Ramai yang sering membeli barangan tanpa sedar walau pun itu hanyalah keperluan bukannya kehendak. Apabila tiada duit, perkara paling senang adalah mohon kad kredit dan buat bayaran sedikit demi sedikit. Tanpa sedar inilah detik permulaan ke arah di isytiharkan muflis.
Data pengkalan menunjukkan 41 orang anak belia diistiyharkan muflis berumur di antara 21-40 tahun setiap hari kerana kurangnya pengetahuan tentang urusan kewangan. Antara punca muflis di kalangan anak muda ialah berkaitan urusan jual beli kereta, kad kredit dan jual beli rumah. Adalah bahaya jika 30 peratus dari jumlah pendapatan digunakan untuk membayar hutang.
Buat anak muda, mungkin kisah akak ni, Azrina Ariffin boleh dijadikan pengajaran agar lebih berhati-hati ketika berbelanja atau membuat sebarang pinjaman. Mungkin korang biasa dengarkan, tak kisah adik beradik, time ada duit semua orang sayang, tapi bila tak ada duit umpama macam pengemis. Baca kisahnya dengan pandangan mata hati dan ambil nilai yang dia ingin sampaikan semasa dia menulis kisahnya.
Semoga kisahnya dijadikan pedoman.
Mesti orang tanya aku bagaimana aku muflis. Semua orang tahu aku muflis sebab aku share dalam FB (gelak sinis) tapi aku tak pernah cerita sebab apa. Kali ni aku rasa nak cerita. Asalnya aku kerja Kerajaan. Orang tua dulu-dulu mind set masuk gomen sebab senang buat hutang.
Otak aku dah diajar macm tu. Kerja gomen buat loan. Loan pertama aku dengan Bank Rakyat, dapat duit aku buat lesen memandu tapi gagal. Lebihan tu bagi mak ayah..nak gembirakan dorang.
Ads
Seterusnya buat loan lagi sebab Ayah suruh. Beli kereta tapi kena tipu…owner used car mampos..duit tak dapat. Kereta yang aku beli rupanya dia tak tukar nama. Masa pengebumian owner used car tu ayah aku datang mengamuk-ngamuk minta duit tapi nak buat macamana. Habuk pun tak dapat.
Orang datang baca Yassin kau dapat maki hamun. Jawablha dalam kubur. Loan seterusnya aku buat sebab ayah buat car loan guna nama aku then tak lepas bayar kereta. Nak tak nak aku terpaksa buat loan lagi dalam 30k sebab nama aku dalam senarai blacklist.
Aku tak pakai kereta tapi aku yang kena. Sedih tapi aku terpaksa juga bayar. Seterusnya bekas adik ipar aku beli kereta second hand, aku gerentor. Sekarang dia dah kahwin lain siap dia dengan bini baru dia buat aku musuh hahaha.
Dulu masa ko susah AKAK nilah yang selalu datang hulur bantuan dan dengan adik aku tak bayar sesen pun. So aku masuk dalam statistik pemuflis di Malaysia. Bangga siot. Even aku pun ada buat loan sebab nak tutup loan-loan lama. Kereta yang tak dibayar tu dah jadi tukun pon.
Ads
Memang aku ungkit. Loan lain aku ada buat dan bayar pengajian adik aku masa dia nak masuk asrama. Mak ayah tak mampu. Aku sendiri belajar dulu pon, aku kerja kedai makan nak bayar yuran.
Aku pernah buat loan dan bagi adik 1k. Sebab aku fikir aku sayang adik aku..anak-anak sedara aku tak mkn tapi natijahnya bila aku susah aku jadi pemgemis nak minta hutang balik. 1k tuh aku cakap PINJAM tau end up….habok pun tak ada. Saat susah aku bagi pndahuluan masuk rumah dengan syarat bayar. Sekali laig aku jadi pengemis sampai gaduh terok. Tahu tak natijah muflis? Aku tak ada akaun bank hingga aku tak boleh mohon kerja.
Cuckoo terminate aku. Komisen cuckoo pun dekat 6 bulan baru dapat. I’m suffered. Lama aku naik turun insolvensi sebab aku tak ada duit nak pi sana. Alza aku ditarik sebab aku jobless. Aku takboleh pun beli kereta dan terpaksa guna wira yang uzur ni.
Sakit Wira ni Allah je tahu sampai aku berhenti kerja sebab asyik rosak. Saham aku..dividen aku dibekukan. Ganjaran aku dari kerja kerajaan pun di bekukan. Aku dapat offer kerja di Travel and Tour tp masih lagi KIV sebab aku ada masalah nak pi overseas sebab aku muflis.
Even SSM pun aku tak layak buat sebab aku MUFLIS. Nak minta ada akaun bank balik ingat mudah ke…aku tepaksa cari kerja yang mana company tu kena keluarkan offer letter baru aku layak ada akaun bank semula di bawah pengawasan JABATAN INSOLVENSI. Tapi punca utama aku berhutang sebab nak tutup semua lubang hutang.
Aku cuma nak dunia tahu sebab aku sayag adik-adik dan famili aku. Aku berhutang. Hasil muflis adalah TANDA KASIH SAYANG AKU dan aku berkorban. Terima kasih biarkan aku jaid pengemis. Pengajaran. Sayangkan adik-adik, famili boleh tapi jangan sampai makan diri.
Last….org Malaysia memang terror bab buat loan. Kalau sayang emak ayah adik buat loan. Bior PAPA ASEY BERGAYE. Silap aku dulu baik hati pon ye. Kesian sangat. Kalau masok gomen sebab senang buat loan rentikanlah.
Yang Letih Dihena
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penggunaan topeng muka merupakan norma baru dan item wajib sebagai pelindung diri dari jangkitan pandemik Covid-19 dan kuman yang terdapat di udara.
Namun, sesetengah daripada cuma menjadikan ‘facemask’ ini sebagai trend fesyen je sebab bila tak pakai nampak pelik. Dan kalau korang perasan juga, kita selalu menurunkan pelitup muka hingga ke dagu dan leher khususnya ketika hendak makan, minum atau menghirup udara segar. Betul tak?
Sebenarnya penulis pun selalu buat macam ni juga…huhuhu
Namun, tahukah korang, perbuatan itu sebenarnya boleh menyebabkan pencemaran?
Ini kerana, ketika memakai pelitup muka, bahagian dalamnya akan menyentuh mulut dan hidung. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan kuman serta bakteria tersebar di bahagian dagu dan leher.
Pakar Mikrobiologi Universiti Georgetown, Erin Sorell turut berkata bahawa pelitup muka tidak sepatutnya digantungkan pada leher apatah lagi jika kita sudah menggunakannya.
“Tujuan menggunakan mask (pelitup muka) adalah untuk melindungi mulut dan hidung daripada titisan batuk atau bersin dan ia bagi melindungi orang lain atau diri sendiri,” katanya.
Sementara itu tinjaun kami di laman Twitter Dr. Noor Hisham Abdullah juga turut menjelaskan isu yang sama.
Dr. Noor Hisham Abdullah turut menasihatkan masyarakat untuk memakai penutup muka dengan betul, jika ingin membuka pelitup muka untuk sementara waktu, sebaik-baiknya ia dibuka terus dan diletakkan di tempat yang selamat agar tidak terdedah kepada kuman dari sumber lain.
Rata-rata netizen memuji dan berterima kasih kepada Ketua Pengarah Kesihatan atas info yang diberikan.
Okay, lepas ni jangan buat macam ini lagi k. Ingat bahawa virus pandemik maut ini masih ada disekeliling kita lagi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tiga angkasawan China selamat kembali ke bumi kelmarin, selepas enam bulan berada di stesen angkasa lepas Tiangong, Xinhua. Ia sekaligus menamatkan misi enam bulan di stesen angkasa lepas China.
Menurut stesen penyiaran CCTV, tiga angkasawan terbabit ialah, komander Chen Dong dan rakan sepasukan Liu Yang dan Cai Xuzhe. Mereka memantau tempoh paling penting dalam pembinaan stesen angkasa lepas China yang siap pada November lalu.
Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, pasukan itu juga telah berada di stesen angkasa lepas Tiangong sejak awal Jun lalu. Mereka telah mendarat di tapak pendaratan Dongfeng, wilayah Inner Mongolia pukul 8.09 pagi (waktu Beijing).
Kemudian, kakitangan agensi angkasa lepas itu mengisytiharkan keseluruhan misi yang bermula pada 5 Jun lalu ‘berjaya’ dan keadaan kesihatan mereka baik, lapor stesen tersebut.
Kakitangan di tapak pendaratan itu membawa keluar satu persatu anak kapal yang kelihatan keletihan dan sejurus selepas jam 9:00 malam (waktu tempatan), ketiga-tiga angkasawan itu berjaya keluar daripada kapsul terbabit dengan selamat, lapor CCTV.
Anak kapal dengan tiga angkasawan baru China tiba di stesen angkasa lepas Rabu lalu dengan menaiki Shenzhou-15 untuk mengambil alih tempat tiga angkasawan yang pulang.
Komander tiga angkasawan misi Shenzhou-14, Chen Dong dan angkasawan wanita pertama China, Liu Yang serta rakan sepasukan, Cai Xuzhe diberi tugas menyelia peringkat terakhir pembinaan stesen angkasa lepas tersebut.
Sekadar informasi, Tiangong yang bermaksud ‘istana syurga’, akan beroperasi selama satu dekad dan akan mengadakan pelbagai eksperimen dalam persekitaran graviti hampir sifar.
Tiangong merupakan aset utama program angkasa lepas Beijing. China telah mendaratkan kenderaan robot penjelajah di Planet Marikh dan Bulan di samping menjadi negara ketiga menghantar manusia ke orbit ketika ia cuba mengejar pencapaian Amerika Syarikat (AS) serta Russia.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Baru berusia 22 tahun, Nur Izzati Athirah Mohamad Yusoff telah pun membuka mata rakyat Malaysia apabila gadis ini berjaya membuat kerja-kerja welding di dasar laut.
Menjadi jurukimpal dalam air wanita yang pertama di Malaysia, Nur Izzati yang juga merupakan pelajar dari Kolej Vokasional Taiping, Perak ini sering mencuba sesuatu yang baru untuk menguji daya ketahanannya sehingga mencipta rekod dalam bidang yang kebiasaannya dipelopori oleh kaum lelaki.
Seperti yang dilaporkan oleh News Straits Times, kerja-kerja kimpalan bawah air ini adalah pekerjaan yang paling bahaya di dunia kerana melibatkan kerja dalam persekitaran yang dalam dan berisiko tinggi.
Kalau korang nak tahu, kerja kimpalan bawah air ini merangkumi bahagian membaiki kapal, empangan, talian paip, rig pengeboran pesisir, locks & sub-sea habitats.
Ha, hebat tak hebat Izzati ni? Korang berani tak? Hiks!
Pernah bercita-cita menjadi seorang askar, gadis ini akhirnya berubah fikiran selepas menghadiri lawatan ke lapangan Pusat Latihan Weldzone.
Mengakui sifatnya yang agak kasar dan lasak, sewaktu kecil Izzati memang tidak pernah suka bermain anak patung, malah lebih senang bermain dengan rakan-rakan lelakinya ketika di kampung.
Oh, tak hairanlah macam mana gadis ini boleh menceburkan diri dalam bidang kimpalan air, sebab personalitinya yang bukan ‘typical’ girl membuatkan dia berani untuk mencuba sesuatu yang berbeza.
Masyarakat Malaysia turut meluahkan rasa bangga dan mengucapan syabas di atas pencapaian Nur Izzati Athirah.
Tahniah kami ucapkan. Semoga lebih sukses dan berjaya memberi inspirasi buat anak muda yang lain.
You go girl!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Profesor Adjung UPSI menjadi pengiktirafan baharu buat Datuk Syafinaz Selamat dalam usaha memperkukuhkan pendidikan muzik, vokal dan pembangunan bakat generasi muda.