Nama pereka fesyen muda meningkat naik, Sodiqin Shaz kini semakin menjadi bualan apabila tampil bekerjasama dengan aktres jelita dan usahawan kreatif, Nelissa Nizam, menerusi penubuhan jenama fesyen baharu, HER Series.
Menurut Sodiqin, kerjasama yang terjalin ini bukan sekadar atas dasar minat semata-mata, sebaliknya didorong oleh disiplin kerja dan keserasian yang kuat antara mereka berdua.
“Bagi saya, kerja tetap kerja. Bila masa bekerja, kita fokus betul-betul. Tapi bila masa untuk berehat dan berseronok, kita pun luangkan masa untuk itu,” katanya kepada Remaja.
Terokai Industri Fesyen Vietnam
Dalam usaha memperkukuhkan jenama yang dibina, Sodiqin dan Nelissa turut mengambil inisiatif untuk melihat sendiri perkembangan industri fesyen di luar negara.
“Baru-baru ini kami ke Vietnam untuk tengok sendiri macam mana industri fesyen di sana berjalan, daripada kedai-kedai fesyen sampai cara mereka hasilkan pakaian ready-to-wear. Alhamdulillah, untuk trip itu, objektif kami memang tercapai,” jelasnya.
Tambah Sodiqin, keserasian usia dan cita rasa menjadi faktor utama mengapa kerjasama mereka berjalan dengan lancar.
Ads
“Bekerja dengan dia (Nelissa) pun sangat menyenangkan sebab kami sebaya dan senang ‘click’ antara satu sama lain.
“Alhamdulillah juga, kami berkongsi cita rasa yang hampir sama, jadi banyak benda jadi lebih mudah,” tambahnya.
Cabaran Membina Jenama Pada Usia Muda
Namun, di sebalik perjalanan yang kelihatan indah, Sodiqin tidak menafikan wujud cabaran besar dalam dunia perniagaan fesyen, apatah lagi apabila melibatkan pelaburan yang besar.
“Dalam dunia perniagaan pula, bisnes tetap bisnes. Cabaran paling besar adalah kami tak mahu buat semua ini sekadar untuk seronok.
“Kami dah laburkan banyak wang untuk sesi penggambaran kempen dan pertunjukan, jadi penerimaan orang ramai terhadap jenama ini memang satu cabaran,” ujarnya.
Ads
Usia yang masih muda juga menjadi antara faktor yang menguji kepercayaan pelanggan terhadap jenama baharu yang dibangunkan.
“Tambahan pula, kami masih muda, jadi untuk buat orang luar percaya pada produk ini dan yakin dengan kualitinya bukan perkara yang mudah,” katanya lagi.
Fokus Rekaan Kasual & Sokongan Pasukan
Walaupun berdepan pelbagai cabaran, Sodiqin kekal optimis dan bersyukur dengan sokongan pasukan yang sentiasa berada di belakang mereka.
Ads
“Kami masih banyak belajar dan harap dapat tempuh semua cabaran ini dengan baik. Alhamdulillah, kami juga sangat bersyukur sebab ada pasukan yang banyak membantu dan sentiasa beri sokongan,” katanya.
Dari segi konsep rekaan pula, HER Series tampil dengan gaya yang ringkas dan praktikal untuk kegunaan seharian.
“Dari segi tekstur dan rekaan pula, konsep kami masih kasual dan sesuai untuk pemakaian harian, dengan fokus utama pada material dan fabrik,” tambahnya lagi.
Kolaborasi antara Sodiqin Shaz dan Nelissa Nizam ini membuktikan bahawa gabungan idea, keserasian dan kesungguhan mampu melahirkan sebuah jenama yang berpotensi besar dalam industri fesyen tempatan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kita semua memang suka untuk bersiap pada setiap hari dengan solekan asas demi pastikan wajah lebih glow up secara semula jadi.
Tanpa perlukan solekan mampan 3 inci sekalipun, pastinya dengan sedikit calitan mekap pada bahagian bibir atau alis mata; raut wajah terus berubah lebih menonjol. Bukan apa, semua gadis pun tentu ingin merasa keyakinan ekstra semasa keluar dari rumah, bukan?
Cuma satu je dilema yang REMAJA pasti dihadapi oleh anda semua. Selalunya, solekan minimal akan mudah tertanggal selepas pemakaian beberapa jam. Warna bibir memang sukar untuk kita pastikan kekal selepas rutin minum air, bercakap dan sebagainya. Maskara pada bulu mata serta garisan mata aka eyeliner juga bingkas tertanggal sebelum tiba waktu tengah hari lagi.
Disebabkan itulah, kami ingin memperkenalkan kepada anda rahsia solekan yang dikongsikan secara eksklusif oleh anggota kumpulan DOLLA ini. Kini, REMAJA tahu bagaimana Sabronzo, Tabby, Syasya dan Angel memastikan calitan maskara,lip crème pada bibir dan eyeliner kekal ‘terletak’ secara effortless.
Rahsianya mudah sahaja girls, Dolla selama ini memilih rangkaian alat solekan daripada jenama C.CODE yang boleh didapati di stor Watsons seluruh negara serta dalam talian.
*
*
C.CODE Matte Everlasting Extreme Lip Crème
Akhirnya rahsia warna bibir Dolla ‘terbongkar’ juga (!) dengan adanya pilihan Matte Everlasting Extreme Lip Crème oleh C.CODE. Menariknya, kempen ini juga dimeriahkan dengan penampilan karya artis tempatan, Dewi Miyo aka @theblackcat pada tulisan ‘What’s Your Code?’ yang tertera pada poster kempen.
Bukan satu, bukan dua tetapi 17 pilihan rona lip crème ada disediakan bagi produk Matte Everlasting Extreme Lip Crème oleh C.CODEini. Persoalannya, apakah kod rona anda? That is for you to try and find out.
Dengan formulasi unik pada bibir, ia memberikan pemakainya tekstur lip crèmeyang cukup ringan dan licin pada bibir bagi kesemua kod rona yang ditawarkan. Cuma oleskan sedikit sahaja pada ruang tengah bibir bagi mendapatkan efek ombré atau oles rona memenuhi bibir untuk kelihatan lebih bold.
Own your extreme like these four girls!
Yang penting, ia bersifat tahan lama dan tidak melekit! Dapatkan DI SINI RM26.90
*
*
C.CODE Longwear Microliner
Sesuai dijadikan sebagai penggunaan harian, C.CODE Longwear Microliner ini amat memudahkan sang pemakainya agar kelihatan lecture-ready. Lihat sajalah impaknya pada mata Sabronzo dan Angel di atas, siapa sangka garisan mata profesional sebegini boleh dicapai dengan menggunakan microliner di bawah harga RM25.
Didatangkan dalam dua rona berbeza iaitu hitam dan coklat gelap, C.CODE Longwear Microliner memastikan solekan mata anda bertahan lama dan sharp dengan saiz tip semini 1.8mm.
Korang turut boleh mendapatkan penggaris mata terbaru C.CODE Longwear Eyelineryang mempunyai fungsi sama dengan tip berus berbeza setebal 3mm.
Harga asalnya adalah RM24.90 tetapi jika korang mendapatkannya bermula sekarang hingga 30 Januari 2023, korang layak mendapatkan diskaun PWP 30 peratus bagi produk ini.
*
*
C.CODE Super Slim Mascara Black
HELLO, hello lashes!
Semua gadis mendambakan maskara yang boleh bertahan lama, benar? Sesudah mendapat tahu mengenai maskara yang sesuai dengan diri seperti C.CODE Super Slim Mascara Black ini, kami jamin anda tentu tidak beralih kepada mana-mana maskara lain yang dijual di pasaran.
Bukan hanya mampu bertahan lama dan bersifat kalis air, ia juga didatangkan dengan berus yang memudahkan pemakaian. Justeru, anda tidak lagi perlu mendapatkan berus berlainan. Haa, sekarang anda sudahpun tahubeauty hacksmilik Syasya dan Tabby selama ini.
Last but not least! Akhiri solekan sempurna korang dengan semburan C.CODE Makeup Setting Spray agar ia bertahan lebih lama dan tidak mudah cakey. Tambah menarik apabila korang boleh meraih diskaun 20 peratus daripada harga asal RM42.90 jika korang mendapatkannya mulai sekarang hingga 30 Januari 2023 ini.
*
Jangan terkejut pula jika ada yang menegur solekan anda selepas ini persis anggota DOLLA! Hehe..
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Satu kajian yang dilaporkan oleh Reuters menjelaskan bahawa Profesor Jean-Francis Delfraissy yang mengetuai majlis saintifik menasihati kerajaan berkaitan epidemik itu berkata seramai 17 juta daripada rakyat Perancis yang berjumlah 67 juta berisiko tinggi terhadap COVID-19 disebabkan faktor usia, sudah mempunyai penyakit tertentu dan juga obesiti.
Menurut beliau lagi, virus ini sangat dahsyat ia boleh menjangkiti orang muda, terutamanya individu yang obes. Jadi, mereka yang mempunyai berat badan berlebihan perlu berhati-hati.
Gambar hiasan
Hal ini juga menjadi kebimbangan kepada rakyat di Amerika yang terkenal dengan masalah obesiti dan mereka mungkin mempunyai banyak masalah yang disebabkan oleh obesiti.
Kadar kematian bagi orang muda yang dimasukkan ke hospital dengan penyakit pernafasan teruk akibat COVID-19 adalah 2 peratus, namun ia boleh meningkat sehingga 14 peratus bagi mereka yang lemah.
Gambar hiasan
88% daripada mereka yang dijangkiti COVID-19 ini hanya mengalami simptom seperti selesema teruk.
Jelas sekali virus ini tidak mengenal umur dan mampu untuk menjangkiti sesiapa sahaja. Tidak kira sama ada obes atau tidak, kita seharusnya menjaga kesihatan dengan lebih baik lebih-lebih lagi dalam waktu sekarang ni.
Alexandrine Belle-Étoile seorang guru Seni dan Bahasa Perancis di sebuah sekolah menengah di Mauritius telah dinobat sebagai Miss Maurice yang baharu pada April lalu. Menarik mengenai kemenangannya ini, dia memperoleh gelaran tersebut tanpa perlu bertanding.
Wait! her win is fair and square, jangan spekulasi pula.
Sebenarnya, wanita berusia 25 tahun telah menghadiri sesi uji bakat bagi pertandingan Miss Maurice 2022/2023. Namun begitu dek kecemerlangannya, pihak penganjur merasakan yang dia cukup sesuai untuk diangkat sebagai Miss Maurice tanpa bertanding, jadi dia terus dinobat sebagai Miss Maurice 2022 manakala peserta yang lain akan meneruskan pertandingan dan akan bergelar Miss Maurice 2022/2023.
Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan organisasi Miss Maurice, “Oraganisasi Miss Maurice dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Alexandrine Belle-Étoile akan mewakili Mauritius di pertandingan Miss Supranational 2022 dan Miss Universe 2022. Miss Belle-Étoile, telah dipilih oleh Pasukan Miss Maurice selepas temu bual cemerlangnya pada sesi terakhir uji bakat.”
Seiring dengan gelaran tersebut, dia secara rasmi bergelar Miss Supranational Mauritius 2022 dan juga Miss Universe Mauritius 2022 untuk mewakili negara kepulauan tersebut di dua pertandingan ratu cantik berpestij itu.
Melakar kejayaan yang manis, dia baru-baru ini sudahpun bertanding di Miss Supranational 2022 yang diadakan di Poland dan berjaya berada dalam kelompok top 12 sekaligus diberi gelaran Miss Supranational Africa 2022. Kejayaannya ini menjadikan dia ratu cantik pertama negara itu yang berjaya mendapat kedudukan tertinggi dalam mana-mana pertandingan.
Dalam satu hantaran di laman Instagram selepas malam finale Miss Suprantional 2022, wanita berkulit hitam manis ini meluah rasa, “Selepas 4 tahun bekerja keras dan bercita-cita tinggi, saya amat berterima kasih atas semua kata-kata positif anda. Ini menunjukkan betapa bangganya anda menjadi warga Mauritius dan ini bagi saya perkara yang paling penting.
“Kepada Miss Supranational Mauritius yang akan datang, setiap tahun akan jadi lebih mencabar kerana dunia terus menilai, kerana terdapat lebih banyak subjek untuk dibincangkan, lebih banyak projek untuk dicipta dan lebih banyak bakat untuk dipromosikan. Ketahuilah bahawa saya akan berada bersama untuk membantu dan menyokong anda pada bila-bila masa yang saya boleh untuk menjadikan anda bersinar terang.”
Kini dia sedang dalam persiapan untuk bertanding di pentas Miss Universe 2022 yang dijangkakan bakal berlangsung penghujung tahun ini. Adakah dia akan Alexandrine akan berjaya mengulangi kejayaannya sama seperti di pentas Miss Supranational?
Sama-sama kita saksikan nanti.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Batuk lama tak kebah? Seorang pesakit autoimun kongsi ubat batuk tradisional diamalkan sejak dahulu menggunakan bahan semula jadi dan mudah disediakan.