‘Drama’ yang menyebulungi rumah tangga pelakon dan finalis Hero Remaja 2011/2012, Hafidz Roshdi dan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri semalam mencecah klimaks setelah Hafidz, 29 didakwa sudah menceraikan isterinya.
Sumber Harian Metro berkata, sambil bersaksikan keluarga, Hafidz telah menceraikan Shuhada dengan talak satu.
“Jodoh kami sampai di sini.”
Begitulah ulasan ringkas Shuhada mengenai dakwaan tersebut apabila dihubungi oleh Harian Metro.
Enggan berkongsi perkembangan selanjutnya, Shuhada hanya meminta orang ramai mendoakan agar hatinya dan anak-anaknya (Humairah, 6 dan Umar, 2) redha dengan ketentuan ini. Difahamkan proses selanjutnya melibatkan pemfailan pengesahan lafaz cerai pada 1 Mac nanti.
Sebaik sahaja berita penceraian ini hadir ke pengetahuan umum, rata-rata merasakan bengang terhadap Hafidz yang membiarkan isteri dan anak-anaknya menjadi mangsa dalam perhubungan tersebut.
Apatah lagi setelah adik ipar Hafidz mengesahkan kepada Mstar bahawa kakaknya itu diceraikan menerusi panggilan telefon di hadapan ahli keluarganya pada Khamis.
Biarpun perpisahan itu dicapai oleh kedua-dua belah pihak keluarga, keputusan menceraikan menerusi panggilan telefon tanpa bersemuka masih tidak dapat diterima warganet.
Ads
Salah seorang yang terkesan dengan keputusan tersebut termasuklah pelakon yang popular dengan drama bersiri Budak Tebing, Aedy Ashraf.
Aedy, 23 memuat naik satu klip berdurasi 19 saat di akaun Twitter rasminya semalam. Menerusi klip tersebut, dapat disaksikan Aedy menumbuk bahagian muka Hafidz secara bertalu-talu sehingga terduduk di hujung gelanggang tinju.
Pada ruangan kapsyen pula, Aedy menciap, “Mana yang geram tu tengok puas-puas.”
Difahamkan, perlawanan tinju yang disertai oleh Aedy, Hafidz dan beberapa lagi selebriti lelaki Malaysia itu adalah sebahagian daripada acara ‘Spectre’ yang berlangsung sekitar Jun tahun lalu.
Sehingga kini, klip kiriman Aedy itu telahpun ditonton sekerap 503,000 kali dan menerima 4,094 likes serta 2,001 reposts.
Terdahulu, kemelut rumah tangga Hafidz Roshdi mula dihidu setelah isterinya mendedahkan hubungan pelakon itu dengan seorang wanita. Tidak lama selepas itu, muncul wanita bernama Athira Yuhada yang mengakui Hafidz cuba mendekatinya sejak sembilan tahun lalu.
Namun, Athira tampil memohon maaf terhadap Shuhada selaku isteri Hafidz dan menjelaskan dia enggan lagi terlibat dengan kesilapan tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sehari dua ini di saat melihat dataran Masjidil Haram ditutup seketika untuk pembersihan bagi membasmi wabak Covit-19, hati kita pasti terasa sayu. Agak jarang dataran ditutup, tiada yang berebut-rebut mencium Hajar Aswad, berdoa di Multazam yang mustajab doanya, bersolat di Makam Nabi Ibrahim, berdoa di Pancuran Emas, solat di Hijr Ismail.
Pergilah ke ceruk dunia mana pun, London, Switzerland dan mana-mana namun bagi yang pernah dipanggil Allah taala ke Makkah dan Madinah, pasti di hati dan bibir kita menyebut betapa rindunya kita untuk ke sana. Rindu untuk beribadah.
Sama ada sedar atau tidak, di sebalik isu Covit-19 yang memaksa Kerajaan Arab Saudi menyekat visa kemasukan bagi menunaikan Umrah sejak akhir-akhir ini dan ramai tertanya-tanya adakah ibadah Haji dapat dilaksanakan tahun ini, pasti ramai antara kita tidak menyedari bahawa sejarah mencatatkan bahawa ibadah Haji, Rukun Islam ke lima pernah tidak dilaksanakan sebanyak 40 kali dalam sejarah dunia.
Dataran Masjidil Haram ditutup beberapa jam untuk pembersihan kuman bagi membendung wabak Covit-19 baru-baru ini
REMAJA kongsikan info grafik yang dilakukan oleh page JejakImani yang berkongsi maklumat mengenai fakta sejarah harus umat Islam pelajari.
Sumber : Fb Syed Mohd Khair Aljufri
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas satu hari dibelengu dengan kontroversi video viral yang menyerupai pelakon Syafiq Kyle semalam, akhirnya kenyataan rasmi diberikan oleh Syafiq sendiri melalui akaun Instagram-nya sendiri.
Dalam kenyataan yang ringkas tapi padat itu, Syafiq menjelaskan beberapa perkara selepas seharian berdiam diri. Pertama, dia dan pihak pengurusan memandang serius akan isu pencerobohan privasi yang terpaksa dihadapi oleh Syafiq dan kini sedang dalam proses menyiasat dalang sebenar di sebalik penularan beberapa buah video tersebut semalam.
Syafiq juga memohon agar isu ini tidak lagi berpanjangan tambahan pula kita seharusnya menghormati bulan Ramadan sekarang. Sekiranya isu buli siber ataupun penularan lebih banyak video akan berlaku selepas ini, pihak Syafiq tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.
Syafiq Kyle dan Amyra Rosli kini popular melalui drama Nur.
Kedua, viral semalam apabila screenshot yang memaparkan perbualan Direct Message di antara ‘Syafiq Kyle’ dan seorang individu bernama Faizi Khairudin. Dalam perbualan tersebut, Syafiq dilihat seakan memohon kerjasama agar video-video lain tidak berkeluarkan oleh Faizi. Namun, hari ini Syafiq menjelaskan bahawa screenshot tersebut adalah telah diedit dengan menggunakan gambar profil Shafiq agar ia kelihatan real.
Akhir sekali, Syafiq memohon maaf sekiranya ada pihak yang terkesan dengan kontroversi video viral ini dan berterima kasih kepada mereka yang setia menyokongnya.
Kenyataan rasmi yang dikeluarkan, sebentar tadi.
* * * * *
Ternyata, peminat tidak berganjak daripada memberikan sokongan padu kepada Syafiq dalam menempuhi isu ini. Antaranya termasuklah:
Semuga dipermudahkan segala urusan, diberikan ketabahan menhadapi ujian ini… Aamiin.. Stay strong and focus always.. Will always be your fan no matter what happened… Take care capik
Sentiasa ingat Allah SWT. Insyaallah akan permudahkan segala rintangan dan dugaan. Be strong.
Selebihnya, peminat tak putus-putus berkata agar Syafiq kuat dalam menempuhi dugaan tersebut dan mereka tidak sabar untuk menunggukan episod drama lakonannya, Nur pada malam ini.
Stay strong brother!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika sebelum ini, pasar raya Tesco meninggalkan Malaysia, terkini pengendali rangkaian pasar raya besar Giant, Dairy Farm International Ltd (DFI) Hong Kong mengumumkan akan menghentikan operasi perniagaan runcitnya di Malaysia.
Untuk info, jenama pasar raya besar seperti Giant, Giant Mini dan Mercato dikendalikan oleh DFI di bawah GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd.
Memetik laporan The Edge, ia dipercayai telah dijual pada harga “sekurang-kurangnya beberapa bilion ringgit” kepada sekumpulan rakyat Malaysia yang diketuai oleh Datuk Andrew Lim Tatt Keong, pengerusi eksekutif kumpulan KL Sogo dan beliau juga menganggotai lembaga pengarah Gama Supermarket & Departmental Store Sdn Bhd yang berpangkalan di Pulau Pinang.
GCH Retail di Malaysia adalah 70% dimiliki oleh DFI dan 30% oleh Syarikat Pesaka Antah Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dikaitkan dengan royalti Negeri Sembilan. Difahamkan bahawa satu pengumuman akan dibuat oleh syarikat kepada pekerjanya petang ini.
The Edge turut melaporkan bahawa syarikat itu telah berjaya mencatat keuntungan bersih sebanyak RM12.23 juta pada 2020 setelah mengalami sedikit kekacauan bermula tahun 2013. Bagaimanapun, syarikat kembali mencatatkan rekod merosot pada 2021 dengan kerugian bersih sebanyak RM106.17 juta, dengan hasil RM2.38 bilion. Ia mempunyai jumlah liabiliti RM2.71 bilion dan jumlah aset RM1.23 bilion.
Giant Malaysia Kini Milik Syarikat Tempatan
Sebelum ini, DFI Group (DFI) mengumumkan telah memeterai perjanjian dengan syarikat tempatan terkemuka, diketuai oleh ahli perniagaan dan usahawan tempatan, Datuk Andrew Lim, untuk memperoleh kesemua perniagaan makanan DFI di Malaysia, termasuk jenama ikonik Giant. Peralihan itu dijangka selesai awal Mac 2023. Katanya, Andrew mempunyai rekod prestasi yang luas dan dikenali dengan kejayaannya dalam kepimpinan runcit serta dikreditkan dengan sumbangan…
Korang jangan risau, pengendali dia je pulang. Pasar Raya Giant masih ada di Malaysia…hehe
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!