Tidak dinafikan, populariti yang diraih oleh kumpulan K-Pop terkenal, Bigbang sememangnya masih relevan sehingga kini dan walaupun masing-masing sibuk dengan aktiviti solo. Kemunculan mereka sebagai satu kumpulan masih dinanti oleh peminat!
Terbaru, menerusi satu cuplikan video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di aplikasi X menunjukkan Daesung sepertinya telah memberi bayangan tentang ‘reunion’ dan projek baru Bigbang untuk ulang tahun ‘debut’ mereka yang ke-20 akan datang.
“Tahun 2026 akan menjadi ulang tahun ke-20 kami. Setakat ini, tiada apa yang diputuskan lagi tetapi saya dan anggota Bigbang lain ada berbincang untuk mengadakan beberapa acara istimewa untuk ulang tahun itu nanti. Mesti akan ada sesuatu” – Daesung
Ads
Walau bagaimanapun, masih belum ada pengesahan lanjut dari pihak pengurusan Bigbang. Namun, peminat (V.I.P) rata-ratanya sudah meluahkan rasa teruja di media sosial dan turut meninggalkan komen untuk tetap setia menunggu kemunculan mereka semula Bigbang sebagai satu kumpulan yang ikonik!
Ads
Sekadar info, Bigbang merupakan kumpulan yang bernaung di bawah YG Entertainment diasaskan pada tahun 2006. Mereka sebelum ini mempunyai lima orang ahli iaitu G-Dragon, Taeyang, Daesung, TOP, dan Seungri. Pada tahun 2019, Seungri memutuskan untuk mengundurkan diri dari industri hiburan, kemudian TOP mengambil keputusan untuk keluar dari Bigbang pada tahun 2023. Bigbang pernah popular dengan lagu Fantastic Baby, Loser, Sober, Haru Haru dan banyak lagi yang membuatkan mereka terkenal di seluruh dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon, Lee Junho yang popular menerusi kumpulan sensasi K-Pop 2PM membuat pendedahan apabila ada peminat ‘sasaeng’ yang mengikutinya pulang ke rumah gara-gara salah satu lagu yang pernah dinyanyikan 2PM.
Junho berkongsi kisah itu ketika menjadi bintang tamu dalam rancangan temubual ‘Salon Drip 2’ episod 59 menerusi platform Youtube TEO yang dihoskan oleh pengacara terkenal Jang Doyeon.
Menerusi temubual dalam episod terbaru yang disiarkan itu, Junho mendedahkan bagaimana dia sedar dirinya diikuti oleh ‘sasaeng’ selepas pulang bekerja selepas mendengar seseorang memanggilnya ‘Oppa’ iaitu panggilan yang sering digunakan oleh orang perempuan lebih muda kepada lelaki yang lebih tua.
“Selepas habis kerja, saya balik rumah dan bila pintu lift terbuka dan mahu ditutup semula. Tepat sebelum lampu rumah saya menyala, saya dengar orang panggil ‘Oppa~ Oppa~”
Jelasnya, “sumpah pada waktu itu saya terkejut tapi saya kekal bertenang dan tanya pada dia (sasaeng) ‘awak siapa ya’?”
Menurutnya, peminat ‘sasaeng’ berkenaan cuma berkata “oppa ini saya~” dan Junho yang pada ketika itu merasakan situasi amat janggal dia cuba memerhati keadaan sekeliling terlebih dahulu.
“Pada waktu itu saya tengah suka dekat satu jenama minuman, jadi depan pintu rumah saya ada longgokan kotak-kotak minuman itu dan saya nampak dia (sasaeng) duduk di sana (atas kotak). Waktu itu saya fikir, kaki dia tak sakit ke, saya tak pasti macam mana tapi mungkin dia ingat itu kerusi dan duduk di situ,” ujarnya.
Tambahnya, apabila ditanya bagaimana boleh sampai ke rumah pelantun lagu ‘Hands Up’ itu, peminat ‘sasaeng’ berkenaan menjelaskan bahawa dia berasal dari luar negara dan ada seseorang yang menyuruhnya pergi ke rumah penyanyi tersebut.
“Dia cakap ada orang yang suruh dia pergi ke rumah saya dan sebenarnya ada juga orang lain yang pernah melakukan hal yang sama,” kata Junho.
“Pada waktu itu kami 2PM tengah hangat dengan lagu ‘My House’ dan mereka (sasaeng) datang ke rumah saya sebab lagu itu. Disebabkan terkejut sangat, pengurus saya datang dan uruskan peminat (sasaeng) itu dan saya tak sangka kesan lagu itu sampai macam itu sekali,” jelas Junho lagi.
Sekadar info, Lee Junho mula dikenali menerusi kumpulan K-Pop, 2PM pada tahun 2008 yang terkenal menerusi lagu Again & Again, I’ll Be Back, Heartbeat, Without U dan banyak lagi. Mula debut sebagai seorang pelakon menerusi filem Cold Eyes (2013), drama bersiri Good Manager (2017), Rain or Shine (2017–2018) dan King the Land (2023).
Haih macam-macam ya! Tapi memang menakutkan betul bila benda seperti ini terjadi. Peminat pun janganlah pelik-pelik sangat! 2PM nyanyi saja lagu itu, bukannya dia suruh awak datang rumah dia betul-betul!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Demam ‘Avengers: Infinity War’ nampaknya masih belum reda. Walaupun sedikit tenggelam dengan perkembangan PRU14, namun di kalangan netizen muda masih hangat memperkatakan tentang filem yang telah memecah rekod dunia box-office tersebut.
Bagi yang sudah menonton ‘Avengers’: Infinity War’ kamu pastinya telah kenal dengan watak Gamora lakonan Zoe Saldana. Dan menariknya dalam instalasi terbaru filem ‘Avengers’, kita turut diperkenalkan dengan watak Gamora semasa kecil. Sejarah hitam yang melanda hidupnya dan membesar di bawah jagaan Thanos menjadikan Gamora sebagai antara watak penting.
Remaja berasa cukup tertarik dengan sejarah hidup Gamora dan tentunya kemunculan pelakon kanak-kanak yang melakonkan watak Gamora mengundang persoalan, siapakah pelakon cilik yang cukup hebat ini?
Si cilik yang baru berusia 11 tahun ini ialah Ariana Somhon Valon Greenblatt atau lebih dikenali sebagai Ariana Greenblatt. Pelakon kanak-kanak yang mula mencipta nama menerusi wataknya sebagai Daphne di dalam siri TV popular Disney, ‘Stuck In The Middle’.
Menerusi siri TV tersebut, Ariana mula mengumpul ramai peminat terutamanya dari golongan kanak-kanak dan juga para ibu. Bukan sahaja pandai berlakon, Ariana juga merupakan seorang penari yang hebat. Dengan karakternya yang periang, Ariana merupakan seorang pelakon cilik yang sangat cerdik.
Dan pada tahun 2014, video YouTube yang menampilkan Ariana melakukan persembahan tarian telah tular dan mendapat jumlah tontotnan melebihi 73 ribu views!
https://www.youtube.com/watch?v=Wuy3iXIVrDg
Perjalanan karier Ariana bermula ketika dia berusia sembilan tahun selepas berkaya mendapatkan watak sampingan di dalam program ‘Liv and Maddie’. Selepas itu dia turut muncul dalam salah sebuah episod ‘Joy-A-Rooney’ sebelum dilamar menjadi salah seorang pelakon utama ‘Stuck In The Middle’ pada tahun 2016.
Gamora and Gamora!
Kepetahan serta bakat lakonan yang dimilikinya itulah meyakinkan Marvel Studio untuk memilihnya memegang watak sebagai Gamora versi kanak-kanak.
Korang boleh follow Ariana di Twitter dan Instagram!
All the best Ariana!
TRIVIA
Pernah muncul dalam filem ‘A Bad Moms Christmas’ bersama Mila Kunis dan Kristen Bell
Debut TV pertama menerusi ‘Liv and Maddie’
Berketurunan hispanic dan membesar bersama ibu bapa dan seorang abang bernama Gavin
Turut muncul dalam program TV, ‘Legendary Dudas’ pada tahun 2016
Membintangi filem akan datang ‘The One and Only Ivan’ dengan memegang watak sebagai Julia
Berbintang Virgo
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Peminat drama dan rancangan televisyen cukup mengenali gadis bersaiz genit ini. Masakan tidak, sejak dari umurnya 10 tahun lagi, Sweet Qismina (dahulunya popular dengan nama pentas Sweet Farhana) telahpun menonjolkan bakat yang ada padanya di depan khalayak ramai.
Siapa sangka dalam tempoh satu dekad, Sweet telah berjaya membawakan pelbagai watak lakonan dan tugasan pengacaraan yang diberikan kepadanya. Seawal usia 9 tahu, Sweet dilamar untuk menjayakan produksi teater Ali Baba & 40 Orang Penyamun yang turut menyaksikan kemunculan utama Datuk Aznil Hj Nawawi (Pak Nil).
“Dari situlah Sweet mula memperoleh beberapa lagi tawaran yang membabitkan rancangan berbentuk talk show seperti Macam Macam Aznil dan Tom Tom Bak. Melalui penglibatan di dalam dua rancangan tersebut, Sweet dapat menyerlahkan bakat yang ada dan pada masa yang sama, meningkatkan rasa confident dalam diri. Iyalah, masa tu Sweet baru berumur 10 tahun!” kata Sweet dalam temubual bersama Majalah Remaja untuk isu Oktober-Disember 2017.
Percaya tak ketiga-tiga penghias cover Majalah Remaja untuk isu Oktober-Disember ini belum lagi mencapai umur 20 tahun!
Satu-persatu projek yang menglibatkan Sweet mencuri tumpuan peminat drama. Bukan projek biasa-biasa okay, kesemuanya rata-rata memerlukan penglibatan Sweet untuk dua ke tiga musim. Antaranya termasuklah Manjalara, Hikayat Putera Shazlan, Elly & Epit dan Chichi & Chacha.
“Penat tu memang penat kerana Sweet perlu libatkan diri dalam pelajaran dan karier. But that’s one thing about me, Sweet tak pernah menganggap dunia lakonan ini sebagai karier.”
“I mean, yes ada payment untuk Sweet. Tapi pada usia semuda itu, Sweet tak akan pressure diri sendiri semasa berada di set penggambaran kerana bagi Sweet, ia adalah satu hobi yang tak menjemukan,” katanya lagi.
Happy 20th Birthday Sweet!
Untuk isu Oktober-Disember 2017, Majalah Remaja telah menjemput tiga orang anak muda yang masih berada di bawah usia 20 tahun untuk menghiasi cover hadapan kami. Semasa penggambaran dijalankan dan semasa ia menemui pembaca Majalah Remaja di pasaran, Sweet masih berusia 19 tahun. “Sekarang dah tua, kan!” ketawa Sweet dalam talian.
Sweet Qismina mengenakan top dan skirt daripada H&M. Foto oleh Nana@Azman, solekan oleh Vee Muhammad.
24 Oktober lepas menandakan Sweet memasuki kategori 2 series hehe. Sudah tentu, peminat Sweet yang dikenali sebagai Sweet Qisminizers tak sabar untuk meraikan hari jadi istimewa ini. Bukan selalu kita boleh meraikan umur 20 tahun, sekali seumur hidup je.
“Untuk birthday tahun ini, Sweet tak plan nak menyambutnya secara besar-besaran pun kerana Sweet perlu ke luar negara sehari selepas birthday tempoh hari. Memang busy untuk packing dan preparation. So, Sweet hanya sambut bersama keluarga dan peminat terdekat saja,” katanya yang juga mengakui, telah bersedia untuk meninggalkan zaman ‘remaja’ nya. Hey, remaja lagi lah! Hehe
Dalam Instagram posting yang dimuat naik olehnya semalam, Sweet telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat dan followers-nya yang memberikan ucapan manis, sama ada melalui Instagram, Twitter mahupun WhatsApp.
“Nanti I reply okie don’t worry. Just had this one thought since I’m finally 20 which is I’m planning to make a Q&A video! Sweet akan pilih 20 soalan dari anyoneeeee yang nak tanya anything about me ( boleh tweet, dm, comment kat mana mana in my social media ) and I will make a video of it! In shaa Allah, sweet akan post kat Instagram or YouTube asap.”
Yes you heard that right. Sweet ingin memuat naik video bersama soalan cepumas daripada korang. Jadi tunggu apa lagi, serahkan soalan korang kepadanya sekarang! Mana tahu, soalan korang menjadi antara soalan terpilih yang akan dijawab oleh Sweet.
Sepanjang sehari dua kebelakangan ini juga, Sweet sempat memuat naik beberapa gambar di Instagram seakan ingin memberitahu kepada peminatnya, dia bakal ke destinasi asing untuk…hmm untuk apa Sweet?
Melancong, belajar, berlakon, mengacara?
Banyak persoalan yang menyinggah di ruang komen Instagram Sweet namun Sweet prefer untuk membiarkan saja peminat tertanya-tanya akan pemergiannya. Hissh, nakal tau buat orang tertanya-tanya! Hehe..
Tak mengapa, REMAJA ada jawapannya. “Sorry korang tak update di Instagram mengenai projek terbaru Sweet ini disebabkan jadual yang agak pack sedikit. Buat masa ini, Sweet sedang berada di Seoul Korea Selatan untuk penggambaran dua program melancong di bawah kelolaan pihak produksi.”
“Satu bernama ‘Solo YOLO’ di mana Sweet akan tampil berseorangan manakala satu lagi program dinamakan ‘Ready, Set, Action!’. Untuk program kedua ini, Sweet akan melancong dan melawat tempat menarik di Seoul bersama seorang fans Sweet untuk masa seminggu,”jelasnya semalam.
Setahu penulis, ‘Ready, Set Action!’ adalah satu rancangan baru bercorak melancong yang membawa beberapa pengacara berbeza ke 13 lokasi di serata dunia. Huntung-nya Sweet terpilih untuk ke Seoul, Korea Selatan!
“Sweet anggap ini sebagai hadiah birthday. Sweet nak ucapkan terima kasih kepada kru produksi kerana memilih Sweet sebagai salah satu talent yang bertuah.”
Kita nantikan saja gambar dan Insta Story terbaru daripada Sweet.
A post shared by فرهنا قيسمينا سوڤندي (@sweetqismina) on
“Tanpa Peminat, Saya Tak Sampai Ke Tahap Ini”
Kalau korang merupakan salah seorang daripada ahli #fqs, pastinya korang mengetahui mengenai kejayaan Sweet dalam kategori Artis Baru Wanita Popular sekitar awal tahun ini.
Menurutnya, dia juga terkejut dengan kemenangan tersebut.
“Sweet juga tak menjangkakan akan memenangi kategori tersebut kerana ia memerlukan sokongan 100% daripada peminat. Tambahan pula apabila 4 orang calon yang lain juga amat versatil. Namun, Sweet percaya peminat juga nampak versatiliti yang ada pada diri Sweet.”
“Thank you, thank you to my fan club ‘Sweet Qisminizers’, Sweet memang menghargai effort mereka. Setiap kali berjumpa, pasti ada saja perkara baru yang akan kami bualkan,” katanya yang sempat disambut oleh peminat di Lapangan Terbang KLIA semalam sebelum berangkat ke Korea Selatan.
Nak tahu lagi apa yang Sweet ingin katakan kepada peminatnya disamping Ismail Izzani dan Irfan Haris? Jom klik video di bawah yang sempat REMAJA rangkumkan semasa penggambaran cover mereka tempoh hari.
Jangan lupa juga untuk dapatkan copy Majalah Remaja korang di pasaran sekarang okay! xx
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!