Ingin menjadi seorang ikon bukan sahaja memerlukan bakat semata-mata, tetapi latar belakang pendidikan yang baik juga merupakan satu bonus bagi mereka supaya dapat memberikan contoh terbaik buat masyarakat.

Merupakan seorang pelajar dalam bidang Pengajian Polisi di Universiti Teknologi Mara Seremban, Azra yang juga seorang finalis Dewi Remaja 2019 menganggap walaupun dia bakal berada dalam industri hiburan, namun tidak sesekali dia akan mengabaikan pelajaran dan berusaha untuk menjadi individu yang seimbang.

Kongsi Amalan 2 Doa Ini, Azra Finalis Dewi Remaja Terima Anugerah Dekan Dua Semester Berturut

Buktinya, gadis yang berasal dari Negeri Sembilan ini telah pun mendapat keputusan cemerlang dalam pelajarannya dan berjaya mendapat Anugerah Dekan untuk dua semester berturut-turut.

Kongsi Amalan 2 Doa Ini, Azra Finalis Dewi Remaja Terima Anugerah Dekan Dua Semester Berturut

“Saya baru habis semester kedua dan saya berharap agar dapat mengekalkan keputusan cemerlang sehingga tamat belajar nanti dan mengimpikan untuk mendapat Anugerah Naib Canselor bagi memudahkan saya melanjutkan pelajaran dalam jurusan undang-undang,” jelas Azra.

Walaupun masih berada di dalam pencarian Dewi Remaja, Azra tetap berkesempatan untuk menghadiri majlis Anugerah Dekan yang bertempat di Universiti Teknologi Mara, Seremban malam semalam.

IKLAN
Kongsi Amalan 2 Doa Ini, Azra Finalis Dewi Remaja Terima Anugerah Dekan Dua Semester Berturut

“Alhamdulillah, saya berpuas hati segala penat lelah saya terbayar dengan keputusan yang diterima untuk semester ini. Saya banyak komitmen juga semasa di universiti, dengan menyertai aktiviti debat dan memegang beberapa jawatankuasa dalam persatuan, ia membuatkan saya mempunyai banyak tanggungjawab, bukan hanya di kelas, tetapi di luar kelas juga,”

“Pada mulanya saya juga tidak berapa yakin sebab course saya antara yang tough dan mostly semuanya subjek membaca. Tetapi, saya ubah mind set untuk jadi lebih positif dan syukur semua urusan saya dipermudahkan” jelasnya lagi.

IKLAN

Fokus dan amalan doa rahsia kejayaan

Ditanya tentang rahsia dan tip belajar yang diamalkan oleh Azra, gadis yang sangat mengagumi Ketua Hakim Wanita pertama negara, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat ini menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai cara yang berbeza untuk belajar.

IKLAN

“Kalau tanya tentang tip belajar, saya bukanlah orang yang study 24 jam tapi semasa di dalam kelas, saya memberikan fokus sepenuhnya semasa lecturer sedang mengajar. Sambil tu, saya akan menulis dengan laju nota-nota penting tentang apa yang disampaikan oleh tenaga pengajar,”

Kongsi Amalan 2 Doa Ini, Azra Finalis Dewi Remaja Terima Anugerah Dekan Dua Semester Berturut

“Sebenarnya korang kena tahu cara belajar yang bagaimana sesuai untuk diri korang. Ada orang dia perlu mendengar dan tak boleh buat apa-apa semasa guru mengajar, tapi macam saya pula, sambil saya belajar, saya akan mencatat segala point penting yang diberikan,”

“Daripada segi ibadah pula, paling penting kena jaga solat 5 waktu dan solat diawal waktu. Saya juga mengamalkan dua doa ini, iaitu ayat 1000 dinar dan doa untuk elak malas. Saya akan tampal doa-doa tersebut di dinding dan sentiasa mengamalkannya. Alhamdulillah, saya memang dapat rasa banyak perubahan selepas saya mengamalkan dua doa ini,” ujarnya berkongsi rahsia kejayaan.

Tahniah kami ucapkan kepada Azra yang baru menerima Anugerah Dekan malam semalam. Diharap agar Azra dapat mengekalkan kecemerlangannya dalam bidang akademik dan dalam pada masa yang sama mampu untuk menyerikan lagi industri hiburan tanah air.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI