Pada Jun 2017, kecoh satu negara dek kerana keputusan menolak tawaran biasiswa bersyarat ke Universiti Oxford / Campuran yang dilakukan oleh YB Syed Saddiq.
Waktu itu, beliau dikhabarkan menangguhkan pengajian pada perinkat Ijazah Sarjana bagi bidang Dasar Awam kerana ‘hati beliau katanya berada di Malaysia, demi membantu negara’.
Syed Saddiq terpaksa melakukan Press Conference tahun lalu untuk menjawab soalan netizen mengenai penolakan biasiswa ke Oxford.
Syed Saddiq sempat untuk memohon maaf kepada keluarga dan rakan-rakan rapat beliau dan berharap agar mereka dapat memahami serta menerima keputusan tersebut walaupun bukannya mudah untuk dilakukan.
Peluang untuk melanjutkan pengajian di Universiti Oxford ialah impian beliau sejak dahulu lagi. Dan nampak, beliau sememangnya layak untuk ke sana apabila hari ini, beliau memaklumkan telah menerima satu lagi biasiswa bersyarat daripada Chevening Scholarship untuk menyambung pengajian dalam bidang yang sama, MASIH di Universiti Oxford.
Whoa bro, congrats!
Ads
Namun, nampaknya beliau sekali lagi terpaksa menolak biasiswa tersebut dan terus menangguhkan pengajian Ijazah Sarjana di sana demi negara.
Ternyata, keputusan menolak buat kali pertama bukanlah mudah, inikan lagi keputusan menolak buat kali KEDUA.
“Sukar untuk saya memilih di antara impian saya dan tanggungjawab saya.
“Untuk kali kedua, saya terpaksa menolak sekali lagi kerana saya telah diberikan kepercayaan dan amanat oleh rakyat Muar. Menjadi tugas saya juga untuk mengubah negara, berkhidmat untuk rakyat Malaysia dan memastikan suara orang muda akan didengari di Parlimen,” terang beliau.
Syed Saddiq dalam pada itu faham dengan keinginan ibu bapa beliau melihat dirinya berjaya dalam bidang akademik. Beliau juga sedar jika menolak tawaran dari Oxford ini untuk kali kedua, beliau tidak akan berpeluang untuk menangguhkan tawaran ini lagi.
Seperti kebiasaan di peringkat Masters termasuk di Malaysia, penangguhan kali kedua bermaksud tawaran tersebut akan luput.
“Saya melihat rakyat tanpa mengira kaum dan agama bertungkus lumus untuk membangunkan negara, dari sekecil-kecil sumbangan ke Tabung Harapan. The little things make the biggest diference. Anda semua inspirasi saya,” tambah pemimpin berusia 26 tahun ini.
Nampaknya beliau memilih untuk meletakkan impian ke belakang sebentar kerana anak muda di Malaysia perlu diwakili sebaik mungkin.
InsyaAllah Syed Saddiq, ada hikmah di sebalik nikmat ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru ini perkongsian dari seorang lelaki bujang, Mohammad Syaiful Nazreen bin Musa di twitternya menarik minat orang ramai apabila dia berkongsi suasana di dalam bilik tidurnya. Memang cantik kemas tersusun semuany termasuk lipatan baju-baju yang tampak kemas. Ditambah deko yang tidak terlalu sarat, sesuai dengan orang bujang, perkongsiannnya menarik minat untuk orang mengenalinya lebih lanjut kerana mahu mahu tahu tips bagaimana biliknya nampak kemas dan teratur. Dari susunan biliknya kalah bilik anak dara yang hanya tampak cantik berpakaian di luar.
REMAJA menghubungi Syaiful Nazreen untuk berkongsi tips bagaimana pakaiannya elok terlipat dan tersusun kemas di almari. Lebih mesra disapa Syaiful, pemuda bujang yang bekerja sebagai Supervisor di pusat membeli belah Pavilion Bukit Bintang Kuala Lumpur ini mengakui suasana bilik yang dipaparkan di twitternya itu adalah bilik sewa di sebuah kondo di ibu kota.
“Kami menyewa bilik. Kondo ini pun ada tiga bilik saja. Masa mula duduk dulu, tuan rumah hanya sediakan basic iaitu katil. Saya beli sikit-sikit termasuk mengecatnya sendiri dan menghias mengikut daya kreativiti saya. Habislah dalam RM5000 termasuk membeli almari dan lain-lain dekorasi yang saya beli di Ikea Sportlight, SSF, H&M Home, Kaison dan lain lagi,” katanya memulakan perbualan.
Syaiful Nazreen berusia 25 tahun dan bekerja sebagai supervisor di Pavilion Bukit BintangBeginilah suasana bilik bujang disewanya. Memang teratur dan kemasAda ruang untuk menonton walau dalam suasana bilik yang ukuranya lebih kurang 10×10
Bilik kemas dan tersusun, apa rahsianya?
Kata Syaiful, sejak kecil suasana dalam rumah di kampung ibu bapanya amat menitik beratkan soal kebersihan.
“Kami dah diajar untuk mengemas rumah. Mak pula sentiasa pastikan rumah nampak bersih. Saya anak bongsu dari enam beradik. Empat lelaki dan dua perempuan. Tapi emak dan ayah sentiasa didik kami part kebersihan. Kebetulan bidang kerja saya di bahagian peruncitan. Sentiasa kena lipat baju dan sebagainya. Jadi tata kerja itu saya praktikan di rumah sewaan ini pula,” katanya sambil ketawa.
Tambahnya lagi untuk dapatkan suasana bilik begini, Cuma kena rajin sedikit. “Saya buat pemilihan warna tanah yang tidak terlalu menonjol suasananya. Kemudian saya tambah hiasan pokok untuk elemen kehijauan. Ditambah perabot yang ada dalam bilik ini (ukurannya beliau tidak pasti tapi memanjang dan ada tingkap membuatkan suasana biliknya nampak kemas dan teratur).
“Lagi satu selang dua atau tiga hari sekali, saya akan vakum bilik untuk pastikan bilik nampak kemas dan elok,” katanya lagi. Jelasnya lagi, pastikan pakaian yang dibasuh dan sudah dijemur, segeralah lipat atau gantung dan jangan bertangguh atau dilonggokkan di atas katil kerana kalau pakaian dilipat dengan cepat, ia lebih mudah berbanding membiarkannya selonggok,” katanya mengakui tidak pernah menyepahkan pakaian di lantai biliknya sebaliknya semua pakaian kotor akan dimasukkan terus ke dalam bakul tersedia sebaik pulang dari kerja atau bersiar-siar.
Dalam bilik ini hanya ada almari tiga pintu dan laci. Namun setiap pakaian disimpan mengikut jenis pakaianNampak kemas dan teratur. Susunan pakaian mengikut jenis. Malah cara lipatan juga sama sahaja. Baru pakaian akan nampak kemas, katanyaWalau pakaiannya banyak kata Syaiful tapi cara melipat dan susunan amat penting. Jangan sesekali campur jenis pakaian nanti bila ambil akan berteraburSyaiful akui butang baju kemeja dibutang hingga atas termasuk lengan. Baru nampak kemas. Walau agak susah sebab buat kerja dua kali kerana bila menggosak perlu buka semula tapi semasa menggantung ia akan nampak kemas berbanding tak dibutangkan
Nah, Syaiful bagi tips untuk bilik korang nampak kemas
Kena rajin (part nie kena ubah diri sendiri)
Spend time untuk bersihkan bilik at least sejam dua, sapu, mop atau vakum
Disipin diri (jadikan rutin)
Jangan suka bertangguh untuk buat. Lagi pun bilik tak besar mana pun. Buang sikap malas.
Lagi satu cara lipatan baju juga penting. Syaiful akui dia membahagikan jenis-jenis baju mengikut almari.
“Biasanya kalau t-shirt lengan pendek, saya akan pastikan cara lipatan ialah lambang di depan. Ini kerana bila kita nak tarik baju, kita dah tahu ia baju apa. Tak perlu punggah semula, tengok satu-satu. Tarik pun hati-hati, kalau tak terabur.
“Kalau tshirt lengan panjang pula, sama juga. Begitu juga seluar pendek atau boxer, semua saya susun satu tempat yang sama. Maksudnya pakaian tak akan bersepah-sepah sebab kita dah letak setempat.
“Paling akhir sekali, biasanya part kemeja. Saya akan butangkan dari atas sampai bawah termasuk butang lengan bila hanging kemeja tu. Time nak lipat baru buka balik. Memang nampak susah cara begini tapi sebenarnya ia lebih tersusun kemas tergantung. Seluar juga sama, lipat elok-elok barulah bilik akan nampak kemas dan semua pakaian tersusun rapi,”katanya berkongsi tips.
So korang, kalau nak bilik tampak kemas dan wow macam biliknya, apa paling penting ialah rajin dan kena ada kesungguhan. Bila kita ubah sikap, maka semuanya akan jadi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Negara kita tidak kurang dengan tempat-tempat menarik yang boleh dilawati, kalau tidak tak mungkinlah ramai pelancong yang datang untuk bercuti ke sini.
Dari Utara sampailah ke Selatan, termasuklah Sabah dan Sarawak, terlalu banyak tempat menarik yang korang boleh pergi. Sesekali Cuti-Cuti Malaysia, apa salahnya.
Jika sebelum ini beberapa tempat seperti Pantai Seberang Takir dan jerami padi ala Texas telah pun dikomersilkan, kini kami nak kongsikan sebuah lagi port ‘baik’ untuk korang berOOTD, iaitu di Taman Lagenda Padang Serai.
Kredit: Instagram dzsgallery_99
Kawasan ini dipenuhi dengan bunga Lalang dan ramai yang mengambil kesempatan untuk merakamkan foto dan memuat naik dalam laman Instagram mereka.
Siapa sangka tempat yang kelihatan biasa sahaja tetapi boleh menjadi salah satu lokasi menarik buat Instagrammer.
Jom kita lihat antara gambar-gambar menarik yang dikongsi oleh Penang Foodie.
Namun begitu, sebelum korang pergi ada baiknya jika check dahulu tempat tersebut sama ada masih berbunga atau tidak. Mungkin sahaja ia hanya muncul pada waktu-waktu tertentu dan tidak boleh dijangka.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahniah buat pelakon Rashidi Ishak & isteri tercinta…
Selepas empat tahun hidup solo, bintang berkaliber, Rashidi Ishak dikhabarkan telah menamatkan zaman duda dengan pilihan hatinya yang dikenali sebagai Wan Hasliza Wan Zainuddin, hari ini.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan penerbit, Saiful Zahairie Zainuddin menerusi platform Facebook miliknya, sebentar tadi.
“Alhamdulillah. 2.2 2023. Wan Hasliza Wan Zainuddin dan Rashidi Ishak. Semoga bahagia ke akhir hayat,” coret Saiful ringkas menerusi sebuah kapsyen.
Pada perkongsian itu, Saiful memuat naik foto Rashidi mengenakan baju Melayu berona putih manakala Wan Hasliza pula tampil ayu berbaju kebaya serba putih juga.
Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet menitipkan ucapan tahniah buat pasangan merpati dua sejoli itu selain mendoakan mereka bahagia hingga ke Jannah Allah.
Pelakon drama popular Kampung People itu bagaimanapun belum mendedahkan lagi berita baik itu kepada umum.
Sekadar infornmasi, Rashidi sebelum ini mendirikan rumah tangga bersama aktres popular, Vanidah Imran pada tanggal 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mikhail Imram dan Maryam Rashika yang masing berusia 21 dan 18 tahun.
Bagaimanapun, pasangan itu bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 9 Ogos 2018 selepas 17 tahun melayari alam berumah tangga.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Maxis memohon maaf susulan insiden data pelanggan yang tular di media sosial. Syarikat mengesahkan insiden terpencil, sedang menjalankan siasatan dan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang dikaitkan dengan kes tersebut.