Dek kerana promo yang telah dibuat KFC Malaysia hari ini, ramai yang berkongsi gambar menunjukkan betapa penuhnya orang ‘menyerang’ restoran makanan segera tersebut.
Sempena tarikh istimewa 20.02.2020, KFC menawarkan promosi 2 set Snack Plate pada harga RM20 sahaja bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.
Patutlah lain macam punya ramai dekat KFC tadi. Hiks!
Berikut kami kongsikan keadaan di seluruh KFC Malaysia hari ini yang di muat naik di media sosial.
Bukan itu saja, apa yang menariknya korang juga boleh menebus maksimum sebanyak 3 kali. Bukan sekali tau, tapi tiga! Ok la tu confirm penuh KFC sampai malam ni. Hehe!
Macam mana pula situasinya dekat tempat korang? Jom share dengan Remaja.
Masih ramai remaja yang degil dan ingkar kepada arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan mereka sewenang-wenangnya menjalankan aktiviti seperti biasa dalam situasi pandemik seperti sekarang.
Menurut Astro Awani, seramai lapan orang remaja terpaksa membayar kompaun keseluruhan berjumlah RM8,000 selepas perbuatan mereka dikesan oleh polis kerana degil bermain futsal ketika tempoh PKPB.
Kejadian yang berlaku di Hulu Terengganu ini melibatkan remaja yang berusia 15 hingga 20 tahun dan dilihat bermain futsal ketika sepasukan anggota polis membuat rondaan di Kampung Binjai Kertas, Kuala Berang pada jam 10 malam.
Gambar hiasan
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, kumpulan itu bagaimanapun bertempiaran melarikan diri sebaik dihampiri pasukannya dengan meninggalkan beberapa buah motosikal serta barang-barang peribadi termasuk telefon bimbit.
Polis kemudian membawa semua barangan itu ke Balai Polis Kuala Berang untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Walau bagaimanapun, kira-kira jam 1 pagi, kesemua mereka hadir ke balai polis dan seterusnya ditahan untuk siasatan mengikut Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.
Mereka juga turut dikompaun sebanyak RM1,000 setiap seorang.
Ha, jangan ingat pasukan PDRM kita tidak mengambil serius tentang hal ini ya. Kan dah tak pasal-pasal kena keluar RM1,000 untuk bayar kompaun.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ternyata tangan manusialah yang sering membawa kehancuran kepada bumi.
Lihat saja bagaimana pokok digondolkan, hutan dibakar, bumi dipenuhi sampah sarap, sungai dikotori, haiwan dicederai serta lain hal membuktikan manusia adalah “musuh” dalam senyap kepada alam dan juga binatang.
Terkini, dalam satu kejadian minggu lalu, tradisi pelik berusia 1000 tahun yang dilakukan oleh masyarakat di Kepulauan Faroe, Denmark yang disebut sebagai Grindadrap menyaksikan 300 ekor ikan paus dan ikan lumba-lumba dibunuh dan disembelih oleh masyarakat di sana.
Tradisi pelik Grindadrap ini dipercayai tradisi kuno yang masih diamal dan dipercayai oleh masyarakat di pulau tersebut.
Dianggap terlalu kejam kerana memburu dan membunuh mamalia laut itu, kritikan mengenai perbuatan tersebut mendapat perhatian dari Sea Shepherd namun ia masih diteruskan hingga kini,
Dalam satu perkongsian dari Sea Shepherd France, dapat dilihat sekitar 250 ekor ikan paus bersirip panjang dan hampir 50 ekor ikan lumba-lumba “ditarik” ke tepi pantai di Pantai Hvalba sebuah desa bahagian paling selatan di Pulau Suduroy sebelum puluhan penduduk memukul paus dan ikan lumba-lumba hingga mati.
Media tempatan melaporkan apa yang disebut Sea Shepherd sebagai “aksi biadap” terhadap perbuatan memukul haiwan-haiwan tersebut. Mereka juga menyeru agar masyarakat menghentikan tradisi itu. Dihuni hampir 50,000 orang di saat mencatat 188 kes positif COVID-19 dalam satu laporan media Perancis AFP, pesta tradisi itu dilakukan pada 15 Julai hingga laut kelihatan merah akibat darah ikan yang mati dibunuh ini.
Dikritik Tapi Masih Teruskan Atas Alasan Tradisi Nenek Moyang
Dalam pada itu, Menteri Perikanan Denmark, Jacob Vestergaard sebelum ini bersetuju pada 7 Julai lalu untuk orang ramai menghindari pemburuan ikan paus secara besar-besaran.
Walau mendapat kritikan hebat dari pelbagai sudut, namun pihak nelayan di kepulauan tersebut meminta agar tiada yang mensensasikan perbuatan mereka kerana ia adalah tradisi lama yang terus menjadi ikutan hingga kini untuk mereka. Foto : Kredit : Sea Shepherd France
Ermm, sedihnya dengan sikap rakus manusia hingga haiwan menjadi mangsa!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita buruk melanda industri perfileman antarabangsa buat masa ini..
Setelah tayangan filem James Bond: No Time To Die disahkan ditunda hingga ke bulan November tahun ini disebabkan oleh wabak Covid-19 yang sedang merebak kencang, 2 lagi buah filem besar menerima nasib yang sama.
Menurut kenyataan rasmi oleh pihak United International Pictures, produksi filem Fast & Furious 9 telahpun mengesahkan akan menunda tayangan filem itu ke tahun hadapan.
Walaupun mereka faham peminat francais filem tersebut amat menantikan sambungannya, langkah ini diambil kerana khuatir akan keselamatan kesihatan semua pihak.
Iyalah, produksi pastinya ingin melakukan jelajah tayangan perdana di seluruh dunia dan ia melibatkan jumlah peminat yang ramai.
Satu lagi filem yang sepatutnya ditayangkan pada minggu hadapan tetapi terpaksa dibatalkan ialah filem A Quiet Place Part II yang dibintangi oleh Emily Blunt, Cillian Murphy dan John Krasinski.
Paramount Pictures akan menunda tayangan sedunia filem tersebut ke tarikh terdekat setelah keadaan bertambah stabil dalam tahun ini juga.
Penulis pasti ramai yang kecewa dengan perkembangan ini. Namun, apa yang boleh kita lakukan? Situasi wabak Covid-19 telahpun memasuki peringkat pandemik dan ia sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh oleh semua pihak.
Adobe Certified Professional 2026 menyaksikan pelajar UPSI, Muhammad Fawwaz Haiqal, meraih tempat ketiga dunia selepas menewaskan peserta dari 45 negara.