Gunung Kinabalu merupakan antara gunung yang paling digemari pendaki dari seluruh dunia. Dengan ketinggian 4,095 meter dari paras laut, ia tentunya memberi cabaran tersendiri bagi mereka yang gemar aktiviti lasak dan pendakian.
Gunung Kinabalu merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi di Asia Tenggara.
Namun malang tidak berbau apabila seorang lelaki berusia 45 tahun disahkan meninggal dunia akibat mabuk gunung selepas mengalami gejala sesak nafas semasa mendaki Gunung Kinabalu pada Selasa lepas.
Menurut New Straits Times, Alexzander Kueh Check Boo dan isterinya sedang mendaki gunung itu dan telah sampai ke perhentian Panalaban ketika kejadian itu berlaku.
Ads
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew berkata isteri Kueh yang berusia 35 tahun mula mengadu sakit kepala dan masalah pernafasan kira-kira jam 9 malam.
Sejam kemudian, pasukan penyelamat memutuskan untuk membawanya turun dari gunung dengan pengusung untuk mendapatkan rawatan perubatan di hospital berdekatan bersama-sama suaminya.
Bagaimanapun, Kueh juga mula mengalami kesukaran bernafas semasa turun ke Timpohon Gate, pintu masuk denai pendakian.
Ads
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew.
“Kira-kira jam 2 pagi ketika hanya tinggal 2 km dari Timpohon Gate, suami beliau mengalami kesukaran bernafas dan kekejangan otot. Dia kemudiannya dibawa melalui pengusung ke Timpohon,” kata Liew.
Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Ranau untuk rawatan lanjut. Kueh bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada pukul 4.30 pagi di hospital tersebut.
Beliau turut menasihatkan bakal pendaki agar bersedia dari segi fizikal dan mental sebelum cuba mendaki Gunung Kinabalu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Sabah Parks, Mount Kinabalu Web
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rentetan kehilangan twitter permaisuri agong @cheminahsayang, netizen meluahkan rasa sedih dan terkejut dengan kehilangan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selepas dua hari hilang di alam maya.
Akhirnya pada pagi tadi akhirnya Tuanku kembali aktif di twitter selepas dikejutkan oleh Tengku Puteri Afzan Aminah.
Sebelum ini ada juga yang melancarkan kempen dengan hashtag #AmpunTuanku bagi ‘memujuk’ Raja Permaisuri Agong mengaktifkan semula akaun Twitter rasminya yang kononnya dinyahaktif ekoran komen-komen negatif dan biadab daripada segelintir pengguna media sosial.
Namun, seorang lelaki pula memohon maaf kerana beliau mengaku memuat naik komen berunsur penghinaan kepada Tunku Azizah.
Dalam titah baginda, Tunku Azizah menjelaskan akaun Twitter miliknya @cheminahsayang tidak dinyah aktif kerana sedih atau marah tetapi disebabkan oleh hal-hal peribadi.
Titahnya, tindakan itu dibuat bukan disebabkan oleh pembulian siber bahkan baginda tidak membaca atau sedar tentang komen yang dimuat naik tersebut.
“Saya menyah-aktifkan akaun bukan kerana sedih, terasa atau marah pada komen-komen mereka. Saya sendiri tidak membaca dan sedar mengenai perkara itu. Ia tiada kaitan. Saya ada sebab peribadi, tolong jangan buat laporan polis,’’ titah Tunku Azizah.
Tulisan Tunku Azizah itu dikongsi oleh anakanda baginda, Tengku Puteri Afzan Aminah dalam laman Twitternya sebentar tadi.
Jangan laporkan pada polis
Just Chill
Malah Tuanku Azizah sempat menyuruh semua orang bertenang dan chill.
wpun selama ini sy dan suami di keji, dituduh, dihentam , dimakihamun dlm https://t.co/GDYptjSNsO…. kami berdua tdk pernah buat polis report ….. dan sy tak pernah sedih malah ketawa bila baca … kerana Allah tahu sy siapa !
Tidak dinafikan semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebahagian dari kita hadapi kesukaran untuk membeli barang keperluan. Masa yang sama, banyak masa terluang membuatkan kita banyak membuat pembelian di online untuk memudahkan kita mendapat barangan diperlukan.
Apabila pembelian online terlalu banyak, sudah tentu syarikat-syarikat penghantaran seperti Pos Laju, J&T, Gdex dan banyak lagi bertungkus lumus bekerja lebih dari sebelum PKP. Masa yang sama disebabkan barangan terlalu banyak sudah pasti pekerja penghantaran perlu berusaha keras memastikan barangan pengguna sampai tepat pada masanya.
Di fb seorang pengguna atas nama PS Cahaya , wanita ini (Fadh) ada membuat satu perkongsian mengenai kemalangan yang menimpa seorang pekerja Pos Laju pada Jumaat lalu di Shah Alam iaitu Faizal Akmal Mohd Radzi. Dalam kemalangan itu di mana beliau terlanggar sebatang pokok di tepi jalan, di dalam van Pos Lajunya kelihatan penuh dengan barangan dipesan pengguna. Akibat kemalangan itu juga, Faizal Akmal kini terlantar di wad unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Klang.
Akibat kemalangan itu, Faizal kini terlantar di Unit ICU Hospital KlangVan yang penuh barangan ini terbabas melanggar pokok mengakibatkan posmen ini alami kecederaan
Dalam perkongsian itu juga, di fbnya beliau memaklumkan kemalangan itu terjadi pada Jumaat lepas di area U8, Shah Alam. Beliau kini di ICU Hospital Klang dan masih menunggu keputusan Covid-19 sebelum boleh menjalani dua major operation. Sama-samalah kita doakan beliau negative COVID-19 seterusnya dapat menjalani prosedur seterusnya.
Dalam masa yang sama, PS Cahaya memaklumkan yang hero banyak membantu kita time PKP ini mempunyai seorang isteri (seorang suri rumah) dan tiga orang anak kecil berusia 8, 7 dan bayi berusia 9 bulan. Bila kemalangan terjadi, sudah pasti isterinya hadapi kesukaran dari sudut kewangan kerana suaminya terlantar sakit.
Di dalam van Pos Laju ini, kelihatan penuh barangan untuk dihantar kepada pengguna
Marilah kita bantu hero kita ni dengan meringankan beban keluarga beliau. Bagi yang ingin membuat sumbangan boleh membantu isterinya iaitu Nor Aini Zakir Hussin di akaun Maybank 158118160832 atau CIMB Bank di akaun 7606181105.
Dalam notanya, beliau yang dikenali sebagai Fadh berkata akan pergi jumpa family beliau untuk menghulurkan bantuan segera. Masa yang sama memaklumkan akan sumbangan yang boleh kita sama-sama bantu untuk meringankan hero kita Ketika PKP ini.
Seperti katanya, # saya yg minta no account wife beliau. Bukan wife beliau yang minta bantuan ya. Kita jaga kita. Lebih-lebih lagi insan yang mengalami ujian lebih berat dari kita.
Bagi kita yang ada kelebihan rezeki, tidak salah untuk membantu orang lain. Setiap sumbangan itu hanya Allah yang mampu membalas segalanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Petang semalam hujan lebat dan ribut telah melanda kawasan Lembah Klang terutamanya di sekitar bandaraya Shah Alam, Selangor.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 5.15 petang susulan hujan lebat dan angin kencang di kawasan tersebut. Berdasarkan maklumat yang diterima daripada Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, hasil pemeriksaan mendapati 13 bumbung buah rumah penduduk di Kampung Kebun Bunga Seksyen 22, Shah Alam tercabut; selain sebuah kedai cuci kereta turut mengalami nasib sama.
Menurut perkongsian wargamaya, kejadian ribut semalam turut mengakibatkan satu kepingan bumbung di tingkat dua bangunan kampus Management & Science University (MSU) terjatuh ke bawah. Walau bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Orang ramai diminta untuk lebih berhati-hati dan diharap agar kejadian seperti ini tidak berlaku lagi. Bagi mereka yang tidak mempunyai urusan penting, elakkan berada di luar ketika hujan lebat berlaku.