Penyanyi British popular, Jessie J baru-baru ini mengejutkan para peminat apabila mendedahkan dirinya kini sedang berdepan ujian besar dalam hidup apabila disahkan menghidap kanser payudara peringkat awal.
Berita itu dikongsikan sendiri oleh pelantun lagu Flashlight itu menerusi satu video di Instagram.
Meskipun sedang melalui tempoh yang sukar, Jessie atau nama sebenar Jessica Ellen Cornish yang kini berusia 37 tahun tetap bersemangat untuk meneruskan komitmennya, termasuk membuat persembahan di acara Summertime Ball anjuran Capital di Stadium Wembley pada 15 Jun ini.
“Saya disahkan menghidap kanser payudara peringkat awal,” katanya.
Ads
“Kanser memang menyakitkan dalam apa jua bentuk, tetapi saya berpegang pada perkataan ‘peringkat awal’,” ujarnya.
“Ini cara yang agak dramatik untuk buat pembedahan payudara. Saya akan menyepi seketika selepas Summertime Ball untuk jalani pembedahan, dan saya akan kembali dengan payudara besar dan muzik baharu,” jelasnya lagi.
Dalam video berkenaan, Jessie memilih untuk berkongsi khabar tersebut secara terbuka bukan sahaja sebagai cara untuk menerima kenyataan, tetapi juga demi menunjukkan solidariti kepada individu lain yang sedang mengalami nasib sama.
“Saya hanya mahu bersikap terbuka dan berkongsi,” katanya.
Ads
“Pertama, secara egoisnya, saya rasa saya tidak bercakap mengenainya secukupnya. Saya belum memprosesnya kerana terlalu sibuk bekerja,” tambahnya.
Penyanyi itu juga mengakui bahawa melihat perkongsian orang lain tentang pengalaman mereka dengan penyakit ini sebelum ini banyak membantunya secara emosi dan mental. Justeru, beliau turut mahu menjadi sebahagian daripada sokongan tersebut.
“Saya juga tahu bahawa perkongsian seperti ini sebelum ini banyak membantu saya dari segi sokongan, kasih sayang, dan kisah-kisah orang lain. Saya ibarat buku terbuka”
“Sungguh menyedihkan bahawa ramai orang lain juga sedang melalui situasi yang serupa atau lebih teruk, itu yang paling menyakitkan,” jelasnya.
Tambah Jessie, meskipun masanya agak sukar, beliau tetap melihat sisi positif dan bersyukur kerana ia membawanya kepada perspektif baharu dalam kehidupan.
Sekadar info, Jessie J menyambut kehadiran cahaya matanya, Sky Safir Cornish Colman, pada tahun 2023 selepas pernah mengalami keguguran pada 2021. Sebelum ini, beliau sering berdepan isu kesihatan termasuk masalah jantung sejak kecil, strok ringan ketika usia 18 tahun dan kehilangan pendengaran sementara pada tahun 2020.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Drama Korea The Penthouse telah pun berakhir dengan rating tertinggi sebanyak 23.6 dan 28.8 peratus. Menurut Nielsen Korea, ini merupakan peningkatan mendadak daripada rekod rating 24 peratus yang pernah dicatatkan oleh drama itu sebelum ini.
Sejak ditayangkan pada Oktober 2020, drama ini terus menguasai slot drama Isnin dan Selasa dengan rating hampir 10 peratus. Menjelang Disember, The Penthouse membuktikan popularitinya yang melonjak dengan menembusi angka 20 peratus dan minggu akhir tayangan pada 5 Januari lalu mendapat peningkatan rating hampir 30 peratus.
Drama ini mengisahkan tentang Sim Soo Ryeon (Lee Ji Ah), seorang wanita yang berasal daripada keluarga kaya dan menjadi ratu apartmen di penthouse tingkat 100. Suaminya bernama Joo Dan Tae (Uhm Ki Joon), iaitu merupakan pengusaha real estate yang berjaya.
Walau bagaimanapun, selepas episode akhir The Penthouse, barisan pelakon seperti Kim So Yeon, Eugene Uhm Ki Joon, Shin Eun Kyung, Bong Tae Gyu, Jin Ji Hee, Kim Young Dae, Han Ji Hyun dan Choi Ye Bin khabarnya bakal menyertai drama tersebut bagi musim kedua.
Malah, Han Ji Hyun turut memberitahu bahawa plot cerita untuk musim kedua nanti akan lebih menarik dan mendebarkan. The Penthouse musim kedua akan memulakan penggambaran selepas para pelakon bercuti selama 10 hari dan kali ini ia bakal menyaksikan 12 episod untuk dipertaruhkan.
Peminat juga seakan-akan sudah tidak sabar untuk menantikan episod terbaru musim kedua nanti.
Apa yang menariknya lagi, drama musim ketiga juga sudah mula diperkatakan dan mempunyai 12 episod juga.
Wah, memang betul-betul dapat permintaan tinggi ni sampai dah ada perancangan untuk musim ketiga. Untuk korang yang belum tengok The Penthouse, sempat lagi nak marathon sebelum musim 2 bermula. Nanti tidaklah terpinga-pinga bila ramai yang bercakap tentang drama siri ini. Hiks!
Sudah pelbagai cerita genre adiwira yang telah kita tonton. Tapi tahukah korang bahawa kebanyakan daripadanya diarahkan oleh pengarah lelaki?
Bukan tak ada pengarah perempuan yang pernah duduk di kerusi paling penting itu untuk filem bajet besar. Tetapi untuk filem bergenre adiwira?
TIADA.
Lalu apabila penulis mendapat tahu tahun 2020 bakal menampilkan 3 orang pengarah perempuan untuk filem bergenre adiwira, I can’t help being proud (and yelped a little).
Black Widow (1 Mei) akan diarahkan oleh Cate Shortland, Mulan (27 Mac) pula oleh Niki Caro. Dan Patty Jenkins akan mengarahkan filem Wonder Woman 1984 (5 Jun – antara filem yang dinanti-nantikan oleh ramai peminat DC.
Namun, wanita yang mencatat rekod sebagai pengarah wanita dari Asia pertama yang mengarahkan filem adiwira ialah Cathy Yan menerusi filem Birds of Prey yang telah menemui pawagam bermula hari ini.
Ya, Birds of Prey (And The Fantabulous Emancipation of One Harley Quinn) merupakan filem sekuel kepada kisah Harley Quinn yang ditayangkan menerusi filem Suicide Squad.
Dilahirkan di China dan kini menetap di New York Amerika Syarikat, Cathy Yan menuntut di Universiti Princeton da New Your University di mana beliau menghabiskan ijazah sarjana muda dan pengajian sarjana.
Sebelum ini, Cathy bertugas sebagai seorang wartawan di the Wall Street Journal di New York, Hong Kong dan China. Kelebihan sebagai seorang penulis itu diarahkan dalam pembabitannya dalam dunia perfileman.
*
Birds of Prey bukan saja diarahkan oleh wanita tetapu juga melantik penulis skrip wanita (Chitina Hodson).
Ia menceritakan bagaimana Harley Quinn (Margot Robbie) bergabung tenaga dengan Huntres (Elizabeth Winstead), Black Canary (Jurnee Smollett-Bell) dan Renee Montoya (Rosie Perez) untuk cuba mengatasi watak jahat terbaru Gotham, Roman Sionis (Ewan McGregor) dan Victor Zsasz (Chris Messina) dari pandangan Harley Quinn.
Korang jangan lupa tonton filem ini dan beritahu kami pandangan korang mengenainya!
Tapi sebelum tu, cuba lihat karakter superhero manakah yang paling dekat dengan diri korang.
“Gembira, nervous, sedih pun ada, dan bersyukur kerana penantian yang Kak Gee tunggu lama ini alhamdulillah termakbul juga, walaupun dah 20 tahun lebih.
“Kak Gee bersyukur kerana ramai permintaan bukan sahaja daripada peminat malah daripada rakan-rakan wartawan yang rindu nak melihat Kak Gee beraksi.
“Alhamdulillah dengan sokongan dari semua pihak akhirnya konsert ini dapat diadakan,” katanya semasa sidang media Ziana Zain Konsert 2024.
Bercakap mengenai persiapan konsert yang akan diadakan bebaki lebih kurang lima bulan akan datang, Ziana yang juga mesra dengan panggilan Kak Gee menyatakan bahawa kesihatan menjadi tumpuan utamanya.
“Perkara pertama adalah kesihatan, kedua adalah stamina, ketiga adalah latihan, keempat kita serahkan kepada stylist kita, tapi apa yang penting adalah kesihatan baru semua boleh jadi,” ujarnya kepada media.
Ziana Zain Konsert 2024 akan berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 25 Mei 2024.
Sekadar info, kali terakhir Ziana Zain muncul dengan konsert solo adalah pada tahun 2001 menerusi konsert Ziana Zain In The Park yang diadakan di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!