Sejak menularnya pandemik Covid-19 pada penghujung Disember tahun lalu dan Malaysia menutup pintu masuk dan keluar negara. Rata-rata dari kita mengambil keputusan untuk bercuti dalam negara akhir tahun ni.

Dan salah satu destinasi yang menjadi pilihan rakyat Malaysia ialah Tanah Tinggi Cameron Highland yang sejuk dan mendamaikan.

5 Tip Bila Kereta Bertembung Kenderaan Berat, Salah Satunya Zon Blind Spot

Namun, jangan rosakkan percutian korang dengan insiden nyawa.

So, hari ini Remaja nak share sedikit tips keselamatan sewaktu berada berhampiran dengan kenderaan berat seperti treler kontena yang besar itu.

1. Blind Spot

5 Tip Bila Kereta Bertembung Kenderaan Berat, Salah Satunya Zon Blind Spot

Bahagian paling bahaya ialah bahagian sisi kiri dan kanan kepala treler di belakang kedudukan pemandu. Ia merupakan zon paling bahaya dan boleh dikatakan langsung tidak dapat dilihat oleh pemandu treler.

Elakkan berada pada posisi ini kerana jika pemandu treler kehilangan kawalan ke atas kenderaan tersebut ataupun terpaksa menukar lorong dengan tergesa-gesa, korang akan dihimpit oleh kenderaan berat tersebut tanpa disedari pemandu. Kalau dah kena himpit tak kira kereta model apa yang korang pandu memang bawa-bawalah mengucap.

IKLAN

 

2. Memotong Treler

Jika korang terpaksa memotong, pastikan memotong dengan secepat mungkin. Jangan terhegeh-hegeh ataupun berada pada kedudukan selari untuk jangka masa yang lama. Lagi lama korang ada di posisi tersebut, lagi terdedahlah kepada risiko kemalangan.

 

3. Letupan Tayar Treler

IKLAN

5 Tip Bila Kereta Bertembung Kenderaan Berat, Salah Satunya Zon Blind Spot

Satu lagi ialah bahaya letupan tayar kenderaan berat. Tayar kenderaan berat bukan hanya bersaiz besar tetapi ia juga mempunyai tekanan yang tinggi berikutan berat bebanan yang dibawa serta suhu operasi yang tinggi.

Letupan tayar juga akan mengakibatkan pemandu hilang kawalan dan membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain. Jika korang mengesan kenderaan berat dengan masalah pada bahagian tayar beri ruang untuk mereka dan jarakkan kenderaan korang pada kedudukan yang selamat.

 

4. Serpihan Tayar Treler

IKLAN

5 Tip Bila Kereta Bertembung Kenderaan Berat, Salah Satunya Zon Blind Spot

Bukan itu sahaja, serpihan tayar yang tertanggal juga adalah cukup merbahaya. Biasanya serpihan ini berpunca dari penggunaan tayar celup yang sudah lama. Ia merupakan satu alternatif untuk menjimatkan kos pembelian tayar baharu tetapi sama seperti tayar baharu ia mempunyai had kegunaannya tersendiri. Sampai masanya ia perlu diganti baharu.

 

5. Perhatikan Kesan Gelincir Tayar
Jika korang kurang yakin dengan bahaya yang dibawa oleh kenderaan-kenderaan berat, cuba perhatikan kesan gelinciran tayar di atas jalan raya.

Kalau di Lebuhraya Karak, kesan tayar ini bukan hanya ada di permukaan jalan tetapi juga terdapat pada bahagian benteng pembahagi jalan. Maknanya pernah ada kenderaan berat lain yang telah memanjat dinding penahan mengalahkan Spiderman. Tanda-tanda ini juga berfungsi sebagai amaran yang ada nahas pernah berlaku di situ dan sewajarnya diambil perhatian oleh pemandu lain.

Apapun takziah kami ucapkan buat keluarga mangsa kemalangan ini dan Al-fatihah ( dengan bacaan ) untuk semua yang terkorban.

So hati-hati guys, moga korang boleh memandu dengan lebih cermat di masa hadapan.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI