Inilah realiti yang perlu dihadapi oleh golongan yang bergelar selebriti.
Tak kisahlah sama ada selebriti dari Malaysia atau di peringkat antarabangsa, sekiranya seseorang yang popular didapati melakukan kesalahan serius, hampir semua pihak akan cuba memutuskan segala hubung kait dengan selebriti tersebut. Ini termasuklah pekerjaannya, projeknya, jenama yang diwakilinya dan paling parah, para peminat melarikan diri.
Dek kerana tuduhan gangguan seksual oleh beberapa mangsa, bekas ahli kumpulan K-pop EXO iaitu Kris Wu yang kini bertapak dalam dunia hiburan China telah berdepan kesemua impak ini secara serta-merta.
Julai lalu, penyanyi berusia 30 tahun ini sudahpun kehilangan beberapa kontrak dengan jenama terkenal apabila pelajar bernama Du Meizhu mendedahkan perbuatan Kris di media tempatan China. Antara jenama yang ‘melarikan diri’ itu termasuklah Louis Vuitton, Bulgari, L’Oreal Men dan Porsche.
Hari ini setelah Kris secara rasminya ditangkap oleh pihak polis Beijing atas tuduhan memperkosa dan rogol, beberapa lagi pihak bertindak memutuskan hubungan dengannya.
Kali ini, giliran Persatuan Seni Persembahan Chinapula yang mengambil keputusan tersebut. Untuk pengetahuan, ia merupakan sebuah persatuan terhormat di bawah Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China.
Ads
Menerusi satu kenyataan di laman Weibo rasminya, ia mengajak industri seni China untuk memboikot Krisdan berharap agar mana-mana selebriti serta agensi hiburan lain yang mewakili artis mereka untuk mula memandang serius akan aras (standard) moral yang diperlukan untuk berada dalam industri seni China.
Tegas mereka, “Sebagai seorang penghibur seni, (Kris) tidak menggunakan peluang kerjayanya untuk memaparkan kebudayaan masyarakat China; sebagai seorang figura awam dia telah terlepas pandang akan tanggungjawab sosial dan nilai dirinya; sebagai seorang bintang terkenal dengan kelompok peminat yang cukup ramai, dia telah menyalahi undang-undang dan mencetuskan impak sosial yang tidak boleh diperbaiki.”
“Industri ini tidak lagi boleh bertolak ansur dengan figura sedemikian.”
Wow. Nampaknya populariti yang dimiliki Kris langsung tidak mengaburi pandangan persatuan di China yang lebih mementingkan cara untuk mengekalkan standard industri seni mereka pada tahap tertinggi.
Walaupun kes Kris masih dalam siasatan dan dia belum lagi dijatuhkan hukuman, impak daripada penangkapan ini nyata telah mencalar imejnya.
Buat masa ini, Kris masih dalam tahanan dan ia boleh berlanjutan hingga 37 hari maksimum di sisi-sisi perundangan China sebelum penangkapan formal dilakukan.
Mengikut undang-undang di China, mana-mana individu yang menggunakan kekerasan, ugutan dan cara lain untuk merogol wanita boleh dijatuhkan hukuman di antara tiga hingga 10 tahun. Hukuman yang lebih berat boleh dikenakan jika ia melibatkan gadis di bawah umur atau mendatangkan kecederaan serius.
Tinjauan REMAJA terhadap kesemua akaun media sosial Kris mendapati kesemuanya telah dinyahaktifkan buat masa ini. Kris oh Kris..what have you done?
Siri Netflix berjudul ‘Wednesday’ sebelum ini, telah menjadi fenomena sekaligus memecah rekod dengan jumlah tontonan paling tinggi dalam masa seminggu untuk kategori siri Netflix Bahasa Inggeris.
Untuk musim kedua yang bakal ditayangkan tidak lama lagi, pelakon Jenna Ortega yang membintangi Wednesday ini dan berjaya menambat hati para penonton, tampil mendedahkan aset siri kedua akan datang.
Memetik laporan Just Jared, bintang berbakat besar itu memberi bayangan bahawa Wednesday musim kedua bakal menampilkan episod yang lebih menyeramkan, berbanding pada musim pertama.
“Untuk musim kedua nanti, penonton akan merasai pengalaman lebih menyeramkan. Banyak adegan mengerikan bakal berlaku.
“Apa yang pasti, musim kedua Wednesday akan mendebarkan penonton,” kongsinya.
Selain itu, aktres berusia 20 tahun itu turut memaklumkan, sama seperti musim pertama, musim kedua juga tidak banyak mengandungi adegan romantik dan percintaan, namun akan mengutamakan eleman lebih gelap dan menakutkan.
“Kami memutuskan untuk memberi kelebihan pada sisi seram. Elemen itu akan lebih gelap dan menakutkan,” katanya.
Untuk pengetahuan, mengikut cerita-cerita lama, Addams Family sejak versi yang pertama, watak-watak setiap ahli keluarga Addams memang dikenali dengan karakter mereka yang pelik dan seram.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sejak dua menjak ini, banyak isu yang menyebabkan netizen berang mempersoal pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dikalangan selebriti, ahli politik, instafamous dan sebagainya. Bagi masyarakat, golongan ini sepatutnya menunjukkan kelakuan yang baik agar dapat dijadikan contoh kepada masyarakat. Tetapi sebaliknya pula yang berlaku.
Baru-baru ini, Shahrulezad Mohameddin atau lebih mesra dengan sapaan Budak Ijat menerusi perkongsian di Instagram berkongsi dan menempelak sebahagian masyarakat yang didakwanya hipokrit kerana hanya pandai memaki dan mencerca golongan ‘kayangan’ melanggar SOP, sedangkan sebahagian dari mereka sendiri juga berbuat demikian.
“Kita adalah sebahagian masyarakat yang hipokrit. Kalau artis, selebriti, ahli politik, instafamous langgar SOP, sampai ke lubang cacing kita dok kutuk, maki dan cerca. Tapi bila kita yang buat? Apooo!
“Kalau macam ini punya ramai manusia, dah rupa macam ulat taik. Jangan mimpi SOP akan terjaga, memang taklah,” katanya merujuk pada video yang dikongsikan.
“Kalau ikutkan rasa kecewa saya ini, saya sebenarnya setuju sangat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan semula, no mercy.
“Baiklah kerajaan bertegas, tiada gunanya kalau ada perintah darurat jika rakyat masih tidak faham akan realiti sebenar. Rakyat kita tamak, mereka nak kerajaan faham akan kesusahan mereka gara-gara pandemik. Tetapi apabila kerajaan cuba memberi kelonggaran seperti ini, inilah balasan yang kerajaan dapat.
“So tutup sajalah segala bazaar bagai itu. No wedding, no gathering, no raya, no merentas daerah atau negeri. Even no shooting! Buat macam Wuhan terus. Kurung kita semua yang degil ini.
“Sakit memang sakit tetapi kalau dah degil sangat, itu saja ubatnya. Atau mungkin kerajaan buat semula restriction broder bagai. No PKP, no SOP, no social distancing, no vaccination program. Biar diorang semua kena Covid.
“Kalau terkena Covid, lantakkan saja diorang macam tu saja. Frontliner tak payah buat apa-apa. Paling-paling bagi saja panadol. Nak mati ke, nak hidup ke lepas tu suka hati dioranglah. Makin dilarang, makin dipesan makin bodoh jadinya. Seorang-seorang tak bersalah.
“Kita ingat kita ini kebal ke? Kita tak terfikir ke disebabkan kedegilan kita selang dua minggu dari sekarang akan ada yang mati kerana Covid? Mungkin parents kita, mungkin anak kita atau silap-silap kita sendiri yang mati hanya kerana kemaruk nak berbazaar ramadan. Sia-sia saja mati disebabkan kedegilan kita. Our ignorance.
“Sorry, saya give up dah dengan perangai orang kita. Lantak koranglah kalau nak mampos kerana Covid sekalipun. Aku dah tak nak rasa kesian lagi dah. Tahun lepas tak ada bazaar elok je hidup kita. Boleh juga beraya, boleh pula kita shopping online. Tahun ini dah tak boleh? Dah tak reti nak practicekan new norma?” katanya.
Malah kenyataan Shahrulezad itu turut disokong oleh kebanyakan pengikut instagramnya termasuk rakan-rakan artis sendiri seperti Rita Rudaini dan Nad Zainal.
Sumber: Instagram Shahrulezad Mohameddin
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Musim-musim sejuk ni memang tekak asyik rasa nak makan je. Dapat Maggie panas-panas ni memang boleh terangkat beb.
Untuk student yang duduk hostel atau pun akak-akak yang di ofis tapi tak ada dapur, ni kami nak kongsi kan cara masak mi segera menggunakan rice cooker. Mudah lagi menjimatkan. Rasa masakannya pun boleh tahan sedap.
Tak tipu, korang boleh try sendiri. Hiks!
Bahan-bahan:
1. Seulas bawang putih
2. Satu biji bawang kecil
3. Tiga biji cili padi dihiris
4. Sebiji elur
5. Sosej/ayam (Ikut selera sendiri)
6. Mi segera (Perisa kari)
7. Mentega
8. Dua cawan kecil air putih
Cara memasak:
1. Panaskan rice cooker, kemudian masukkan satu sudu mentega.
2. Tumiskan bahan-bahan seperti cili, bawang putih dan bawang kecil.
3. Selepas naik bau, masukkan sosej dan gaul hingga rata. Tumis sehingga bahan-bahan menjadi kuning keemasan.
4. Kemudian, masukkan air putih.
5. Tutup sebentar dan didihkan.
6. Selepas itu, masukkan mi segera dan tutupkan semula.
7. Bila mi sudah sedikit kembang, masukkan perencah. Kacau hingga rata.
8. Masukkan telur dan tutup kan sekejap.
9. Siap. Dah boleh makan guys. Senang je kan?
So, lepas ni tak perlu susah-susah nak cari dapur gas bagai, bawa je rice cooker settle masalah. Perut pun kenyang, hati jadi senang.
DuitNow QR akan menjadi sistem pembayaran QR utama Malaysia selepas BNM memansuhkan QR persendirian menjelang 2028. Ketahui perubahan dan manfaat kepada pengguna serta peniaga.