Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming mencuri perhatian selepas berkongsi transformasi terbaharunya apabila berjaya menurunkan berat badan sebanyak 24 kilogram (kg) dalam tempoh setahun.

Menerusi perkongsian di Threads, Khairul Aming atau mesra disapa KA memuat naik video dirinya sedang bersenam di gimnasium sambil mendedahkan perubahan tersebut merupakan hasil disiplin menjaga pemakanan dan bersenam secara konsisten.

Menurut KA, meskipun berdepan jadual kerja yang padat dan hampir tidak mempunyai masa untuk berehat sejak tahun lalu, dia tetap mewajibkan dirinya ke gimnasium setiap hari serta menjaga pemakanan.

“Ini hasil selepas turun 24kg dalam masa setahun.

“Walaupun penat tak rehat dari tahun lepas, KA wajibkan pergi gym setiap hari dan jaga makan.

“Bermula dari zaman bina Rembayung, shoot video puasa, sampai ke launching Sambal Nyet Bilis, tetap eat clean and bersenam. Ni hasil selepas setahun jaga disiplin,” kongsinya.

Khairul Aming Sibuk Bekerja, Disiplin Tetap Dijaga

Apa yang menarik, perjalanan KA menurunkan berat badan berlaku ketika dia melalui antara tempoh paling sibuk dalam kerjayanya.

Selain menghasilkan kandungan media sosial termasuk siri video masakan Ramadan, KA turut sibuk dengan pembangunan restoran pertamanya, Rembayung, yang terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Tidak berhenti di situ, usahawan berkenaan baru-baru ini turut melancarkan produk terbaharunya, Sambal Nyet Bilis, sekali gus menambah satu lagi produk di bawah empayar perniagaannya.

Ads

Setahun Konsisten Gym & Jaga Makan, Khairul Aming Berjaya Turun 24KG

Pelancaran produk berkenaan turut mendapat sambutan hangat daripada peminat dan pelanggan Khairul Aming. Dalam perkongsian mengenai pencapaiannya, Sambal Nyet Bilis dikatakan berjaya meraih jualan sekitar RM2 juta pada hari pertama pelancarannya di The Exchange TRX, Kuala Lumpur.

Kejayaan tersebut sekali lagi memperlihatkan pengaruh besar KA dalam dunia perniagaan makanan, lebih-lebih lagi setiap produk yang diperkenalkannya sering mendapat perhatian pengguna.

Ads

Namun, di sebalik kesibukan menguruskan pelancaran Sambal Nyet Bilis, Rembayung dan kandungan media sosial, KA tetap memastikan rutin kecergasannya tidak terabai.

Perubahan fizikal itu turut menunjukkan bahawa transformasi bukan sekadar bergantung kepada usaha dalam tempoh singkat, sebaliknya memerlukan konsistensi untuk satu jangka masa yang panjang. Lebih-lebih lagi buat KA, perjalanan tersebut dilakukan ketika jadual kerjanya cukup padat dengan pelbagai komitmen sebagai pencipta kandungan dan usahawan.

Daripada membangunkan restoran, menghasilkan kandungan Ramadan sehinggalah melancarkan produk baharu, rutin menjaga pemakanan dan bersenam tetap diteruskan.

Ads

Sepanjang tempoh itu juga, fokusnya bukan hanya terhadap senaman di gimnasium. Berdasarkan perkongsian KA, menjaga pemakanan atau eat clean turut menjadi sebahagian daripada rutin yang diamalkan secara konsisten.

Ini bermakna perubahan yang ditunjukkan selepas setahun merupakan hasil gabungan rutin bersenam dan penjagaan pemakanan yang dilakukan dalam jangka masa panjang. Pada masa sama, dia masih meneruskan komitmen kerja dan perniagaan seperti biasa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads