Biarpun industri penerbangan Malaysia dilanda gelombang kegawatan akibat pandemik sejak tahun 2020, nampaknya ia semakin bangkit dan bersedia untuk kembali cemerlang seperti dahulu.

Ini dibuktikan dengan pelancaran sebuah syarikat penerbangan komersil terbaru Malaysia bernama SKS Airways yang beru saja diperkenalkan Januari lalu.

Kini Boleh Ke Tiga Pulau Popular Di Malaysia Menaiki Pesawat Bersaiz Comel, SKS Airways

Menarik mengenai SKS Airways adalah penerbangan yang ditawarkannya khusus untuk laluan jarak dekat ke tiga buah pulau pelancongan popular di Malaysia iaitu Pulau Pangkor, Pulau Redang dan Pulau Tioman – sesuailah dengan trend pelancongan domestik sekarang yang diminati rakyat Malaysia.

IKLAN

Dalam majlis pelancaran di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang pada 25 Januari lalu, ia menyaksikan penerbangan pertama SKS Airways KI 6357 ke Pulau Pangkor.

Kini Boleh Ke Tiga Pulau Popular Di Malaysia Menaiki Pesawat Bersaiz Comel, SKS Airways
Sebaik saja pesawat tiba di Pulau Pangkor.

Penerbangan ke Pulau Redang pula telah bermula sejak 31 Januari lalu. Manakala, bagi yang teringin untuk menaiki SKS Airways ke Pulau Tioman, korang perlu menunggu pengumuman terbaru SKS Airways pada suku kedua 2022 di mana mereka akan mengumumkan tarikh tepat.

IKLAN

Kesemua frekuensi penerbangan pergi balik ke tiga pulau berkenaan juga dilakukan sekerap setiap hari bagi memudahkan penumpang untuk melancong.

Kini Boleh Ke Tiga Pulau Popular Di Malaysia Menaiki Pesawat Bersaiz Comel, SKS Airways
Comel kan! Pesawat berkapasiti rendah seperti SKS Airways ini membuatkan momen melancong korang lebih mesra dan bermakna

Kini Boleh Ke Tiga Pulau Popular Di Malaysia Menaiki Pesawat Bersaiz Comel, SKS Airways

IKLAN

Sebagai permulaan buat masa ini, SKS Airways telah membuka dua hab yang terletak di Lapangan Terbang di Subang ini dan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru. Ini bermakna, korang yang inginkan perkhidmatan penumpang, kargo atau charter akan dihubungkan ke Pulau Pangkor, Pulau Redang dan Pulau Tioman dari dua lapangan terbang itu.

Khabarnya, SKS Airways juga sedang merancang penerbangan antarabangsa untuk masa akan datang iaitu ke destinasi di rantau ASEAN dan selatan China! Macam menarik kan!

Untuk perkembangan terkini, korang boleh menempah percutian pulau korang dengan melayari www.sksairways.com dan mengikuti media sosial SKS Airways di Twitter, Faebook, Instagram dan LinkedIn.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI