Umum sedia tahu bahawa kerajaan telah mengumumkan 4 Mei 2020 yang lalu hampir semua sektor boleh kembali beroperasi semula.
Namun, Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan pembukaan semula sektor ekonomi negara tidaklah bermakna Malaysia sudah menang daripada perang melawan COVID-19.
Lebih membimbangkan, sejak seminggu lalu, masih wujud kes jangkitan COVID-19 di beberapa lokasi di seluruh negara.
Berikut adalah empat kluster baharu COVID-19 yang direkodkan sejak tujuh hari yang lalu.
1. Kluster Pedas
Penemuan kluster Pedas diumumkan pada 8 Mei dan ia melibatkan warga pekerja di sebuah kilang di Pedas, Negeri Sembilan. Dr. Noor Hisham berkata, 60 kes positif COVID-19 telah direkodkan di kawasan tersebut.
Ads
Menurutnya, kes positif itu melibatkan tujuh warganegara Malaysia, 25 kes Nepal,18 kes Bangladesh, lapan kes Indonesia dan dua Myanmar.
2. Kluster pusat beli belah Cheras
Dr. Noor Hisham berkata, pihaknya mengenal pasti kluster melibatkan anggota serta pengawal keselamatan di pusat beli belah Cheras bermula 7 Mei lepas.
Sehingga Khamis, terdapat 10 kes positif COVID-19 dalam kluster itu dan melibatkan sembilan warga Nepal dan seorang warga Malaysia.
Ads
3. Kluster Taman BDC di Kuching
KKM memaklumkan terdapat satu pertambahan kluster baharu di Sarawak yang ditemui pada 4 Mei dan dikenali sebagai kluster Taman BDC di Kuching, Sarawak.
Dr. Noor Hisham berkata, terdapat 37 kes positif dilaporkan dari kluster tersebut.
Kluster itu juga dipercayai berpunca daripada perhimpunan tabligh Sri Petaling.
Penemuan kluster Lanchang ini diumumkan pada 2 Mei lalu dan ia membabitkan pelajar tahfiz Lanchang di Temerloh, Pahang.
Oleh yang demikian, rakyat yang mula bekerja wajib mengikuti kesemua panduan yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan untuk mencegah semampu boleh dari dijangkiti penularan wabak bahaya ini.
Berikut langkah keselamatan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dipatuhi.
Amalkan jarak sosial 1 meter di tempat kerja
Kerap mencuci tangan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer di tempat kerja
Sepanjang bekerja, pekerja harus memakai topeng muka dan hidung
Sebelum masuk ke tempat kerja, wajib melakukan saringan kesihatan di pintu masuk.
Individu yang tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan
Keutamaan melindungi kumpulan berisiko seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan OKU
Pastikan bilangan penumpang dalam kenderaan awam perlu mengambil kira penjarakan sosial
Apabila ingin membuat pembayaran, digalakkan melakukan transaksi dalam talian (online)
Laporkan segera kepada Jabatan Kesihatan jika terdapat maklumat mengenai jangkitan Covid-19
So, kesimpulannya kita masih perlu berjaga-jaga dan berwaspada dengan pandemik Covid-19 ini. Di fasa PKPB ini, bukan bermakna kita dah menang, tapi masih berjuang lagi melawan virus pembawa maut ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Serangan terbaharu Israel terhadap Gaza telah berlaku sejak 8 Mei lalu semakin memuncak apabila tentera negara zionis itu dengan beraninya melangar undang-undang antarabangsa.
Selain membunuh kanak-kanak kini mereka dengan terang-terangan mencabar undang-undang antarabangsa dengan meletupkan bangunan Pusat Media Antarabangsa di Gaza yang menempatkan pejabat Aljazeera dan Associated Press (AP).
Dalam laporan Reuters, pemilik bangunan yang menempatkan pusat media antarabangsa itu telah diberi amaran terlebih dahulu bahawa peluru berpandu akan dilancarkan menyasarkan bangunan tersebut dengan alasan lokasi tersebut menjadi lokasi yang digunakan oleh Pejuang Hamas.
Bangunan 12 tingkat itu, hancur berkecai menyembah bumi. Sumber gambar: Reuters
Untuk pengetahuan pembaca, bangunan tersebut bukan sahaja menempatkan pusat media antarabangsa sebaliknya ia juga turut dilengkapi dengan beberapa unit kediaman pangsapuri dan pejabat-pejabat lain.
Tindakan tentera Israel ini disifatkan sebagai satu usaha untuk mengekang media dari melaporkan apa yang terjadi. Namun begitu, jurucakap tentera Israel menafikannya.
Kartun animasi Jepun atau lebih dikenali sebagai Anime memang tak asing lagi dengan kehidupan zaman kanak-kanak kita, terutama bagi yang membesar pada tahun 90-an. Korang semua mesti kenal dengan Doraemon,Dragon Ball, Naruto, Pokemon,Shin Chan dan lain-lain.
Sumber Gambar : Japan Rail Pass
Guess what guys….
Baru-baru ini, sebuah universiti swasta di Jepun menawarkan pembelajaran bidang ini secara rasmi dengan mewujudkan Fakulti Anime dan Manga khas buat 80 pelajar terpilih.
Fakulti yang baru sahaja mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi Jepun ini akan dijangka akan dirasmikan pada April 2021.
Untuk melengkapkan pengajian, pelajar diperlukan untuk memenuhi keperluan 600 jam pengajian termasuk teori dan praktikan dari pencipta anime dan manga terkemuka negara; animator, pengarah dan artis manga profesional.
Permohonan untuk memasuki fakulti ini boleh dibuat bermula 1 Disember dan setiap daripadanya akan ditapis terlebih dahulu dengan ujian pertama pada 19 Disember 2020.
Jika korang bertuah, mungkin anda boleh meneruskan pengajian dengan tajaan biasiswa!
Antara prospek kerjaya yang boleh diceburi para graduan Fakulti Anime dan Manga, Universiti Profesional Kaishi, Niigata ini adalah pengarah animasi, artis manga, perancang watak, ilustrator dan penyelidik animasi.
Wah….dengar nama pengajian ni dah best, belum belajar lagi. Kenapa la zaman penulis dulu tak ada jurusan yang menarik macam ni….huhu
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selalunya jika ada majlis-majlis anugerah yang melibatkan selebriti popular, pasti ada saja individu yang menjadikan mereka sebagai bahan gurauan apabila menyamakan pakaian mereka dengan karakter-karakter lucu.
Namun kali ini, bukan bandingan selebriti saja yang mampu mencuit hati, haiwan dan barangan harian yang seakan-akan serupa juga turut berjaya mencuri perhatian.
Nah, REMAJA kongsikan 14 foto lucu yang nampak sama tapi tak serupa.
1. Kucing VS Ayam panggang
2. Puppy VS Teddy bear
3. Anjing VS Tuala
4. Burung hantu VS Epal
5. Justin Timberlake VS Mi Segera
6. Phone case VS Jean
7. Burj Khalifa VS Stokin koyak
8. Bayi VS Puppy
9. Candle holder VS Patrick Star
10. Patung Roman VS Elvis
11. Kentang VS Anjing laut
12. Pili bomba VS Kanak-kanak lelaki
13. Chocolate croissants VS Baby sloth
14. Kepingan bacon VS Dolphin
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!