Baru-baru ini, anak kepada penyanyi Sharifah Zarina Wan Hassan mencuri perhatian apabila mendedahkan bahawa kejayaan yang diraih beliau menerusi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) turut disandarkan kepada kekuatan doa, solat tahajud dan usaha berterusan. 

Menerusi sebuah perkongsian di Instagram, anaknya yang dikenali sebagai Ariana Deena menzahirkan rasa syukur atas kejayaan yang diperoleh selepas melalui perjalanan yang mencabar. Beliau turut berkongsi bahawa pencapaian itu bukan sahaja hasil usaha sendiri, tetapi juga berkat sokongan keluarga, guru dan rakan-rakan yang sentiasa berada di sisinya.

“Kekuatan solat tahajud. 8A Alhamdulillah. Usaha keras akhirnya membuahkan hasil. 8 bintang emas ini untuk membalas jasa ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan yang sentiasa menyokong saya sepanjang perjalanan ini,” katanya yang meluahkan rasa syukur memperoleh keputusan cemerlang.

Solat Tahajud & Usaha Keras Jadi Kunci Kejayaan, Anak Sharifah Zarina Raih 8A SPM Solat Tahajud & Usaha Keras Jadi Kunci Kejayaan, Anak Sharifah Zarina Raih 8A SPMBeliau juga sempat berkongsi pengalaman peribadi apabila pernah dipandang rendah ketika di bangku sekolah, termasuk dilabel oleh seorang guru sebagai bodoh kerana dianggap lebih fokus kepada media sosial dan aktiviti seni. Pengalaman itu turut memberi kesan emosi yang mendalam, namun menjadi antara cabaran yang akhirnya membentuk kekuatan dirinya untuk terus membuktikan kemampuan.

“Wahai diri, teruslah terbang tinggi walaupun kaki masih di bumi, akan ku cari langit. Ini baru permulaan, masih banyak yang menanti di hadapan dan aku yakin semuanya mampu aku,” tulis Ariana yang menitipkan kata-kata semangat kepada dirinya sendiri untuk terus melangkah jauh dalam kehidupan.

Ads

BACA: Alyssa Dezek Peroleh 9A Dalam SPM 2025! Penyanyi “Raya Gen Z” Buktikan Artis Mampu Imbangi Pelajaran & Kerjaya

BACA: SPM 2025: Pengorbanan Bapa Terbalas, Pelajar ‘Cerebral Palsy’ Ini Raih Keputusan Cemerlang 8A!

Sementara itu, ibunya, Sharifah Zarina, turut berkongsi kisah di sebalik kejayaan tersebut apabila mendedahkan anaknya pernah melalui fasa sukar di sekolah. Menurutnya, tekanan emosi yang dialami berpunca daripada kata-kata negatif dan pengalaman diperlekehkan sehingga menjejaskan semangat untuk belajar.

Ads

Solat Tahajud & Usaha Keras Jadi Kunci Kejayaan, Anak Sharifah Zarina Raih 8A SPM

Beliau menjelaskan bahawa keadaan itu mendorong keputusan untuk menukar sekolah dalam tempoh singkat demi kesejahteraan anaknya. Langkah tersebut ternyata membawa perubahan positif apabila anaknya kembali bangkit dan menunjukkan prestasi cemerlang dalam peperiksaan.

Ads

Menurutnya lagi, kejayaan hari ini bukan sekadar pencapaian akademik tetapi simbol kekuatan dan ketabahan selepas melalui detik sukar. Ia menjadi bukti bahawa setiap ujian mampu membawa kepada kemenangan apabila disertai usaha, sokongan keluarga dan keyakinan diri yang tidak pernah pudar.

Sumber: Instagram Ariana Deena & Sharifah Zarina

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads