Beberapa hari lalu, hubungan pelakon drama Tundukkan Playboy Itu, Hafidz Roshdi dan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, seperti kembali tenang apabila aktor itu berkongsi gambar menggenggam erat tangan wanita yang dipercayai isterinya.
Namun baru-baru ini, pelakon itu dikatakan melafazkan cerai talak satu bersaksikan keluarga dan difahamkan, Nurul Shuhada bakal memfailkan perceraian mereka pada 1 Mac ini, yang juga bertepatan hari ulang tahun kelahirannya.
Semalam, tidak sampai 24 jam selepas desas-desus mengenai perceraian pasangan tersebut tular, Nurul Shuhada memohon doa kepada Ilahi menggantikan nikmat lebih baik buat dirinya dan juga cahaya mata.
Ads
“Insya-Allah, semoga Allah gantikan dengan nikmat tidak disangka buatku dan anak-anak. Amin Ya Mujib,” coretnya menerusi InstaStory.
Kata Shuhada lagi, hanya insan yang sememangnya ditakdirkan hidup bersama serta ikhlas sahaja bijak menghargai sebuah ikatan kasih sayang.
Ads
“Orang yang betul tahu bagaimana untuk mempertahankan cinta. Orang yang betul juga memilih awak sebagaimana awak memilihnya dengan setulus hati. Awak tidak akan berdiam diri jika peduli dan tidak perlu berasa keterlaluan.
“Awak juga tidak perlu merayu untuk cinta yang memang selayaknya buat awak. Satu hari nanti, awak akan menjadi seseorang dan tidak akan keliru lagi. Awak tidak akan rasa berjuang untuk seseorang yang tidak pernah berjuang untuk awak.
“Satu hari nanti, awak akan mengerti bagaimana erat menggenggam seseorang yang salah, betapa kuatnya mencuba, insan yang tepat akan sentiasa mencari dan terus kekal,” luahnya lagi.
Sekadar infotmasi, bekas peserta program Hero Remaja mendirikan rumah tangga bersama Nurul Shuhada pada tanggal 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kekalahan BTS untuk merangkul trofi di Anugerah Grammy baru-baru ini menjadi kontroversi bagi warga net apabila banyak pihak menyatakan pihak Grammy hanya menggunakan kumpulan tersebut untuk menaikkan jumlah rating rancangan anugerah muzik tahunan berprestij itu.
Namun kontroversi terbaru mengenai kumpulan ini adalah berkaitan sebuah syarikat pengeluar kad pelekat yang telah mengeluarkan produk dengan lakaran karikatur kumpulan BTS sedang dipukul dengan trofi Anugerah Grammy. Tindakan syarikat terbabit membuat karikatur sebegitu mengundang kemarahan ramai pihak bukan sahaja peminat tegar kumpulan itu namun para penggiat seni juga.
Setelah dikritik hebat, syarikat itu yang dikenali dengan nama Topps telah membuat satu permohonan maaf menerusi laman Twitter mereka. “Kami mendengar dan memahami kemarahan pelanggan mengenai karakter BTS yang kami gambarkan untuk produk GPK Shammy Award. Oleh itu, kami memohon maaf.
“Kami akan mengeluarkan kad pelekat yang menampilkan BTS dari set yang akan dijual. Untuk pengetahuan semua, kami belum lagi mencetak satu pun kad pelekat dan ia tidak akan ia tidak lagi akan dihasilkan untuk dijual,” kata wakil syarikat terbabit.
Ilustrasi yang dihasilkan oleh syarikat itu menampakkan wajah ketujuh-tujuh ahli BTS yang lebam dan juga luka sambil menangis dan ketakutan apabila dipukul oleh sebuah trofi.
Tindakan ini dianggap sebagai satu penghinaan sehinggakan ia seolah-olah memberi satu konotasi yang rasis. Ditambah pula ketika ini, Amerika Syarikat sedang heboh dengan kisah warga Asia-Amerika yang menjadi mangsa pukul dan buli oleh warga kulit putih negara itu sehingga ada beberapa kes menyebabkan kematian.
Selepas mendirikan rumah tangga nampaknya finalis Hero Remaja 2017, Ikmal Amry telah melebarkan lagi sayapnya untuk menceburkan diri dalam bidang nyanyian pula. Single berjudul Tangisan Bahagiamu hasil ciptaan komposer terkenal Aidit Alfian dan liriknya ditulis oleh Nadia Khan diperdengarkan di majlis perkahwinan Ikmal dan pasangannya, Najla pada Disember lalu.
Kini, lagu nyanyian Ikmal Amry ini sudah pun boleh didengar menerusi corong-corong radio.
“Alhamdulillah, lagu Tangisan Bahagiamu kini sudah pun boleh didengar di radio. Semalam, HotFM ada tag Am di Insta Story dan insyaAllah selepas ini rancangan kami untuk mengedarkan lagu ini ke stesen-stesen radio yang lain pula,”
“Ini merupakan satu pengalaman baru untuk Am dan pada mulanya lagu ini dirakamkan sekadar untuk suka-suka bagi menghadiahkan dan memberi kejutan buat isteri di hari perkahwinan kami. Tapi, tak sangka pula abang Aidit Alfian dan Nadia serius untuk mengetengahkan single Am ini ke stesen radio. Sebelum itu, Am turut merakamkan semula lagu tersebut dan kalau korang nak dengar, boleh request di radio. Rakaman terbaru itu masih belum lagi dilancarkan di saluran YouTube,” jelasnya.
Ditanya adakah dia sudah beralih arah ke dalam industri nyanyian, Ikmal yang lebih mesra disapa sebagai Am tertawa sebaik mendengar soalan tersebut.
“Tidaklah sampai macam tu sekali. Am masih lagi aktif dalam bidang lakonan dan nyanyian pula hanyalah sekadar hobi. Lagu ini sebenarnya adalah hadiah daripada abang
Aidit kepada kami dan Nadia sendiri memberitahu Am untuk kami buat kejutan kepada Najla. Am sangat excited dan tidak mampu untuk menolak hadiah perkahwinan yang telah diberikan mereka ini. Bagi Am, ia sebagai simbolik kepada perkahwinan Am dan Najla dan tambahan pula, lagu ini dihasilkan oleh komposer terkenal,”
Bercakap tentang kerjaya lakonannya pula, Ikmal kini sedang berehat di kampung isterinya ekoran penangguhan penggambaran akibat PKP.
“Banyak job yang terpaksa ditanggungkan sejak PKP awal tahun ini dan sekarang Am hanya melakukan kerja-kerja seperti IG review yang tidak memerlukan kami untuk keluar rumah. InsyaAllah selepas PKP nanti, Am akan masuk semula ke set penggambaran drama yang tertunda. Sama-sama kita doakan agar wabak pandemik COVID-19 ini beransur pulih,” tambahnya lagi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Saban tahun, fenomena bunga Tekoma yang tumbuh mekar di negeri Kedah akan mencuri tumpuan ramai rakyatnya pada musim panas.
Setiap kali tibanya bulan Februari dan Mac, bunga yang digelar sebagai ‘sakura Kedah’ itu akan menyerikan pemandangan jalan raya di negeri tersebut. Bagaimanapun pada tahun ini, ramai pulang hampa apabila ia tidaklah semeriah dan selebat tahun-tahun sudah.
Ini berikutan bunga Tekoma yang tidak kembang dan gugur serentak membuatkan tiada ‘hamparan’ kelopak berwarna merah jambu, putih dan ungu pada kaki jalan. Tidak hairanlah tidak begitu banyak foto OOTD yang dimuat naik ke media sosial seperti tradisi tahun -tahun sebelum ini.
Tekoma yang berasal dari kepulauan Carribean dan Amerika Selatan merupakan sejenis spesis yang berbunga lebat pada musim panas dan kemarau. Sekiranya di Jeju Korea Selatan, fenomena bunga Cammelia mekar muncul semasa musim sejuk, di negara Khatulistiwa pula, ia terjadi kepada bunga Tekoma pada musim panas.
Lalu, setelah melihat fenomena bunga Tekoma yang menarik perhatian pelancong pada setiap tahun ke Kedah, Majlis Bandaraya Alor Setar sebelum ini telah menanam kira-kira 1000 pohon Tekoma di sepanjang jalan bagi mencantikkan lagi pemandangan di sana. Ala-ala musim luruh, gitu.
Sayang sekali pada tahun ini, ia tidak mekar seperti yang diharapkan. Mungkin sekali, ia disebabkan oleh faktor cuaca ataupun faktor usia pohon Tekoma tersebut.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...