Penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Muhammad Syazani Jemy, mengharumkan nama negara atas kecemerlangannya menjadi imam solat sunat tarawih di Universiti Oxford, London, sepanjang Ramadan lalu.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim berkata, lebih membanggakan Muhammad Syazani turut mengimamkan solat sunat Aidilfitri tahun ini serta menjadi pembimbing Program Qiamullail pada 10 malam terakhir Ramadan di Masjid Pusat Islam universiti itu.
Katanya, kecemerlangan dan kredibiliti penuntut tahun pertama UIAM itu amat membanggakan hingga mendapat pujian ramai di Oxford.
“Sesungguhnya kecemerlangan Muhammad Syazani dalam melaksanakan tugasnya turut membanggakan JAKIM sebagai pihak yang memberi anak muda ini peluang mengasah dan menguji keupayaannya dalam hafazan al-Quran.
Ads
“Beliau sebelum ini pernah mendapat tempat pertama dalam Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) pada 2017 dan tempat kedua dalam MTHQ antarabangsa tahun yang sama.
“Malah, kita juga memberi peluang kepada beliau untuk mewakili Malaysia dalam Pertandingan Hafazan Al-Quran peringkat antarabangsa seperti di Bahrain, Arab Saudi, Lubnan, Indonesia, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Kuwait,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Ads
Ads
Mohamad Nordin berkata, penghantaran imam Ramadan dan Aidilfitri dibuat menerusi kerjasama antara JAKIM dan Pusat Islam Oxford hasil inisiatif dan persetujuan bersama Felo di Pusat Pengajian Islam Oxford, Datuk Dr Afifi Al Akiti merangkap Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan Negeri Perak, bermula 12 Mei hingga semalam.
“Syabas dan tahniah kepada Muhammad Syazani, diharapkan program sebegini akan diteruskan lagi pada masa akan datang demi melahirkan lebih ramai generasi al-Quran di Malaysia,” katanya.
Jika remaja lain gemar membuka banyak akaun di media sosial, hal ini begitu berbeza dengan Raja Nur Fatihah Raja Asari, 20 tahun yang dinobatkan sebagai pelajar terbaik sekolahnya, Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana, Setiu, Terengganu (SEMJANA) dalam keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2017 yang diumumkan semalam.
Bukan saja kejayaan itu menggembirakan dirinya dan keluarga namun remaja ini telah memecahkan rekod sekolahnya sendiri kerana semenjak Pra U diperkenalkan di sekolahnya sejak 10 tahun lalu, belum ada lagi pelajar mencapai NGPK 4.0 dan Fatihah telah memecahkan rekod berkenaan semalam.
Mengambil 4 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Geografi, Pengajian Am dan Pengajian Perniagaan, Fatihah memperoleh straight A bagi kesemua subjek tersebut.
Malah sepanjang setahun setengah pengajian di SMK Saujana ini, semasa ujian semester 1, dia memperoleh 3 A 1 B (bagi Pengajian Am). Namun di semester 2, dia memperoleh 4 A dan kemudian mengulang kembali mata pelajaran Pengajian Am sebelum memperoleh A bagi ujian tersebut. Ini bermakna dia memperoleh kesemua A dan NGPKnya adalah 4.0.
Fatihah memperoleh 4.0 sekaligus menjadikan dirinya antara 23 calon terbaik dari seluruh negeri Terengganu bagi STPM 2017
Inilah result STPM yang diterimanya semalam
Berkali-kali mengucapkan rasa syukur ke hadrat Illahi di atas keputusan diterimanya semalam, ketika dihubungi melalui telefon oleh Remaja, anak sulung dari 3 beradik dan anak kepada petani ini berkata, dia memcabar dirinya sendiri dan mengikut nasihat emaknya untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk ujian ini.
Ditanya apa resipi kejayaannya, kata Fatihah, dia yang sukakan suasana sunyi akan bangun pada jam 4 pagi untuk solat dan kemudian menelaah pelajaran.
“Belajar di tingkatan enam ini memerlukan pelajar banyak penghafalan. Jadi selain bangun solat tahajut, saya sukakan suasana pagi yang hening untuk menghafal. Lagi pun saya tak suka belajar dalam suasana bising. Biasa saja akan belajar sehingga terus ke sekolah,” katanya.
7 pelajar Semjana ini antara yang terbaik dari keseluruhan pelajar yang menerima result semalam
Tambah Fatihah lagi, memandangkan banyak kerja khusus perlu dilakukan, dia mengambil pendekatan untuk istiqomah dan menghormati para guru yang mengajarnya ilmu.
“Bagi saya, berbaik dengan guru yang banyak memberi tunjuk ajar adalah salah satu resipi kejayaan hari ini,” katanya memaklumkan, dia seorang yang kurang aktif di media sosial.
“Saya tak ada akuan FB, tak ada twitter, malah tak aktif pun di media sosial. Ini memberi ruang untuk saya terus belajar kerana saya banyak masa menelaah buku,” katanya yang mengakui lebih banyak bersikap “private” dan jenis tidak banyak cakap.
Begitu meminati Geografi, kata Fatihah, dia bercakap untuk memasuki UM atau USM bagi bidang pengajian Geologi atau paling tidak menjadi guru,” katanya ketika ditanya apakah cita-citanya.
Melahirkan rasa syukur dan gembira di atas keputusan yang diterimanya semalam
Di sebalik kejayaan dinikmatinya hasil usaha selama setahun setengah, kata Fatihah, semasa di tingkatan lima dahulu, dia yang belajar di kelas Sains mengakui tersilap memilih kursus semasa mengisi borang UPU.
“Result saya pun agak tersasar. Saya jangkakan dapat 10 A tetapi hanya 5 A sahaja. Kemudian saya pilih kursus yang mungkin tak sesuai dengan keputusan saya. Masa yang sama, saya dapat tawaran ke Pra U (tingakatan 6) dan masa yang sama ke Matrikulasi di Kelantan.
“Bila saya dapatkan nasihat emak, dia kata, belajar tingkatan 6 pun boleh. Tapi buat yang terbaik untuk diri sendiri. Sejak itulah saya nekad untuk mendapatkan result yang terbaik untuk saya dan menjadi kebangaan keluarga,” katanya yang mempunyai dua adik lelaki berusia 19 dan 13 tahun.
So, tahniah buat Fatihah dan buat semua yang mengambil keputusan semalam, good luck dari Remaja. Semoga mencapai kejayaan dalam kehidupan. Dan pastinya debaran pelajar SPM semakin memuncak kerana result akan diketahui pada 15 Mac ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jenama produk kecantikan, Kitsui tampil dengan sebuah hantaran dimana mereka tidak menyokong perbuatan pelakon sensasi, Ruhainies yang merupakan salah seorang ambassador bagi kempen Ramadan mereka pada tahun ini.
Lantaran kontroversi yang tular melibatkan pelakon itu, pihak Kitsui Malaysia bertindak meletakkan censored pada wajah Ruhainies dalam iklan tersebut.
Selain itu, pihak Kitsui juga memberitahu, bersempena bulan Ramadan ini, mereka akan menginfaqkan sebahagian keuntungan mereka kepada pihak-pihak yang memerlukan terutamanya rumah anak-anak yatim.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Kitsui Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Suspek utama kes pembunuhan pensyarah jurusan kejuruteraan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak bakal dibawa menghadap di Makhamah Majistreet Sepang, esok.
Tragedi yang melanda 3 sekeluarga itu bertukar tular pada awal bulan ini setelah mayat mangsa berusia 40 tahun ditemui berhampiran tasik PKNS Penggiran Cyberjaya, Dengkil pada Khamis, minggu lalu.
Kejadian yang berlangsung pada akhir Julai itu menjadi tular setelah netizen seluruh negara terkejut dengan tindakan tidak berperikemanusiaan suspek yang juga merupakan bekas suami mangsa.
*
Menurut laporan pihak Polis Daerah Sepang dan Polis Selangor, mangsa, Profesor Madya Dr Maizatulniza Othman ditemui mati dijerut dengan kain tudung di dalam kereta.
Setelah ‘kehilangan’ isterinya itu, suspek telah membuat laporan polis sebelum keluar dari rumah untuk mencari mangsa bersama-sama anak remaja mereka berusia 14 tahun dengan menggunakan perkhidmatan kenderaan e-panggilan (e-Hailing).
Lalu setelah mendengar keterangan suspek, polis telah menahanknya berdasarkan tempahan kereta yang dibuat oleh suspek terus ke tempat kejadian tanpa teragak-agak.
Kenderaan jenis MYVI milik mangsa.
Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusoff kepada pihak media, secara logiknya, tentulah suspek yang sedang mencari isterinya yang hilang itu tercari-cari beberapa lokasi lain.
Tindakan suspek yang terus menuju ke tempat mangsa dibunuh menimbulkan kecurigaan.
Suspek yang berusia 41 tahun itu disahkan sedang dalam proses daftar penceraian dengan mangsa oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Datuk Fadzil Ahmat. Lantas, ia mengesahkan andaian warga net sejak minggu lalu tentang motif suspek.
Apapun, janganlah kita sebarkan info yang tidak benar sebelum suspek dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Warga UIA Bersedih
Sebagai seorang pensyarah kejuruteraan yang merendah diri, berwibawa dan berpendidikan tinggi, kehilangan Profesor Madya Dr Maizatulniza Othman amat dirasai oleh warga tempat kerjanya.
Setelah polis mengesahkan penemuan mangsa pada awal minggu lalu, pihak pengurusan UIA Gombak mengucapkan takziah kepada keluarga beliau.
Terlebih dahulu, persatuan pelajar kejuruteraan UIA iaitu Enginius pula menzahirkan ucapan takziah mereka menerusi posting di media sosial.
“ENGINIUS XXVI ingin menyampaikan ucapan takziah kami kepada keluarga Kuliyyah Kejuruteraan , pensyarah dan staf, Associate Professior Dr. Maizatulniza Othman dari jurusan Kejuruteraan Pembuatan dan Bahan yang meninggal dunia pada 29 Julai 2020.
“Sama-sama kita berdoa agar Allah SWT memberkati beliau dan mengurniakan syurga buatnya, InshaAllah.”
Apabila timbul tragedi maut seperti ini, tentunya rakyat Malaysia akan dilanda emosi marah dan sedih pada masa yang sama.
Ramai yang tampil ke hadapan untuk menyampaikan pendapat berhubung kes ini. Tak kurang juga yang melihat kes ini sebagai ‘wake up call’ kepada konflik perhubungan yang tidak bahagia.
Nama Mangsa Familiar
Posting Allahyarham menyentuh tentang ayat Qunut Nazilaj
Pernah Jadi Pelajar Mangsa
Bagaimana nasib anak?
Apapun, kita sama-samalah tunggu keputusan kes ini apabila dihadapkan ke mahkamah.
BTW, bukan semua masalah boleh dibawa ke mahkamah untuk dijadikan pertuduhan kes.
Acara Astro BizOne Watch Party yang bakal berlangsung di UNITEN dijangka bakal meriah dengan aksi Chelsea dan Manchester United pada 31 Oktober. Jom sertai peminat bola sepak menonton secara live!