Peluang untuk menjadi sukarelawan masih terbuka kerana Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mencari sukarelawan bagi membolehkan ujian klinikal mengenai keberkesanan dan keselamatan vaksin COVID-19.
Individu yang berusia 18 tahun ke atas dan sihat tubuh badan, amat dialu-alukan untuk menyertai kajian ini.
Sehingga kini, lebih 7,000 orang telah menghubungi hospital terlibat dan seramai 990 orang telah bersetuju untuk menyertai kajian ini. Daripada jumlah itu, 208 sukarelawan telah pun menerima dos pertama.
Gambar hiasan
Menurut KKM, mereka akan menyertai ujian klinikal fasa ketiga untuk vaksin yang dibangunkan Institut Biologi Perubatan Akademi Sains Perubatan China (IMBCAMS).
Sukarelawan ini diperlukan bagi menyumbang dalam usaha mencari vaksin yang selamat dan berkesan demi melindungi orang ramai daripada COVID-19.
Jika korang berminat, boleh hubungi sembilan hospital yang telah ditetapkan seperti berikut.
Jika korang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan bersetuju untuk menjadi sukarelawan ini, bolehlah hubungi hospital-hospital yang telah disenaraikan ini.
Semoga ujian ini berjaya dan rakyat Malaysia boleh mendapatkan vaksin bagi mengurangkan penularan wabak pandemik ini.
Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Bakat bermain bola sepak David Beckham nampaknya diturunkan kepada anak sulungnya, Romeo Beckham yang kini sedang berjinak-jinak dalam dunia sukan bola sepak.
Baru-baru ini, remaja berusia 19 tahun ini telah muncul dalam aksi sulung secara professional di perlawanan bola sepak Amerika Syarikat.
Romeo menandatangani kontrak dengan pasukan simpanan Inter Miami, Fort Lauderdale dengan menyarung jersi bernombor 11.
Sebelum ini, Romeo dikenali sebagai seorang model fesyen, namun kini dia nampaknya sudah bergiat aktif dalam bidang bola sepak kerana dia sering memuat naik foto di atas padang bola.
Tak terkejut rasanya bila melihat ramai yang mengagumi akan personaliti putera raja dari serata dunia.
Lihat sahaja bagaimana Putera William dan Putera Harry mampu berdiri sebaris selebriti Hollywood kerana kemasyhuran yang mereka kecapi. Dalam ramai-ramai kerabat diraja yang mendapat perhatian dunia, putera-putera raja dari negara Timur Tengah ini juga tidak kurang hebatnya.
Memiliki raut wajah yang tampan membuatkan ramai anak remaja yang tak ‘senang duduk’ melihatnya. Nak tahu macam mana hot ke tak putera-putera raja Arab ni, jom kita tengok sama ada 5 putera Timur Tengah berikut dapat mencairkan hati korang atau tidak.
1. Putera Hamdan bin Mohammed bin Rashid Al Maktoun (aka Fazza) – Dubai
Dikenali sebagai putera raja yang mempunyai personaliti romantik, beliau telah meraih kemasyhuran dalam mengarang puisi romantis yang diluahkan daripada hati dan pemikirannya yang menawan.
Selain daripada berpuisi, beliau juga seorang yang gemar kepada sukan lasak. Putera Hamdan seorang penunggang kuda yang baik, malah dia juga merupakan pakar dalam bidang skydiver.
2. Putera Mohammed bin Hamad bin Khalifa Al Thani – Qatar
Antara putera raja Timur Tengah yang memiliki wajah paling handsome berbanding negeri-negeri Arab yang lain. Bukan sahaja berwajah tampan, Putera Mohammed juga mempunyai karisma dan tahap pendidikan yang tinggi.
Beliau mempunyai pendidikan dalam Sarjana Pentadbiran Perniagaan dan sangat aktif dalam bidang kurikulum. Beliau juga turut mengetuai pasukan ekuestrian Qatar dalam penglibatan secara rasmi.
Selain daripada bahasa Arab, putera raja ini juga turut fasih dalam bahasa Inggeris dan Perancis.
Putera Hashim adalah putera bongsu kepada Raja Hussein, Jordan. Putera kacak ini juga tidak kurang hebatnya dalam mendapat pendidikan tertinggi dalam bidang akademik dan sukan.
Lulusan graduan dari Georgetown University ini menjadi ketua angkatan tentera yang berkhidmat kepada rakyat sebaik sahaja beliau menamatkan pelajarannya.
Lain pula dengan seorang lagi putera raja Arab ni. Mempunyai minat yang mendalam dalam bidang seni fesyen dan muzik, putera raja ini telah melanjutkan pelajarannya di University College London untuk melatih kemahirannya dalam bidang seni.
Mengagumi Lady Gaga sebagai model, Putera Khalid juga mempunyai label fesyennya tersendiri di London, yang diberi nama ‘Qasimi’.
Putera Fahad bukan sahaja memiliki wajah yang tampan tetapi mempunyai kebolehan dalam bidang teknologi dan sosial media. Berkelulusan dari Stanford University, beliau dilantik sebagai ketua operasi Facebook di Arab.
Dengan kepakaran yang ada, Putera Fahad telah melaksanakan teknologi terkini dengan mencipta siri animasi dan komik web. Kehebatan luar biasa yang dimiliki oleh putera raja ini membuatkan dirinya lebih terkenal daripada hero-hero filem Hollywood.
Hmm, boleh tahan juga kan putera-putera raja Timur Tengah ni kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pastinya sebelum ini korang pernah mendengar tentang khasiat minyak ikan yang baik untuk kesihatan diri kan? Namun begitu, adakah ia benar-benar memberi manfaat dan apakah kebaikan yang bakal kita peroleh jika mengamalkan pengambilan minyak ikan?
Minyak ikan adalah minyak dari ikan berlemak seperti salmon, makerel, tuna, tenggiri, kod dan sardine yang kaya dengan omega-3. Ada tiga jenis utama lemak sid omega-3 yang disebut sebagai ALA, DHA, dan EPA. Ikan berlemak menyediakan DHA dan EPA. Manakala, ALA boleh diperolehi daripada tumbuhan seperti biji rami, biji labu dan kacang walnut. Badan manusia tidak boleh menghasilkan omega-3 jadi ia hanya datang dari diet pemakanan.
Jadi, apakah khasiat yang korang bakal peroleh sekiranya mengambil minyak ikan? Berikut kami senaraikan antara khasiat dan kepentingan minyak ikan mengikut nasihat dietitian.
1. Mengurangkan risiko penyakit jantung
Banyak kajian telah membuktikan omega-3 mampu mengurangkan risiko sakit jantung, insiden serangan jantung dan kematian akibat serangan jantung. Hal ini kerana, omega-3 dalam minyak ikan membantu untuk meningkatkan kolestrol baik, mengurangkan trigliserida (lemak di dalam darah) dan seterusnya mengelakkan penyumbatan atau pembentukan plak pada salur darah ke jantung yang menyebabkan serangan jantung.
2. Menurunkan tekanan darah
Jika korang mengalami tekanan darah tinggi, ia boleh menjadi manfaat kepada korang kerana minyak ikan boleh membantu menurunkan tekanan darah. Walaubagaimanapun, pengurangan tekanan darah dilihat adalah minimal dan tidak seharusnya digunakan sebagai ubat untuk menurunkan tekanan darah ya.
Beberapa kajian di dalam kalangan dewasa mencadangkan kebaikan omega-3 di dalam rawatan mengatasi masalah kemurungan. Golongan depresi sering dikaitkan dengan tahap EPA & DHA (omega-3) yang rendah. Omega-3 sebenarnya dapat membantu dalam menimbulkan kesan antidepresan, termasuk tindakan anti-radang yang secara tidak langsung membantu dalam mengatasi masalah kemurungan.
4. Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan dan kanak-kanak
Omega-3 sangat penting untuk tumbesaran otak bayi dalam kandungan dan kanak-kanak. Hal ini kerana, ianya merupakan sebahagian komponen penting bagi pembentukan otak manusia. Antara manfaat pengambilan omega-3 yang cukup untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak adalah:
Otak yang lebih cerdas
Kemahiran berkomunikasi and bersosial yang lebih baik
DHA (omega-3) adalah komponen utama dalam pembentukan retina mata. Kekurangan DHA akan menyebabkan masalah penglihatan. Selain itu, omega-3 yang cukup mampu mengurangkan risiko penyakit AMD iaitu masalah mata yang menyebabkan buta penglihatan yang sering terjadi di dalam kalangan warga emas.
6. Mencegah kanser
Pengambilan omega-3 dikaitkan dengan pengurangan risiko untuk mendapat kanser usus. Golongan yang mengambil omega-3 lebih banyak mempunyai risiko terkena kanser usus hingga 55% lebih rendah. Selain itu, pengambilan omega-3 dikaitkan juga dengan pengurangan risiko kanser prostat pada lelaki dan kanser payudara pada wanita. Bagaimanapun, kajian yang lebih terperinci diperlukan.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), saranan pengambilan ikan yang kaya dengan omega-3 adalah 1-2 hidangan seminggu sebagai perlindungan dari penyakit jantung koronari dan strok iskemia. Terdapat banyak produk suplemen omega-3 di pasaran terutamanya dalam bentuk suplemen minyak ikan. Suplemen bukannya satu keperluan jika saranan telah dicapai melalui diet harian.
Jadi, sekiranya korang telah mendapatkan omega-3 daripada hidangan makanan lebih kurang satu atau dua kali seminggu, ia sudah cukup memadai tanpa perlu mengambil suplemen minyak ikan lagi.
Diharap agar perkongsian ini dapat memberikan sedikit penjelasan dan informasi untuk korang mengetahui khasiat sebenar minyak ikan untuk kesihatan diri kita.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...