Syarikat industri media dan penerbitan, Karangkraf menerima pengiktirafan antarabangsa menerusi ‘Anugerah Organisasi Ikonik yang Membina Dunia Lebih Baik’ untuk Semua sempena Annual Women Economic Forum (WEF) and G100 Global Meet 2026.

Berlangsung di International Youth Centre, Kuala Lumpur, anugerah yang disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Suriani Ahmad itu merupakan satu simbol penghargaan bermakna terhadap perjalanan Karangkraf sepanjang 48 tahun dalam industri media dan penerbitan, selain mengiktiraf usaha serta sumbangan organisasi itu dalam bidang berkenaan.

Pengerusi Karangkraf, Puan Firdaus Hussamuddin berkata, pengiktirafan oleh Women Economic Forum (WEF) itu sebagai sesuatu yang di luar jangkaan.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua rakan strategik yang telah bekerjasama rapat serta memberi sokongan padu kepada Karangkraf selama ini.

Ads
Karangkraf Terima Anugerah 'Organisasi Ikonik Yang Membina Dunia Lebih Baik Untuk Semua'
Pengerusi Karangkraf, Puan Firdaus Hussamuddin (kiri) bersama Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Suriani Ahmad (tengah) dan Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif ADLA Group, Datin Dr. Hasnorliza Abu Hassan.

Karangkraf merupakan organisasi media dan penerbitan yang telah pesat berkembang sejak penubuhannya pada tahun 1978. Selama hampir 50 tahun, Karangkraf memainkan peranan prolifik dan signifikan dalam industri media dan penerbitan di Malaysia.

Di samping menjadi dorongan untuk terus menyumbang kepada perkembangan media dan penerbitan yang memberi manfaat kepada masyarakat, pengiktirafan ini juga satu bentuk penghargaan terhadap perjalanan organisasi media secara amnya.

Ads

Sebagai konteks, Annual WEF and G100 Global Meet 2026 menekankan kepentingan pemerkasaan ekonomi wanita sebagai usaha memperkukuh institusi keluarga dan komuniti setempat.

Ads

Peranan wanita dalam pembangunan negara menerusi bidang keusahawanan, pertanian, penghasilan produk tempatan, kraftangan dan perniagaan digital ini sekaligus menunjukkan betapa pentingnya untuk wanita di Malaysia terus berusaha bagi mencorakkan masa depan negara yang mantap.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads