Kecemerlangan dalam bidang akademik bukan satu-satunya ukuran kejayaan seseorang mahasiswa, sebaliknya penglibatan aktif dalam kokurikulum dan kepimpinan turut menjadi nilai tambah yang mampu membawa mereka lebih jauh.

Perkara itu dibuktikan oleh dua graduan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Julia El Myra Johan dan Cindy Lim Hui Ling, apabila masing-masing terpilih menerima Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) sempena Istiadat Konvokesyen UMT Ke-24 tahun ini.

Pengiktirafan berprestij itu diberikan kepada Julia, 23, bagi kategori bumiputera, manakala Cindy, 24, menerima anugerah bagi kategori bukan bumiputera.

Julia merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Operasi Maritim dengan Kepujian dari Fakulti Pengajian Maritim (FPM), sementara Cindy menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Akuakultur dengan Kepujian dari Fakulti Sains Perikanan dan Akuakultur (FSPA).

Sebagai penerima anugerah, kedua-duanya membawa pulang Pingat Jaya Cemerlang bersadur emas, wang tunai RM7,500 setiap seorang serta sijil penghargaan sebagai pengiktirafan atas pencapaian sepanjang tempoh pengajian.

#GirlPower Cemerlang Akademik & Aktif Kokurikulum, Dua Graduan UMT Raih Anugerah Pelajaran Diraja. Tahniah!

Penglibatan Aktif Dalam Sukan Bentuk Keyakinan Diri Julia

Bagi Julia El Myra yang berasal dari Kuala Lumpur, pengalaman selama tiga tahun menuntut ilmu di UMT bukan sahaja membuka ruang untuk mencapai kecemerlangan akademik, malah membantunya mengembangkan potensi diri menerusi aktiviti sukan, kepimpinan mahasiswa dan program mobiliti antarabangsa.

Ads

Anak sulung daripada lima beradik itu turut menyifatkan peluang mewakili pasukan bola jaring sehingga ke Kejohanan Bola Jaring Remaja Kebangsaan dan Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024 sebagai antara pengalaman paling bermakna sepanjang perjalanan tersebut.

Mengulas mengenai kejayaan yang diraih, Julia menegaskan bahawa pencapaian itu bukanlah hasil usahanya seorang diri, sebaliknya turut didorong oleh sokongan serta pengorbanan ibu bapa yang sentiasa berada di belakangnya.

“Bagi saya, kejayaan ini bukan datang daripada usaha sendiri semata-mata sebaliknya hasil doa dan pengorbanan ibu bapa yang tidak pernah putus sepanjang perjalanan saya menuntut ilmu.

“Anugerah ini bukan hanya untuk saya, tetapi untuk mereka yang sentiasa menyokong dan memberikan semangat sehingga saya berjaya sampai ke tahap ini,” katanya kepada pemberita.

Ads

Cindy Lim Tak Sangka Terima Anugerah Pelajaran Diraja

Sementara itu, Cindy Lim Hui Ling yang berasal dari Kuching, Sarawak, mengakui tidak pernah menjangkakan dirinya terpilih sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja bagi kategori bukan bumiputera.

Anak bongsu daripada lima beradik itu menyifatkan pengiktirafan berkenaan sebagai satu pencapaian yang cukup bermakna, apatah lagi apabila dia berpeluang mengikuti jejak dua orang kakaknya yang pernah melanjutkan pengajian di UMT.

Sepanjang bergelar mahasiswa, Cindy turut mengambil peluang menyertai pelbagai program serta delegasi antarabangsa yang membawanya ke Indonesia, Jepun, Thailand dan Taiwan.

Ads

Pengalaman tersebut bukan sahaja memberikan pendedahan baharu, malah membolehkannya meneroka pengalaman di luar persekitaran kampus dan meluaskan perspektif sebagai seorang mahasiswa.

Berkongsi perasaannya selepas menerima pengiktirafan itu, Cindy berkata dia berasa gembira, bangga dan terharu apabila segala usaha yang dicurahkan sepanjang pengajian akhirnya mendapat penghargaan.

“Saya benar-benar tidak menyangka menerima anugerah ini. Apabila dimaklumkan mengenai pemilihan tersebut, saya berasa sangat gembira dan terharu kerana usaha sepanjang pengajian mendapat pengiktirafan,” katanya.

#GirlPower Cemerlang Akademik & Aktif Kokurikulum, Dua Graduan UMT Raih Anugerah Pelajaran Diraja. Tahniah!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: BH Online

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads