Sudah menjadi kebiasaan segelintir rakyat Malaysia, apabila menang dijulang, bila kalah disindir. Ini yang berlaku sewaktu sukan Olimpik Tokyo 2020 berlangsung, ada masyarakat Malaysia yang tidak sensitif mengeluarkan kata-kata negatif kepada barisan atlet yang gagal di sukan berprestij itu.

Situasi ini telah menarik perhatian penerjun wanita negara, Nur Dhabitah Sabri mengatakan komen-komen negatif yang diberikan tiada faedahnya dan tidak sihat.
Penerjun berusia 22 tahun itu dalam misi memburu pingat Olimpik pertamanya berkata, atlet negara juga turut memerlukan sokongan dalam tempoh sukar terutama apabila tidak berjaya dalam perjalanan mereka mencipta kejayaan.

Komen Negatif Di Media Sosial, “Jangan Hanya Sokong Bila Kami Berjaya” – Dhabitah
Facebook Nur Dhabitah Sabri

Dhabitah juga menjelaskan bahawa banyak pengorbanan yang perlu dilakukan terutama apabila terpaksa ‘dikurung’ dalam gelembung sukan untuk menghindarkan mereka daripada wabak pandemik COVID-19.

“Mereka fikir kita (atlet) tidak mahu buat elok-elok sedangkan mereka tidak tahu bahawa kita telah berlatih bermati-matian untuk menyertai Sukan Olimpik ini, namun mereka (kritik) berdasarkan apa dilihat dalam masa singkat,” jelasnya lagi.

Sebelum ini, Datuk Lee Chong Wei telah pun melahirkan rasa sedih terhadap komen-komen negatif dalam talian terhadap pemain badminton negara selepas kalah dalam perlawanan mereka di Olimpik. Chan Peng Soon-Goh Liu Ying gagal layak ke suku akhir acara beregu campuran selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut dalam perlawanan Kumpulan D.

IKLAN

Walau bagaimanapun, masih ramai lagi rakyat Malaysia yang tetap memberikan sokongan buat kontijen negara.

Komen Negatif Di Media Sosial, “Jangan Hanya Sokong Bila Kami Berjaya” – Dhabitah

IKLAN

Komen Negatif Di Media Sosial, “Jangan Hanya Sokong Bila Kami Berjaya” – Dhabitah

Komen Negatif Di Media Sosial, “Jangan Hanya Sokong Bila Kami Berjaya” – Dhabitah

IKLAN

Komen Negatif Di Media Sosial, “Jangan Hanya Sokong Bila Kami Berjaya” – Dhabitah

Apa-apa pun, tahniah kami ucapkan buat atlet wakil negara ke sukan Olimpik Tokyo 2020. Kami pasti mereka sudah berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan yang terbaik, jadi kita sebagai rakyat Malaysia perlu memberikan sokongan tidak kiralah sama ada mereka berjaya mendapat tempat atau tidak.

Good luck guys!

Sumber: (1)

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI