Kemasukan semula 1,000 doctor dan jururawat bersara untuk kembali berkhidmat menangani kes terbaru Covid-19 di Malaysia sejak beberapa hari lalu telah membuatkan ramai terharu.
Malah menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, beliau memberitahu rakan media bahawa seramai 3,500 jururawat dan pembantu perubatan kini sedang menjalani kursus post-basic.
Jelas, tugas seorang jururawat amatlah kritikal terutamanya dalam waktu-waktu seperti ini.
Namun tidak semua orang akan menghargai sumbangan mereka.
Ads
Luahan rasa ini dikongsikan oleh model antarabangsa dari Amerika Syarikat iaitu Halima Aden. Meskipun ramai yang mengenali Halima sebagai seorang peserta ratu cantik bertukar menjadi model berhijab terkenal dunia, dia sebenarnya pernah bertugas sebagai pengemas bilik pesakit, satu ketika dahulu.
Sebagai petugas di pusat kesihatan, Halima amat mengasihani petugas kesihatan yang bekerja di barisan hadapan dan sedang melakukan yang terbaik untuk masa hadapan negara masing-masing.
Ads
“Seharusnya kita menghargai kesemua hero ini yang sanggup berkorban. Terima kasih kepada pakar EVS saya, sukarelawan, jururawat, paramedik dan sebagainya. Kamulah hero yang sebenar.
“Kerjaya sebagai jururawat sebagai contoh boleh menjadi kerjaya ‘thankless job’. Tak semua orang menghargai kita. Apa yang kita boleh buat adalah untuk terus positif dan teruskan tugasan.
Ads
“Saya bersyukur dengan pengalaman yang saya dapat pada waktu itu kerana ia memberikan saya kekuatan dan menjadikan saya seorang yang lebih prihatin,” catatnya menerusi ruangan status dan komen.
Untuk pengetahuan, sebelum ini Halima pernah dipilih untuk bergandingan dengan seorang lagi model terkenal, Gigi Hadid bagi melaksanakan kempen kesedaran bersama UNICEF.
Love you sis!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tapi tak salah kalau nak berangan mengenai momen perkahwinan idaman kita sementara masih single lagi kan? Hehe..
Biasalah perempuan, dari usia kecil lagi dah advance memikirkan jenis baju kahwin yang nak disarungkan nanti, berapa ramai tetamu nak jemput (“I nak buat kecil-kecilan je” – ah tipu!), apa tema pelamin dah macam-macam lagilah.
REMAJA pasti perempuan pernah melihat laman web baju perkahwinan walaupun sekali je semasa usia mereka masih belasan tahun. Dari situlah timbul obsesi nak menyarung gaun kahwin ala kebaratan kerana itulah yang telah mereka ‘hadam’ sejak kecil.
Tapi, kalau REMAJA katakan yang korang akan ubah fikiran untuk memilih konsep baju tradisional selepas ini, korang percaya tak?
Haa, sempena acara fesyen The Wedding KL yang berlangsung sehingga malam ini, REMAJA berkesempatan untuk singgah sebentar melihat paparan koleksi perkahwinan pereka fesyen tempatan. Dalam lautan rekaan gaun putih yang ditampilkan, kami tertarik dengan koleksi tradisional yang dibawakan oleh Zaimi Zulkafli.
Mengangkat tema tradisi namun kekal dengan identiti jenama itu sendiri yang kontemporari, Zaimi Zulkafli mengingatkan seluruh dewan akan kehebatan potongan baju tradisi seperti kurung Riau, Pahang dan pelbagai lagi.
Cuba tengok koleksi penuh oleh pereka adik-beradik ini. #longgarituindah
Dalam nukilan kapsyen di Instagram, Zaimi Zulkafli sempat berkata, “Ramai yang selalu bertanya nak buat apa dengan baju kahwin selepas tamat majlis nanti?
”Jadi, kami membayangkan koleksi timeless seperti ini untuk dibawa ke kelas mengaji mungkin atau ke mana saja,” tulis mereka dalam nada bergurau, namun ada kebenarannya.
Koleksi ini punya daya sensual dalam kesopanannya. Pemakai pun tak kurang cantik dan seri walaupun bergaya tradisional.
Apa pendapat korang? Onz tak Onz??
Walaupun lambat lagi nak kahwin pun, REMAJA rasakan kita boleh je sarungkannya untuk ke majlis kahwin, majlis formal atau sebagai baju Raya. Betul tak?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Yasss! Pada bulan depan iaitu Oktober, kita bakal menerima kunjungan daripada dua buah grup YG Entertainment yang mempunyai kehebatan mereka tersendiri. Dengan konsert anjuran MacpiePro yang bakal dilangsungkan selama dua hari berturut-turut di Stadium Malawati, Shah Alam, ia bakal menjadi salah satu acara K-pop terpenting tahun ini.
Dan salah sebuah grup yang bakal menghiburkan K-poppers semua ialah iKON! REMAJA yakin peminat iKON pasti sudah tidak sabar untuk melihat persembahan mereka di atas pentas, bukan?
Sementara menunggu kunjungan mereka, REMAJA nak ajak kamu semua untuk try kuiz di bawah. Siapa bias kamu dalam grup iKON? Entah-entah personaliti kamu sama dengan mereka.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nampaknya dah jadi trend anak muda sekarang suka berkecimpung dalam dunia perniagaan makanan. Lihat saja tapak food truck di serata bandar dekat Malaysia ni, rata-rata daripada peniaga di dominasi oleh golongan remaja.
Tak dinafikan, industri makanan dilihat sebagai salah satu punca rezeki yang mudah untuk mendapat keuntungan yang tinggi. Namun, nak memulakan bisnes makanan ni pun bukan boleh dibuat main-main. Banyak perkara perlu diambil kira sebelum memulakan perniagaan. Kalau nak maju dan tahan lama, kenalah keluar dengan idea yang ‘bukan biasa-biasa’.
Ini yang dilakukan oleh Hasif Othman, graduan Royal Melbourne Insititute of Technology (RMIT), Melbourne, pemuda kelahiran Singapura. Menamatkan pelajaran dalam bidang ekonomi dan kewangan, Hasif memang bercita-cita untuk mempunyai perniagaan sendiri.
Bisnes kentang goreng ‘hispter’
Bermula dengan idea yang terhasil ketika sedang bersembang dengan rakan baiknya, anak muda ini berhasrat untuk menjual kentang goreng. Namun, bukan sekadar kentang goreng biasa, Hasif menamakan “Katoshka” kerana nak nampak seperti jenama antarabangsa. Baru style kan?
Untuk memulakan perniagaan ini, dia terpaksa menggunkan wang simpanannya sebanyak SGD 10,000 (RM31,500) dan sedikit sumbangan daripada ibu bapanya. Mengambil masa selama empat bulan untuk menghasilkan resipi istimewa ini dan dalam waktu yang sama dia sibuk memikirkan tentang strategi pemasaran yang paling efektif.
Katoshka diinsipirasikan oleh kentang goreng Amsterdam dengan menggunakan kentang berkualiti tinggi yang diimport dari Amerika Syarikat. Untuk nampak lebih menarik, ia dihidangkan di dalam cawan kertas dan dipotong menjadi kepingan serta digoreng sebanyak dua kali supaya lebih garing. Akhir sekali, kentang goreng tersebut dihidangkan bersama pilihan sos yang lazat.
Kita dengar pun dah kecur air liur kan?
Sebelum jual kepada pelanggan, Hasif telah memberikan terlebih dulu kepada keluarga dan rakan-rakan untuk mencuba resipinya ini dan meminta pendapat daripada mereka. Nampaknya eksperimen bro ni tak sia-sia. Hasilnya memang boleh tahan!
Tiada pengalaman
Tidak pernah mempunyai sebarang pengalaman dalam dunia perniagaan, Hasif mula menjual kentang goreng di pasar malam Geylang dan seperti peniaga-peniaga baru yang lain, banyak cabaran perlu dilaluinya. Katoshka mengalami masalah sistem operasi kerana dia memerlukan masa yang lama untuk menghasilkan hidangan tetapi dia hanya mempunyai dua orang pekerja untuk tugasan menggoreng.
“Oleh sebab kekurangan sumber dan kentang goreng ini perlu digoreng serta-merta dan pelanggan terpaksa menunggu dalam masa lebih kurang 30 hingga 40 minit. Kami menggunakan cara menelefon atau sms pelanggan untuk memberitahu kentang goreng mereka sudah pun siap.”
“Namun begitu, kami beruntung kerana makanan yang dijual tidak sama dengan apa yang selalu ada di pasar malam dan kerana itu, ia lebih mudah untuk mencuri perhatian pihak media,” jelas Hasif.
Hasil lumayan
Walaupun industri makanan dianggap sangat mencabar di Singapura, namun dengan inovasi yang telah dilakukannya, anak muda ini mendapat pulangan yang lumayan di antara RM4,700 hingga RM6,300 bergantung pada lokasi dengan purata jualan sebanyak 300 cawan kentang goreng setiap hari.
Bukan hanya berniaga di pasar malam, Katoshka juga sering mengambil peluang untuk berniaga di acara-acara yang dianjurkan di sana.
“Walau bagaimanapun, kami perlu untuk memilih event yang ingin disertai kerana mengambil kira tentang kos dan bayaran sewa yang tinggi. Biasanya, kami akan turut serta dalam dua bulan sekali pada event-event yang dianjurkan,” jelasnya lagi.
Ditanya apakah nasihat kepada anak muda luar sana yang ingin menjadi usahawan, Hasif menjawab, “Jangan takut untuk memulakan perniagaan kerana kita akan banyak belajar ketika dalam proses itu dan pengalaman ada akan menjadikan kita lebih baik pada masa hadapan.”
Tambah anak muda ini lagi, untuk kekal berjaya dalam dunia perniagaan makanan hari ini, jangan takut melakukan perubahan dan teruskan dengan inovasi.
Maka, tak hairanlah kalau kita lihat zaman sekarang ramai anak muda yang jadi jutawan kan? Bukan kerana duit mak bapak, tengok saja apa yang diusahakan oleh jejaka ini.
Benarlah seperti yang dikata, usaha tangga kejayaan!
AirAsia melakar satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara apabila mengumumkan polisi seragam baharu yang lebih inklusif, membenarkan kru kabin wanita memilih untuk...