Ramai memilih minum air buah yang dikatakan baik untuk kesihatan. Ia datang dari jus buah sebenar dan harganya boleh tahan mahal untuk segelas minuman. Namun ternyata pandangan meminum jus buah baik untuk kesihatan adalah satu kenyataan kurang tepat kerana kita tidak memperoleh khasiat sebenar buah selepas membuang hampasnya.
Baca perkongsian dr Dr Rushdan Noor seperti dikongsikan di fbnya.
Dr Rushdan Noor
Tahukah anda bahawa majoriti ahli masyarakat berpendapat meminum jus itu baik untuk kesihatan sama seperti memakan buah-buahan. Sebenarnya anggapan ini tidak tepat. Walaupun jus itu diperolehi daripada buah yang sebenar dan dihasilkan secara tulin tanpa penambahan gula dan pengawet, ia tetap tidak sebaik memakan buah tersebut secara kesuluruhannya. Ikuti penjelasan di bawah.
Semasa anda membuat jus buah, anda hanya memperolehi gula buah (kebanyakannya sukrosa), sedikit nutrin dan air daripada buah tersebut. Ianya lebih kurang sama seperti meminum air gula/sirap (gula pasir: glukosa, gula buah: sukrosa).
Semasa membuat jus, anda membuang komponen yang paling penting di dalam buah iaitu serat, fitonutrin, antioksidan dan vitamin yang lebih banyak terdapat di bawah kulit buah, biji buah dan juga di dalam sabut buah yang memerangkap isi dan air buah.
Walaupun komponen penting ini wujud dalam jus yang dihasilkan, kuantitinya tidak banyak. Jika botol tidak digoncang sempurna, komponen serat dan nutrient akan mendap ke dasar botol dan anda hanya meminum air sahaja.
SERAT adalah komponen buah yang sangat penting dan dapat mengimbangi kesan negatif pengambilan gula buah. Serat sangat baik untuk fungsi usus, ia memperlahankan penyerapan gula serta lemak, mempercepatkan rasa kenyang dan memudahkan anda membuang air besar.
Ads
Persoalannya, adakah serat yg dihasilkan melalui proses membuat jus sama kualitinya dengan serat yg diambil melalui kunyahan buah? Terus membaca rencana ini utk jawapannya.
Ahli Sains pemakanan percaya mengambil nutrient di dalam bentuk minuman (jus) tidak sama dengan mengunyah makanan pejal (buah) meskipun kedua-duanya mengandungi nutrin dan kalori yang sama.
Otak anda menerima maklumat “saya sudah kenyang” yang berbeza daripada kedua2 bentuk makanan ini. Apabila air jus masuk ke dalam perut, anda merasa penuh dengan cepat tetapi perasaan ini hanya sekejap kerana pergerakan air yang cepat. Mengunyah makanan ataupun buah dan menelannya menyebabkan proses penyerapan lebih baik dan makanan lebih lama berada di dalam mulut dan perut. Tempoh kekenyangan lebih panjang.
Apabila Penyelidik memberi minum air jus kepada A dan sebiji buah kepada B (jumlah kalori yang sama) 20 minit sebelum sarapan. Mereka dapati B yang memakan buah mengambil kurang kalori semasa sarapan berbanding dengan A, sebab B sudah merasa lebih kenyang. A yang mengambil jus lebih cepat merasa lapar berbanding dengan B. Ini menunjukkan memakan buah lebih membantu anda untuk mengurangkan berat badan.
Ads
Sekumpulan Ahli Sains termasuk daripada Harvard School of Public Health di Amerika mendapati bahawa pengambilan buah2an (3 hidangan seminggu) di dalam bentuk asalnya secara tetap boleh MENURUNKAN risiko penyakit diabetes jenis 2 sebanyak 7-26% (buah blueberri, buah anggur,apel, pear dan prun). Walau bagaimanapun pengambilan jus buah-buahan MENINGKATKAN kadar penyakit diabetes jenis 2 sebanyak 8%.
Smootie sering menjadi pilihan untuk mereka yang mementingkan kesihatan
Orang yang menukar tabiat minum jus kepada memakan buah-buahan keseluruhannya dijangka dapat mengurangkan risiko penyakit diabetes sebanyak 7%. Kesan negatif pengambilan jus buah ini dikaitkan dengan peningkatan indek glisemik di samping kurangnya nutrin-nutrin dan serat semasa proses penghasilan jus.
Tiga jenis buah-buahan yang memberi kesan mengurangkan risiko diabetes yang agak besar di dalam kajian ini adalah buah blueberri, anggur dan apel. Kajian disiarkan di dalam British Medical Journal tahun 2013 (rujukan di bawah).
Berbanding dengan jus, “smoothie” (buah yang dikisar) mungkin lebih baik kerana ia mengandungi serat yang lebih tinggi tapi ia masih tidak setanding dengan mengunyah buah. Kajian menunjukkan bahawa kesan penyerapan dan peningkatan gula darah daripada pengambilan “smoothie” tidak jauh berbeza dengan jus.
Ads
Pengisar yang digunakan untuk membuat “smoothie” dipercayai menukar ciri-ciri fizikal serat sehingga menjejaskan fungsinya. Kedua2 jus dan “smoothies” menyebabkan kadar peningkatan gula darah yang cepat berbanding dengan memakan buah. Tahap gula darah yang tinggi mendadak ini akan meransang pengeluaran insulin yang tinggi sehingga kemudiannya gula darah menurun terlalu cepat, keadaan ini dinamakan “rebound hypoglycaemia”. Keadaan ini tidak baik untuk kesihatan lebih-lebih lagi kepada pesakit diabetes.
Makan buah juga memberi anda manfaat mengunyah. Mengunyah dengan perlahan memberi anda kesempatan menikmati rasa dan aroma buah, pengeluaran air liur yang banyak memberi manfaat mencuci mulut, membunuh bakteria(air liur ada anti bakteria) dan air liur juga bertindak mengurangkan keasidan untuk memelihara gigi. Mengunyah juga merupakan senaman ke atas otot2 rahang dan mulut.
Banyak jus yang dijual di pasaran bukan dihasilkan daripada buah-buahan yang tulin sebaliknya menggunakan perasa dan pewarna buah. Di dalam keadaan ini “jus” tersebut sebenarnya tidak ada bezanya dengan air sirap ataupun air gula yang mengandungi glukosa yang tinggi. Di samping keraguan tentang keaslian jus, pengguna juga perlu bimbang tentang kualiti buah yang digunakan untuk membuat jus dan juga pengawet yang dimasukkan oleh pengilang.
Jadi jika anda masih teringin untuk meminum jus/”smoothie”, cara terbaik adalah dengan menghasilkannya sendiri. Apa2 pun mengunyah buah segar yang sudah dibasuh dengan sempurna adalah kaedah pengambilan yang terbaik untuk menikmati khasiat buah2an dan sayuran.
Dr.Rushdan Noor
Medical Mythbusters Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Yes, penulis mengaku. Kadangkala bila sebut sahaja tentang kentut perasaan geli hati itu akan otomatik muncul dalam otak. Entah mengapa dan sejak bila, ia menjadi sumber ketawa buat kita semua terutama sekali bagi kaum lelaki.
Sebenarya semua orang kentut. Bagaimana ia dilaksanakan, itu perkara nombor dua. Ada yang kentutu secara senyap, ada yang kentut sambil menahan nafas dan ada yang kentut dengan bangga di depan kawan-kawan rapat.
Namun sejauh manakah dan apakah yang korang tahu tentang kentut? Percayalah ia bukan hanya sekadar ‘kejadian alam’ yang mengeluarkan bau busuk semata. Ia mempunyai fungsi lebih daripada itu.
1. Secara purata setiap orang akan membuang angin sebanyak 14 kali dalam sehari.
2. Jika jumlah ‘angin’ dikumpul ia mampu mengisi ruang sebiji belon saiz sederhana.
3. Makanan yang jadikan kentut ‘berkaliber’ ialah brokoli, telur, daging, produk tenusu, bawang putih dan makanan beryis.
4. Sesetengah makanan juga boleh menyumbang kepada bau kentut lebih busuk seperti telur dan daging kerana ia kaya dengan sulfur.
5. Secara purata kelajuan angin kentut adalah 10 kaki per saat atau kira-kira 9.5 km/j.
6. Tiada beza antara bau kentut lelaki dan wanita. Both are equally aweful! LOL
7. Percaya atau tak gas yang dikeluarkan boleh terbakar jika terdedah secara dekat dengan api.
8. Pada era Roman dan purba Jepun, buang angin di tempat awam merupakan amalan normal dan biasa.
9. Cara terbaik mengurangkan ‘industri pengeluaran angin’ ialah bersenam, makan kuantiti sedikit dan seimbang.
10. Menahan kentut tak membahayakan kesihatan tetapi boleh buat korang memberikan reaksi muka yang menjengkelkan. Hehe!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Keberadaan penyanyi, Hael Husaini di Milan Itali bagi menghadiri beberapa pertunjukan fesyen antarabangsa bersempena Minggu Fesyen Milan telahpun mencuri tumpuan lensa peminat dan pemerhati fesyen.
Berbeza dengan kemunculan Hael pada bulan September 2022 semasa menghadiri pertunjukan fesyen jenama Onitsuka Tiger bersama segerombolan fesyenista tempatan lain seperti Scha Alyahya, Daiyan Trisha dan Awal Ashaari, kali ini Hael keseorangan diri di Milan.
Bagaimanapaun, Hael berjaya mengekalkan imej dan karakter berstailnya di sana.
Hael Husaini.
Untuk pengetahuan, Minggu Fesyen Milan musim luruh/musim sejuk 2023 lelaki kini hangat dilangsungkan di kota Itali itu.
Di antara jenama yang menjemput Hael sebagai tetamu barisan hadapan mereka termasuklah jenama Fendi, MSGM dan Zegna.
Acara Fendi F/W 2023.Di luar lokasi acara MSGM F/W 2023.Acara Zegna F/W 2023.
Tambah menarik apabila Hael juga berkesempatan dibawa bertemu dengan pengarah kreatif dan ‘orang besar’ kepada jenama-jenama terkenal ini. Antara individu yang sempat ditemuinya ialah Silvia Venturini di acara Fendi, Massimo Giorgetti di MSGM dan Alessandro Sartori di Zegna.
Silvia Venturini Fendi and Hael Husaini di belakang pentas peragaan.
Tidak cukup dengan itu, Hael juga membuatkan peminat di Malaysia cemburu apabila membidik foto kenangan bersama pelakon Thailand, Tawan Vihokratana di acara Zegna.
Rata-rata peminat dan rakan selebriti di ruang komen Instagram menunjukkan sokongan buat Hael yang mewakili Malaysia di pentas fesyen dunia. Antaranya komen-komen warganet yang mencuit hati termasuklah:
“Hael lagi ensem dari Korean.”
“No syatuuuuu lah awak ni.”
“Haelookkkk macam shelalu.”
“Aduhh, pening la. Pantang tengok Hael in white.”
“Aset Malaysia untuk dunia!”
“Please give him as brand ambassador. Tak kisah la apa pun sebab I love style Hael sekarang.”
Keberadaan Hael di sana secara tidak langsung telah membuktikan bahawa selebriti dari Malaysia juga mampu memukau pemerhati antarabangsa menerusi gaya fesyen dan stail menarik. Have fun Hael in Milan!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Telah berlangsungnya Majlis Jamuan Negara yang diadakan di Istana Buckingham apabila Raja Charles menerima kunjungan diplomatik daripada Presiden Korea Selatan, Yoon Sook Yeo dan isteri, Kim Keon Hee.
Dalam majlis yang dihadiri oleh 170 tetamu jemputan itu, antara personaliti yang menarik perhatian semestinya kelibat Princess of Wales, Kate Middleton yang anggun mengenakan busana gaun petang rona putih rekaan Jenny Packham.
Melengkapkan gayanya sebagai seorang puteri raja semestinya sebuah tiara yang terletak cantik di kepala. Namun tahukah anda? Tiara yang digayakan oleh Kate pada malam tersebut merupakan tiara yang sudah lama tidak dilihat umum.
Kenapakah mahkota ini diberi julukan ‘the forgotten crown’?
Ini disebabkan tiara yang direka berbentuk karangan bunga itu tidak pernah dilihat dalam hampir sembilan puluh tahun sejak 1930-an lagi!
Moyang Putera William, Queen Elizabeth the Queen Mother & King George VI.
Diberi nama ‘The Strathmore Rose Tiara’, Ia merupakan sebahagian daripada koleksi mendiang Queen Elizabeth the Queen Mother yang merupakan moyang kepada Putera William.
Menurut The Court Jeweller, nama aksesori itu berasal daripada bapa Queen Elizabeth the Queen Mother, yang merupakan Earl of Strathmore dan Kinghorne, dan merupakan hadiah perkahwinan apabila dia berkahwin dengan Putera Albert (kemudiannya dikenali sebagai Raja George VI, bapa Queen Elizabeth II).
Dengan kemunculan semula tiara ini, ia menjadikan Kate orang kedua yang memakai tiara Strathmore Rose di khalayak ramai.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah kejayaan Dr Amalina PhD yang menamatkan pengajian Doktor Falsafah di UK sambil berkongsi pengorbanan sebagai ibu dan pakar bedah yang menjadi inspirasi ramai.