Jika kita menyingkap semula kisah hidup pelakon terkenal negara seberang ini, pastinya agak berat dugaan buat si dia apabila terpaksa berjauhan bersama keluarga tercinta ekoran dimasukkan ke pusat pemulihan atas kesalahan penyalahgunaan dadah.

Siapa tidak kenal, aktres cantik, Nia Ramadhani ini. Terbaharu, pelakon sinetron popular Bawang Merah Bawang Putih itu tampil dengan novel berjudul ‘Cerita Ade’. Nia mencurahkan segala pengalaman dari kecil sehingga saat menempuh jatuh bangun hidupnya.

Menurut laporan Liputan6, pelakon berkenaan berkongsi momen sewaktu dan selepas dirinya ditangkap pihak polis. Tambah Nia, dia tidak boleh berhenti menyalahkan diri sendiri atas perlakuan yang tidak baik selama ini. Malah, hampir dua bulan dia menangis dan mengutuk diri sendiri sebaik sahaja terkenang peristiwa hitam itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Nia Ramadhani Dan 6 Fakta Hidup, Terkini Ditangkap Kerana Dadah

“Keutamaan Saya Bukan Lagi Dunia, Tapi Reda Allah” Nia Ramadhani Kongsi Kisah Hidup Dalam Novel

IKLAN

“Saya berada di sana selama 10 bulan. Tetapi, saya menutup diri. Saya belajar selama kira-kira dua bulan setengah. Itu yang membuatkan saya menangis dan bercakap dengan diri sendiri. Ya itulah, kita memang harus melaluinya.

“Inilah perjalanan watak Ade sejak kecil hingga dewasa, banyak pengajaran yang boleh diambil bukan sahaja dari kebaikan namun dari kesilapan yang dilakukan, mungkin kita boleh belajar,” katanya.

Sekadar informasi, ‘Ade’ ialah nama panggilan Nia Ramadhani di kalangan keluarganya. Sehubungai itu, pelakon tinggi lampai itu turut menyifatkan banyak pengajaran yang dapat diambil daripada ‘kemelut’ yang pernah diharunginya, bukan sahaja buat dirinya namun juga untuk masyarakat.

IKLAN

“Keutamaan Saya Bukan Lagi Dunia, Tapi Reda Allah” Nia Ramadhani Kongsi Kisah Hidup Dalam Novel

“Ini kerana, ketika saya direhabilitasi dan di akhir penulisan saya berada di pusat pemulihan, kejadian ini sangat besar buat saya. Telah banyak pengajaran yang saya belajar untuk diri sendiri. Jadi, kenapa tidak jika ada peluang untuk saya berkongsi kisah ini dengan orang ramai.

“Selepas apa yang berlaku kepada saya tahun lalu, keutamaan saya bukan lagi untuk dunia, tetapi keutamaan saya adalah untuk reda Allah.

IKLAN

“Allah beri ujian, bukan cinta semata-mata, namun pastu ada hikmah disebaliknya. Kemungkinan Allah beri saya peluang untuk berkongsi cerita kepada orang lain,” ujarnya panjang.

Menerusi karya ini, Nia turut dibantu oleh penulis Pidi Baiq sebagai penyunting novel. Dia berkesempatan menzahirkan rasa kagum buat pelakon tersebut selain mengatakan kisah yang terbuku dalam novel itu sememangnya layak untuk dijadikan sebuah filem.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Nia Ramadhani& Liputan6

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI