama Islam, namun penggunaan kalimah tersebut masih tidak disenangi oleh pendengar umum kerana ia bercampur-baur dengan perkataan tidak senonoh.
*
Isu ini tidak terhenti setakat di situ saja apabila Joe turut dikaitkan dengan sebuah lagi lagu nyanyian Jay Park berjudul Mukbang! yang turut menampilkan kalimah Allah, haram dan wanita Arab dalam liriknya.
Hari ini, Jay yang juga merupakan pengasas kepada AOMG dan H1GHR MUSIC telah tampil dengan penjelasan ringkas di akaun Twitter rasminya.
Kata Jay, liriknya tidak bermaksud untuk menyinggung perasaan sesiapa atau tidak menghormati kepercayaan masyarakat dan menganggap ia hanyalah ‘sekadar lirik’.
“Kepada sesiapa yang merasakan ia sebegitu (menyinggung perasaan), saya mohon maaf. Kamu terus mengeluarkan komen seperti ‘dia mempergunakan agama’ dan ‘rasis’, hentikan naratif yang tidak benar itu. Bagi saya, ia hanya lirik, kepada sesetengah orang lain ia adalah lebih serius. Ia semudah itu.”
Ads
Biarpun kedengaran seperti Jay tidak mahu mengalah dengan tiket kebebasan untuk berkarya, tidak lama selepas itu dia tampil semula dengan beberapa lagi ciapan untuk memohon maaf dan akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.
“Tentunya, saya faham respon yang diterima ini. I will be more mindful next time dear. Saya sayang semua peminat muslim sejati saya dan saya berharap isu ini tidak akan membuatkan kamu memandang saya dari sudut berlainan.
“Kepada yang ingin terus membenci, biarkan mereka,” catatnya.
Setelah beberapa jam, Jay Park kembali semula ke Twitter setelah beberapa jam untuk menjelaskan bahawa dia kini benar-benar faham isu yang telah menyentuh sensiviti masyarakat Muslim.
“Pada mulanya saya tidak melihat lirik itu adalah salah. Namun setelah saya membaca komen (bukan komen yang berbaur kebencian tetapi komen yang cuba menerangkan mengapa ia offensive), saya sedar saya telah menggunakan kalimah yang penting. Ada orang yang sanggup hilang nyawa demi kalimah tersebut (kalimah Allah).
“Saya tidak mempunyai hak untuk menggunakan sesuatu yang penting kepada masyarakat Islam dalam lirik rap saya. Saya memohon maaf kepada anda semua. Niat saya bukanlah untuk tidak menghormati sesiapa dan saya akan lebih berhati-hati. Saya sayang dan hormati semua peringkat masyarakat berlainan budaya, etnik dan agama.”
Siapa sahaja tidak kenal dengan ikon perfileman, Tan Sri Michelle Yeoh. Ketangkasan beliau dalam melakukan adegan aksi semestinya mencuri perhatian setiap penonton.
Dan sebaik sahaja nama beliau disebut sebagai pemenang pelakon wanita terbaik di acara Oscar ke-95, bergema satu Malaysia dengan sorakan kegembiraan.
Menurut laporan dari Awani, dikhabarkan bahawa pelakon kelahiran Ipoh itu akan kembali ke Malaysia untuk bertemu peminatnya dalam masa dua minggu lagi.
Dikatakan bahawa Yeoh akan bertemu peminatnya di acara karpet merah di Centre Court, Pavilion Kuala Lumpur pada 18 April jam 5.30 petang.
Sesi ramah mesra itu turut dibuka kepada orang ramai dan tiada pendaftaran awal diperlukan.
Menurut pihak Pavilion, satu sidang media akan berlangsung sebelum sesi ramah mesra berkenaan.
Di samping itu, Yeoh juga dijadualkan akan menghadiri majlis konsert makan malam tertutup pada malam yang sama untuk meraikan hari lahir ibunya, Datin Janet Yeoh.
Sekadar informasi tambahan, beliau merupakan pelakon pertama dari Asia yang memenangi anugerah berprestij itu. Tambahan lagi, beliau turut diangkat sebagai pelakon wanita terbaik bagi anugerah Golden Globe dan Screen Actors Guild.
Selain dianugerah filem terbaik, Everything Everywhere All at Once turut memenangi kategori pengarah terbaik, pelakon pembantu wanita dan lelaki terbaik, lakon layar asal terbaik, dan suntingan terbaik.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO:
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Spekulasi mengenai penglibatan seorang selebriti lelaki terkenal dalam kes amang seksual terhadap remaja perempuan akhirnya seakan-akan terjawab hari ini apabila kelibat penyanyi dan pelakon Naim Daniel dilihat hadir ke Mahkamah di Putrajaya, pagi tadi.
Penyanyi berusia 28 tahun itu tiba sekitar 8.34 pagi dengan mengenakan sut serba hitam, menaiki sebuah kereta Mercedes berwarna putih dan ditemani oleh ibunya, Nora Taherah.
Ketika ditanya oleh pihak media mengenai kehadirannya, Naim hanya sempat mengucapkan ringkas.
“Assalamualaikum, okey Insya-Allah.”
Namun begitu, Naim tidak menjelaskan tujuan sebenar beliau berada di mahkamah.
Sebelum ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan bahawa Pejabat Pendakwa Raya Selangor telah mengeluarkan arahan pertuduhan terhadap suspek, yang disiasat di bawah Seksyen 14(a), Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792).
Kesalahan ini melibatkan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun.
Kredit: Instagram Naim Daniel
Difahamkan, selebriti berkenaan yang baru pertama kali membawa mangsa ke sebuah hotel, mula berkenalan dengan remaja tersebut kira-kira dua bulan lalu. Perkara itu diperoleh hasil siasatan awal oleh pihak polis.
Terdahulu, individu terbabit telah ditahan pada 3 Jun lalu, selepas disyaki melakukan amang seksual terhadap mangsa di sebuah hotel sekitar Selangor. Suspek bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: MH
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebuah lagi filem aksi, Angel Has Fallen arahan Ric Roman Waugh bakal menemui penonton di seluruh pawagam tanah air bermula 22 Ogos 2019.
Dibintangi barisan pelakon hebat seperti Gerard Butler, Morgan Freeman, Jada Pinkett-Smith, Lance Reddick, Tim Blake Nelson, Piper Perabo dan Nick Nolte, kami pasti ramai yang dah tak sabar nak menonton filem ini di panggung.
Mengisahkan tentang selepas dua tahun sejak serangan besar-besaran pengganas di London, Mike Banning kini mendapati dirinya berdepan dengan ancaman baru. Dia dalam pelarian dari agensinya sendiri dan FBI selepas diperangkap untuk satu cubaan membunuh Presiden. Bukan itu sahaja, dia juga membongkar ancaman baru pengganas yang mensasarkan Air Force One.
Istimewa kali ini, Wayang Remaja ingin memberi peluang untuk korang memenangi merchandise dari filem Angel Has Fallen dengan hanya menjawab soalan mudah seperti di bawah.
Korang berpeluang untuk mendapatkan salah satu daripada merchandise seperti berikut:
· Limited Edition 16GB Angel Has Fallen Drone USB x 5 · Limited Edition Angel Has Fallen Tote Bag x 5
Limited Edition 16GB Angel Has Fallen Drone USB x 5Limited Edition Angel Has Fallen Tote Bag x 5
***
HEY GIRLS, WE’RE BACK!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!