Terbaru, kumpulan indie terkenal, Hujan mencuri perhatian apabila mengumumkan konsert berskala besar sempena ulang tahun ke-20 mereka menerusi acara ‘HUJAN XX: #HUJAN20TAHUN’ yang bakal berlangsung pada 27 Jun ini di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Menerusi sebuah kenyataan rasmi, konsert ini dianjurkan oleh Icon Entertainment sebagai satu bentuk penghargaan terhadap perjalanan seni Hujan sepanjang dua dekad, selain meraikan sokongan tidak berbelah bahagi daripada peminat setia mereka yang dikenali sebagai ‘Raingers’.

Untuk pengetahuan, Hujan ditubuhkan sekitar tahun 2005 dan mula mencipta fenomena tersendiri dalam industri muzik tempatan selepas pelancaran album pertama mereka pada 2007, sekaligus memperkenalkan gelombang indie rock alternatif yang segar ketika genre pop lebih mendominasi pasaran.

BACA: Lightstick Wajib Cas! Ini Konsert K-Pop Di Kuala Lumpur 2026 Yang Peminat Patut Alert!

Ads

20 Tahun Dalam Industri! Hujan Bakal Gegarkan Kuala Lumpur Jun Ini 20 Tahun Dalam Industri! Hujan Bakal Gegarkan Kuala Lumpur Jun Ini

Kugiran ini dianggotai oleh Noh Salleh, AG Coco, Hang Dimas, Azhan Ahmad dan Izzar Uzaini terus mengukuhkan nama mereka menerusi pelbagai karya ikonik seperti Pagi Yang Gelap, Aku Skandal dan Bila Aku Sudah Tiada, selain meraih pengiktirafan di Anugerah Industri Muzik ke-16.

Sehingga kini, Hujan telah menghasilkan sembilan album studio dan kekal relevan sebagai antara kumpulan yang memberi impak besar terhadap perkembangan muzik indie bukan sahaja di Malaysia, malah turut mendapat perhatian di peringkat Nusantara.

Ads

Menurut pengasas Icon Entertainment, Iman Tang menyatakan bahawa dalam setiap era muzik Malaysia akan lahir karya yang menjadi legenda dan Hujan merupakan salah satu daripadanya, selain menegaskan bahawa keberanian serta kreativiti kumpulan itu menjadi faktor utama mereka tidak teragak-agak untuk menganjurkan konsert berkenaan sebagai satu bentuk apresiasi terhadap legasi yang dibina.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by hujanband (@hujanband)

Sementara itu, AG Coco juga berkata, konsert ini bukan sekadar meraikan perjalanan Hujan semata-mata, malah sebagai penghormatan kepada keseluruhan scene indie yang pernah berdepan cabaran untuk menembusi arus perdana, selain menjadi hadiah istimewa buat Raingers yang setia menyokong sejak awal.

Ads

“Lebih 40 lagu daripada katalog Hujan dijangka dipersembahkan pada malam itu,” ujarnya ringkas.

Sementara itu, bagi peminat yang ingin mendapatkan tiket, ia ditawarkan dalam beberapa kategori dengan harga bermula dari RM158 hingga RM268 dan akan mula dijual pada 10 April ini. Pada masa yang sama, para peminat turut digalakkan mengenakan busana bertemakan band atau jenama tempatan sebagai tanda sokongan terhadap kempen #supportlocal.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads