Masih berbekas lagi kejadian seekor kucing bunting yang dipukul oleh seorang wanita sehinga mati hanya disebabkan haiwan terbiar itu membuang najis di hadapan kediamaanya di Pulau Pinang, akhir Disember lalu.
Dalam kejadian tersebut, broker hartanah berusia 51 tahun yang dikenali sebagai Hah Chong Kheng dilihat memukul dua ekor kucing dengan sebatang besi hingga menyebabkan seekor mati dan seekor lagi cedera di bahagian mulut.
Menurut laporan Sinar Harian, kejadian tersebut telah disedari oleh penduduk yang kebetulan sedang duduk berehat di sebuah pondok berhampiran.
Hasil daripada aduan mereka, sepasukan pegawai Jabatan Veterinar hadir ke tempat kejadian, melakukan pemeriksaan dan mengambil bangkai serta kucing yang cedera balik ke Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar.
Ads
Hari ini, wanita tersebut dihadapkan dengan pertuduhan memukul dua ekor kucing di Mahkamah Seksyen Butterworth di bawah Seksyen 29 (1) (a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang boleh membawa denda sehingga RM100,000 jika disabit kesalahan.
Wanita tersebut mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan itu dan diikat jamin RM10,000. Terdahulu, beliau telah direman selama 4 hari untuk membantu siasatan.
Ads
*
Haih, memang kejam betul tindakan wanita ini sekiranya benar didapati bersalah. Tak perlulah sampai tahap nak pukul dengan batang besi sekiranya kucing menaburkan najis di hadapan rumah.
Antara cara termudah adalah meletakkan botol berisi air merah di hadapan rumah. Ini kerana kucing dikatakan takut untuk menghampiri warna merah. Ada juga petua orang tua-tua yang menyuruh menyiram minyak tanah di kawasan bertanah yang selalu dihampiri kucing kerana mereka tidak suka dengan bau kuat seperti ini.
Bagi korang yang penat melayan kucing yang sesuka hati ‘melabur’ ini, sudah tiba masa untuk korang menyemburkan beberapa jenis air semburan yang boleh dihasilkan sendiri di rumah. DIY je!
Jenis semburan pertama adalah campuran air, cuka dan sedikit sabun cecair. Semburan jenis campuran air dan peluntur pun popular kerana ia mempunai bau yang kuat.
Sekiranya korang tidak berapa gemar dengan bau kuat clorox dan cuka, tempatkan saja daun serai wangi di kawsan luar dan dalam rumah kerana ia boleh menghalau haiwan dan serangga.
Selamat mencuba!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam keadaan ekonomi sekarang yang tak menentu, semua orang akan cuba mencari cara mengurangkan perbelanjaan harian.
Salah satu daripadanya adalah untuk memilih motorsikal atau skuter sebagai kenderaan utama korang kerana faktor penggunaan minyak yang menjimatkan.
Dulu, masyarakat selalu memandang lelaki saja sebagai penunggang motorsikal, perempuan tak boleh kerana nampak tak kena dengan sifat feminin mereka. Seperkara lagi, masyarakat terutama ibu bapa masih memandang motorsikal sebagai jentera yang tak dapat menjamin keselamatan.
Tapi zaman dah berubah beb. Bukan setakat lelaki, penunggang perempuan pun jauh lebih berdikari. Dengan cara yang betul, faktor keselamatan di jalan raya pasti dapat dikuasai oleh semua orang. Right?
Tak kiralah korang lelaki mahupun perempuan, ini dia 6 tip berguna untuk new rider terutamanya bagi yang baru ingin mengambil lesen tu.
Model bersama Honda BeAT Pearl Nightfall Blue.
Sertai Kelas & Dapatkan Lesen
Jangan sesekali abaikan keperluan untuk mendapatkan lesen sebelum menunggang motorsikal. Ya, ramai je yang tidak berlesen dan menganggap ia membazir duit. “Dah tahu nak tunggang, buat apa nak pergi belajar lagi.”
Prosedur tetap prosedur. Ambil kesempatan waktu cuti sekarang dan dapatkan lesen motosikal B2 menerusi Program MyLesen Kadet JPJ. JPJ atau Jabatan Pengangkutan Jalan kini menggalakkan pelajar sekolah menengah berusia 16 tahun ke atas untuk mengambil ujian ini.
Hanya dengan bayaran RM299 je, pelajar boleh memiliki lesen yang sah setelah tamat latihan menunggang dan mendaftarkan diri.
Tunggang Ikut Saiz
Selepas mendapat lesen yang sah, jangan pula terus berangan nak bawa motosikal berkuasa tinggi!
Dapatkan motosikal yang padan dengan saiz badan dan kemahiran yang korang miliki. Pastikan korang selesa untuk menunggang.
Contoh terbaik ialah skuter Honda BeAT 2017 daripada Boon Siew ini. Kecil tapi berfungsi dengan baik!
Model bersama Honda BeAT Space Magenta Metallic
Pakaian Sesuai
Walaupun korang menunggang motorsikal, tak semestinya korang perlu memakai baju macam Awie dari hujung rambut hingga hujung kaki.
Pertama sekali, pakaian tu perlulah sesuai dengan cara seorang rider menunggang motorsikal. Untuk penunggang lelaki, tak ada masalah sangat.
Tetapi untuk penunggang perempuan, jika berbaju kurung, lebih manis untuk memakai seluar atau legging di dalam kerana kain pasti akan terselak.
Memakai jaket juga amatlah penting untuk penunggang. Selain bertindak sebagai windbreaker ketika cuaca berangin, ia juga dapat menjadi pelindung daripada sinaran matahari terik. Rider pun kena cantik juga tau.
Tak Perlu Selalu Berhenti Di Stesen Minyak
Sekarang ini, kita selalu terbaca mengenai kejadian ragut, disergah atau dikacau lelaki tak dikenali dan kebanyakan kes melibatkan penunggang motorsikal di stesen minyak.
Sebenarnya begini, ada stesen minyak yang ‘meriah’ dikunjungi orang ramai tetapi banyak juga stesen minyak yang sunyi sepi. Krik-krik je dekat situ.
Waktu terbaik adalah untuk mengisi minyak secukupnya adalah pada waktu siang kerana korang tak perlu lagi risau sangat tentang faktor keselamatan diri. Satu lagi alternatif adalah untuk mendapatkan motorsikal yang menjimatkan bahan bakar.
Contohnya, skuter Honda BeAT ini menggunakan enjin ESP dengan teknologi kurang-geseran (low friction) supaya enjin menjadi lebih cekap tanga. Sistem PGM-FI yang ada padanya juga bermaksud korang boleh menunggang motorsikal lebih jauh dengan penggunaan bahan api minimum.
Dengan kelebihan itu, ia telah menjadi skuter pertama yang menerima status pengiktirafan kenderaan cekap tenaga di Malaysia.
Model bersama Honda BeAT Vivacity Red.
Mahirkan Diri
Sudah dapat lesen tak bermakna korang pro-rider. Untuk beberapa hari, practice dulu skil menunggang motorsikal di kawasan lapang seperti di tempat parkir kenderaan. Seelok-eloknya, ajak seorang teman untuk memerhatikan korang.
Takut tak sempat nak ‘tongkat’ motor, dah jatuh. Hehe kan susah.
Satu lagi perkara menarik mengenai motorsikal Honda BeAT ialah ia dilengkapi dengan Side Stand Switch di mana suis pada tongkat sisi motorsikal akan mematikan enjin apabila tongkat itu diturunkan.
Pilih Bebanan Yang Sesuai
“Biasalah, perempuan kan ada banyak beg nak bawa.”
Haip. Sebenarnya beban berlebihan seperti beg sandang, plastik membeli-belah dan sebagainya boleh mengundang kejadian yang tak diingini ketika di jalan raya.
Lebih molek jika korang menyandang backpack pada bahu ataupun memilih hanya beg yang boleh dimuatkan ke dalam bakul motorsikal. Jangan sesekali menyangkut tali beg di bahagian handle.
Itu hanya membuatkan beban motorsikal tidak stabil dan kamu akan terasa berat sebelah terutamanya semasa berhenti di lampu isyarat.
Model bersama Honda BeAT Pearl Magellanic Black
=============================================
Mudah je sebenarnya untuk korang kuasai skil menunggang motor DAN menguasai faktor-faktor lain sebagai pengguna jalan raya seperti faktor keselamatan. Selepas dapat lesen nanti, mesti korang terfikir nak dapatkan motorsikal, kan?
Well, ada satu model baru yang penulis rasakan sesuai untuk first time rider iaitu model Honda BeAT oleh Boon Siew Honda.
Honda BeAT datang dengan EMPAT pilihan warna iaitu Space Magenta Metallic, Pearl Nightfall Blue, Pearl Magellanic Black dan Vivacity Red.
Setiap unit dijual pada harga RM5,724 (termasuk GST) seunit. Dengan ciri-ciri yang sudah ditambah baik pada motorsikal Honda BeAT baru ini, kami merasakan ia adalah satu pelaburan jangka masa panjang yang baik untuk korang.
Malaysia antara negara yang paling cekap mengatasi kes Covid-19. Namun fakta ini hanya bakal tinggal fakta jika kita tidak bersikap prihatin dan terus menjaga kesihatan.
Terbaharu menerusi hantaran di laman Facebook beliau, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan yang kes positif Covid-19 di Malaysia sudah melebih angka 10’000.
Seperti apa yang telah ditulis di halaman tersebut :-
KES COVID-19 TELAH MENCECAH LIMA ANGKA, MELEBIHI 10,000 KESAdalah dimaklumkan bahawa jumlah kumulatif kes positif…
Berdasarkan data terkini bagi 15 orang pesakit COVID-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU), didapati :
• Tiga (3) pesakit memerlukan bantuan pernafasan; • Enam (6) pesakit merupakan warga emas berusia 60 tahun dan ke atas; • Sembilan (9) pesakit adalah dalam lingkungan umur 21 sehingga 56 tahun; • Sembilan (9) pesakit adalah daripada Kluster Sungai; • 10 pesakit didapati mempunyai latar belakang penyakit kronik; dan • 14 pesakit mendapat jangkitan dari dalam negara manakala satu (1) pesakit mendapat jangkitan dari luar negara. Kesemua pesakit adalah warganegara Malaysia.
Menerusi hantaran yang dimuatnaik di Facebook, jelas menunjukkan bahawa Ketua Pengarah Kesihatan ini menyeru agar kita sebagai rakyat Malaysia terus mematuhi SOP yang telah dikeluarkan.
Diharapkan agar kita lebih berhati-hati dan mengamalkan penjarakan sosial dan sentiasa memakai pelitup muka. Elakkan mengunjungi Kawasan yang sesah bagi mengurangkan risiko jangkitan dan sentiasa mengamalkan amalan mencuci tangan dengan air dan sabun.
Sumber: Facebook Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam satu hantaran di Facebook rasmi baginda menyatakan artis wanita yang menjadi ikutan ramai di peringkat global, menghadap Sultan Ibrahim sebagai sebahagian daripada programnya sempena Festival Filem Antarabangsa Singapura ke-34.
Urusan menghadap baginda itu dimudah cara oleh pengurus antarabangsa beliau, Jersey Chong, seorang anak Johor yang mahu memperkenalkan artis itu kepada bakal Yang di-Pertuan Agong Malaysia.
“Sebagai Anak Johor, saya rasa amat bangga Sultan saya akan menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Kami menulis surat secara rasmi untuk memohon sama ada Bingbing boleh menghadap baginda.
Kami rasa teruja apabila menerima jawapan daripada Tuanku Sultan yang berkenan menerima menghadap Bingbing,” kata Chong kepada Royal Press Office di sini, menurut hantaran di Facebook itu.
Bintang filem itu ditemani ibunya, Zhang Chuanmei, seorang usahawan, menurut hantaran itu.
Bingbing yang mempunyai 63 juta pengikut dalam Weibo ( platform media sosial di China mirip X yang dahulunya dikenali sebagai Twitter) dan 4.1 juta pengikut Instagram, lazimnya ditonjolkan sebagai wajah kebudayaan China di peringkat global.
Daya tarikan pecah panggungnya melangkaui filem China, dan pernah membintangi filem adiwira Hollywood – “X-Men: Days of Future Past”, selain daripada filem Perancis dan Korea.
Sebagai seorang daripada artis wanita dunia yang mendapat bayaran tertinggi, Bingbing juga mengusahakan agensi pengurusan artisnya sendiri, sebuah syarikat pengeluar filem dan Fan Beauty – satu jenama kosmetik dan penjagaan kulit yang mendapat kejayaan besar di China.
Beliau juga menghiasai iklan Adidas, Louis Vuitton dan Moet, selain daripada produk gincu bibir hingga ke berlian.
Pada 2017, majalah Time memilih beliau untuk menghiasi kulit majalah itu. Beliau juga dinamakan sebagai antara 100 Orang Paling Berpengaruh Global, menjadikan Bingbing sebagai satu-satunya artis wanita Asia yang terpilih.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO/ARTIKEL: Berita Harian & Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!