Jika pagi tadi kita membaca doktor KKM rindu pada klauster tabligh yang tak banyak songeh, wad yang sentiasa teralun bacaan ayat-ayat suci al-Quran malah doktor tersebut membuat perbandingan sikap membabitkan klauster oversea yang mana ada menurutnya klauster ini begitu demand. Sanggup menggunakan kabel ketika mendapatkan rawatan di hospital serta pelbagai sikap jelik lain.
Terkini petang ini media sosial sekali lagi tersentak tatkala membaca luahan seorang pakar perubatan Doktor Sakinah Sulung yang meluahkan sikap klauster oversea ini. Mengejutkan golongan ini sanggup mengeluarkan ayat-ayat jelik dan begitu menghina. Posting itu sudah disyer lebih dari 46K.
Logiknya, kalau kita rasa kta bagus sangat, balik sajalah ke rumah. Duduk berkurung dalam rumah dan kuarantin diri sendiri. Kalau sakit jangan ke hospital kerajaan dan pergi saja ke swasta yang mungkin mampu memberikan layanan terbaik.
Petugas-petugas perubatan KKM sudah memberikan yang terbaik demi memastikan kesihatan kita pulih tapi nampaknya klauster oversea ada satu sikap yang tidak boleh dijadikan contoh langsung. Ingatlah, siapa pun kita, kalau kita merasakan kita hebat, Allah itu Maha Hebat. K
Bacalah perkongsian dari doktor ini.
Kami Bukan Anjing
Pengalaman menjadi petugas yang mengambil sampel untuk Covid-19, kadang-kadang menjentik hati saya.
Ads
Manusia tak kira apa warna kulitnya, datang dengan dua lubang hidung, satu mulut untuk kami ambil swabnya. Tak kira lah siapa dia.
Pengarah Jabatan ke,
Jemaah tabligh ke,
Doktor ke,
Pelajar ke,
Semuanya sama. Lubang hidungnya sama.
Rongga mulutnya sama.
Tapi yang jadi buat ralat ialah kami menyaksikan ada manusia yang sangat sombong.
Masa kami ambik sampel jemaah tabligh, rata-ratanya mudah bagi kerjasama. Datang awal kalau diminta datang untuk pensampelan. Jarang yang buat masalah. Jarang yang nak bergaduh dengan petugas.
Tapi bila ada golongan yang baru turun dari kayangan ni, (yang baru pulang dari luar negara) macam-macam karenah terpaksa dihadapi. Tak nak dikuarantin.
Marah-marah.
Panggil staff kami ‘dog’
Panggil staff kami pencacai najis.
Ads
Memang sangat kurang ajar!
Kami tak kisah bekerja keras untuk menyekat penularan Covid-19. Dan bukan kami minta dihampar karpet merah. Tapi betapa kami dihina hanya kerana kami cuba melakukan tugas kami. Sangat menyedihkan.
Sampaikan ada petugas yang terpaksa berundur tak mampu bersuara. Bimbang timbul kekasaran kerana dimaki begitu.
Saya fikir, kalau begini kelakuan orang yang dikuarantin, amat bagus sekiranya laporan polis dibuat. Atau MKN mengeluarkan arahan kepada pihak yang dikuarantin, sekiranya tak nak bagi kerjasama, disumbat lokap sementara!
Ads
Kami petugas kesihatan hanya bertindak mengikut arahan.
Buat saringan simptom dan vital sign.
Buat pensampelan.
Buat rujukan ke hospital seandainya perlu.
Hanya untuk memastikan rakyat Malaysia yang baru sampai dari luar negeri ini selamat dan tidak menyebarkan pada orang lain.
Memang kami kena kerja kuat sekarang. Pihak atasan duk pikir mana nak tempatkan mereka, pihak staff bawahan yang bertugas siang dan malam nak buat saringan. Bukan suka-suka.
Tapi, nampaknya, ada orang turun kayangan ini, sombongnya bukan main, bagai dipijak-pijak maruah kami, petugas kesihatan!
Memang tak bersyukur!
Nota kaki: Hari ni kami mendapat pemberian KFC daripada seorang jemaah tabligh yang telah melakukan ujian swab dengan kami. Inilah indahnya akhlak mereka, jauh benar nak dibuat perbandingan.
😪😪😪
Sejak kebelakangan ini, aplikasi Sugarbook hangat diperkatakan oleh masyarakat kerana ia menjadi platform anak muda mencari ‘jalan senang’ untuk mendapatkan kehidupan mewah. Pada asalnya, aplikasi ini merupakan tempat mencari jodoh namun ia berlaku sebaliknya.
Walau bagaimanapun, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyekat akses masuk ke laman web Sugarbook kerana ia dianggap sebuah platform yang boleh meruntuhkan nilai moral terutamanya buat pelajar di Malaysia.
Ekoran daripada situasi ini, polis telah menahan pengasas aplikasi tersebut di sebuah kondominium di Kuala Lumpur. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor berkata, lelaki berusia 34 tahun itu ditahan menerusi Ops Sugarbook kira-kira jam 4.30 petang oleh anggota JSJ Selangor bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Shah Alam.
Menurut Sinar Harian, siasatan awal supek mengaku sebagai pengasas aplikasi Sugarbook dan kes disiasat di bawah Seksyen 05(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 372(1)(d) Kanun Keseksaan, Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Terdahulu, PDRM menerima laporan dari sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA), berhubung mahasiswa di Lembah Klang didakwa menggunakan aplikasi tidak bermoral ini untuk mencari sugar daddy.
Syabas pasukan PDRM kerana mengambil tindakan pantas bagi membendung penularan gejala tidak bermoral ini. Ia bukan hanya merosakkan akhlak, malah juga turut mencalarkan imej negara.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selalukan jadi kes begini. Asal tak puas hati dengan seseorang atau ada perlakuannya tidak kena di mata, kita akan siarkan muka dan wajahnya serta mengeluarkan kata-kata kebencian. Kawan-kawan yang tak tahu usul periksa menambah api dan memberikan komen serta menyebarkan berita.
Akhirnya, dari perkara kecil jadi merebak termasuk isu-isu agama yang adakalanya menyemai kebencian antara satu sama lain.
Apa nak buat jika korang jadi mangsa fitnah viral. Baca 5 langkah diajar peguam ini, Nor Zabetha dan tindakan perlu korang buat bagi menghentikan fitnah dilemparkan.
Bila bergaduh atau ada rasa tidak puas hati dengan kita, tiba-tiba pihak sana muat naik satu status tentang kita. Habis diburukkan pasal kita di media sosial. Ada pula rakan-rakannya yang tukang ‘back up’ sampai sama-sama menyumpah seranah kita di ruang komen. Habis rosak reputasi dan nama baik kita!
Tuntutan saman malu ini kadangkala bernilai puluhan atau ratusan ribu ringgit. Jadi, anda boleh teruskan dengan tindakan saman malu di mahkamah.
Nor Zabetha banyak berkongsi nasihat perundangan di media sosial. Nor Zabetha dari firma Guaman Zabetha Chinna & Co
Apa langkah-langkah yang boleh diambil oleh kita sebagai mangsa fitnah di media sosial/internet?
1. Bertindak segera.
Simpan segala bukti yang ada sebelum dipadamkan. Kadangkala ada status dipadamkan dalam beberapa hari mungkin kerana pelaku dinasihatkan oleh pihak lain untuk memadamkan.
Sebab: Kalau dipadamkan, anda sudah tidak ada bukti untuk menyokong dakwaan anda dan berkemungkinan melemahkan kes.
Screenshot bukti-bukti penting.
Screenshot penyataan fitnah sebagai bukti bahawa terdapat kenyataan yang memburukkan anda.
Screenshot senarai jumlah ‘like’, jumlah ‘share’ dan segala komen-komen pembaca yang berbentuk marah, kebencian, perli atau apa sahaja yang berbaur negatif.
Screenshot profil pelaku yang menunjukkan senarai rakan, senarai follower.
Sebab: Berapa jumlah like atau share bagi status yang muat naik adalah bukti berapa banyak orang telah membaca dan kongsi status itu. Sekaligus menunjukkan setakat mana cerita buruk tentang anda telah disebarkan.
Profil pelaku menunjukkan siapa identiti pelaku untuk kita ambil tindakan. Berapa jumlah kawannya dalam sosial media menunjukkan berkemungkinan berapa jumlah pembaca.
Status kebencian menunjukkan bahawa tulisan si pelaku telah berjaya menimbulkan kebencian serta rasa marah oleh orang awam.
Ini semua boleh menjadi pemfaktoran untuk menaikkan jumlah tuntutan ganti rugi saman malu.
Buat laporan polis.
Selepas lengkap simpan bukti-bukti ini, lebih elok jika dapat ‘save’ dalam komputer kerana sekiranya telefon anda hilang, sekurang-kurangnya anda ada ‘back up’. Buat laporan polis sebagai cover report.|
Jumpa peguam untuk konsultansi guaman.
Dapatkan pendapat peguam sama ada, bukti-bukti anda itu cukup untuk memulakan tindakan di mahkamah.
Peguam akan memulakan tindakan kebiasaannya melalui surat tuntutan. Kebiasaannya bagi permohonan maaf.
Sekiranya atas faktor kos anda tidak dapat meneruskan langkah 4 dan 5 di atas, apa yang anda boleh lakukan adalah simpan semua bukti dan hubungi pelaku. Minta dia padamkan status tersebut jika gagal anda teruskan dengan tindakan undang-undang. Sebaiknya status fitnah itu dipadam segera supaya reputasi dan nama baik anda tidak terus tercemar sepanjang status itu berada di media sosial. Sekian. Semoga memberi manfaat.
Dikongsikan oleh Nor Zabetha. Kongsikan ilmu walaupun sebaris ayat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam situasi pandemik seperti hari ini, tidak dinafikan peluang pekerjaan adalah terhad, lebih-lebih lagi kepada graduan yang baru menamatkan pelajaran. Mana kan tidak, individu berpengalaman juga ada yang dibuang kerja gara-gara ekonomi yang terjejas teruk akibat COVID-19.
Situasi ini turut dirasai oleh seorang pemuda berusia 24 tahun yang terpaksa tampil dengan idea ‘gila’ dengan memasang placards untuk mengiklankan dirinya bagi mendapatkan pekerjaan.
Lelaki yang dikenali sebagai Haider Malik itu merupakan graduan Ijazah kelas pertama dalam bidang perbankan dan kewangan dari Universiti Middlesex.
Sebelum ini, dia sudah menghadiri banyak temuduga menerusi aplikasi Zoom, namun dia tidak berpuas hati kerana tidak dapat mempamerkan personalitinya secara menyeluruh.
Disebabkan masalah kesempitan wang, Haider kemudiannya ke Canary Wharf, sebuah lokasi tumpuan sektor kewangan dan membeli sekeping papan putih dari kedai alat tulis berhampiran dan menampal kod QR.
Melalui kod QR itu, orang ramai atau majikan boleh mengakses profil peribadi dan latar belakang pendidikannya di LinkedIn.
Haider sampai ke stesen itu sebelum pukul 7 pagi lagi dan pada pukul 9.30 pagi, dia telah menerima mesej yang memintanya datang ke temu duga untuk memegang jawatan sebagai Treasury Analyst di Canary Wharf Group.
Selepas sesi temu duga itu, Haider mendapati profil LinkedIn miliknya menjadi perhatian dan selama tiga hari berturut-turut telefon bimbit lelaki itu tidak berhenti berdering menerima tawaran.
Beberapa hari kemudian, Haider menerima panggilan untuk sesi kedua temu duga bersama Canary Wharf Group dan pada petang itu juga dia telah mendapat khabar baik apabila diterima bekerja di syarikat itu.
Dalam keadaan seperti sekarang sudah tentu ramai yang terdesak melakukan apa sahaja untuk mendapatkan pekerjaan. Dengan usaha yang dilakukan ini, Haider telah berjaya mendapat perhatian banyak syarikat untuk menawarkan pekerjaan kepadanya.
Benarlah kata pepatah, usaha tangga kejayaan!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.