Kim Kardashian Sanggup Turunkan Berat Lebih 7 Kg Untuk Muat Gaun Marilyn Monroe

Share

 

Jika korang menaip ‘Marilyn Monroe at Democratic Convention’ di ruangan Google, pastinya korang boleh melihat beberapa video yang menunjukkan pelakon ikonik itu menyanyikan lagu ucapan hari jadi buat Presiden Amerika Syarikat pada tahun 1962, John. F Kennedy.

Pada waktu itu, bukan hanya imej Marilyn yang merupakan simbol glamor popular yang menarik perhatian. Apa yang diperkatakan sehingga saat ini adalah gaun rekaan Jean Louis yang dipakainya pada malam tersebut.

Gaun yang dijahit dengan 6000 butiran kristal ini masih dianggap sebagai antara gaun paling penting dalam simpanan koleksi sejarah fesyen moden dan pernah dipertontonkan dalam pameran antarabangsa.

Marilyn Monroe di sini dapat dilihat berdiri di antara Robert Kennedy dan John F. Kennedy selepas acara ‘democratic convention’ di Madison Square Garden.

Malah, ia pernah dilelong untuk nilai USD5 juta oleh muzium Ripley’s Believe It or Not! di Florida dan kini dianggar bernilai USD10 juta.

It IS a big deal!

Muzium Ripley’s Believe It or Not! di Florida telah membeli gaun ini sewaktu acara lelong di Julien pada tahun 2016 untuk nilai $4.8 juta.

Oleh itu, apabila timbul ura-ura yang mengatakan sosialit dan usahawan terkenal, Kim Kardashian bakal menyarungkan gaun itu di acara fesyen Met Gala semalam, ramai beranggapan ia adalah sesuatu yang ‘gila’.

ARTIKEL BERKAITAN : Ingat Lagi Kostum Balenciaga Ala Ninja Ini? Kim Kardashian Dedah Awalnya ENGGAN Pakai – REMAJA

Bercakap dengan koresponden Vogue, La La Anthony di karpet merah, Kim menyifatkan ia adalah satu penghargaan untuknya memakai gaun Marilyn itu biarpun ia hadir dengan sedikit cabaran.

“Ini merupakan gaun Marilyn Monroe berusia 60 tahun.”

“Idea saya kali adalah untuk cuba memakainya. Semasa proses itu, gaun ini didatangkan dengan ahli sekuritinya sendiri dan sarung tangan (untuk tidak merosakkan gaun sewaktu ia disentuh). Saya mencubanya dan ia tidak muat.”

Kim Kardashian menghadiri acara Met Gala 2022 di The Metropolitan Museum of Art semalam di New York.
Marilyn Monroe menyanyikan “Happy Birthday” kepada Presiden John F. Kennedy di Madison Square Garden, New York sempena hari jadinya yang ke-45.

“Saya meminta mereka untuk berikan saya tiga minggu (untuk turunkan berat badan). Jadi saya berjaya turunkan 16 paun (atau kira-kira 7.2 kilogram) untuk muat memakainya pada hari ini,” jelas Kim yang ditemani teman lelakinya, Pete Davidson.

Jujurnya, Kim tidak boleh berjalan dengan selesa semalam di karpet merah Met Gala 2022 disebabkan gaun ‘Marilyn’ yang ketat ini.

Tidak menyangka pasukan yang menjaga gaun Marilyn itu mempercayai hasratnya itu untuk menurunkan berat badan, Kim berkata demi fesyen dia sanggup melakukannya. Khabarnya, antara cara Kim melakukannya adalah dengan mengambil tomato sahaja untuk menu setiap hari, menjauhi menu karbohidrat dan memakai sut sauna sekerap dua kali sehari.

Disebabkan cara menurunkan berat badan secara drastik ini, Kim telah dikecam teruk di Twitter kerana ia dianggap tidak sihat. Komen Kim bahawa dia dan Pete merancang untuk meraikan malam tadi dengan makanan seperti donut dan piza juga tidak begitu disenangi ramai kerana ia memberikan mesej tidak bagus kepada pengikutnya yang sering menjadikan tubuhnya sebagai ‘body goals’ mereka.

ARTIKEL BERKAITAN : “Ramai Orang Kerja Keras Tetapi Masih Miskin,” – Trevor Noah Kecam Nasihat Kim Kardashian Buat Wanita – REMAJA

Anyway, sedikit info yang REMAJA ingin konsikan mengenai gaun Marilyn Monroe itu. Marilyn telah meminta Jean Louis untuk menyediakan gaun ini agar ia menjadi gaun paling bersejarah yang pernah dipakai olehnya dan hanya boleh dipakai olehnya disebabkan potongan bentuk badan Marilyn yang cukup cantik serta tidak masuk akal.

Disebabkan cara gaun ini dihasilkan tanpa lapisan lining pada bahagian dalam, Marilyn tidak boleh memakai pakaian dalam bersamanya. Oleh itu, Jean Louis memilih tona ‘nude’ agar ia sekata dengan warna kulit Marilyn manakala butiran kristalnya disusun untuk menutupi tubuh pelakon itu.

BACA LAGI : Ada Sebab Mengapa Ameera Khan Berwajah Marilyn Monroe, Gara-Gara Demi.. – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN