Kalau sudah namanya jodoh, maka terikat jugalah hubungan cinta di antara si uda dan dara.

Pelakon jelita, Nynaa Harizal selamat melangsungkan majlis pertunangan secara kecil-kecilan pada petang hari ini bersama pasangan pilihan, Fahmi Ilyas.

Nynaa Harizal Bertunang, Langsung Akad Nikah Dalam Masa Terdekat
Sumber Foto : Instagram Nynaa Harizal

Nynaa, 25 memilih 21 Ogos 2021 sebagai tarikh bahagia setelah perancangan awal untuk bertunang terpaksa ditangguhkan hampir tiga bulan lamanya dek arahan Fasa Pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Lembah Klang yang berlarutan disebabkan pandemik COVID-19.

ARTIKEL BERKAITAN :  Nynaa Harizal Akan Kahwin Tahun Ini? – REMAJA

IKLAN

Semasa dihubungi oleh REMAJA sebentar tadi, Nynaa berkata dia tidak berniat untuk menyorokkan berita baik ini daripada pengetahuan umum. Cuma, mereka ingin menunggu hingga majlis selesai sebelum ia dihebahkan kepada semua orang.

Nynaa Harizal Bertunang, Langsung Akad Nikah Dalam Masa Terdekat
Foto : fKz Pictures

“Oleh sebab kekangan musim pandemik ini, kami bersetuju untuk hanya melangsungkan perkara yang wajib saja. Adalah sedikit rasa terkilan kerana kami sudah berbincang dengan pihak perancang majlis. Namun apa yang penting, urusan pertunangan telahpun selesai,” kata pemenang tempat ketiga pencarian Dewi Remaja 2019 itu.

Majlis pertunangan dilangsungkan di kediaman keluarga Nynaa hari ini bermula jam 2 petang hingga 4 petang. Tanpa kehadiran sanak saudara dan rakan-rakan, ia sekadar melibatkan persetujuan di antara kedua-dua ibu bapa pasangan dan makan tengah hari semeja.

IKLAN

Nynaa kelihatan cukup anggun dalam persalinan tajaan Hazara Boutique. Katanya, pereka fesyen yang sama akan terus berkolaborasi untuk beberapa lagi majlis Nynaa-Fahmi yang akan menyusul.

Nynaa Harizal Bertunang, Langsung Akad Nikah Dalam Masa Terdekat
Foto : fKz Pictures

Bercakap mengenai perancangan pasangan ini ke fasa seterusnya, Nynaa memaklumkan mereka hanya menghitung hari sebelum melangsungkan acara akad nikah tidak lama lagi.

IKLAN

Pada asalnya, majlis tersebut dirancang diadakan di ruang dewan sebuah hotel terkenal di Kuala Lumpur. Demi mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, Nynaa dan Faris terpaksa melupakan hasrat itu dan mengecilkan skala menjadi sebuah majlis yang melibatkan ahli keluarga terdekat saja.

Nynaa Harizal Bertunang, Langsung Akad Nikah Dalam Masa Terdekat
Sumber Foto : Instagram Nynaa Harizal

“Nynaa sudah bersedia dan begitu juga dengan si dia. Kadangkala, macam ada rasa tidak percaya juga Nynaa akan berkahwin pada usia semuda ini. Itulah dinamakan jodoh. Nynaa harapkan doa dari kalian agar segalanya berjalan lancar dan doakan agar kami berbahagia,” katanya.

Nynaa Harizal Bertunang, Langsung Akad Nikah Dalam Masa Terdekat
Foto : fKz Pictures

Menyentuh sedikit mengenai jejaka bernama Fahmi Ilyas ini, tunangnya kini berusia 29 tahun dan bergelar seorang usahawan serta pengarah kewangan.

Sejak saling mengenali kira-kira tiga tahun lepas, Fahmi berjaya menambat hati Nynaa dan keluarganya dengan sikap yang menghormati orang lain serta mudah mesra. Tambah Nynaa, Fahmi menyokong dan memahami kerjayanya sebagai seorang pelakon serta tidak mempunyai masalah sekiranya Nynaa ingin terus bergiat aktif dalam dunia lakonan selepas berkahwin nanti.

BACA LAGI : Cantik Betul Persalinan Serba ‘Lilac’ Lesti Kejora, Sopan Tapi Mewah! – REMAJA

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI