
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kes sebuah butik di Sunway Pyramid ditutup gara-gara seorang stafnya terkena jangkitan Covid-19, terbaru harini pihak NU Sentral pula mengeluarkan kenyataan rasmi di laman Facebook tentang seorang staf pengurusannya yang dilaporkan positif Covid-19.
Dalam hantaran di laman Facebook pusat membeli belah tersebut, pihak pengurusan NU Sentral menyatakan yang Kementerian Kesihatan telah melakukan pengesanan kontak rapat dan seluruh staf pengurusan pusat membeli-belah itu diarahkan menjalani ujian saringan.

Ujian pertama mendapati kesemua mereka negatif virus tersebut dan diarahkan menjalani 14 hari kuarantin di rumah.
PUBLIC ADVISORY – NU SENTRAL SHOPPING CENTRE MANAGEMENT STAFF REPORTED POSITIVE COVID-19 The NU Sentral Management…
Posted by NU Sentral on Saturday, 26 September 2020
Sebagai langkah berjaga-jaga pihak pusat membeli belah terbabit telah menjalankan kerja nyahkuman dan pembersihan secara menyeluruh pada Sabtu, 26 September mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.
***P/S – Kalau boleh elakkan mengunjungi lokasi yang sesak. Cegah sebelum kita menyesal di kemudian hari. Amalkan penjarakan sosial dan sentiasa mengenakan topeng muka apabila berada di Kawasan umum. Warga lembah kelang terutamanya, jagalah kesihatan diri masing-masing. #kitajagakita
Sumber: Facebook NU Sentral
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pasukan ‘Wild Boar’ Menangis Selepas Diberitahu Kematian Wira Penyelamat Saman Kunan

Mereka telah menjadi tajuk utama berita dunia sepanjang bulan ini. Keajaiban bagaimana pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan 12 orang kanak-kanak dan remaja pasukan bola sepak ‘Wild Boar’ serta jurulatih mereka menjadi inspirasi warga dunia.
Kerjasama antarabangsa serta masyarakat Thailand khususnya Chiang Rai telah menyentuh hati masyarakat global. Terkurung di dalam gua sejauh 4 kilometer dari selama lebih dua minggu merupakan satu pengalaman cukup mengerikan.

13 belas orang pelajar dan seorang jurulatih yang terperangkap di Gua Tham Luang telah berjaya dikeluarkan hasil usaha keras pasukan penyelamat dan sukarelawan.
ARTIKEL BERKAITAN: 12 FAKTA MENARIK Wajib Tahu Misi Menyelamat Remaja Dari Gua Tham Luang
Sepanjang proses ini, seorang wira telah ‘tumbang’ dan pergi meninggalkan mereka. Bekas Royal Thai Navy SEAL yang merupakan penyelam pakar meninggal dunia ketika menjalankan tugas di dalam gua.
Dan semalam berita kematian Saman Kunan tersebut disampaikan kepada 13 mangsa yang berjaya dikeluarkan yang kini masih berada di hospital.

12 pemain dan jurulatih mereka tidak dapat menahan kesedihan selepas diberitahu tentang berita ini. Pasukan bola sepak ‘Wild Boar’ yang berusia antara 11 hingga 16 tahun serta jurulatih yang berusia 25 tahun mengucapkan terima kasih di atas pengorbanan Saman Kunan dan berjanji untuk menjadi insan yang berguna.
“Mereka semua menangis dan melahirkan rasa takziah dengan menurunkan ucapan istimewa di aras potret Saman Kunan. Kesedihan jelas terpapar di wajah mereka semua,” jelas Setiausaha Menteri Kesihatan Awam Thailand, Dr Jedsada Chokdamrongsuk.

Saman Kunan yang keluar dari persaraannya untuk menjadi sukarelawan dan menyertai pasukam penyelamat meninggal dunia pada 6 Julai ketika membawa tangki oksigen ke dalam Gua Tham Luang yang ditenggelami air. Pemergiannya cukup diratapi oleh rakyat Thailand dan global amnya. Dia juga diberi penghormatan tertinggi apabila majlis pengebumiannya dijalankan dengan istiadat ketenteraan.
Dia merupakan satu-satunya mangsa yang meninggal dunia sepanjang misi yang sangat merbahaya demi menyelamatkan mangsa yang terperangkap. Nama Saman Kunan pastinya akan terus dikenang oleh 13 mangsa ini yang telah menjadi wira buat mereka.
Sumber: Reuters & Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Bila Menteri Kena, Cepat Je Tindakan..” Netizen Tak Puas Hati Respon ‘Double Standard’ JKR

Bukan Malaysialah namanya jika jalan raya kita tidak berlubang..
Insiden terlanggar lubang pada jalanraya ketika berbasikal yang menimpa Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) iaitu Yang Berbahagia Khairy Jamaluddin Abu Bakar hangat diperkatakan sejak semalam.
Menteri yang aktif beriadah itu telah memuat naik beberapa keping foto ke akaun Twitter miliknya semalam dengan menunjukkan wajahnya yang cedera setelah terjatuh basikal disebabkan oleh keadaan jalanraya yang kurang memuaskan itu.


Setiausaha kepada KJ, R.Shahrir Bakar memaklumkan bahawa keadaan bosnya itu stabil dan beliau hanya mengalami kecederaan ringan.
Muat naik tersebut pada mulanya dihimpuni oleh warganet yang mengucapkan agar beliau segera sembuh dan berkongsi cerita bagaimana mereka juga pernah berdepan dengan insiden yang lebih kurang sama.
Cuma malangnya, setiap kali mereka melaporkan aduan kepada pihak berkuasa untuk membetulkan jalan berlubang, ada yang lambat menerima respon balas. Malah, ada juga aduan yang tidak dibalas langsung.
*
Kurang 6 jam selepas muat naik oleh KJ itu, warganet pantas menyedari tweet balas Jabatan Kerja Raya bahagian Kuala Langat yang memohon maaf ke atas kejadian yang menimpa KJ.
“JKR Kuala Langat akan mengambil tindakan segera ke atas isu berkenaan dan mendoakan YB cepat sembuh.”

Tweet balas itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang menyifatkan pihak berkuasa itu mengamalkan double standard dalam kes insiden jalan berlubang.
Kamarul Afiq As-Subanji berkata, “Banyak dah rakyat marhaen cedera sebab jalan yang macam har*m. Bila menteri yang kena baru nak menggelabah.”
Wai Hoong juga berpendapat ia tidak adil dan berharap agar lebih ramai menteri menunggang basikal dan melihat sendiri kondisi jalanraya. “Bila kami mengadu, mereka akan ‘tai chi’ itu ini, bukan masalah mereka. Semak dengan TNB, Syabar etc.. Hello steady sikit, don’t double standard.”
Nur Aien Nur juga tidak berpuas hati dengan sikap pilih kasih ini. “Kalau menteri atau VIP, memang terus minta maaf. Yang rakyat biasa kadang-kadang berbuih mulut minta pihak berkenaan baiki mutu jalan. Sampai yang hilang nyawa pun ramai. 10 aduan dibuat, macam-macam alasan bagi.”
*Err.. burn*
Malah, akaun Facebook popular yang selalu mengemukan info semasa di jalan raya, @inforoadblockjpjpolis juga tidak ketinggalan untuk memberikan komen sinis ke arah pihak berkuasa mengenai kes-kes melibatkan penunggan motosikal yang maut serta cedera sebelum ini akibat jalan berlubang.

Diharap pihak berkuasa lebih cakna dengan keadaan jalan raya di kawasan bawah cawangan masing-masing dan memperbaiki jalan raya yang semakin hari, semakin sukar untuk digambarkan – jalan ke apa ini?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau Ayam Berkokok, Cengkerik Rupanya ‘Mengilai’. Sama Geng Dah Dengan Pontianak!

Banyak filem-filem seram sering menunjukkan Pontianak sebagai hantu yang sangat menakutkan dengan bunyi hilaiannya mengilai. Bunyi mengilai ini biasanya sangat panjang dan pasti menyeramkan. Kalau tengah bawa kereta, confirm kereta terbabas dan melanggar bahu jalan. Pasti cedera parah seperti banyak ditunjukkan dalam drama Melayu!
Kalau selama ini kita tak sanggup pun terserempak dengan cik Ponti kerana tak sanggup mendengar hilaiannya tetapi sekarang dengan haiwan yang selalu menjadi makanan umpan ikan iaitu cengkerik pun patut kita takut!.


Kenapa perlu takut dengan cengkerik? Bukankah dia makhluk kecil dan boleh didapati dengan mudah di kedai makanan ikan?. Bila masuk ke dalam hutan, bunyian cengkerik inilah yang sering menemani kita dalam kesunyian malam. Tak ada sebab nak takutkan?
Menurut buku kerja pelajar darjah enam yang dibiasa digunakan para pelajar, dimaklumkan bunyian bagi cengkerik ialah MENGILAI! Dah sama genglah pula dengan pontianakkan! Inilah yang menyeramkan!
Turut dipaparkan juga bunyian katak iaitu BERDENGKANG! Selama ini admin ingat bunyi katak hanya ong ong sahaja. Itik dikatakan MENGAKAK!

Bagi mendapatkan kepastian adakah benar bunyian ini ditulis dengan benar, Remaja telah menghubungi Ketua Panitia Bahasa Melayu, Cikgu Rohayati Ghazali dari SK Intan Baiduri, Kepong, Kuala Lumpur.
Menurut Cikgu Rohayati, istilah itu sudah terpakai dan semakin diterima para pelajar biarpun ada antara mereka sering bertanya, adakah benar cengkerik mengilai.
“Ada pelajar menyoal, betulkah bunyian begitu. Ada antara mereka kadang kala bergurau takut dan sebagainya. Bagi saya pembuat soalan khususnya dari syarikat penerbitan mungkin sudah melakukan kajian sebelum menerbitkannya.
“Tapi saya menerangkan kepada pelajar bahawa orang tua dahulu biasanya meneliti keadaan dan bunyian alam sebelum menyatakannya,” katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu Cikgu Rohayati memaklumkan, ada sesetengah pelajar yang agak bijak bertanya mengapa kerba menguak. Kata mereka bukankah kuak hanya dilakukan pada rambut dan sebagainya.
“Pelajar hari ini jauh berbeza. Ada yang begitu bijak kerana sistem pendidikan sudah jauh berubah, tambah-tambah lagi dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia,” katanya lagi.
Jadi, janganlah risau ya kalau monyet MENDERIH, begitu juga Gagak MENGGAUK. Semua istilah ini dicipta bersesuaian dengan alam semulajadi dan pemerhatian orang tua-tua zaman dahulu.
Cuba dengar bunyi cengkerik ini, sama tak dengan bunyian mengilai pontianak seperti dalam cerita Melayu?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

