Sesiapa yang pernah mengalami putus cinta je tahu macam mana perasaannya kan? Waktu ni memang buat apa pun rasa sedih je, rasa takde mood. Sampai kan kadang-kadang kita rasa takde energy untuk move forward dengan kehidupan kita.
Tapi itulah lumrah bercinta kan? Orang tua-tua kata kalau ada jodoh tu tak kemana. Tapi semua itu cuma ayat nak menyedapkan hati je sebenarnya.
Korang tahu tak sebenarnya ada dalam 5 fasa kesedihan yang kita akan lalui apabila kita baru lepas kehilangan seseorang, tak kisah lah siapa sekalipun. Sebenarnya fasa kesedihan ni juga merupakan salah satu defense mechanism dalam diri kita tau? Sebab diri kita tak mampu nak terima semua benda dalam satu masa, kita mesti ambil masa nak ‘proses’ dulu.
Terdapat 5 fasa kesedihan atau lebih dikenali sebagai ‘5 stages of grief’
Denial
Anger
Bargaining
Depression
Acceptance
Pada tahun 1969, seorang psikiatri Swiss-American bernama Elizabeth Kübler-Ross menulis dalam sebuah buku terbitannya sendiri yang diberi nama ‘On Death and Dying”, dan didalam buku ini beliau menulis yang terdapat 5 fasa kesedihan seseorang akan lalui jika mereka baru lepas kehilangan seseorang yang mereka sayang.
Teorinya ini telah dikenali sebagai Kübler-Ross model, walaupun pada asalnya teori ini dicipta untuk mereka yang mempunyai sakit mental, tetapi beliau mengenalpasti yang teori ini juga boleh digunakan untuk mereka yang kehilangan seseorang.
Ads
Denial
Pada mulanya, jika kita kehilangan seseorang yang kita sayang, kita pasti akan berada dalam keadaan denial atau tidak percaya yang mereka telah pergi meninggalkan kita. Sebagai contoh, korang rasa tak percaya, betul ke boyfriend atau girlfriend korang dah tinggalkan korang? Ini lah sebenarnya fasa denial yang dimaksudkan.
2. Anger
Fasa ni yang semua orang mungkin struggle sikit, tambah-tambah lagi bagi korang yang frustrated sebab pasangan tinggalkan korang. Waktu ini lah perasaan marah korang tu membuak-buak, dan rasa nak maki-maki je ex korang tu kan? Rasanya semua pernah lalui fasa ini, nak pulak dapat tahu pasangan korang cheat on you. Ianya normal untuk marah, tetapi kena hati-hati, takut nanti buruk padahnya.
Ads
3. Bargaining
Pernah tak lepas dah putus cinta tu, korang cuba untuk contact ex boyfriend or girlfriend korang balik? Waktu ni korang akan cuba untuk bargain dengan dorang, mungkin korang juga cuba untuk getback dengan dorang, bagitahu yang korang akan cuba untuk jadi pasangan yang lebih baik lepas ni, ataupun terfikir tentang “kalau aku buat macam tu dulu.. mesti tak jadi macam ni sekarang..”. Normal semua tu, sebab masa ni, kita masih sedang cuba untuk ‘move on’ dan cuba hidup tanpa mereka.
4. Depression
Ads
Ini antara fasa kesedihan yang agak perit lah untuk korang semua. Korang dah mula sedar yang inilah realiti kehidupan korang sekarang, yang korang kena belajar untuk cuba hidup tanpa mereka. Depresi ini tak semestinya sejenis kronik, tetapi kalau korang tak berjaya untuk urus perasaan ini, kemungkinan korang akan boleh jadi ke arah itu. Disarankan waktu ini untuk banyakkan ‘reflect’ diri dan fokus pada diri sendiri.
5. Acceptance
Tahniah bagi mereka yang dah berjaya sampai tahap ini. Kalau korang dah sampai fasa terakhir ni, maksudnya korang dah berjaya melepas semua fasa yang ‘menyakitkan’ tadi tu, dan dah mula untuk move forward dengan life korang.
Jadi, korang semua yang baru sahaja lepas putus cinta tu, dah sampai fasa mana dah sekarang? Ada yang dah berjaya lepas sampai fasa 5 ke? Kalau sudah, penulis ucapkan tahniah kepada korang, jika belum, keep moving forward okay!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pengacara dan personaliti televisyen, Fedtri Yahya mencoretkan dedikasi teristimewa buat isteri tercintanya, Nurul Anati Ismail, sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-12.
Pengacara program popular, Jejak Rasul itu memuat naik sekeping gambar romantis bersama isteri kesayangannya di Instagram, ketika di hari bersejarah mereka pada sedekad lebih yang lalu.
Mengulas lanjut, Fedtri atau nama sebenar Ahmad Fedtri Yahya menzahirkan penghargaan buat Nurul Anati atas segala detik yang telah dikecapi selama 12 tahun mereka bersama.
“Pejam celik. Alhamdulillah. 12 tahun! #12thanniversary. 28 Mei hadir lagi. Terima kasih pada-Mu ya Allah kerana pertemuan dan ikatan ini. Syukur kerana mengurniakan seorang bidadari yang sentiasa ada di sisi kala susah dan senang.
“Syukur atas kurniaan cahaya mata yang menceriakan hidup. Syukur atas segala nikmat dan rezeki. Tak terbalas jasa dan pengorbanan bidadari cinta yang berbuat apa saja demi kebajikan keluarga.
“Pada tubuhnya yang sederhana, tersimpan kekuatan dan kebijaksanaan luar biasa yang Allah saja mengetahui. Moga Allah membalas sebaik-baik ganjaran buat bidadari cintaku,” coretnya.
Dalam pada itu, salah seorang penerima Anugerah Tokoh Khas Kategori Pendakwah Kreatif (peringkat Wilyah Persekutuan) itu turut menzahirkan kesyukuran kehadrat Ilahi atas setiap rezeki yang diperoleh.
“Tiada hadiah yang selayaknya di atas muka bumi ini untuk diberikan. Hanya Engkau selayaknya memberi pahala dan kebaikan. Moga Allah lindungi kita semua… selalu… selamanya. Amin ya Allah.
“Allah Maha Baik. Semuanya indah. Maha Cinta. Kita menumpang di bawah teduhan kasih Nya,” katanya lagi.
Sekadar informasi, Fedtri mendirikan rumah tangga bersama Nurul Anati Ismail yang dikenalinya ketika mereka sama-sama terlibat dalam program Dari Masjid Ke Masjid pada 28 Mei 2011.
Hasil 12 tahun usia perkahwinan pasangan ini, mereka dikurniakan empat cahaya mata, iaitu Indah Sutera Jannah, Ahmad Willdan Arjuna, Indah Rauvda Inaara dan Ahmad Firaas Mevlana.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Zendaya dan Tom Holland secara rasminya telah bertunang!
Peminat mula membuat spekulasi berkaitan status pasangan sama cantik sama padan itu setelah aktres berkenaan dilihat menyarungkan sebentuk cincin berlian jenis east-to-west cut semalam bersama persalinan gaun Louis Vuitton sewaktu berjalan di karpet merah Golden Globes Awards 2025.
Sehari selepas acara anugerah itu, TMZ melaporkan bahawa Tom secara rasminya telah melamar Zendaya sewaktu musim percutian di antara Hari Natal dan sambutan Tahun Baru 2025.
Menurut sumber terdekat pasangan berkenaan, Tom difahamkan telah melamar bintang filem Challengers itu di Amerika Syarikat tanpa kehadiran orang lain termasuklah ahli keluarga mahupun rakan terdekat mereka.
Hanya mereka berdua sahaja yang mempunyai memori romantik tersebut untuk dikenang sehingga bila-bila.
Sebagai rekod,Tom dan Zendaya mula berpacaran sejak tahun 2022 selepas bertemu di set penggambaran filem adiwira, Spider-Man: Homecoming di mana Tom memegang watak sebagai Peter Parker a.k.a Spider-Man manakala Zendaya sebagai rakan-bertukar-kekasih, MJ.
Normally, art does imitate reality but things can turn around.
Biarpun tidak menyembunyikan hubungan mereka daripada pengetahuan khalayak, Tom dan Zendaya memilih untuk membiarkan rahsia hubungan mereka tertutup rapat; terutamanya di platform media sosial kecuali pada tarikh istimewa seperti hari lahir dan kejayaan bidang kerjaya masing-masing.
Tahniah buat Tom Holland dan Zendaya! Masih terlalu awal untuk membayangkan gaun perkahwinan hasil sentuhan idea penata gayanya, Law Roach? We don’t think so!
Setelah lebih dua minggu membiarkan masyarakat berspekulasi pramatang mengenai status perkahwinan, pelakon cantik manis, Nynaa Harizal telah ditemui hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru untuk menfailkan permohonan penceraian daripada suaminya, Fahmi Ilyas, 29.
Sepanjang dua minggu, ura-ura pemenang tempat ketiga pencarian Dewi Remaja 2019 itu kononnya diculik oleh ibu bapanya sendiri telah hangat diperkatakan warganet. Namun Nynaa memilih untuk berdiam diri dan sekadar memuat naik beberapa foto serta video di akaun Instagram bagi mengesahkan dirinya kini selamat di sisi keluarga tercinta.
Tindakan berdiam diri itu juga baginya adalah terbaik demi menjaga hati ramai pihak yang terlibat dalam perkahwinan mereka yang berusia kira-kira dua bulan lebih saja.
Sewaktu ditemui sebentar tadi, Nynaa telah menafikan ura-ura diculik dan dipaksa untuk mengikut ibu bapanya sewaktu berada di set penggambaran sebuah drama.
“Untuk mengatakan bahawa ibu bapa menculik dan memaksa saya adalah satu telahan yang tidak tepat.
“Sejak 2 November lalu, saya pada setiap masa berada dalam jagaan kedua ibu bapa dan ahli keluarga saya di Johor Bahru.
“Saya melalui peguam syarie menfailkan Permohonan Penceraian Dengan Talaq atau Dengan Perintah mengikut Seksyen 47 Enakmen Keluarga Islam (Negeri Johor) Tahun 2003 pada 10 November lalu.
“Salinan diserahkan kepada suami pada keesokan harinya (11 November 2021), jam 3.16 petang,” ulasnya menerusi kenyataan selepas hadir untuk sebutan permohonan penceraian di sana, hari ini. Bagaimanapun, punca sebenar di sebalik permohonan penceraian tidak dikongsikan oleh Nynaa demi menghormati prosiding mahkamah yang sedang berlangsung.
“Sementara proses Mahkamah Syariah ini berjalan dan selagi mana ia tidak menjejaskan prosiding, syaa membuka ruang untuk perbincangan dengan suami. Ini dinyatakan kepada suami melalui perbualan telefon pada 12 November lalu,” katanya lagi.
Suaminya, Fahmi Ilyas tidak berada di sana dan hanya diwakili oleh peguam.
Terdahulu, Nynaa dan Fahmi melangsungkan acara pertunangan kecil-kecilan pada 21 Ogos 2021 dan mendirikan rumah tangga seminggu kemudian pada 28 Ogos 2021. Semasa ditemuramah oleh REMAJA, Nynaa pernah berkongsi tentang perancangannya untuk mengadakan majlis resepsi pada akhir tahun ini.
Seorang anak muda Kelantan dipilih bagi menghasilkan sebuah lukisan emas Swarovski untuk Putera Mahkota Brunei menggunakan 1,000 kristal Swarovski dan wafer emas 999.