Kekurangan fizikal tidak membuat wanita dari Ecuador ini berputus asa untuk meneruskan kehidupannya. Malah, beliau berjaya buktikan pada dunia, hidup tanpa tangan dan kaki yang lengkap, dia berjaya meneruskan kerjaya sebagai model profesional.
Victoria Salcedo. Foto: Instagram/@vicco_salcedo
Victoria Salcedo dilahirkan sebagai bayi yang sempurna namun akibat kemalangan diusia 6 tahun dia kehilangan tangan dan kaki kirinya. Pada masa itu, Victoria masih kecil dan secara tidak sengaja memegang kabel elektrik dengan kayu, sehingga dia terkena renjatan elektrik dan melecur teruk.
Demi menyelamatkan nyawa, kedua-dua tangan dan kaki kirinya terpaksa dipotong. Sejak itu Victoria belajar melakukan pelbagai aktiviti harian seperti makan, menyisir rambut dan bersolek menggunakan kaki kanannya yang tinggal.
Curi Perhatian Netizen
Victoria turut memakai kaki palsu bagi memudahkannya bergerak, dia juga mula senaman, dan akhirnya jatuh cinta dengan dunia sukan. Ketika itulah wanita berusia 26 tahun ini mendokumentasi aktiviti hariannya di Instagram dan berjaya mencuri perhatian netizen.
Victoria Salcedo. Foto: Instagram/@vicco_salcedo
Harapan Victoria apabila mencipta akaun Instagram hanya satu iaitu mengubah pandangan orang yang telah dipotong. Bahawa mereka masih boleh bergerak dan hidup seperti biasa walaupun ada bahagian tubuh yang tidak ada.
Ads
“Bagi saya, memberi inspirasi kepada orang lain adalah peluang untuk mengubah pandangan mereka. Ini adalah peluang untuk berkongsi sebahagian daripada diri saya dengan orang ramai,” katanya, seperti dipetik Daily Star
Jadi Model Profesional
Victoria yang kini menetap di Guayaquil, Ecuador, dirisik dengan ejen peragaan pada usia 19 tahun. Tidak mengambil masa yang lama untuk dia berjaya dalam pilihan kerjayanya, kerana dia segera mendapat banyak tawaran dalam industri peragaan.
Victoria Salcedo. Foto: Instagram/@vicco_salcedo
Wanita dengan 179 ribu pengikut di Instagram ini juga cuba mengubah standard kecantikan dengan menyertai pertandingan kecantikan. Pada tahun 2021, Victoria mengambil bahagian dalam pertandingan Miss Ecuador dan menjadi salah seorang finalis.
Ads
Walaupun tidak menang, dia tetap berbangga dengan dirinya kerana berani kedepan dan memperlihatkan kemampuan dirinya kepada dunia.
“Saya bersaing bukan untuk diterima. Tetapi untuk mewakili negara saya, mewakili diri saya sebagai seorang wanita, sebagai makhluk bernyawa, sebagai satu lagi bentuk kecantikan,” katanya.
Kini Victoria bekerja sebagai model sepenuh masa. Beliau juga menyertai pertandingan tarian dalam program pencarian bakat bernama Soy El Mejor yang disiarkan di stesen TV nasional.
Wanita kental ini betul-betul memberi inspirasi kepada kita semua bahawa jangan menyalahkan takdir. Tapi harus berani untuk berjaya dalam hidup.
Sumber : (1) Victoria Salcedo. Foto: Instagram/@vicco_salcedo
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak menularnya pandemik Covid-19 pada penghujung Disember tahun lalu dan Malaysia menutup pintu masuk dan keluar negara. Rata-rata dari kita mengambil keputusan untuk bercuti dalam negara akhir tahun ni.
Dan salah satu destinasi yang menjadi pilihan rakyat Malaysia ialah Tanah Tinggi Cameron Highland yang sejuk dan mendamaikan.
Namun, jangan rosakkan percutian korang dengan insiden nyawa.
So, hari ini Remaja nak share sedikit tips keselamatan sewaktu berada berhampiran dengan kenderaan berat seperti treler kontena yang besar itu.
1. Blind Spot
Bahagian paling bahaya ialah bahagian sisi kiri dan kanan kepala treler di belakang kedudukan pemandu. Ia merupakan zon paling bahaya dan boleh dikatakan langsung tidak dapat dilihat oleh pemandu treler.
Elakkan berada pada posisi ini kerana jika pemandu treler kehilangan kawalan ke atas kenderaan tersebut ataupun terpaksa menukar lorong dengan tergesa-gesa, korang akan dihimpit oleh kenderaan berat tersebut tanpa disedari pemandu. Kalau dah kena himpit tak kira kereta model apa yang korang pandu memang bawa-bawalah mengucap.
2. Memotong Treler
Jika korang terpaksa memotong, pastikan memotong dengan secepat mungkin. Jangan terhegeh-hegeh ataupun berada pada kedudukan selari untuk jangka masa yang lama. Lagi lama korang ada di posisi tersebut, lagi terdedahlah kepada risiko kemalangan.
3. Letupan Tayar Treler
Satu lagi ialah bahaya letupan tayar kenderaan berat. Tayar kenderaan berat bukan hanya bersaiz besar tetapi ia juga mempunyai tekanan yang tinggi berikutan berat bebanan yang dibawa serta suhu operasi yang tinggi.
Letupan tayar juga akan mengakibatkan pemandu hilang kawalan dan membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain. Jika korang mengesan kenderaan berat dengan masalah pada bahagian tayar beri ruang untuk mereka dan jarakkan kenderaan korang pada kedudukan yang selamat.
4. Serpihan Tayar Treler
Bukan itu sahaja, serpihan tayar yang tertanggal juga adalah cukup merbahaya. Biasanya serpihan ini berpunca dari penggunaan tayar celup yang sudah lama. Ia merupakan satu alternatif untuk menjimatkan kos pembelian tayar baharu tetapi sama seperti tayar baharu ia mempunyai had kegunaannya tersendiri. Sampai masanya ia perlu diganti baharu.
5. Perhatikan Kesan Gelincir Tayar
Jika korang kurang yakin dengan bahaya yang dibawa oleh kenderaan-kenderaan berat, cuba perhatikan kesan gelinciran tayar di atas jalan raya.
Kalau di Lebuhraya Karak, kesan tayar ini bukan hanya ada di permukaan jalan tetapi juga terdapat pada bahagian benteng pembahagi jalan. Maknanya pernah ada kenderaan berat lain yang telah memanjat dinding penahan mengalahkan Spiderman. Tanda-tanda ini juga berfungsi sebagai amaran yang ada nahas pernah berlaku di situ dan sewajarnya diambil perhatian oleh pemandu lain.
Apapun takziah kami ucapkan buat keluarga mangsa kemalangan ini dan Al-fatihah ( dengan bacaan ) untuk semua yang terkorban.
So hati-hati guys, moga korang boleh memandu dengan lebih cermat di masa hadapan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tak sampai sebulan selepas seorang bekas ahli kumpulan K-pop AOA mengeluarkan kenyataan berani dan mendakwa pernah menjadi mangsa buli kumpulan sendiri, kini dia kembali dengan dakwaan baharu.
But not without a drama, of course..
Posting terbaru Kwon Mina di Instagram telah mengejutkan peminatnya serta bekas majikan labelnya.
Dalam posting tersebut, Mina menyebut:
“Saya enggan ‘pergi’ dengan hati tidak tenang. Hiduplah dengan tenang Shin Jimin, Han Sung Ho dan Kim Seolhyun.
“Ibu, kakak dan keluarga saya tidak boleh berkata berkata banyak, mereka hanya akan bersedih walaupun ini bukan salah mereka.
“Tolong bertanggungjawab ke atas impak psikologi yang dialami mereka..,” catat Mina di Instagram
Secara pantas, peminat Mina terus menyerang Instagram Seolhyun dengan kecaman atas dakwaan tersebut.
Dalam laporan media di Korea Selatan, mereka berkata Mina telah dikejarkan ke hospital setelah dia memuat naik satu lagi foto yang menunjukkan lengan yang dicederakan olehnya sendiri.
Ternyata emosi dan keadaan mental Mina tidak stabil sehingga sanggup berbuat sedemikian
Satu lagi laporan bercerita mengenai dakwaan Mina terhadap bekas labelnya yang dikatakan tidak bersifat adil dalam isu bayaran dan dakwaan buli. Setelah cuba untuk mengubungi mereka, Mina mendakwa dia gagal untuk mendapatkan penjelasan.
.
Apa pendapat korang?
Adakah label grup AOA yang seharusnya bertanggungjawab atas segala kontroversi yang berlaku ini? Ataupun Mina seharusnya lebih matang dalam menyelesaikan isu emosinya?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dunia ratu cantik boleh mengubah kehidupan seseorang ke arah yang lebih baik. Seiring dengan populariti yang dikecapi, jika pandai mengemudi kerjaya seseorang ratu cantik pasti boleh membina empayar menerusi takhta yang dimenangi.
Baru-baru ini, seorang lagi ratu cantik telah dinobat di Puerto Rico. Elena Rivera yang merupakan seorang peragawati dan pelajar dalam jurusan pemasaran telah berjaya mengalahkan 29 peserta lain untuk bergelar Miss World Puerto Rico 2022.
Baru berusia 18 tahun, dia yang berasal dari daerah Toa Baja telah dimahkota oleh Miss World Puerto Rico 2021, Aryam Diaz Rosado. Seiring dengan kemenangannya dia membawa pulang hadiah berupa mahkota dan piala.
Dalam sesi soal jawab yang menjadikannya sebagai juara. Elena telah menerima soalan mengenai isu pengguguran kandungan yang sedang rancak diperkatakan di Amerika Syarikat apabila mahkamah negara itu telah memutuskan yang menggugurkan kandungan merupakan satu bentuk jenayah.
Jawabnya, “Saya seorang yang mengutamakan nyawa. Saya faham yang wanita tidak seharusnya ditekan dengan undang-undang ini kerana setiap orang pasti melalui waktu yang sukar.
“Seharusnya ada pendidikan tentang isu ini, tetapi undang-undang tidak akan menghalang dari berlakunya penguguran dengan segaja. Kita harus menjaga wanita, mereka adalah paksi Puerto Rico.”
Setelah dinobatkan sebagai juara, gadis cantik ini berkongsi pengalaman sepanjang bertanding. “Saya kagum dan bersyukur, sebenarnya kesemua finalis pertandingan ini telah menjadi seperti adik-beradik yang luar biasa. Kehebatan adalah milik Tuhan dan saya mendapat mahkota dengan iman dan kepercayaan,” ujarnya.
Setakat ini Puerto Rico pernah memenangi mahkota biru Miss World sebanyak dua kali. Kali pertama adalah pada tahun 1975 menerusi perwakilan Wilnelia Merced Cruz dan pada tahun 2016 menerusi perwakilan Stephanie Marie del Valle Diaz.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!