Pada minggu lalu, tular kisah luar biasa seorang pengumpul kad Pokémon dari Shah Alam yang berjaya menjual koleksi miliknya dengan nilai mencecah RM1.87 juta! Kisah ini bukan sekadar tentang keuntungan, tetapi bukti bahawa minat dan usaha yang konsisten mampu mengubah hobi menjadi sumber rezeki luar biasa.
Koleksi Kad Pokémon Bernilai RM1.87 Juta
Koleksi kad Pokémon tersebut bukan calang-calang malah ia mengandungi kad edisi terhad dan bundle rare yang menjadi rebutan peminat di seluruh dunia. Sebelum jualan berjaya, pemiliknya terlebih dahulu membuat tawaran terbuka kepada pembeli yang berani: sama ada membeli pada harga RM1.8 juta atau menukarnya dengan kereta mewah Porsche Carrera S beserta wang tunai RM1 juta.
Screenshot
Ramai yang pada awalnya menganggap tawaran itu sekadar gurauan atau mustahil direalisasikan, namun tidak lama kemudian, pengumpul muda itu membuat pengumuman rasmi di media sosial:
“Koleksi Kad Pokémon saya secara rasmi TELAH TERJUAL dengan harga RM1,870,000! Dari bilik kecil di Shah Alam sehinggalah mencipta sejarah dalam dunia Pokémon.”
Minat, Usaha dan Disiplin Dalam Dunia Kad Pokémon
Beliau turut menzahirkan rasa syukur atas kejayaan itu, sambil menyifatkan ia sebagai hasil keghairahan, kerja keras (grind) dan semangat yang tidak pernah luntur selama bertahun-tahun.
Ads
“Setiap kad, setiap kotak, setiap malam tanpa tidur dan semuanya berbaloi. Ini bukan pengakhiran, ini hanyalah permulaan kepada sesuatu yang lebih hebat,” ujarnya penuh semangat.
Ads
Menariknya, pembeli bagi koleksi bernilai jutaan ringgit itu bukan dari luar negara, sebaliknya rakyat tempatan yang turut menggemari dunia pengumpulan kad Pokémon. Difahamkan, pemuda ini telah melaburkan kira-kira USD420,000 (bersamaan RM1.76 juta) untuk membina koleksi impiannya menjadikan kejayaan jualan tersebut benar-benar mengagumkan.
Inspirasi Untuk Pengumpul Kad Pokémon di Malaysia
Kini, kisahnya menjadi inspirasi kepada ramai anak muda di Malaysia bahawa hobi tidak semestinya membazir masa atau wang, malah boleh menjadi kerjaya yang lumayan jika dilakukan dengan pengetahuan dan strategi yang betul. Fenomena kad Pokémon semakin mendapat perhatian global, dengan nilai sesetengah kad meningkat hingga ratusan ribu ringgit bergantung pada edisi, kondisi fizikal, dan kadar kelangkaannya.
Ads
Antara kad paling mahal di dunia termasuk Pikachu Illustrator dan Charizard Holo First Edition, yang pernah dilelong melebihi RM2 juta. Kejayaan ini membuka mata ramai bahawa pelaburan dalam kad Pokémon bukan lagi sekadar hobi, tetapi juga peluang ekonomi yang semakin berkembang.
Fakta Menarik Tentang Dunia Kad Pokémon
🎴 Kad Pokémon mula diterbitkan pada tahun 1996 oleh Nintendo dan kini menjadi antara koleksi paling bernilai di dunia.
💰 Kad Pikachu Illustrator pernah dijual pada harga lebih RM20 juta oleh seorang selebriti antarabangsa.
🌟 Nilai kad bergantung kepada keaslian, kondisi mint, serta tahap kelangkaan edisi.
Daripada bilik kecil di Shah Alam hingga ke pentas dunia, kisah ini membuktikan satu perkara penting bahawa minat yang diiringi disiplin dan usaha tidak pernah sia-sia. Dunia kad Pokémon bukan sekadar permainan, tetapi bukti bahawa minat boleh bertukar menjadi sumber rezeki yang luar biasa.
Baru-baru ini, pemain beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin mengikat tali pertunangan bersama bekas pemain perseorangan wanita Jepun, Aya Ohori, pada 26 Mac, semalam
Berita baik ini diumumkan sendiri oleh Yew Sin bersama Aya menerusi Instagram pada pagi tadi dan mereka berkongsi kegembiraan berhubung ikatan pertunangan tersebut kepada para peminat.
“Dia (Ohori) bersetuju (menerima lamaran). Kami tidak boleh lebih gembira untuk berkongsi ini dengan dunia. Berbeza kewarganegaraan, berbeza budaya, dan berbeza cara hidup”
“Kami belajar untuk menyesuaikan diri dan menerima gaya hidup masing-masing serta memahami budaya satu sama lain sepanjang tahun-tahun ini walaupun kami masih selalu bergaduh,” tulisnya dalam perkongsian yang sama.
Sebelum ini, perkembangan hubungan percintaan Yew Sin dan Aya sememangnya ditunggu-tunggu oleh peminat badminton tanah air selepas kedua-duanya kerap dilihat meluangkan masa secara bersama selain kelihatan mesra apabila berbual.
Dalam pada itu, pasangan itu turut menerima ucapan tahniah daripada peminat serta ‘otai-otai’ badminton seperti Datuk Lee Chong Wei serta mendoakan mereka di atas pertunangan itu.
Sekadar info, Ong Yew Sin (30) merupakan gandingan Teo Ee Yi, di mana mereka memenangi pingat perak Kejohanan Badminton Asia pada 2023 dan pingat gangsa Kejohanan Dunia pada 2021. Manakala, Aya Ohori (28) mengumumkan persaraannya daripada sukan badminton pada penghujung tahun lalu, di mana dia ketika itu sedang menduduki ranking ketujuh dunia.
Kami di Remaja mengucapkan tahniah kepada Yew Sin dan Aya, semoga berbahagia selalu dan dipermudahkan urusan perkahwinan nanti.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Istana negara menerusi kenyataan media sebentar tadi memaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberi perkenan untuk melantik Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.
Keputusan ini dicapai susulan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara sebelah pagi tadi agar Baginda boleh mendapat pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu demi kesejahteraan rakyat dan negara.
Perlantikan ini selaras dengan kuasa Baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Seterusnya pada jam 5 petang ini, difahamkan bakal berlangsung Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sangka dengan hanya memulakan perniagaan secara kecil-kecilan, hasilnya kini boleh mencecah jualan sehingga enam angka.
Ini telah dibuktikan oleh pelajar Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Wan Azehan Helmi Wan Abdul Halim dan Imer Jibril Mohd Nasir selepas menjual pes oden keluaran sendiri di tapak gerai kampus Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Menurut BERNAMA, perniagaan pelajar berusia 24 tahun itu turut menembusi pasaran antarabangsa. Mereka menjelaskan bahawa pes yang dijual adalah resipi olahan sendiri dan disajikan bersama bebola ikan, isi ketam, sosej dan lain-lain.
Idea untuk berniaga oden timbul apabila makanan tersebut seakan menjadi trend, tambah pula ia digemari dalam kalangan pelajar. Walau bagaimanapun, situasi pandemik COVID-19 yang menyebabkan ketiadaan pelajar di kampus membuatkan dua sahabat ini terfikir untuk mengkomersilkan pes oden ini secara talian pada April tahun lalu.
“Alhamdulillah, strategi pasaran dalam talian menerusi Facebook dan Instagram membuahkan kejayaan apabila kami mampu meraih hasil jualan sekitar RM500 dalam tempoh sebulan dan kini mencecah RM100,000,” jelas mereka.
Fuh, memang rezeki mereka. Dahulunya hanya memproses pes oden secara manual di rumah, kini pemprosesan dilakukan di kilang mereka di Bachok yang beroperasi sejak Mac lepas.
Antara teknik pemasaran jualan yang dilakukan adalah dengan mengambil kira-kira 10 orang ejen yang terdiri daripada pelajar UMK bagi memberikan pendapatan sampingan.
Kini, perniagaan dua sahabat ini telah mempunyai 500 ejen di seluruh negara, malah pes oden ini juga turut mendapat permintaan daripada pelanggan luar negara termasuk di Indonesia.
Tahniah kami ucapkan buat Azehan dan Imer kerana telah berjaya bergelar usahawan di usia muda. Diharap agar kejayaan mereka dapat memberi inspirasi khususnya buat remaja di luar sana yang ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan.
Ingat, usaha tangga kejayaan. Jika tiada usaha, maka tiadalah kejayaan yang bakal korang miliki.