Foto Hiasan : W Korea September 2019

 

Pelbagai episod duka terpaksa dihadam para peminat kumpulan k-pop popular, EXO setelah kontroversi melanda nama kumpulan itu sepanjang tahun 2021.

Biarpun tumpuan negatif terarah kepada bekas ahli kumpulannya, Kris Wu disebabkan dakwaan dan siasatan kes melakukan hubungan intim dengan gadis bawah umur serta menggunakan bahan terlarang bagi memerangkap mereka, secara tidak langsung masih ramai yang mengaitkan Kris dengan nama EXO. Lalu tempias kontroversi yang tercetus bulan Ogos lalu tetap terkena pada batang hidung kumpulan itu sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN : Padah Dituduh Pemangsa Seksual, Jenama Produk Tamat Kontrak Dengan KRIS WU – REMAJA

BACA LAGI : Lagi Ada Putuskan Hubungan Dengan Kris Wu, Kini Giliran Persatuan Terkenal China – REMAJA

IKLAN

Semua itu bagaimanapun nampaknya tidak menjejaskan perancangan kemunculan semula ahli EXO, Kai dengan projek baharu pada bulan November ini!

Kontroversi Bekas Ahli EXO Tidak Jejaskan ‘Comeback’ KAI November Ini
Sumber Foto : W Korea September 2019

Semalam, SpotTVNews telah melaporkan bahawa Kai akan melakukan ‘comeback’ solo pada akhir November. Berita tersebut telahpun disahkan oleh sumber terdekat daripada syarikat labelnya, SM Entertainment biarpun secara tidak rasmi.

“Benar, Kai sedang bersiap sedia untuk album solo terbarunya pada akhir bulan hadapan. Teruskan menanti dan mengikuti perkembangan terbaru.”

Jika korang masih ingat, Kai yang juga merupakan penari utama-sub rapper-sub vocalist EXO pernah melakukan debut solonya pada bulan November tahun 2020 menerusi album mini berjudul KAI dan trek utama berjudul Mmmh.

IKLAN

Album KAI berjaya mendapat sambutan menggalakkan apabila mendaki puncak carta ‘Top Album’ iTunes di 55 buah negara di samping menakluki carta penjualan album digital QQ Music, Kugou Music, Kuwo Music dan berada di tangga teratas carta muat turun Gaon.

Setelah kira-kira setahun, peminat sudah bersedia menantikan konsep terbaru album solo kedua Kai ini.

IKLAN
Kontroversi Bekas Ahli EXO Tidak Jejaskan ‘Comeback’ KAI November Ini
Sumber Foto : W Korea September 2019

Kai terus fokus dengan bidang muzik biarpun sibuk dengan tugas sebagai duta jenama fesyen mewah, Gucci dan sebagai selebriti lelaki pertama yang dilantik oleh jenama kosmetik, Bobbi Brown sebagai spokeperson.

Selain percubaan sebagai penyanyi solo ini, dia juga terlibat dalam kumpulan SuperM bersama-sama beberapa penyanyi lelaki di bawah label SM Entertaiment seperti Taemin (SHINee), Baekhyun (EXO), Taeyong, Mark, Ten dan Lucas (NCT).

Harapnya, imej bersih Kai ini akan dapat terus dikekalkan untuk tempoh masa yang panjang.

BACA LAGI : Sehun EXO & Yura Girls Day Bakal Muncul Dalam Drama Now, We Are Breaking Up – REMAJA

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI