Kisah penjagaan kulit wajah sememangnya tidak mengenal peringkat usia dan jantina. Dari usia pra-remaja ke peringkat remaja dan sehingga dewasa nanti sekalipun, kulit wajah akan mengalami perubahan dan memerlukan cara penjagaan berbeza.
REMAJA pasti, ramai dalam kalangan kamu yang selalu melihat kandungan popular seperti Vitamin C dan Retinol ada digunakan dalam produk-produk penjagaan kulit wajah seperti pencuci serta krim pelindung kulit ataupun sunscreen.
Populariti dua kandungan tersebut membuatkan ramai remaja yang pantas merebut produk-produk dengan kandungan berkenaan kerana merasakan ia mampu memberikan hasil pantas lagi menakjubkan.
Namun, apa yang ramai tidak sedar adalah mengenai kondisi kulit wajah mereka sendiri. Sebahagian besar remaja mempunyai kulit sensitif yang ‘pantang’ dengan Vitamin C disebabkan kandungan berasid di dalamnya.
Nak Tona Cantik, Tapi..
Niat di hati ingin mendapatkan kondisi kulit yang mempunyai tona sekata, tidak kusam dan tidak lagi mempunyai kesan jerawat kasar.
Begitupun, disebabkan keadaan kulit wajah sensitif; ramai buntu untuk mencari jenama dan produk kecantikan yang sesuai digunakan bagi penggunaan harian. Betul tak?
Oleh itu, REMAJA ingin sekali berkongsi mengenai jenama K-Beauty bernama Haneul. Seperti yang korang ketahui, rutin harian yang berkesan adalah penting untuk mendapatkan keadaan kulit yang sihat lagi berseri. Jika masih tercari-cari jenama ideal yang memberikan pelbagai kelebihan dengan penggunaan jumlah produk minimum, Haneul mungkin adalah jenama yang korang idamkan selama ini.
Ads
Produk pertama yang REMAJA rasakan berkesan setelah beberapa penggunaan sahaja ialah Haneul Brightening Cleanser 100g. Pencuci muka ini mempunyai tekstur krim ke buih dan berlainan dengan jenama lain, ia mempunyai formula yang tidak mengeringkan kulit wajah semasa dan selepas penggunaan.
Bukan itu sahaja, Haneul Brightening Cleanser ini kaya dengan antioksidan menerusi kandungan epal, cendawan, teh hijau, mulberry root dan banyak lagi. Malah, ia juga berkesan untuk pencerahan kulit secara terkawal menerusi kandungan ekstrak bunga putih seperti bunga Wild Thyme, bunga Camellia Japonica dan Niacinamide. Barulah tak terasa was-was apabila kandungan pencuci kulit wajah kamu diperbuat daripada elemen semula jadi seperti ini.
Ads
Seterusnya, teruskan rutin harian korang dengan penggunaan Haneul Brightening Sunscreen SPF 50 PA+++ yang juga berfungsi sebagai pelembap muka. Barulah berbaloi, dua fungsi dalam satu produk.
Pertama kali ‘memerah’ keluar krim pelindung muka ini, REMAJA pasti korang akan terkejut dengan teksturnya yang berkrim. Yes! It is THAT creamy tanpa meninggalkan sebarang kesan putih pada kulit.
Ia didatangkan dengan beberapa kandungan yang memberikan kelebihan kepada kulit wajah seperti kekal lembap (Betaine), lebih cerah (ejen kawalan kulit berminyak dan pencerahan, Niacinamide) dan bersifat antioksidan (ekstrak bunga putih).
Ads
Sekali lagi, usah risau jika kamu memiliki kulit sensitif. Ini kerana Haneul memiliki formula bagi memastikan kandungan Vitamin C dan Retinolnya merawat wajah secara lembut tanpa sebarang implikasi.
Rangkaian produk pencerahan kulit wajah Haneul ini boleh korang cuba sekiranya ingin memperolehi hasil secara sihat, selamat dan berkesan. Tapi pastikan korang mengguna pakai dua produk tersebut secara konsisten, barulah nampak hasilnya!
Benarlah kata orang, semua orang ada sahaja potensi untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik dan halus. Cuma korang perlu tahu jenama terbaik yang bersesuaian dengan konsidi kulit masing-masing. Kadangkala, yang mudah dan ‘basic’ itulah yang berkesan. Jadi, jangan lupa untuk membersih, melembap dan melindungi bersama Haneul tau. Sudah tiba masanya untuk korang melalui fasa ‘glow-up’ sendiri pula.
Oleh itu, korang bolehlah dapatkannya sekarang di Shopee Haneul Official Store! Khas bersempena kempen 9.9, Haneul turut mempunyai pelbagai diskaun dan baucar RM9-OFF. Rebut, jangan tak rebut!
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Langkah yang diatur Anna Jobling bagi menembusi pasaran perfileman Indonesia kelihatan semakin cerah setelah aktres itu terpilih bagi membawakan watak utama filem terbaru arahan Baim Wong berjudul Lembayung.
Tampil memegang watak bernama Tantri dalam treler pertama yang menemui penonton Mei lalu, ini merupakan filem Indonesia pertama yang dibintangi Anna dan menurutnya, juga merupakan salah satu bucket list yang berjaya dicapai olehnya.
Anna Jobling.
Anna ketika ditemui REMAJA memberitahu genre filem seram terutamanya dari Indonesia adalah antara genre kegemarannya sejak kecil kerana jalan cerita dan cara penceritaannya yang menakutkan.
“I am not even kidding; I love scary movies from Indonesia. Dan begitu juga ibu saya.
“Apabila mendapat tahu saya terpilih (untuk filem Lembayung), ia ibarat impian menjadi kenyataan kerana ini merupakan salah satu impian saya sejak bergelar pelakon. Sukar untuk gambarkan kegembiraan saya bila menerima perkhabaran tersebut,” katanya yang melalui proses uji bakat sehari sahaja sewaktu Baim Wong berada di Malaysia.
Tidak Kisah Nampak Buruk, Asalkan Naratif ‘Sampai’
Demi menjayakan filem Lembayung, Anna memberitahu perlu berjauhan daripada ibunya di Kuala Lumpur dan terbang ke negara seberang untuk tempoh yang agak lama.
“Saya berada di Yogyakarta selama sebulan. Namun tidaklah sehingga tahap homesick memandangkan (Anna dan ibunya) berhubung pada setiap hari. Kebanyakan waktu penggambaran di sana adalah pada malam hari dan saya tiada masalah mencuri masa bertanya khabar kepada ibu pada sebelah siang.
“Saya tidak mahu spoil mengenai jalan ceritanya tetapi anda dapat melihat saya melakukan sesuatu yang baharu menerusi filem ini. Bila berlakon, saya tidak boleh kisah sama ada saya kelihatan cantik atau tidak; lebih-lebih lagi untuk babak filem seram untuk mendalami tuntutan emosi watak tersebut.”
“Lagipun, apa yang akan ditonton itu bukannya saya tetapi karakter yang saya pegang. Saya tidak kisah jika perlu menangis buruk-buruk sehingga hingus terkeluar asalkan naratif ‘sampai’,” kongsi Anna lagi.
Lembayung bakal menemui penonton pada tahun 2024 namun masih belum mempunyai tarikh tayangan rasmi. Klik pautan di bawah bagi menyaksikan treler pengenalan Lembayung.
Dalam pada itu, Anna kongsikan bahawa dirinya kini bersilih ganti antara Kuala Lumpur dan Jakarta. Begitupun, dia masih tidak melupakan peluang membintangi drama bersiri tempatan di Malaysia demi mengubati rindu peminat yang ingin menontonnya di kaca televisyen.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, anak sulung kepada pelakon Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin sekali lagi meraih perhatian apabila mendapat pencapaian cemerlang dalam pelajaran sekaligus meraih Anugerah Pengetua.
Kejayaan yang menggembirakan tersebut dikongsi sendiri oleh Rita Rudaini Mohammad Mokhtar (49) menerusi Instagram dan beliau turut meluahkan rasa bersyukur di atas pencapaian anaknya mendapat gred purata nilai 3.78 pada peperiksaan semester di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar, Selangor.
Kata pelakon wanita itu, tingkatan empat adalah fasa sukar buat Rayyan kerana perlu menghadapi rintangan bagi mengekalkan kejayaan dalam bidang akademik.
Dalam kesempatan itu, Rita sempat menitipkan nasihat buat anaknya agar tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah SWT dan menjadikan kitab suci al-Quran sebagai sahabat baik jika ingin berjaya di dunia dan akhirat.
“Anugerah Pengetua MRSM SUBES hari ini, alhamdulilah 3.78, tahun ini tingkatan 4 adalah tahun yang paling mencabar kata Rayyan”
“InshaAllah dengar cakap Mommy, dengar cakap ustazah Nor Faiza dan guru-guru. Jangan tinggal solat, bersahabat dengan al-Quran, insya-Allah berjaya dunia dan akhirat.
“Fly high Airit Rayyan, ingat mommy ni awan nano awak,” tulisnya.
Sementara itu, di ruangan komen, ramai peminat dan rakan selebriti turut mengucapkan tahniah kepada Rayyan atas kejayaannya yang mengekalkan keputusan cemerlang.
Selain itu, mereka turut mendoakan agar Rayyan akan terus membanggakan ibunya dan memberi inspirasi kepada golongan muda di luar sana.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak arahan Perdana Menteri untuk rakyat duduk di rumah bagi mengekang penularan wabak COVID-19, 18 Mac lalu, pelbagai cara ditemui netizen untuk mereka menggunakan waktu yang terluang dengan bersenam dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Namun, bila timbang berat jawapannya tetap sama…huhu
Kalau korang perasan la, baru-baru ini TMJ tampil dengan penampilan baharu yang kurus dan lebih sihat membuatkan penyokong bola sepak negara tertanya-tanya apakah rahsia diamalkan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Siapa sahaja tidak kenal dengan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga merupakan pemilik kelab bola sepak terkenal Johor Darul Ta’zim atau lebih dikenali sebagai JDT dalam dunia bola sepak.
Walaupun saingan bola sepak tempatan masih lagi belum bersambung kerana penularan pandemik, namun gaya hidup dan perkembangan semasa Tunku Ismail atau lebih mesra dikenali sebagai TMJ ini sentiasa sahaja menjadi tumpuan ramai.
.
Selepas menerima banyak pertanyaan, TMJ yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) akhirnya berkongsi tips bagaimana di mampu menurunkan berat badan tanpa mengambil suplemen (produk tambahan).
“Saya terima banyak mesej yang bertanya mengenai rutin harian dan senaman yang dilakukan. Saya telah berjaya hilangkan 22 kilogram (kg) berat badan saya yang kini 68kg.
“Apa paling mustahak adalah pemakanan yang merangkumi 70 hingga 80 peratus dan saya tidak mengambil apa-apa suplemen, selain senaman yang konsisten. Setiap pagi saya akan minum jus, sayuran dan buah-buahan.
“Ramai cakap tiada gimnasium besar dan sebagainya tapi saya hanya guna ruang kecil untuk turunkan 22kg, selain melakukan senaman tidak lebih sejam.
.
.
.
“Saya boleh ajar anda bagaimana menghilangkan berat badan dalam masa 20 minit, tidak perlu dua tiga jam di gimnasium atau lari jarak jauh.
“Saya suka melakukan pelbagai senaman kardio dalam bentuk set, untuk masa satu minit, 20 saat bagi setiap set senaman itu dilakukan,” kata Tunku Ismail dalam Insta Story miliknya semalam.
Tunku Ismail turut berkongsi pengalaman rakannya yang meninggal dunia pada usia 42 tahun akibat serangan jantung walaupun sering ke gimnasium dan mempunyai tubuh badan sasa.
“Saya ada kawan berusia 42 tahun dan rapat dengan saya pergi gym setiap hari dan badan sasa tapi meninggal kerana serangan jantung, salah satu faktor kerana salah makan. Jadi makanan paling penting selain jalani gaya hidup sihat,” jelasnya.
So korang yang ingin mengurangkan berat badan tu boleh la guna cara yang dilakukan oleh TMJ ini. Dah kurus nanti jangan lupa tag majalah Remaja eh!hiks