Pelakon Sweet Qismina mengakui dia seorang yang cepat bosan sehingga gemar bertukar-tukar hobi.
Terbaharu Sweet atau Farhanna Qismina Supandi, 27, memberitahu dia mula minat mengumpul kad Pokemon yang disifatkan bukan sekadar hobi, malah berpotensi menjadi satu bentuk pelaburan.
Sekeping kad kecil bergambar karakter Pokemon menjadi titik permulaan kepada minat baharu Sweet Qismina.
Apa yang pada awalnya sekadar rasa ingin tahu, akhirnya membuka pintu kepada dunia koleksi yang bukan sahaja menyeronokkan, malah bernilai tinggi.
Berkongsi secara santai, Sweet mendedahkan minatnya terhadap Pokemon Card tercetus selepas menonton sebuah video di Instagram. Video tersebut memaparkan seorang kanak-kanak yang menangis kegembiraan selepas memperoleh sekeping kad Pokemon yang sangat istimewa.
“Bila tengok dia sampai menangis, saya tertanya-tanya… kad apa ni? Jadi saya Google harga,” kongsi Sweet.
Dari Rasa Ingin Tahu Ke Minat Yang Lebih Serius
Carian ringkas itu benar-benar membuka mata Sweet Qismina apabila dia mendapati harga kad Pokemon tertentu boleh mencecah lima angka, bergantung kepada tahap rare serta penilaian profesional kad tersebut.
Dari situ, Sweet mula menyelami dunia Pokemon Card dengan lebih mendalam. Antara perkara yang menarik perhatiannya adalah konsep edisi terhad, tahap rare yang berbeza, serta sistem grading yang digunakan oleh badan penilai profesional.
Sistem grading memainkan peranan penting dalam menentukan nilai sesebuah kad. Kad yang memperoleh penilaian tertinggi seperti PSA 10 dianggap hampir sempurna dari segi kondisi fizikal dan cetakan, sekali gus menjadikan nilainya meningkat berkali ganda.
“Kalau jumpa kad rare, lepas tu hantar grading dan dapat PSA 10, memang boleh cecah beribu,” jelasnya.
Ads
Modal Kecil, Nilai Semakin Bertambah
Walaupun masih baharu dalam dunia koleksi ini, Sweet Qismina sudah mula mengumpul sekitar satu hingga dua kotak Pokemon Card sebagai permulaan. Modal awal yang dikeluarkan hanyalah sekitar RM300.
Namun begitu, nilai semasa koleksi tersebut kini dianggarkan hampir RM600, walaupun masih belum dinilai sepenuhnya melalui proses grading.
“Value tu belum habis check semua lagi, tapi bila nampak naik macam tu, rasa macam okay… maybe this is something new yang boleh explore,” katanya jujur.
Perkembangan ini membuatkan Sweet melihat hobi tersebut bukan sekadar hiburan, tetapi satu bentuk pelaburan alternatif yang menyeronokkan.
Menariknya, minat terhadap Sweet Qismina Pokemon Card ini juga menjadi sebahagian daripada azam tahun baharunya.
Ads
Satu pilihan yang agak berbeza berbanding kebiasaan selebriti wanita yang sering menumpukan kepada kecantikan atau gaya hidup semata-mata.
Apabila ditanya mengenai reaksi suaminya, Adam Lee, Sweet hanya tersenyum sambil ketawa kecil.
“Dia gelak je. Sebab hobi ni lain sangat dengan dia,” katanya ringkas.
Walaupun minat mereka berbeza, jelas Sweet selesa meneroka dunia baharu ini dengan sokongan pasangan, tanpa sebarang tekanan.
Pokemon Card Bukan Lagi Sekadar Permainan Kanak-Kanak
Fenomena Pokemon Card kini bukan lagi sekadar permainan atau koleksi nostalgia. Di peringkat global, kad-kad rare dianggap sebagai aset koleksi bernilai tinggi dan ada yang dijual pada harga luar biasa di pasaran antarabangsa.
Bagi Sweet Qismina, hobi ini memberi pengalaman baharu yang menggabungkan keseronokan, minat peribadi dan potensi pulangan pada masa hadapan.
Kadang-kadang, hobi terbaik datang tanpa dirancang bermula dengan satu scroll di media sosial, kini berkembang menjadi minat serius yang penuh nilai.
Sumber : Mstar
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai yang tidak mahu melepaskan peluang untuk mempertingkatkan ibadah di bulan Ramadan. Selain bertarawih dan bersedekah, amalan membaca al-Quran juga dilakukan sepanjang bulan yang mulia ini.
Dah jadi trend zaman sekarang, semuanya di hujung jari saja. Al-Quran fizikal dah jarang-jarang digunakan. Nak cepat dan mudah, ramai yang mengambil inisiatif untuk membaca al-Quran pada aplikasi telefon bimbit.
Jika kita sudah menghafal Quran, orang yang berhadas kecil masih boleh membaca Quran tanpa menyentuh mushaf. Hal ini seperti yang diriwayatkan dari Ali R.A:
“Rasulullah SAW masuk ke kamar kecil lalu menyelesaikan hajatnya. Kemudian beliau keluar dan makan roti dan daging bersama kami, beliau juga membaca Al-Quran. Tidak ada yang menghalanginya SAW –boleh jadi berkata: tidak menghalanginya-dari membaca Al-Quran kecuali junub.” (HR. Ibnu Majah).
Sementara itu, jika membaca Quran sambil menyentuh mushaf, para ulama berbeza pendapat. Ada yang membolehkannya, ada juga yang mensyaratkan harus bebas daripada hadis besar atau kecil.
Selain itu terdapat hadis Nabi SAW, “Tidak boleh menyentuh Al-Quran kecuali orang yang suci.” Namun para sahabat Nabi memberikan fatwa demikian sebagai penghormatan terhadap Al-Quran dan bukti bahawa al-Quran adalah kalamullah.
Persoalannya, adakah perlu kita mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum membaca?
Menurut Islam Itu Indah, handphone atau tablet yang mengandungi aplikasi al-Quran tidak seperti hukum mushaf kerana huruf al-Quran yang terdapat di aplikasi handphone berbeza dengan yang tertulis di mushaf.
Maka, sifat yang dibacanya tidak ada, yang ada hanya sifat gelombang yang terdiri daripada huruf dengan visual yang akan muncul ketika diakses dan akan hilang bila kita menutup semula aplikasi tersebut.
Pendapat yang paling kuat adalah dibolehkan menyentuh handphone atau kaset yang di dalamnya ada rakaman dan dibolehkan membaca Quran daripadanya tanpa perlu berwuduk.
Cara ini bagi memudahkan wanita haid untuk membaca al-Quran dan bagi mereka yang tidak membawa mushaf bersama-sama.
Dengan adanya teknologi canggih seperti sekarang ini, kita sekarang dapat membaca al-Quran di mana saja. Jadi tidak perlu risau soal ada wuduk atau pun tidak.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia, Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri mengejutkan orang ramai apabila muncul dengan imej kurus dan cengkung.
Jelas Dafi, perubahan fizikalnya itu bukanlah disebabkan pembedahan bariatrik atau potong usus tetapi kerana diet seimbang.
Dafi
Memetik laporan Gempak, berat badannya menyusut sejak menjalani penggambaran filem Malbatt. Sejak dari itu, dia berusaha untuk kekal kurus bimbang badan akan berisi semula.
Sebab dulu masa sekolah saya gemuk, saya memang ada masalah yang takut sangat gemuk balik. Few years back badan saya agak naik juga tapi untuk filem Malbat, saya perlu jadi askar jadi saya turunkan berat.
Dafi meminta orang ramai tidak perlu bimbang kerana kurus bukanlah akibat sakit. Dafi yang baru mengeluarkan lagu terbaru Ogos lalu mahu kekal kurus untuk kelihatan fit dan presentable.
Malah ada menuduh Dafi atau Gaddafi Ismail Sabri, 36, mengambil barang terlarang sehingga membuatkan dia kelihatan kurus. Menyangkal dakwaan jahat itu, Dafi sebaliknya menjelaskan dia hanya mengamalkan diet seimbang selain kerap bersenam.
“Selagi saya tak buat perkara tu dan ambil barang itu tak perlu risau pun sebab orang nak komen apa pun silakan.
“Saya memang diet sebab mahu menjaga kesihatan apatah lagi usia pun semakin meningkat.
Di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut melihat imej terkini penyanyi tersebut. Katanya, wajah Dafi sangat berubah dan kelihatan lebih berusia daripada umurnya yang sebenar dan merindui Dafi yang dahulu.
Sementara itu, netizen lain mendoakan semoga urusan penyanyi ini dipermudahkan dan terhindar daripada sebarang penyakit.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Dengan perkembangan teknologi yang membantu kajian pengusaha produk, amalan yang dituntut oleh agama Islam kini menjadi semakin mudah dan diakui sah.
Sebagai contoh, jika dahulu umat Islam yang ingin menyamak atau sertu tubuh mereka daripada najis Mughallazah terpaksa mencari barangan seperti air mutlak dan pasir bersih untuk mencuci. Banyak betul langkah-langkah yang terpaksa diambil demi kembali menunaikan ibadah secara sah.
Kini, REMAJA telah menemui solusi paling mudah bagi tujuan sertu. Ia adalah dengan menggunakan Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria yang memudahkan aplikasi sertu dalam situasi yang tidak dapat dielakkan melibatkan najis Mughallazah.
Skrub ini telah dirumus dengan 100 peratus tanah liat sumber asli yang berkualiti tinggi dan mudah digunakan tanpa was-was. Ia juga diperkayakan Habbatus Sauda dan Ekstrak Bidara bagi membasmi kuman dan sesuai untuk kegunaan harian.
Korang juga tidak perlu risau apabila Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria ini juga telah mendapat pensijilan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Malah, kaedah pembersihan menggunakannya juga telah disemak oleh panel Institut Fatwa dan Halal (IFFAH) di Universiti Sains Islam Malaysia.
Cara Sertu
Keperluan untuk sertu bahagian badan bertambah mudah dengan tiga langkah ini saja jika korang menggunakan Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria.
Mulanya, bersihkan anggota badan yang terkena najis Mughallazah daripada ain najis itu. Kemudian, lakukan basuhan pertama drngan campuran Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria dengan air mutlak dan sebatikannya.
Selepas itu, basuh semula anggota badan itu dengan air mutlak sebanyak 6 kali.
Tambah menarik apabila ia tidak mendatangkan kesan kepada kulit sensitif sewaktu REMAJA mencubanya dan ia juga berbau harum!
Kini, korang bolehlah ‘wash-wash’ tanpa was-was lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!